Inilah Adik Beradik Selebriti Popular Malaysia Yang Anda Tak Pernah Perasan Tapi Pernah Tengok Siapakah Mereka No 4 Tu Paling Tak Sangka Adik Beradik Rupanya

Pasti ramai yang tidak pernah perasan di kalangan selebriti tanah air kita terutama pelakon kebanyakkan di kalangan mereka adalah adik beradik.

Jom kita lihat adik beradik selebriti popular tanah air kita.

1. Pierre Andre & Mikail Andre

021.png

Adik-beradik ini merupakan anak kepada pelakon veteran Khadijah Tan yang terkenal dengan rancangan sitkom Pi Pi Mai Tang Tu. Pierre Andre yang mula-mula sekali menceburi bidang lakonan menerusi filem Potret Mistik pada tahun 2005.

Bermula sebagai seorang pelakon, Pierre Andre kini bergelar seorang pengarah. Jejak langkahnya diikuti oleh adiknya Mikail Andre yang kini berusia 23 tahun. Boleh dikatakan mereka ini mempunyai darah seni.

2. Shamsul Yusof & Syafiq Yusof
022.png

Kedua-duanya memulakan kerjaya sebagai pelakon demi untuk mempelajari selok-belok dunia perfileman.

Anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini, mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi seorang pelakon dan juga pengarah filem.

Lebih membanggakan, kedua-dua pengarah muda ini sudah pun menggondol anugerah menerusi hasil karya mereka. Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik.

3. Elfira Loy, Ezlisa Loy & Ahmad Ezzrin Loy
023.png

Adik-beradik Loy ini memang sehati sejiwa sejak dari awal mereka menceburkan diri dalam bidang lakonan. Apa yang pasti ketiga-tiga mereka memang berbakat besar seawal dari kecil.

Walaupun Elfira selaku kakak, dilihat lebih menyerlah, namun mereka tidak pernah mencemburui antara satu sama lain. Lebih menarik lagi, Ezlisa dan Ezzrin juga pernah berlakon sama menerusi rancangan Oh! My English.

4. Farid Kamil & Fadzil Zahari

Siapa yang tidak mengenali hero pujaan ramai Farid Kamil. Namun, nama adiknya iaitu Fadzil Zahari mula menjadi sebutan sejak sah menjadi suami kepada pelakon terkenal Yana Samsuddin. Namun mungkin ramai yang tidak tahu, Fadzil juga merupakan seorang pelakon.

Pada awalnya, dia merupakan pembantu peribadi abangnya sendiri. Dia kemudiannya berjinak-jinak sebagai penulis skrip.

Antara skrip filem yang dihasilkannya ialah filem Kongsi dan Bini-biniku Gangster. Memang adik-beradik yang berbakat besar. Jika dilihat pada rupa Fadzil juga saling tidak tumpah seperti abangnya.
Sumber: malayreport

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *