Fizo Omar Mahu Anak Jadik Jutawan Pada Umur 20 Tahun..


Pasangan Fizo Omar dan isterinya Mawar Abdul Karim mahu anak perempuan yang dilahirkan semalam, bergelar jutawan pada usia 20 tahun.

Selaku bapa, pelakon itu akan membuka akaun simpanan wang, bukan Instagram, untuk zuriat sulungnya demi kepentingan masa depan, lapor Harian Metro.

“Hasrat ini bukanlah angan-angan kosong kerana setiap keluarga perlu merancang masa depan anak-anak,” kata pengacara itu, yang enggan mendedah wajah anaknya.

“Ia bukan kerana kami mampu tetapi kita kena konsisten menyimpan atau melabur untuk anak.” katanya memaklumkan anak yang dilahirkan melalui pembedahan.

Fizo, 32, dan isterinya, 28, akan mendedahkan wajah anak mereka selepas majlis cukur jambul dan menganggap bayi perempuan itu amat bermakna selepas empat tahun berkahwin.

“Keutamaan diberikan kepada keluarga terdekat untuk melihat wajah bayi kami dan saya harap peminat bersabar menunggu saatnya,” kata Fizo.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung seberat 2.78 kg di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur jam 4.01 petang.

Sumber : terengganutimes / Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *