‘Mohon Kerajaan Baru Beri Kebebasan Bersuara Pembikin Filem Berkarya Sentuh Isu Negara’- Syafiq Yusof

Seperti ramai yang sudah sedia maklum, tanah air tercinta kita kini sudah berada di bawah pimpinan kerajaan baru iaitu Pakatan Harapan selepas berjaya menewaskan Parti Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Nampaknya rata-rata rakyat berpuas hati dengan keputusan PRU14 yang sekaligus mengangkat bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh negara kita.

Ramai yang meluahkan rasa bangga serta berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana mengambil alih pimpinan negara semula dan berharap suara rakyat dapat didengar selepas ini.

Pengarah, Syafiq Yusof yang juga merupakan anak kepada penrah terkenal, Datuk Yusof Haslam menerusi akaun Twitternya berharap dengan pemerintahan baru ini, pembikin filem dapat diberi kebebasan untuk berkarya dengan menyentuh isu negara.

Kami berharap semoga di bawah pimpinan kerajaan baru ini, pembikin filem dapat diberi kebebasan berkaya seperti yang dinyatakan oleh Syafiq.

Semoga industri perfileman negara kita lebih maju selepas ini dengan karya-karya yang lebih bermutu tinggi dengan sentuhan isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.

kredit : Media Hiburan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *