Isi Kandungan Surat Cuti Sakit Anak Yg Ditulis Oleh Si Bapa Memang WIN !

Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah perlulah mempunyai surat cuti sakit yang ditulis oleh ibu bapa atau penjaga mereka.

Kebiasaanya surat itu ditulis secara formal. Namun, lain pula dengan surat yang ditulis oleh si bapa kepada guru yang viral baru-baru ini.

Surat tersebut cukup puitis, berbunga-bunga serta penuh bermadah ditulis untuk memberitahu bahawa anaknya tidak dapat hadir ke sekolah kerana tidak sihat.

“ Assalamualaikum… Alangkah indahnya pagi ini… matahari bersinar terang. Burung-burungnya menyanyi riang… Bunga-bunga semerbak di taman mewangi, indah dan menawan. Tapi ada satu yang layu iaitu anakku, Asyraf.

Hari ini Jumaat 10-2-2017, anakku Asyraf tidak dapat datang kerana sakit. Maafkanlah dia,” demikian menurut catatan surat tersebut.

Surat tersebut yang tertera nama ‘Ayah Asyraf’ antara lain berkata :

“ Semoga guru Asyraf tetap menjadi bunga yang paling indah dan menawan dapat mendidik muridnya setiap hari. ”

Nampaknya, ini merupakan surat paling cool yang diberikan seorang bapa kepada guru.

Korang nanti boleh ler try bagi surat macam ni yer.. 😀

Silakan SHARE..

Sumber : beritakopak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *