Dikatakan Sebagai “Rumah Kubu” Dibina Untuk Persiapan Menghadapi Hari Kiamat! Lengkap Dengan Kemudahan Termasuk Gedung Beli-Belah, Pawagam, Spa, Gimnasium Dan Banyak Lagi

DAKOTA SELATAN, Amerika Syarikat – Sebuah kubu bawah tanah yang pernah dimiliki tentera AS di wilayah Fall River dekat Edgemont di sini sedang dinaik taraf menjadi unit perumahan kebal bagi menghadapi sebarang kejadian malapetaka dunia.

Menurut laporan, Kubu Igloo yang mempunyai 575 unit kubu bawah tanah dengan jumlah keluasan tanah menyamai bandar Manhattan itu dijenamakan semula sebagai Vivos xPoint.

Vivos xPoint mampu menampung seramai 10,000 penghuni sebaik sahaja proses naik taraf selesai. Beberapa kubu pula dijadikan sebagai restoran, tempat barbeku dan kandang kuda.

Setiap unit kubu kediaman yang boleh menempatkan seramai 24 orang itu ditawarkan pada harga AS$25,000 (RM97,700) dilengkapi pelbagai kemudahan bertaraf mewah.

Antara kemudahan termasuk gedung beli-belah, pawagam, spa, gimnasium, klinik perubatan, bilik darjah, kawasan latihan menembak dan taman.

Kawasan itu diawasi 24 jam, tujuh hari seminggu oleh pengawal keselamatan yang menerima latihan tentera, sistem kamera pengawasan dan pagar keselamatan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif VIVOS, Robert K. Vicino menyatakan pembeli unit itu bukan terdiri daripada kalangan yang mengalami para­noia tetapi mahu ‘berjaga-jaga’. – Agensi

Sumber

Via Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *