MENGEJUTKAN! Suami Izreen Azminda Akhirnya Ceraikan Isteri Pertama SEBAB….

Setelah episod kontroversi kawhin secara senyap, hari ini suami Izreen Aminda, Ude Wahid membuat keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana. Pemuzik itu telah melafazkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur sebentar tadi pada jam 2.30 petang.
Bagaimanapun isteri kedua, Izreen enggan memberikan komen lanjut mengenai perpisahan suaminya itu kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan. Jelasnya lagi, beliau juga tidak pernah mencampuri urusan pasangan itu.

“Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belit dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahka. Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua”

“Saya rasa itu jalan terbaik mengelak konflik. Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tidak tahu puncanya. Dan saya tidak punya hak untuk ambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini Izreen dikecam hebat apabila mengahwini pemuzik itu secara senyap tanpa pengetahuan isteri pertama. Lebih mencetuskan kemarahan orang apabila rumah tangga Ude dan Inta berentakkan sejak mengahwini Izreen. (rtky/w)

sebelum ini

Izreen Azminda: Bukan Rampas, Hanya Tumpang Kasih

Kontroversi tentang status perkahwinan pelakon popular Izreen Azminda menarik perhatian ramai sejak beberapa hari ini selepas isteri pertama kepada lelaki pilihan beliau mendedahkan hal sebenar.

Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Izreen Azminda mengakui akur dengan cemuhan orang ramai yang melabel dirinya sebagai perampas dan meruntuhkan kebahagian rumahtangga orang lain.

 

“Saya sekadar menumpang kasih dan tidak pernah sesekali berhasrat merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama.

“Saya tidak sekejam itu, malah tidak akan membenarkan suami meninggalkan isteri pertama semata-mata untuk bersama saya.

“Saya kecewa dengan cemuhan yang dilemparkan netizen. Mereka menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar. Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri,” katanya.

Izreen Azminda dan Ude yang juga pemuzik bebas melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

“Saya faham perasaan seorang isteri apabila mengetahui suaminya berkahwin lain. Saya harap suami akan mempertahankan perkahwinan pertamanya kerana saya tidak mahu berlaku perkara tidak diingini berlaku susulan pernikahan kami”

“Alhamdulillah, saya lega apabila mengetahui Intan Liana sudi menerima saya sebagai madunya,” tambahnya lagi. (rtky/m)

Sumber: http://bujangmedia.net/mengejutkan-suami-izreen-azminda-akhirnya-ceraikan-isteri-pertama-sebab/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *