Fakta Tentang Gunung Everest Yang Berbahaya

1.Everest bukan gunung tertinggi di dunia.

Selama ini kita diberitahu bahawa Everest adalah yang tertinggi di dunia tetapi salah sebab ada lagi satu gunung yang tinggi sehingga mencecah 10,200 meter iaitu Gunung Mauna Kea di Hawaii manakala Everest hanya 8,848 meter sahaja.

Banyak percanggahan yang berlaku tentang mana satu gunung tertinggi sama ada Everest atau Mauna Kea.

2.Tinggi Everest Sama Level dengan ketinggian Penerbangan Komersial.

Ketinggian mana-mana penerbangan komersial yang mencapai 31, 000 sama level dengan ketinggian Gunung Everest. WOW!

3.Everest Bertambah tinggi

Sebuah pasukan khas telah menemui pada tahun 1994 bahawa gunung everest telah meningkat tumbuh sekitar 4 mm (0.16 inci) setiap tahun. Amazing!

4.Harga Permit Untuk Mendaki Gunung Everest adalah tertinggi

Harga Permit Untuk Mendaki Gunung Everesta adalah $70,000 dan ke atas. Permit tersebut memberi kebenaran untuk mendari Gunung Everest dan jika berlaku kecemasan pihak berkuasa dari Nepal akan segera membantu.

Kos permit juga termasuk membayar pegawai-pegawai perhubungan yang berjaga di setiap base camp di sepanjang pendakian. Pegawai-pegawai memantau penggunaan pendaki ‘alat-alat komunikasi,’ or walkie talkie dengan membantu mereka mendapatkan laporan cuaca dan memastikan mereka mengikuti jadual pendakian kerana pendakian tidak dibenarkan selepas pukul 6 pm.

Kos permit tidak termasuk Perbelanjaan pergi balik, malim Gunung, Tong Oksigen, Khemah dam alat komunikasi.

5.Wajib Bawa Sampah Dari Atas Ketika Turun Gunung

Peraturan ni pun sebenarnya diguna pakai oleh gunung-gunung lain cumanya di Everest mereka lebih tegas untuk menjaga kebersihan kat sana memandangkan semakin ramai yang membuat sampah kat sana ketika melakukan aktiviti pendakian ditambah pula pernah mendapat jolokan gunung terkotor di dunia. Mayat juga semakin banyak di kawasan gunung Everest sehingga disebut sebagai Kubur tertinggi di dunia.

Denda $4000 akan dikenakan sekiranya tidak membawa sampah ke bawah dengan minimum sampah seberat 8kg. perghh!

6.Semakin Tinggi semakin sikit Kadar oksigen

Kadar Oksigen dari setiap Base Camp akan turun kepada 85-87%. Semakin dekat puncak, pendaki harus bernafas dengan kadar 80-90x per/minit Sebab kadar oksigen semakin berkurangan bila di atas menjadi 35%. Oleh sebab itu, pendaki perlu membawa Tong oksigen sendiri.

7.Turun gunung lebih berbahaya daripada mendaki

Everest tidak mempunyai statistik berapa pendaki yang telah menjadi korban. Tapi statistik ini boleh dikira dari pendaki yang tidak kembali ke bawah. Sebab laluan dari puncak lebih bahaya ditambah pula dengan keadaan cuaca, lenguh, tergelincir, anggota badan membeku dan banyak lagi.

8.Tiada Kehidupan di atas Everest

Tiada haiwan atau tumbuhan yang mampu hidup dengan ketinggian Everest oleh kerana kadar oksigen yang sikit dan terlalu sejuk. That’s y pendaki memerlukan tong oksigen ketika berada di puncak dan perlu turun dengan kadar segera sebelum kehabisan oksigen.

KESIMPULAN

Pemandangan Everest memang cantik tapi penuh dengan liku-liku yang berbahaya. Sudah sampai ke Puncak Everest belum tentu selamat untuk turun dari puncak Everest.

Dah tengok Everest Movie?

Kalau belum kena pergi tengok sebab dari situ korang boleh bayangkan betapa susahnya dan cekalnya dorang mendaki gunung Everest.

Sumber : adarain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *