Hadir Awal Semasa Penamaan Calon, Azwan Ali Tampil Paling Bergaya

Selebriti popular Azwan Ali tampil selaku calon paling bergaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini berbanding calon-calon lain yang mengenakan pakaian parti masing-masing.

Menurut laporan Astro Awani, Azwan ditemani seorang penyokong dan pencadang, Azwan yang memakai jaket merah melengkapkan penampilan dirinya dengan memakai kaca mata hitam dan clutch berwarna emas.

Azwan dilihat hadir di Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang, Selangor kira-kira jam 7.15 pagi sambil tersenyum dengan membawa sepanduk tertulis nama komersilnya, ‘DIVA AA’.

Pertarungan yang bakal bermula Parlimen Ampang khususnya di DUN Bukit Antarabangsa menyaksikan calon PKR di kerusi tersebut Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekadar menghantar wakil.

Hakikatnya, pertembungan kali ini berbeza dengan sebelumnya dengan lima penjuru parti bertanding.

Untuk perkembangan lain, jangan lupa untuk menyaksikan Astro Awani (Saluran 501) untuk mengetahui berita terkini mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *