[VIDEO] Terkini…Ini Pengumuman Khas Najib Yang Mengejutkan Seluruh Ahli UMNO!

Mesyuarat tergempar tentukan nasib Najib

SATU mesyuarat tergempar diadakan di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur, hari ini.

Mesyuarat itu dipercayai bagi menentukan nasib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak sama ada dikekalkan atau diminta berundur dari jawatan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat tertutup itu.

“Semuanya akan diberitahu pada sidang media selepas mesyuarat,” katanya ditemui media di tingkat 39 Menara Dato Onn, hari ini.

Turut kelihatan, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Emieryati Samsudin dan Ketua Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut kelihatan, barisan Exco Pemuda dan Puteri UMNO.

Terdahulu media dijemput menghadiri satu sidang media membabitkan Khairy, Mas Emieryati dan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun, media diminta ke kediaman Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur kerana sidang media mahu diadakan di hadapan rumah bekas Perdana Menteri itu.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan meletak jawatan. Beliau turut melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

Ia diumumkan dalam satu sidang media tergempar di PWTC hari ini.

LIVE: Terkini…Najib umum letak jawatan

Sumber: http://media2060.net/video-terkini-ini-pengumuman-khas-najib-yang-mengejutkan-seluruh-ahli-umno/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *