Kisah Si Balan-Balan

 

Di Sabah terutamanya di daerah Kota Belud sememangnya popular dengan kisah atau cerita seram mengenai hantu balan-balan. Balan-balan atau penanggal merupakan seorang manusia biasanya wanita yang telah menuntut ilmu hitam untuk kepentingan tertentu. Biasanya ilmu ini ditutup untuk mengekalkan kecantikan dan untuk hidup kekal selamanya.

Menerusi urangsabah.com, kami kongsikan kepada anda semua asal usul dan kewujudan Balan-Balan atau Penanggal, kisah yang sering menghantui penduduk sekitar Sabah.

Mereka yang digelar balan-balan biasanya mampu memisahkan kepada dari badannya dan kepala mereka dikatakan mampu terbang ke mana-mana sahaja untuk mencari mangsa dengan usus perut terurai-urai. Darah yang menitis dari urat perut mereka dikatakan mempunyai bisa yang akan menyebabkan kudis kepada sesiapa sahaja yang terkena.

Mereka yang menuntut ilmu hitam ini dipercayai menyimpan cuka dalam tempayan, cuka ini digunakan untuk memeram urat perut mereka agar menjadi kecut sebelum bercantum kembali ke dalam badannya. Menurut cerita penduduk, sekiranya tubuh mereka dijumpai dan diterbalikan, kepala mereka akan tercantum dalam keadaan terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar dan akan dikenali oleh masyarakat setempat.

Balan-balan dikatakan sangat menyukai darah perempuan yang baru bersalin, sekiranya balan-balan menghisap darah mereka, mereka akan mati dengan serta-merta kerana mengalami pendarahan yang teruk. Untuk menghalang balan-balan dari mendekati rumah wanita bersalin ialah dengan meletakkan mengkuang yang berduri, dikatakan bahawa penanggal atau balan-balan takut untuk mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya akan tersangkut pada duri mengkuang tersebut.

Mereka juga dikatakan menyerupai cahaya putih jika sedang terbang. Hantu ini biasanya dituntut oleh seseorang wanita bagi membantu mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman dan sebagainya. Namun begitu, bukan hanya wanita sahaja yang menuntut ilmu ini, tetapi lelaki juga turut menuntutnya.

 

 

 

Asal Usul Balan-Balan Atau Penanggal

Untuk pengetahuan pembaca, balan-balan sebenarnya merupakan sejenis penyakit keturunan. Pengamal ilmu ini akan menjangkiti keturunannya melalui makanan, oleh kerana itulah balan-balan kini dipanggil sebagai satu penyakit oleh sesetengah masyarakat. Mereka biasanya datang dari orang yang menuntut ilmu hitam yang mudah didapati di kawasan pedalaman Sabah.

Terdapat dua jenis balan-balan iaitu yang berjalan di waktu malam mencari mangsanya dengan badannya sekali. Berbeza dengan satu lagi yang hanya kepalanya sahaja yang akan terbang, bermula jam lapan malam hingga matahari terbit. Balan-balan jenis ini akan meninggalkan tubuhnya di suatu tempat dan hanya kepalanya sahaja yang merayau-rayau mencari mangsa.

Asal Usul Balan-Balan Atau Penanggal

Balan-Balan atau Penanggal bukanlah sejenis syaitan atau jin, tapi sering dipanggil hantu kerana menyeramkan dan makhluk ini sebenarnya berasal daripada manusia jadi-jadian iaitu orang yang mengamalkan ilmu hitam secara turun temurun dari nenek moyang mereka.

Sampai bila nak menganggur..Jom cari kerja..Klik link untuk lebih info

Temuduga terbuka Negotiator CIMB Bank | Kepada warganegara malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkerja sebagai Negotiator di CIMB Bank anda diperlawa untuk hadir ke lokasi temuduga yang akan dijalankan pada tarikh dan masa seperti berikut

Temuduga terbuka Negotiator CIMB Bank

Tarikh temuduga dijalan : 9 dan 16 November 2017
Masa : 9.00 am – 11.30 am
Lokasi : Level 18, Menara Bumiputra Commerce, No 11 Jalan Laut, 50350 KL

Syarat pelantikan jawatan

  • Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya Diploma atau Degree yang diiktiraf oleh kerajaan malaysia.
  • Boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa english dan bahasa malaysia.
  • Boleh berkerja pada hari minggu.
  • Fresh Graduate diperlawa untuk membuat permohonan.
  • Lain-lain syarat pelantikan jawatan yang telah ditetapkan.

Keperluan semasa temuduga

Calon yang hadir hendaklah membawa bersama-sama dokumen berikut:-

  1. Resume / Cv Terkini
  2. Gambar berukuran passport ( white background).
  3. Sijil akademik dan transcript SPM keatas.
  4. Salinan IC.
  5. Course Completion Letter (For Fresh Graduates yet to attend convocation)
  6. Salinan 3 bulan gaji ( jika berkaitan)

Sumber: https://gkerjaya.com/temuduga-terbuka-negotiator-cimb-bank/

“Robin Hood (Lando Brotherhood) Ditahan”

 

Seorang pengarah drama tetap bersemangat untuk terus membantu orang ramai yang berdepan masalah walaupun berdepan pelbagai dugaan.

Azlan Sani Zawawi atau Lando Zawawi telah ditahan pada Jumaat untuk disoal siasat berhubung kejadian mengunci pagar di pejabat kerajaan, bagaimanapun mahkamah mengeluarkan perintah membebaskannya pada kira-kira pukul 11 pagi Sabtu.

Susulan itu, Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang didakwanya telah membuat tuduhan tidak berasas terhadap dirinya.

 

“Saya harus menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu dan kemudian akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan ke atas beberapa pihak tertentu.

“Buat masa ini, kes masih belum selesai. Tapi, saya tidak akan gentar dengan apa yang berlaku, malahan akan menyelamatkan lebih ramai orang,” katanya.

Jelas Lando, paparan dalam video yang tular sebelum ini hanyalah lakonan semata-mata sebagai mesej kepada pihak berkuasa supaya menyelesaikan masalah rakyat dengan segera.

Tambah beliau, perbuatannya mengunci pagar besi itu juga didakwa sudah meminta izin daripada pihak keselamatan sebanyak dua kali sebelum berbuat demikian.

Lando digelar ‘hero masyarakat’ kerana sikap beliau yang suka membantu mereka yang dalam kesusahan.

“Saya kunci pagar besi di pintu masuk sahaja bukan pintu keluar, orang lain masih boleh keluar dari bangunan itu.

“Kunci pun cuma selama 45 saat dan mereka ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Lando ditahan bersama isterinya dan seorang lagi individu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.

“Lando ditahan kerana video dia mengunci pagar besi pada pintu masuk utama di Pejabat Tanah Seri Petaling tersebar di media sosial.

“Susulan itu, satu laporan polis dibuat kerana mengunci pintu pejabat tersebut,” kata sumber polis.

 

Sumber :AirSoya.com

 

KUASA ALLAH : PEMBAKAR AL-QURAN DI AZAB DI DUNIA BUAT RAMAI TERCENGGANG !!!

Azab yang sangat pedih menimpa seorang warga negara Amerika. Kerana mengoyak-goyak dan membakar Al-qur’an, dia terkena penyakit yang sangat misteri.

Gambar Sekadar Hiasan : Sumber : Google Images

Semua jari di kedua tangannya melepuh, membusuk, dan menghitam. Selain itu, pada lukanya tersebut juga menimbulkan aroma yang tak sedap.

“Seperti bau busuk,” kata seorang dokter di Hospital of the University of Pennsylvania, tempat pria itu dirawat.

Pihak berkuasa sengaja menyembunyikan identiti lelaki ini. Kerana, sikap anti muslim yang sangat kuat oleh sebagian pihak, memunculkan kebimbangan terjadinya gelombang protes.

Kes penghinaan terhadap Al-quran, bukan kali ini saja terjadi di Amerika Serikat.

Sebelum ini, seorang pendeta berasal dari Florida, Amerika Serikat, Bob Old mengatakan bahawa dia akan membakar Al-Quran pada hari peringatan 11 September. Meskipun dikecam dunia, Pendeta Bob Old tetap melaksanakan aksinya pada Sabtu 11 September 2010 di Tennessee, Amerika Serikat.

Bersama dengan pendeta Danny Allen, Old melakukan aksinya di hadapan sekelompok orang yang sebahagian besarnya ialah pihak media.

Kedua pendeta itu menyiram dua Al-Quran dengan cairan pembakar, lalu melayurnya dengan api. Aksi dua pendeta itu dilakukan di pekarangan belakang kediaman Old, Springfield. Mereka mengatakan aksinya merupakan pesan dari Tuhan.

Old mengatakan bahwa gereja telah mengecewakan banyak orang karena tidak mendukung aksinya. “Saya yakin bahwa sebagai negara kita berada dalam bahaya,” ujarnya

“Ini adalah buku berisi kebencian, bukan cinta,” katanya sambil memegang Al-Quran sebelum kemudian membakarnya.

Kedua pendeta itu lantas melakukan apa yang disebutnya sebagai “demonstrasi damai” dengan sedikit gegak gempita. Delapan orang wartawan ikut menyaksikan aksi kedua rohaniwan gereja itu.

Ibu tunggal lacur anak 8 dan 10 tahun kepada 3 warga Bangladesh ditahan polis

SEORANG ibu tunggal berusia 39 tahun ditahan polis di sebuah rumah di Senai, Johor, pada 25 Oktober lalu kerana disyaki melacurkan dua anak kandungnya berusia lapan dan 10 tahun kepada warga Bangladesh.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, ibu tunggal itu dipercayai melacurkan anaknya kepada tiga warga Bangladesh yang juga kenalannya sejak lapan tahun lalu.

Menurutnya, perbuatan keji wanita itu dikesan hasil maklumat orang ramai.

“Ibu mangsa dikatakan membawa mangsa ke hotel bajet di Larkin, Johor Bahru, sebelum meninggalkannya bersama lelaki warga asing berusia 30-an.

“Ketika itu, dia dipercayai tinggal di bilik berasingan dan dikatakan menerima sejumlah bayaran hasil melacurkan kedua-dua anaknya itu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pencegahan Jenayah Kecurian Kabel TM di Hotel Grand Paragon, hari ini.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada wanita itu seorang penagih dadah atau tidak.

“Kedua-dua mangsa sudah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi pemeriksaan dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tindakan lanjut,” katanya.

Mohd Khalil berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan wanita berkenaan masih ditahan reman.

Katanya, pihaknya masih berusaha mengesan kumpulan warga asing berkenaan bagi membantu siasatan.

TERBARU

Polis telah mengenal pasti tiga suspek utama warga Bangladesh termasuk teman lelaki kepada wanita tempatan yang melacurkan dua anak perempuannya berusia lapan dan 10 tahun.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, ketiga-tiga suspek berusia 30-an itu dipercayai masih berada dalam negara ini tetapi sudah keluar dari negeri ini.

“Meskipun belum berjaya menahan ketiga-tiga suspek utama itu, namun kita telah mengenal pasti identiti suspek menerusi pasport mereka.

“Kita telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk menahan suspek dan kita percaya akan menahan ketiga-tiga suspek utama itu dalam masa terdekat,” katanya pada prapelancaran Hari Keluarga Ceria Bersama PDRMcare di ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini sebentar tadi.

Pada 25 Oktober lalu, polis menahan seorang wanita berusia 39 tahun kerana disyaki melacurkan dua anak perempuannya itu kepada tiga lelaki asing di sebuah hotel bajet di bandar raya ini.

Setakat ini, polis menahan tujuh lelaki warga Bangladesh berusia 28 hingga 42 tahun dan seorang lelaki tempatan yang juga majikan warga asing berkenaan berusia 48 tahun bagi membantu siasatan

Sumber : metro dan UTUSAN

Sampainya Hati

 

Pernah, saya menyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus pulang ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan, saya yang memandu sendiri berhenti hampir tujuh kali kerana terlalu mengantuk.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil, terpaksa diketepikan. Perlu disiapkan berita yang operasi itu untuk siaran berita tengahari. Bukan mudah. Selesai segalanya, jam sudah hampir 11 pagi. Jam dua pula ada satu lagi tugasan. Begitulah kehidupan. Kais pagi makan petang, jika tak dikais, memang tak makanlah.

Saya lebih cenderung kepada kisah human interest seperti satu operasi yang saya ikuti bersama sahabat sahabat baik di Cawangan Trafik Johor Bahru Selatan yang bersengkang mata tanpa mengira masa membanteras kegiatan lumba haram.

Antaranya termasuk kisah seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang pada mulanya begitu yakin memberi jawapan kepada pegawai serta anggota polis trafik, dia dibenarkan menunggang motosikal oleh bapanya, yang juga pemilik kenderaan itu.

Sebagaimana lazim, pegawai polis bertugas menghubungi ibubapa pelajar itu dan selepas menanti hampir dua jam, akhirnya muncul ibubapanya di tepi jalan Danga Bay.

Dari jauh, tampak si ibu bagai meluru tak sabar sabar untuk tiba ke tempat anak lelakinya berdiri.Si ayah pula berjalan lesu. Waktu tika itu hampir jam empat pagi.

Sebaik tiba di depan anaknya, tanpa lengah si ibu bagai melepas geram terus mencubit dan menampar badan anaknya. Kami terpinga pinga melihatkan situasi itu lantas beberapa anggota polis trafik meredakan keadaan.

Terkedu anaknya yang dua jam lalu, beriya-iya mendakwa ibubapanya sudah memberi keizinan untuk dia menunggang motosikal milik bapanya dan turut dibonceng rakan sekampung berusia 16 tahun.

Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari sekatan jalanraya dan turut menendang motosikal anggota penguatkuasa yang mengejar mereka!

“Masuk lokap jek encik. Masuk sekolah jahat Henry Gurney. Tak apa, saya rela,” tercetus akhirnya luahan hati si ibu sebaik diredakan.

“Aku tak boleh kawal kau lagi. Kat sekolah kau anak murid aku, kat luar aku tak boleh kawal kau seorang. Selama ini kau cakap tak goyang, tak goyang, tengok semua polis ni, tengok.

“Kalau dahi ni tak sujud pada sejadah, inilah jadinya,” berterusan si ibu melepaskan geram bagai sebuah drama realiti di depan hampir 50 pegawai dan anggota polis serta anggota Rela yang turut bersama-sama dalam operasi itu.

Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara si ibu. Semua memerhati. Semua bagai menyokong tindakan si ibu. Mat mat rempit lain yang ditahan sebelum ini sibuk berbual sesama sendiri turut kaku melihat adegan itu. Mungkin timbul keinsafan dalam diri mereka?

“Dia cakap, ibu keluar, saya cakap malam minggu jangan keluar. jangan, jangan. Tak tengok kat TV (orang kena tangkap),” luah si ibu dan suaranya beriring nada kekesalan.

“Bila kita marah, dia cakap nak rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya anak? Sampai hati kau jadi anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah,” kata si ibu lagi dan kali ini nada sudah berselang kesedihan.

Tatkala itu, sudah mula mengalir airmata si ibu. Si anak hanya tunduk kaku, tak seperti tika selepas ditahan dua jam sebelum itu, ceria, beriya iya.

Si ayah tak mampu nak berkata kata. Mungkin sudah puas dileteri anaknya itu. Mungkin sudah kering airmata si ayah memikirkan kedegilan anaknya tika dia keluar mencari rezeki buat kesemua anaknya.

Bagi meredakan keadaan, seorang pegawai polis, Inspektor (kini ASP) Mohd Lail Ab Halim mencelah.

“Kami akan charge (tuduh) dia lari dari sekatan jalan,” kata Mohd Lail tegas.

Mungkin mendengar penjelasan ringkas Mohd Lail itu, tercetus luahan si ibu lagi.

“Kat rumah berapa kali dia nak tumbuk saya. Sekarang ni apa? Aku ni mak kau. Hari-hari aku doa, Ya Allah jadikanlah anak aku golongan yang baik-baik. Tapi kau apa? Ibu mampus, ibu mampus.”

Ketika ini, si ibu mencucuk cucuk perut si anak. Hilang segala kehebatan si anak. Akhirnya ibubapa juga yang datang. Biar marah, kesemua yang menyaksikan bagai mengerti, dia tetap anaknya. Dia tetap darah dagingnya. Mungkin sudah kemuncak kemarahan si ibu.

“Nanti puan datang ke balai trafik untuk jamin anak makcik,” jelas Mohd Lail lagi.

 

Sambil menjeling marah ke arah anaknya, si ibu dengan cepat menjawab: “Jamin kau? No, no. Ibu tak akan jamin kau, tak ada tak ada,” katanya bagai puas, biar malam itu menjadi pengajaran buat si anak yang degil itu.

Si ibu berlalu pergi.

Lantas, Mohd Lail mengarahkan anak buahnya untuk membawa pelajar itu ke balai. Tak sempat dibawa, pelajar itu meraung raung menangis mengejar ibunya.

Sekali lagi kami kaget. Si ibu tak memperdulikan. Kami yang melihat bagai menyokong tindakan si ibu. Biarkan dia rasa. Biar dia serik. Biarkan. Itulah kata hati kami. Kami pun marah. Apatah lagi mendengar luahan hati si ibu di pagi yang bening itu.

Berterusan suara si anak merintih pada ibunya. Semakin jelas suaranya. Si ibu berhenti. Dibiarkan anaknya menangis, meraung di depannya. Direnungnya anaknya itu.

Siapa tak sayang anak. Tentu wanita itu ibu yang baik. Apatah lagi sebagai seorang guru, sifat penyayang tinggi dalam diri mereka. Tampak wajah amarah si ibu sudah bertukar menjadi simpati dan penuh kasih sayang, tatkala si anak menarik narik tangan yang sama mengendong dia ketika kecil, memimpinnya ketika melintas jalan, menepuk nepuk tika mahu tidur.

Akhirnya si ibu mengalah. Dipimpin tangan anaknya ke kenderaan polis. Berdiri kaku si ibu melihat si anaknya di bawa pergi.

Selepas segala proses selesai, saya terserempak dengan si ibu berjalan keluar dari balai beriring dengan bapa pelajar itu. Dan di sebelahnya, anaknya tadi, tangan dipimpin erat, kuat kuat bagai tak mahu melepaskan anaknya itu.

Saya sempat bertegur. Menasihat si anak, jika tak kesian pada diri sendiri, kesianlah pada mak ayah. Kesian mereka berhempas pulas membesarkan awak. Esok awak dah kahwin, awak nak anak awak macam awak?

Tertunduk diam si pelajar itu. Saya tepuk bahunya beberapa kali dan sempat berkata padanya, awak mesti anak yang baik sebab tu awak menangis minta maaf pada mak tadi. Dan sempat saya mengucapkan terima kasih kepada si ibu dan ayah kerana tak putus asa dengan kasih sayang pada si anak yang degil ini. Tersenyum si ayah. Bagai mereda hati si ibu.

Itulah antara kisah kisah kecil yang mahu saya jadikan iktibar untuk kita semua. Kongsilah dengan sesiapa, pada anak anak, pada anak saudara atau mungkin pada diri sendiri. Jahat mana sekalipun, ibu ayah tetap bersengkang mata buat anak-anak. Biar sakit lutut, biar membuai diri dek tak lena tidur, demi anak!

Itu hanya sekelumit. Saya memang mahu berkongsi segala kisah di sini tetapi kadangkala masa tak mengizinkan. Yelah kais pagi makan petang. Kalau tak dikais, mahu tak makan petang nanti kan.

sumber: edia-siber.blogspot.com

Hebat Anak Malaysia

 

KUALA LUMPUR: Wan Kuzain Wan Kamal mencipta sejarah tersendiri apabila muncul anak Malaysia pertama menjulang kejuaraan USL Western Conference bersama Swope Park Rangers selepas membenam OKC Energy menerusi penentuan sepakan penalti 7-6 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selama 120 minit dalam aksi final Sabtu lalu.

Sejak menyertai kelab itu pada pertengahan musim ini, Kuzain atau lebih dikenali dengan gelaran Messi Amerika adalah watak penting dan tulang belakang kepada kebangkitan pasukan itu.

 

Hasil kemenangan ke atas seteru utama dari saingan Western Conference itu, pemain berdarah Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat itu akan memimpin pasukannya beraksi dalam pentas final Piala USL 2017 berdepan satu lagi juara Eastern Conference iaitu Louisville City FC pada 13 November ini, di Kentucky, Amerika Syarikat.

 

Terdahulu, Louisville City FC berjaya menumbangkan juara bertahan Piala USL, New York Red Bulls II menerusi sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar dan tambahan masa.

Menerusi akaun facebook milik ayahnya, Wan Kamal, menyaksikan peminat bola sepak tempatan terkejut dengan pencapaian cemerlang anaknya itu apabila ruang komen dilimpahi ratusan ucapan tahniah dan doa.

“Terima kasih atas sokongan kepada Kuzain. InsyaAllah, pada Disember ini dia akan pulang ke Malaysia bersama abangnya,” kata Wan Kamal kepada peminat anaknya itu.

 

Aksi Kuzain sering mendapat pujian jurulatihnya, Nikola Popovic yang mengakui kagum dengan kebolehan pemain berusia 19 tahun itu.Malah, dalam aksi pertamanya ketika menewaskan OKC Energy 3-1 dalam saingan liga tujuh bulan lalu, dia merekodkan ketepatan hantaran paling tinggi dengan 96% sekali gus menguasai bahagian tengah.

Menerusi perkembangan terbaru itu, mungkinkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mula mengorak langkah memujuk Kuzain untuk pulang sekali gus menguatkan barisan skuad Harimau Malaya.

 

Sumber : Berita HarianHebat

P.Pinang lumpuh dilanda banjir selepas hujan 15 jam

P.Pinang lumpuh dilanda banjir selepas hujan 15 jam

Keadaan bandaraya George Town ditenggelami banjir kilat berikutan hujan lebat dan ribut yang melanda sejak awal pagi tadi.– Foto Bernama

GEORGE TOWN: Pulau Pinang hari ini lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih 15 jam sejak semalam.

Hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang dan berlarutan sehingga 5 pagi ini juga menyebabkan ratusan pokok dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.

 

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata 1,968 mangsa banjir kini ditempatkan di beberapa pusat pemindahan banjir yang dibuka di empat daerah di negeri ini.

 

Beliau berkata 1,125 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Seberang Perai Tengah, 615 mangsa di Seberang Perai Utara (SPU), 70 mangsa di daerah Timur Laut dan 158 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Barat Daya.

 

“Angkatan Tentera Malaysia sudah menghantar anggota-anggota mereka di daerah Timur Laut. Di kawasan Seberang Perai kita masih menunggu anggota tentera dari Kem Sungai Petani dan kita amat perlukannya. Ada ramai mangsa-mangsa yang hendak kita selamatkan.

Keadaan sekarang lebih baik sikit kerana hujan telah reda. Sungguhpun begitu, air banjir masih belum surut dan kita lihat angin masih kuat. Kita masih bimbang tentang kejadian yang tidak diingini kerana angin kuat dan kita bimbang hujan akan kembali lagi,” katanya di sini, hari ini.

Lim berkata kejadian angin kencang yang melanda negeri ini awal pagi ini adalah sesuatu yang tidak dijangka.

“Angin yang begitu kuat tak pernah kita lihat bersama hujan lebat (dan ia) benar-benar telah melebihi keperluan kita. Kita tidak ada sumber yang cukup untuk menangani keperluan mangsa-mangsa banjir. Terima kasih pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta semua pasukan penyelamat yang datang membantu. Saya harap semua dapat terus jaga keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Tinjauan Bernama di kawasan Seberang Jaya, dekat sini mendapati kawasan berkenaan paling teruk terjejas dengan beberapa bahagian Hospital Seberang Jaya (HSJ) dinaiki air namun keadaan masih terkawal dan tiada pesakit dipindahkan.

 

 

Seramai 21 mangsa banjir daripada enam keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir sementara di Taman Siakap, Seberang Jaya selepas kawasan rumah mereka dinaiki air dengan begitu pantas pada kira-kira pukul 7 malam.

Sementara itu, Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Ramzi Ahmad berkata hujan lebat dan angin kuat itu turut menyebabkan empat penerbangan yang sepatutnya mendarat di lapangan terbang berkenaan terpaksa dilencongkan.

Katanya tiga penerbangan dilencongkan ke Lapangan Terbang Subang manakala satu penerbangan lagi dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan kesemua mendarat dengan selamat.

“Berikutan cuaca buruk itu, lebih 26 penerbangan yang berlepas dari LTAPP turut mengalami kelewatan, namun operasi di lapangan terbang berjalan lancar. Pada masa ini semua operasi penerbangan berjalan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Rapid Penang menghentikan sementara operasi perkhidmatan basnya berikutan kejadian banjir kilat di bahagian pulau dan tanah besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rapid Penang berkata banyak jalan utama dinaiki air dan demi keselamatan orang ramai, kami tidak mempunyai pilihan selain menghentikan operasi sehingga keadaan kembali pulih,” kata kenyataan itu sambil meminta orang ramai merujuk laman Facebook Rapid Penang di rapidpgfans untuk maklumat terkini.

— BERNAMA dan ASTRO AWANI