Mengamuk Kerana Lambat Membayar Gaji…

31 Dis,2017

MENGAMUK GAJI LAMBAT

Berang gaji lambat dibayar, seorang lelaki berusia awal 30-an mengamuk dengan memukul anak majikan dan rakan sekerja.Buruh binaan terbabit
turut mengamuk dengan membakar kereta rakan sekerja yang cuba mententeramkan suspek.

Jurucakappolis berkata, kejadian amuk itu berlalu kira jam 3:50 petang tadi di hadapan sebuah restoran Jalan Aman, Sibu, Sarawak.Dalam kejadian itu, tiga pekerja binaan sedang menanti bayaran gaji oleh majikan.Bagaimanapun suspek dikatakan berang selepas dimaklumkan anak majikannya berusia 24 tahun mengenai kelawatan pihak syarikat membayar gaji kepada pekerja untuk bulan ini.Rakan suspek berusia 35 tahun cuba memujuk buruh binaan terbabit.Namun suspek terus mengamuk dengan memukul isteri rakan sekerja dan anak majikannya.Melihat keadaan suspek yang tidak dapat dikawal, rakan sekerjanya dan isteri beliau bertidak melarikan diri.Suspek kemudian bertindak memukul anak majikannya dengan besi dan sebelum melarikan diri, buruh binaan terbabit bertindak membakar kereta rakan sekerjanya.

Tujuh anggota balai bomba dan penyelamat Sibu diketuai pegawai bomba kanan dua Tahir Tuah bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kebakaran kereta jenis perodua kancil.Kenderaan terbabit terbakar hampir 85 peratus dan nilai kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan mencecah rm12,000.Siasatan kes amuk terbabit sedang dilakukan.Polis sudah mengenalpasti identiti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan.

 

Sumber: SarawakAritok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *