Selepas Hampir 2 Minggu Bertarung Nyawa, Ustaz Murtadha Yusof Disahkan Meninggal Dunia

Lebih seminggu bertarung nyawa selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan, Ustaz Murtadha Yusof sebentar tadi telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Memetik tulisan Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, Ustaz Murtadha Yusof telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 12.30 di unit rawatan rapi Hospital Taiping.

Menurut Ustaz Yaakub, semalam keadaan Ustaz Murtadha terpaksa ditidurkan untuk merehatkan paru-parunya selepas beberapa kali berlaku penurunan oksigen dan dilaporkan akan akan menjalani rawatan lanjut pada Isnin ini.

Selain itu, keadaan Ustaz Wadi Annuar yang dirawat di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh telah menunjukkan tanda-tanda positif.

Jenazah akan dibawa balik ke Kampung Bakar Kapur dan di kebumikan di Masjir Penghulu Him, Sungai Petani, kedah secepat mungkin.

Semoga Roh Allahyarham Ustaz Murtadah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. – Siakapkeli.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *