Isu SemasaTIBA-TIBA LALAT BANYAK DALAM RUMAH LEPAS AYAH KAHWIN DGN MAK TIRI.. USTAZ BAGITAU ‘SESUATU’ MENGEJUTKAN

Assalamualaikum dan terima kasih admin jika penulisan ini post di FB. Aku ingin berkongsi cerita berkenaan mak tiri aku yang menggunakan ilmu hitam kepada keluarga aku sejak 21 tahun yang lalu. Lamakan mak tiri aku bermain dengan sihir. Itu yang aku tahu, before tahun 1997 entah dah start sihir or tak Walallahualam.

Pada asalnya kami sekeluarga hidup bahagia aman sempurna walaupun dalam keadaan sederhana. Namun keadaan menjadi ‘kucar-kacir’ sekitar tahun 1997 dan ketika itu rumah tangga ibu dan arwah ayah memang sudah di saat genting.

Pada tahun 1998, mereka berdua mengambil keputusan untuk bercerai dan hak penjagaan anak-anak diberi kepada ibu. Makanya kami tiga beradik tinggal bersama ibu. Ketika itu memang aku tidak tahu punca kenapa mereka bercerai, yang pasti arwah ayah ada orang lain. Pada tahun 2001 aku mendapat berita bahawa arwah ayah akan berkahwin dengan perempuan tu sekali gus aku mendapat mak tiri.

Tahun demi tahun, baru aku dapat tahu arwah ayah sudah terkena sihir daripada mak tiri. Macam mana aku tahu? Sebab ibu ada berjumpa ustaz-ustaz bertanyakan tentang arwah ayah.

Mengapa dia berubah dengan mendadak. Ibu mengambil keputusan untuk berpindah dari daerah aku membesar. Mungkin mahu merawat luka di hati. Siapa tak sayang suaminya kan, sudah membina rumah tangga hampir 13 tahun, tahu-tahu dimusnah oleh seorang perempuan yang menggunakan sihir ke atas arwah ayah.

Pada awalnya tiada benda-benda mistik berlaku kepada kami. Tapi bermula tahun 2010, keadaan rumah agak pelik. Lalat tiba-tiba banyak! Bukan di tong sampah, tapi di sliding door! Selak sahaja curtain banyak lalat di situ.

Ada satu hari ketika ibu mahu membasuh baju, dibukanya bekas sabun SubhanAllah! Terkejut kami kerana ada beberapa ekor lalat di dalamnya. Entah macam mana boleh masuk pun tak tahu. Itu belum lagi apabila kami sedang bersolat, menonton televisyen dan nak masuk tidur. Memang akan ada lalat.

Ibu mengambil keputusan untuk memanggil orang untuk berubat di rumah itu. Tidak dinafikan memang rumah kami di sihir. Ustaz ada bagitahu bahawa lalat yang dihantar itu adalah jin.

Dan sejak hari itu ibu dirasuk oleh makhluk halus yang ‘dihantar’ oleh ‘seseorang’. Pada mulanya ketika ibu di rasuk, memang ‘dia’ akan diam bila kami bertanya siapa yang ‘hantar’. Tapi sejak dua tiga kali berubat baru makhluk yang berada dalam badan ibu tu mula bercakap yang mempunyai dialek bahasa sebuah negeri di Timur Malaysia. ‘Dia’ memberitahu tuan yang menghantarnya itu dengan menyebut nama penuh mak tiri kami. Memang aku terkejut sebab kenapa tiba-tiba dia nak kacau kami pulak.

Ketika ‘dia’ memberitahu siapa tuannya, memang aku geram. Apa lagi yang mak tiri aku tu mahu sedangkan dia sudah mendapat arwah ayah aku. Ada satu ketika ibu dirasuk, ‘dia’ ada memberitahu bahawa arwah ayah sudah tidak sayangkannya lagi. Sebab itu dia mengganggu kami dan mahu ‘membunuh’ kami sekeluarga.

Umpama kami ni pengacau hidup dia. Mak tiri juga ada membuat sihir untuk ‘menutup’ ibu supaya ibu tidak bertemu jodoh lain. Padahal kami tak pernah mengganggu kehidupan dia. Tak pernah balas apa-apa yang dia buat ke atas kami. Bila jumpa depan-depan, mak tiri saya tu memang pijak semut pun tak mati. Memang kalau orang tengok dia tu jenis baik-baik saja.

Alhamdulillah dengan kuasa Allah, sihir di badan ibu dapat dibuang (walaupun bukan sepenuhnya). Ibu bertemu jodoh pada 2012. Namun arwah ayah meninggal dunia pada tahun 2013 kerana sakit jantung. Aku ingat selepas arwah ayah meninggal dunia memang dia dah tak ganggu kami, rupanya lagi menjadi-jadi sihirnya. Bukan sahaja di rumah ayah baru aku dikacaunya, di rumah ibu yang lama tu pun di hantar sihir.

Ibu pernah dirasuk kembali setelah sekian lama dia tak kena. ‘Dia’ memberitahu tuannya tak suka tengok ibu bahagia. Tuannya memang mahu memusnahkan perkahwinan ibu yang kedua ini. Tuannya juga tak suka tengok anak-anak arwah ni bahagia dan hidup senang. Percayalah, kami memang tidak pernah kacau pun mak tiri tu.

Mak tiri makin panas hati apabila duit peninggalan arwah ayah tu dia hanya dapat sikit saja untuk bahagiannya. Sudah memang kami adik-beradik bahagi harta ikut faraid, kenapa dia nak mempersoalkannya pulak? Bukan sahaja mak tiri tu bodoh bab harta dalam Islam, anak dia pun sama. (anak dia dengan first husband. Mujur lah arwah ayah tak ada anak dengan mak tiri). Memang kalau boleh dia nak bolot semua harta arwah ayah (Macam drama kan, haa ni memang reality weh!).

Sehingga hari ini mak tiri masih mengganggu kami dengan sihir. Sehinggakan diri aku pun terkena sihir mak tiri tu. Aku hanya mampu berdoa saja supaya mak tiri insaf dan berhenti melakukan perbuatan syirik ni. Masa arwah ayah meninggal dunia dulu pun entah sempat atau tak dia meminta maaf atas perbuatan sihir dia tu.

Sumber : IIUMC

Bukaan Sudah 4 Sentimeter, Doktor Dah Risau Bayi Tak Lepas Keluar Lagi Seperti Ada Sesuatu Yang Menahan!

Doktor dah risau sebab bayi tak keluar lagi, seperti ada sesuatu yang menahan. Diazan, tak keluar, dibaca yasin tak keluar juga, dibuat solat hajat tak keluar… Rupa-rupanya sebelum ini dia ada melakukan suatu perkara…..

Apa yang saya buat, semuanya salah. Apa yang saya ada, habis semua nak lebih dari saya sedangkan saya tak bekerja. Saya hulur tangan untuk salam diberikan kaki untuk sambut tangan saya.

Bilik asal saya dibina oleh suami di kampung bagi memudahkan saya jika balik pun telah diambil oleh mereka.

Bila saya pulang ke kampung, bilik saya dipindahkan ke bilik stor. Mana tempat simpan pakaian, almari dan perabot yang tak dipakai semuanya disimpan dalam bilik itu.

Katil dalam bilik patah, lantai tak beralas dan berpasir, tingkap pecah, tiada langsir, tiada lampu, tiada kipas. Suami tahu? Ya suami tahu dan suruh saya bersabar sebab kami hanya balik sekejap sahaja.

Apa salah saya? Salah saya sebab saya orang Kuala Lumpur. Mereka mengharapkan saya anak orang kaya tetapi kenduri kahwin hanya di flat, memalukan mereka pada orang-orang kampung yang hadir.

Cuaca di kampung sangat panas membahang. Pernah satu hari saya dizinkan suami untuk tidur kerana demam dan semua keluar untuk berjumpa dengan kawan-kawan sekampung. tetapi saya tak boleh tidur sebab mereka menutup plug kipas dari luar.

Saya terpaksa bangun untuk buka suis smeula dan masuk ke dalam bilik. Tidak lama kemudian mereka ketuk dinding kayu sekuat hati menandakan mereka marah.

Saya bukan anak orang susah sebenarnya dan saya tak pernah hidup susah. Tetapi ayah ajar berusaha dan berdikari agar dapat hidup tanpa menyusahkan orang lain.

Buku-buku bank anak-anak, mentua saya pegang. Buku bank suami, mentua pegang. Alasan takut saya keluarkan duit.

Apa yang terjadi pada saya, suami tak pernah tahu tetapi suami banyak kali mempertahankan saya apabila ibu mertua mempersoalkan tentang apa yang disimpaikan anak-anak perempuannya.

Saya sedih dan tiada mengadu pada sesiapa mahupun adik, abang-abang atau kedua ibu bapa saya sebab saya tidak mahu mereka memandang seorang pada suami. Lagipun suami saya tidak bersalah dalam hal ini.

Walaupun suami tak tahu apa-apa, dia tahu pun dari isteri saudara suami yang duduk di rumah sebelah. Dia yang menyampaikan pada suami, macam mana saya dilayan bila suami tiada di rumah. Tetapi saya tidak pernah mengadu domba pada suami.

Suami pernah memarahi saya kerana tidak memberitahunya tentang semua itu dan dia mahu memanggil kakak dan adik-adik perempuannya tetapi saya halang dan memohon suami kawal kemarahan dan jaga silaturahim.

Lagipun, jika suami teruskan dengan panas hati, ibu mertua pasti akan benci pada saya dan saya tidak akan pulang lagi.

Sampai satu tahap saya tak dapat tahan, sebab kalau ikutkan ada banyak lagi perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Dipendekkan cerita, saya sedang mengandung anak kedua.

Saya menangis seorang diri dalam bilik kerana tidak tahan dengan kebencian mereka terhadap saya. Sambil sembahyang, saya menangis tersedu-seduh.

Saya perlukan Allah, hanya ada Allah untuk pujuk saya. Sampai satu tahap saya sembahyang menangis-nangis. Habis sembahyang, saya duduk berzikir dan menangis-nangis lagi. Nak tenangkan hati tapi tak tenang dan tak tahan juga. Saya terus berdoa pada Allah.

Ya Allah, Kau tahu aku tak bersalah. Mereka ingin aku berceria Ya Allah. Dia belum berkahwin, dia tidak tahu rasa menjadi menantu. Dia tidak merasa menjadi seorang ibu. Aku minta Kau dengar kesedihan hati aku.

Aku tidak berdendam tetapi aku sedih yang aku dianiaya mereka ini, Ya Allah. Aku tak tahu mana nak mengadu melainkan Kau. Dengarlah doa aku yang teraniaya dan difitnah ini. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa, Ya Allah.

Mereka akan merasa apabila mereka hendak berkahwin nanti. Bokaknya mereka akan bertukar hampa. Mereka tidak pernah bersalin, tak tahu rasa bersalin, mereka akan merasa sakitnya bersalin itu, Ya Allah.

Dan sakitnya apabila diperlakukan seperti ini oleh ipar mereka nanti. Sesungguhnya aku tidak berdendam tetapi aku terlalu terluka. Aku mengadu dan meminta agar mereka tahu dan sedar bila mereka berada di tempat aku.

Dengan izin Allah, doa saya dimakbulkan. Bukan saya nak kata Allah dengar doa saya tetapi apa yang terjadi pada dia, itu yang saya doakan dulu. Saya juga terkejut sebenarnya.

1. Pada hari perkahwinan mereka, macam-macam dugaan. Banjir, nak pasang khemah tak tahu di mana. Kereta tak boleh masuk, masalah cari barang masakan kenduri sampai kena naik sampan. Barang-barang hantaran rosak. Kenduri hanya orang kampung yang datang.

Lauk pauk tak habis sehingga terpaksa diberi pada orang dan dibuang kerana yang hadir hanya orang-orang kampung dan kenalan dekat sahaja.

2. Selepas berkahwin, salah seorang dari mereka mengadu tentang layanan ipar dan ipar mengata/fitnah dia macam-macam.

Sampai adik beradik suami benci dan cari kesalahan dia. Dia sudahpun keluar dari rumah dengan barang-barangnya dan duduk berasingan dengan suami.

3. Sampai masa nak bersalin, tiga hari tnggu dalam wad. Tak lepas-lepas keluar anak dalam perut. Suami ada bertanya pada saya, kenapa adik dia jadi begitu sedangkan dulu bila saya bersalin, semuanya mudah.

“Adik abang mulut suka maki dan aniaya serta berdengki dan busuk hati, putuskan silaturahim saudara mara. Suruh dia minta maaf pada mak, suami dia dan saudara mara dia,” kata saya pada suami.

Suami cakap adik dia dah buat semua itu. Saya diamkan diri. Suami pandang saya.

“Dia kena minta maaf pada seseorang. Seseorang yang selalu dia aniaya, maki hamun di media sosial, perli depan-depan. Seseorang yang diperlakukan seperti orang asing, dipulaukan, dan dia tidak ingin orang itu berada dalam keluarga ini,” kata saya lagi.

