Gadis Ini Tertidur Selama 13 Hari.Selepas Diperiksa Semua Orang Terkejut. Rupa-rupanya….

Menurut kajian sains waktu tidur yang diperlukan oleh seorang dewasa hanya antara 9-11 jam sehari.Manakala bagi remaja pula ia berkisar antara 11-13 jam sehari.Itu adalah jumlah waktu yang sihat dan ideal kepada manusia.

Namun apa yang berlaku kepada seorang gadis yang baru berusia 14 tahun ini adalah sesuatu yang luar biasa.Dia telah tertidur selama 13 hari 12 malam tanpa bangun-bangun.

Pada hari ke 13 dia tiba-tiba bangun namun hanya sebentar dan kemudian tertidur semula.Pada saaat dia bangun itu pun tiada apa reaksi daripada gadis yang dipanggil dengan nama Echa ini.Dia hanya hanya kaku tanpa sebarang reaksi atau pergerakan walaupun matanya terbuka seperti biasa.

Pelbagai cara telah diusahakan oleh bapanya untuk memulihkan keadaan Echa namun doktor sendiri masih belum dapat memastikan apakah jenis penyakit yang dihadapinya.

Doktor juga tidak pasti adakah itu sejenis sindrom yang dikenali sebagai Kleini-Levin yang mana indikasi penyakit itu hampir serupa.Itu semua masih dalam siasatan pihak hospital.

Secara fizikal tubuh Echa langsung tidak mempunyai sebarang masalah malah dia telah melalui CT Scan sebanyak dua kali dan hasilnya adalah normal.

Kini bapanya mahu mencuba pula perubatan secara tradisional dengan ayat-ayat Ruqyah untuk mencari penyelesaian kepada masalah anaknya ini.

Semoga Echa akan pulih seperti sediakala..Aminn.

Sumber : duniaharian

 

Gadis Ni Miliki Nama Paling Pendek. Satu Huruf Je

Kalau zaman sekarang ibu bapa berlumba nak letak nama anak panjang-panjang, tapi berlainan pula dengan pasangan ibu bapa di Yogjakarta ni.

Pelajar berusia 16 tahun ni miliki nama paling pendek apabila ibu bapanya memberikannya nama ‘N’ sahaja. Hanya hurut N yang ada dalam dokumen kelahiran gadis berasal dari Bantul, Yogjakarta ni. Hanya dia diberikan nama seringkas itu sedangkan kakak dan abangnya masing-masing miliki nama Puji Lestari dan abangnya, Jarot.

“Saya tidak tahu mengapa bapa saya hanya menamakan saya N.

“Ketika kali pertama mendaftar di sekolah, ramai yang hairan dengan nama saya ini tetapi lama kelamaan semuanya jadi seperti biasa,” katanya.

Bapa N, Wahyu Sih Nugroho, 51, memberitahu dia menamakan anaknya N kerana anaknya lahir pada bulan November.

“Saya memberi nama anak saya ini secara spontan dan kebetulan dia lahir pada bulan November, jadi saya namakannya sebagai N” Jelasnya

Sumber: Harian Metro

Kerana Terlalu Percayakan ‘HOUSEMATE’, Saya Rugi RM20,000 SEBAB…..

Kerana terlalu percayakan rakan serumah, seorang wanita mengalami kerugian RM20,000, sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Menurut mangsa, Nadia McWillson, dia langsung tidak menyangka rakan serumahnya itu sanggup menipu dan menyalahgunakan dokumen-dokumen peribadinya untuk membuat pembelian kereta terpakai.

Lebih teruk lagi, suspek juga telah mencuri empat balang berisi wang kertas RM5 yang dikumpulnya sejak tahun 2007 hingga kini yang berjumlah hampir RM4,000, digunakan oleh suspek untuk membayar bayaran pendahuluan pembeli kereta Perodua Axia.

Semoga kejadian yang menimpa mangsa menjadi pengajaran buat anda semua agar berhati-hati di masa akan datang dan tidak terlalu percaya pada orang di sekeliling.

TAHUN 2017, di mana saya kehilangan RM20,000 oleh kerana kawan. Ceritanya begini.

Saya ada kawan, kami kenal pada tahun 2010. We used to work together di salah satu agensi kerajaan. We knew each other, I thought pretty well. But sadly, no. Truely, no.

Yeah, kitorang pernah satu rumah selama enam tahun. Enam tahun, jumpa hampir setiap hari. So, isu kepercayaan memang tidak wujud langsung because you thought there was no problem, like at all sepanjang enam tahun duduk satu rumah.

Yes, aku tertipu. How she did it? She used my documentation! Dia gunakan MyKad saya, lesen memandu saya untuk beli kereta Perodua Axia dan kereta itu pun bukan dia yang guna tetapi tunang dia!

Yes! Dia beli kereta menggunakan nama saya dan kereta itu pula digunakan oleh tunang dia. Seriously saya tak tahu. Kantoi bila semalam ada seorang mamat datang ke rumah dan kata,

“You tak bayar kereta dah tujuh bulan!”

And I was like, damn no! Kereta saya, arwah abah saya dah habis bayar kot. Then saya cuba relaks dan berfikir. Siapa penama kedua kereta itu? Kereta jenis apa dan apa nombor pendaftaran kereta itu?

Happened to be, that guy said “Kereta Axia, JP*12*2.”
Itulah kereta yang tunang housemate saya gunakan. Saya tak sangka, dokumen saya digunakan oleh dia tanpa pengetahuan saya dan saya juga baru tahu betapa senangnya proses beli kereta secondhand. Saya pelik sebab saya langsung tiada di situ untuk tandatangan segala-galanya. Macam mana boleh terlepas?

Jadi, saya terus menghubungi housemate saya itu dan tanya dia apa yang berlaku. Kemudian barulah dia cakap perkara yang sebenar. Selain daripada dia mencuri salinan MyKad dan lesen memandu saya yang dia ambil sendiri dari fail di dalam bilik saya, dia juga mengaku menggunakan duit tabung saya untuk downpayment.

Yes, dia tahu saya jenis yang menabung duit kertas RM5, RM10 dan RM20. Jadi, duit note RM5 yang saya simpan dari tahun 2007 hingga 2017 ada lebih 15 balang semuanya, dia guna empat balang penuh duit tabung RM5 saya. Dan saya langsung tak perasan sebab saya fikir saya dah simpan kemas dan semuanya akan selamat. Malangnya tidak.

Bila saya tanya berapa jumlah duit yang ada dalam empat balang itu, it was almost RM4,000! Ya, hampir RM4,000!

Saya sedih sebab kawan saya sendiri buat begini. My own housemate. Dia kata dia terpaksa buat sebab dia dah nak kahwin dan tunangnya perlukan kereta untuk pergi kerja. Kalau tak ada kereta, tunang dia tak nak kerja.

Saya sedih, sangat-sangat sedih sebab saya ingatkan saya cuma hilang RM4,000. Tetapi sebenarnya saya rugi RM16,000 sebab saya baru dapat tahu sewa rumah saya bayar double. Kerana percaya, saya selama ini fikir sewa rumah RM1,600, tetapi sebenarnya cuma RM800.

Ya, cuba bayangkan duit sewa rumah RM800. Tapi dia cakap pada saya sewa rumah RM1,600. So kami bayar RM800 seorang. Ya, saya tertipu. Sumpah saya menangis sekarang.

Jadi, selama saya duduk berdua dengan dia sejak 2015, cuma saya seorang saja yang bayar duit sewa rumah. Secara teknikalnya, dia tak bayar langsung.

Ya Allah, saya murung, sakit hati, marah dan sedih. Saya mula duduk dengan dia sejak 2011. Saya tak tahulah dia tipu saya ke tak tentang sewa rumah sebab kami empat orang, bayar sewa pun RM250 seorang. Tetapi sejak 2015, saya mula duduk berdua dengan dia.

Saya ditipu. Apa yang saya patut buat guys? Saya dah ugut dia untuk buat laporan polis. Tetapi jauh di sudut hati saya masih ada rasa kasihan pada dia. Tetapi saya rugi RM20,000. Ya Allah, sepanjang malam saya menangis.

Thank you guys for the advises and DM. Just consulted with seorang lawyer ini and right now we are on our way to balai polis.

Saya rasa sedih sebab saya rasa tertipu oleh kawan baik saya sendiri. But yeah, she can also make me trouble. Ada chances saya bleh diisytiharkan muflis kalau tak bayar.

You all janganlah cakap saya bodoh. I was at the stage where I am still shock, sebab itu saya tanya apa yang saya patut buat. Sorry gais.

Sumber : doremipress.com

 

Kereta Mewah Roll Royce Berharga 2 Juta Milik Dato Aliff Syukri Di Sita..

Seperti yang kita tahu Dato Alif Syukri mempunyai sebuah kereta mewah roll royce yang berharga 2 Juta. Beliau sebelum ini ada mengeluarkan video kereta tersebut dan menawarkan kepada sesiapa sahaja untuk menyewanya dengan harga yang tertentu

Di ambang tahun baru 2018, seorang warga Australia menyewa kereta roll royce tersebut untuk bersiar-siar tetapi malangnya kantoi apabila JPJ melakukan sekatan Jalan raya di bangsar mengunakan LKM (roadtax) yang jauh lebih murah daripada yang sepatutnya

Harga roadtax Roll Royce untuk kegunaan di semenanjung Malaysia adalah lebih kurang 20k setahun tetapi roadtax yang digunakan oleh kereta tersebut cuma 5k iaitu roadtax negeri Sarawak. Pihak Jpj juga mengeluarkan saman keatas pengunaan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi.

“LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung,” kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman kepada wartawan akhbar tempatan.

Pemeriksaan JPJ melalui sistem jabatan itu mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama Datuk Aliff Syukri. Pasti kes ini akan tular dan trending pada tahun baru 2018 ini.

 

 

Alhamdulillah!!!Tahniah Hafiz Suip Kini Bergelar Bapa! Baby Boy or Girl?

Menutup tirai tahun 2017 dengan khabar gembira, penyanyi Hafiz Suip menyambut kelahiran bayi sulungnya pada awal pagi tadi (31 Disember 2017).

Hafiz, 27, menerusi akaun Instagramnya memberitahu, bayi sulungnya itu telah selamat dilahirkan pada pukul 8.06 pagi tadi.

“Bersyukur ke hadrat illahi di atas kurnia-Nya cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini.

“Jutaan terima kasih kepada isteri saya Nureffy Jesreel untuk momen indah dan tahun paling bahagia ini.

“Terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang sanggup datang memberikan sokongan moral buat kami berdua, tidak lupa juga kepada semua yang mendoakan kami berdua.

“Terima kasih juga diucapkan kepada doktor dan kakak-kakak jururawat yang memberikan khidmat yang terbaik yang menyambut kelahiran anak sulung saya,” tulisnya pada pukul 3 petang tadi.

Hafiz dan Nureffy telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.

Sumber : OhBulan
Foto: IG @hafizsuip

Alhamdulillah!!!Tahniah Hafiz Suip Kini Bergelar Bapa!

Menutup tirai tahun 2017 dengan khabar gembira, penyanyi Hafiz Suip menyambut kelahiran bayi sulungnya pada awal pagi tadi (31 Disember 2017).

Hafiz, 27, menerusi akaun Instagramnya memberitahu, bayi sulungnya itu telah selamat dilahirkan pada pukul 8.06 pagi tadi.

“Bersyukur ke hadrat illahi di atas kurnia-Nya cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini.

“Jutaan terima kasih kepada isteri saya Nureffy Jesreel untuk momen indah dan tahun paling bahagia ini.

“Terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang sanggup datang memberikan sokongan moral buat kami berdua, tidak lupa juga kepada semua yang mendoakan kami berdua.

“Terima kasih juga diucapkan kepada doktor dan kakak-kakak jururawat yang memberikan khidmat yang terbaik yang menyambut kelahiran anak sulung saya,” tulisnya pada pukul 3 petang tadi.

Hafiz dan Nureffy telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.

Sumber : OhBulan
Foto: IG @hafizsuip

Mengamuk Kerana Lambat Membayar Gaji…

31 Dis,2017

MENGAMUK GAJI LAMBAT

Berang gaji lambat dibayar, seorang lelaki berusia awal 30-an mengamuk dengan memukul anak majikan dan rakan sekerja.Buruh binaan terbabit
turut mengamuk dengan membakar kereta rakan sekerja yang cuba mententeramkan suspek.

Jurucakappolis berkata, kejadian amuk itu berlalu kira jam 3:50 petang tadi di hadapan sebuah restoran Jalan Aman, Sibu, Sarawak.Dalam kejadian itu, tiga pekerja binaan sedang menanti bayaran gaji oleh majikan.Bagaimanapun suspek dikatakan berang selepas dimaklumkan anak majikannya berusia 24 tahun mengenai kelawatan pihak syarikat membayar gaji kepada pekerja untuk bulan ini.Rakan suspek berusia 35 tahun cuba memujuk buruh binaan terbabit.Namun suspek terus mengamuk dengan memukul isteri rakan sekerja dan anak majikannya.Melihat keadaan suspek yang tidak dapat dikawal, rakan sekerjanya dan isteri beliau bertidak melarikan diri.Suspek kemudian bertindak memukul anak majikannya dengan besi dan sebelum melarikan diri, buruh binaan terbabit bertindak membakar kereta rakan sekerjanya.

Tujuh anggota balai bomba dan penyelamat Sibu diketuai pegawai bomba kanan dua Tahir Tuah bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kebakaran kereta jenis perodua kancil.Kenderaan terbabit terbakar hampir 85 peratus dan nilai kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan mencecah rm12,000.Siasatan kes amuk terbabit sedang dilakukan.Polis sudah mengenalpasti identiti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan.

 

Sumber: SarawakAritok

[GAMBAR] 16 Gambar Kemalangan Yang Aneh Dan Unik Buat Kita Berpikir 2 Kali…

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk dijalan raya dan juga di tempat kerja. Semasa sukan juga tidak di kecualikan juga. Ia berpunca dari kelalaian kita. Kita juga pernah melihat kemalangan. Namun pernah tak kita lihat kemalangan yang di anggap pelik. Walaupun ia dianggap pelik namun kita akan merasa ia sangat lucu walaupun ia membabitkan nyawa.

 

Sumber : pentekan

Fizo Omar Mahu Anak Jadik Jutawan Pada Umur 20 Tahun..


Pasangan Fizo Omar dan isterinya Mawar Abdul Karim mahu anak perempuan yang dilahirkan semalam, bergelar jutawan pada usia 20 tahun.

Selaku bapa, pelakon itu akan membuka akaun simpanan wang, bukan Instagram, untuk zuriat sulungnya demi kepentingan masa depan, lapor Harian Metro.

“Hasrat ini bukanlah angan-angan kosong kerana setiap keluarga perlu merancang masa depan anak-anak,” kata pengacara itu, yang enggan mendedah wajah anaknya.

“Ia bukan kerana kami mampu tetapi kita kena konsisten menyimpan atau melabur untuk anak.” katanya memaklumkan anak yang dilahirkan melalui pembedahan.

Fizo, 32, dan isterinya, 28, akan mendedahkan wajah anak mereka selepas majlis cukur jambul dan menganggap bayi perempuan itu amat bermakna selepas empat tahun berkahwin.

“Keutamaan diberikan kepada keluarga terdekat untuk melihat wajah bayi kami dan saya harap peminat bersabar menunggu saatnya,” kata Fizo.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung seberat 2.78 kg di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur jam 4.01 petang.

Sumber : terengganutimes / Metro

Cara Elak Kecurian, Inilah 10 Idea Kunci Kereta yang Lucu, Kreatif dan Gila

ENTAHLAH sama ada mahu tepuk tangan, gelak atau menangis apabila melihat betapa kreatifnya pemandu-pemandu atas muka Bumi ini menjaga kereta mereka daripada dicuri. Masing-masing ada kreativiti, tetapi tidak kurang juga yang langsung tidak menggerunkan si perompak.

Apapun, sila tabik hormat atas semangat dan idea kreatif mereka. Ada berani tiru?

1. RANTAI DI TIANG

Beli saja kunci rantai di mana-mana kedai perkakasan atau hardware, dan terus saja kunci kereta anda seperti di bawah. Tapi pastikan tidak terlupa membuka kunci kalau tidak mahu bampar tertanggal.

kunci-kereta-1
KREDIT FOTO: Malayalisfunny.com

2. RANTAI RIM DAN PENYANGKUK TUNDA

Cara ini biasa digunakan untuk jentera dua roda seperti motosikal dan basikal, iaitu rantaikan rim dan casis dengan kunci rantai. Jadi tidak salah pun kalau gunakan cara sama untuk kereta.

kunci-kereta-2
KREDIT FOTO: e9fun.com

3. KUNCI STERENG BERKOD

Mungkin anda tahu di mana boleh beli kunci stereng seperti ini. Tapi mesti ingat kata laluan. Sekali terlupa, bersiap sedialah dengan gergaji besi.

kunci-kereta-3
KREDIT FOTO: Funnyordieonline.com

4. RANTAI DAN MANGGA PINTU

Tidak perlu guna kunci rantai yang panjang. Cukup saja rantai sepanjang dua jengkal berserta mangga. Tetapi anda perlu mengimpal penyangkuk khas di kedua-dua belah pintu.

kunci-kereta-4
KREDIT FOTO: careofcars.com

5. KUNCI PEDAL

Sila cari tukang besi dan tunjukkan gambar ini supaya mudah ditiru. Cara ini semestinya mampu membuatkan pencuri angkat tangan kerana menyerah.

kunci-kereta-5

KREDIT FOTO: Pinterest.com

6. RANTAI SELURUH BADAN

Anda perlukan sedikit bajet untuk beli kunci rantai panjang dalam 3 meter. Boleh dibelit sepanjang bumbung kereta dan dikunci dengan mangga. Anda mungkin memerlukan kapak untuk memotong rantai atau menebang pokok sekiranya kehilangan kunci.

kunci-kereta-6
KREDIT FOTO: Cartoq.com

7. TEBUK PINTU KERETA

Sama seperti cara nombor 4. Bezanya, cara ini tidak perlu mengimpal penyangkuk, tetapi lubangkan saja pintu kereta anda. Buruk sedikit tidak mengapa, asalkan selamat.

kunci-kereta-7
KREDIT FOTO: Favim.com

8. KUNCI SENAPANG

Tidak tahulah sama ada senapang sebenar atau olok-olok saja. Apa yang pasti, pencuri akan berfikir seribu kali sebelum berani mencuri kereta anda. Masalahnya, polis pula yang akan mencuri anda ke lokap kerana membawa senjata berbahaya.

kunci-kereta-8
KREDIT FOTO: Heapsoffun.com

9. TUKAR STERENG

Tukar stereng, gunakan gari dan tambatkan dengan rantai yang dipautkan dengan tombol gear. Hmm, cara ini agak sofistikated. Tetapi, rasanya melihat stereng begini pun pencuri sudah tawar hati mahu mencuri.

kunci-kereta-9
KREDIT FOTO: Photoprikol.net

10. SELAK PINTU

Inilah cara yang digunakan Mr Bean untuk menjaga keretanya. Cara ini jelas lebih kemas dan cantik berbanding nombor 4 dan 7 walaupun ketiga-tiga cara berkenaan memerlukan pintu kereta anda diubah suai. Pastikan anda mengupah jurukimpal yang baik.

kunci-kereta-10

Sumber : pandulaju