Suami terdiam dan serta merta faham dengan apa yang saya jelaskan. Suami terus memujuk dan meminta maaf bagi pihak adiknya. Saya diam sahaja, tak cakap apa-apa.

Hari ketiga masih dalam wad, sudah melepasi tarikh sepatutnya bersalin. Bukaan masih 4 sentimeter. Doktor dah risau sebab bayi tak keluar lagi, seperti ada sesuatu yang menahan. Diazan, tak keluar, dibaca yasin tak keluar juga, dibuat solat hajat tak keluar.

Lantas suami tersedar dan teringatkan saya di rumah. Suami sedar saya banyak teraniaya dan terasa hati. Selama ini memang isterinya tidak bersalah. Jenuh suami mesej saya setiap jam. Beri perkembangan terkini tentang keadaan adik dia. Saya diamkan diri juga.

“Adik menderita sangat-sangat, sakit kena jolok, kena usik macam-macam. Diberi ubat tahan sakit macam-macam, tak kesian ke?” mesej dari suami.

Saya tetap berdiam sampailah suami mesej kata doktor tiada pilihan dan terpaksa bedah sebab anak dalam perut dah mula lemas dan takut anak adik ipar tak selamat. Terus saya doa dalam hati dan mengangkat tangan.

Allah, permudahkan segala urusan pembedahan ipar aku. Selamatkan anak dalam kandungan yang tidak pernah bersalah terhadap aku. Tolong aku Ya Allah. Selamatkan kedua-duanya. Jangan biarkan aku dalam serba salah, aku akan rasa berdosa.

Beberapa minit kemudian, suami mesej.

“Terima kasih sayang, baby dah lahir. Kedua-duanya selamat. Abang tahu isteri abang baik. Biarlah apa yang mereka cakap, abang kenal isteri abang..”

Saya balas, “Ingatkanlah adik abang itu. Itu pengajaran pertama dari Allah. Agar pengajaran ini tidak berulang lagi…”

Saya tidak mereka-reka cerita. Tetapi pada saya, pada yang tahu kebesaran kuasa Allah SWT itu, jangan dibuat main.

Perkahwinan saya kini di ambang penceraian. Saya terkena sihir pemisah. Doakanlah agar saya merasa bahagia dan dilindungi dari kezaliman pihak mereka. Semoga suatu hari nanti Allah akan membalas segala perbuatan mereka.

kredit : ohgebang

Nama-Nama Tempat Paling Pelik Di Malaysia

Mungkin ramai yang tidak tahu yang negara kita juga terdapat pelbagai tempat yang mempunyai nama pelik dan unik. Namun, kebanyakan tempat ini terletak di kawasan luar bandar dan wujud sekian lama sejak beberapa dekad lalu. Kami sediakan senarai 10 nama tempat-tempat ini yang pasti bakal buat anda tak kering gusi.

 

1. Kampung Bogel, Terengganu
kampung bogel terengganu

 

Percaya atau tidak, kampung ini sememangnya benar-benar wujud di Kampung La, Hulu Besut. Biarpun namanya telah ditukar kepada Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, penduduk masih lagi memanggil dengan nama lamanya. Difahamkan, nama Kampung Bogel dikenali sejak zaman sebelum merdeka lagi. Nama itu dikenali berdasarkan penemuan sebiji buah durian tanpa duri pada tahun 1955. Namun, kebenaran kisah itu tidak dapat dipastikan.

2. Desa Temu Jodoh, Johor

desa temu jodoh

 

Tempat ini dinamakan bersempena majlis perkahwinan yang diadakan secara serentak pada tahun 1978. Ia melibatkan 24 pasangan suami isteri, dimana majoriti daripada mereka merupakan peserta Rancangan Tanah Muda anjuran kerajaan negeri Johor. Perkampungan ini dibuka sekitar 30 tahun lepas dan pada mulanya dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek.

 

Pada tahun 1990, Sekolah Kebangsaan Desa Temu Jodoh telah dibina berhampiran kampung ini. Sekolah tersebut telah melahirkan barisan pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang profesional, serta ada yang turut bergelar usahawan muda yang disegani.

3. Kampung Imam Lapar, Terengganu

kampung imam lapar

 

Terdapat kisah mengatakan dua pedagang datang ke surau yang terletak di tepi tebing sebuah pengkalan. Mereka mendapati seorang imam sedang khusyuk menghafaz Al-Quran. Para pedagang itu kemudiannya difahamkan memberitahu imam itu yang mereka sedang lapar, tetapi dia sebaliknya terus ‘laper’ (menghafaz) bacaan Al-Qurannya. Terdapat kemungkinan peristiwa itu diceritakan kepada orang lain sehingga tercetusnya nama sebegitu.

4. Jalan Microwave Station, Sabah

jalan microwave station

 

Jika anda sedang memandu di jalan raya sepanjang 350 km yang sunyi antara jalan Kota Kinabalu dan Sandakan, jangan terkejut apabila melihat papan tanda jalan raya yang pastinya membuat anda ketawa terbahak-bahak iaitu Jalan Microwave Station, Jalan TV Station dan  Jalan Ke Tangki Air. Jalan Microwave Station dikatakan dinamakan sebegitu kerana ia menghala ke menara komunikasi yang terletak di sebuah bukit berhampiran.

5. Kampung Baru Jumpa, Sabah

kampung baru jumpa

 

Terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom yang majoriti penghuninya ialah masyarakat etnik Lundayeh, ia kini merupakan sebuah kampung yang maju serta terkenal dengan hasil pertanian seperti padi, koko dan getah.

6. Kampung Atas Tol, Terengganu

kampung atas tol

 

Mengikut kisah orang dahulu, penduduk di sini pernah tinggal di beberapa penempatan secara berkelompok, antaranya di pinggir tanah gersang yang terbentang luas, berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar untuk mendapatkan sumber air.

 

Tanah gersang yang tidak mempunyai nama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja. Tetapi lama-kelamaan ia menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘Atas Tu’ atau ‘Atas Itu’ disebut dengan ‘Atas Tol’ pada tahun 1924 semasa penasihat British yang pertama, Humpreys buat julung kalinya memperkenalkan sistem daerah.

7. Felda New Zealand, Pahang

felda new zealand

 

Juga dikenali sebagai Kampung New Zealand, ia adalah sebuah petempatan FELDA yang terletak 10 km dari bandar Maran. Ya, tanah rancangan ini dinamakan bersempena negara New Zealand. Perkampungan ini mendapat sumbangan dari kerajaan New Zealand. Malah, juruukur yang terlibat dalam pelan pembukaan kampung ini turut berasal dari New Zealand.

8. Kampung Penajis, Negeri Sembilan

kampung penajis

Kampung Penajis terletak di DUN Kota dalam Parlimen Rembau. Namun, nama asal kampung ini sebenarnya ialah Kampung Penajuh yang diambil bersempena nama peneroka kampung ini, Datuk Najuh.

Selain itu, ia juga dipanggil dengan nama Kampung Penajeh. Dalam bahasa Sanskrit, perkataan ‘Tajeh’ berasal dari suku kata ‘Taj’ yang bermaksud mahkota. Terdapat kemungkinan yang ‘Penajeh’ bermaksud si pemakai mahkota atau mereka yang ditabalkan.

9. Mambang Di Awan, Perak

mambang di awan

 

Mengikut seorang pegawai Inggeris bernama George Maxwell, tempat tersebut mula disebut sebagai Mambang Di Awan kerana wujudnya mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka.

Terdapat juga cerita mengatakan sekumpulan pelombong bijih timah ternampak bidadari di awan ketika sedang berehat setelah penat bekerja sehari suntuk. Nama asalnya ialah Batang Tonggang.

10. Kampung Seronok, Pulau Pinang

kampung seronok

 

Kisah disebalik nama tempat ini ialah apabila seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan kerap datang ke kampung ini dan berpeluang menghadiri majlis keramaian yang diadakan pada setiap tahun. Beliau amat tertarik dengan cara hidup penduduknya dan memberikan nama Kampung Seronok pada tahun 1946.

11. Batak Rabit, Perak

batak rabit

Batak Rabit merupakan sebuah pekan kecil di daerah Hilir Perak di Perak. Terletak berhampiran bandar Teluk Intan, namanya diambil bersempena tentera upahan Batak dari daerah Batak di Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut semasa perang saudara Selangor antara tahun 1867 hingga 1874.

Sekarang ianya ialah sebuah perkampungan nelayan kecil, didominasi oleh kaum Batak Melayu yang asalnya dari Batak di Sumatera. Ia juga dikenali sebagai syurga udang galah bagi penggemar aktiviti memancing.

12. Kampung Dada Kering, Pahang

kampung dada kering

 

Nama Kampung Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Semenjak penutupan lombong yang terdapat di kampung ini, tapak-tapak perlombongan berkenaan telah dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar.

Malah, kampung ini pernah menjadi lombong emas. Namun, deposit emas dan rizab telah lama habis dan lombong tersebut telah ditutup.

13. Kota Sarang Semut, Kedah

kota sarang semut

 

Pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan menjadikan bandar ini kurang dikenali, kecuali bagi mereka yang masih lebih suka mengembara dengan cara lama. Untuk mengimbangi kerugian tersebut, nama bandar Kota Sarang Semut telah diletakkan di papan tanda lebuhraya yang menandakan jalan keluar terdekat.

Cerita disebalik nama kawasan ini ialah terdapat seorang raja bernama Raja Sulaiman telah lalu di tempat ini bersama sekumpulan lelaki dan seekor gajah. Si semut kononnya telah menangis simpati kerana takutkan busut mereka akan dimusnahkan oleh kumpulan itu dan didengari oleh Raja Sulaiman. Rombongannya diberi amaran agar tidak memusnahkan busut berkenaan.

14. Batang Melaka, Melaka

batang melaka 731

 

Batang Melaka merupakan sebuah mukim dalam daerah Jasin, Melaka. Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil, sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan.

Terletak di tengah-tengah sempadan Melaka dan Negeri Sembilan, pekan ini dianggap sebagai sebuah pekan koboi yang masih tidak banyak berubah sejak tahun 1960-an.

15. Batang Berjuntai, Selangor

batang berjuntai

 

Biarpun kini dikenali sebagai Bestari Jaya, nama Batang Berjuntai masih menjadi bualan ramai. Mengikut penduduk setempat, ia berasal daripada sebatang pokok besar yang memiliki dahan berjuntai. Akan tetapi, terdapat juga versi lain asal-usul nama tempat itu.

Oleh kerana membawa maksud yang kurang sopan, nama Batang Berjuntai telahpun diubah beberapa kali, iaitu Berjuntai Bestari dan Bestari Jaya. Namun, golongan yang lebih berusia masih memanggilnya dengan nama Batang Berjuntai.

16. Menggatal

menggatal

 

Menggatal merupakan sebuah bandar kecil dan sub-daerah yang terletak di Daerah Kota Kinabalu, Pantai Barat Sabah. Nama pekan ini diambil bersempena nama sejenis pokok mangga yang mengeluarkan buah dimana ianya boleh menyebabkan kegatalan apabila dimakan. Pada asalnya, ia dipanggil Mangga Gatal, tetapi lama-kelamaan sebutan itu diringkaskan menjadi Menggatal.

Tambahan Gambar

nama kampung pelik di malaysia kampung cinta manis

 

kampung cinta manis

 

nama kampung pelik di malaysia kampung tanpa wayar

 

kampung tanpa wayar

 

nama kampung pelik di malaysia kampung ketek

 

kampung tetek

 

nama tempat pelik di malaysia pi mampos

 

p. mampos

 

Sumber : ILIMINASI.COM

Sesudah 50 Hari Nikah Kami Bercerai. Mertua Buat Saya Mcm Pembantu, Suami Buat Saya Mcm Hamba

Gambar hiasan.

Maka, berakhirlah kisah saya yang mengharapkan bercinta selepas nikah ini. Tak sempat bercinta pun. Berbulan madu pun ramai-ramai. Ingatkan berakhir di syurga tetapi berakhir di neraka yang dia buat pada rumahtangga kami. Hati budi pun jauh sekali nak kenal.

 

Kisah coretan dari saudari Lydia (nama samaran) yang mahu wanita diluar sana ambil pengajaran .
Buat gadis yang masih belum berkahwin juga beringat sebelum terkena . Mungkin cerita ini diulang siar namun admin rasa kewujudan masalah seperti ini masih ada dan tak mustahil lagi teruk .Bismillahirrahmanirrahim. Since macam dah penat nak copy and paste kisah berlakunya cerai yang tiba-tiba ini, saya rungkaikan sedikit sahaja sebagai pedoman dan panduan. Take it positively. Nak jaga aib orang seboleh yang mampu.Saya dengan bekas suami bernikah atas pilihan bekas mertua saya. Kenal memang tak lama, atas dasar menjaga agama. Time ini respectlah kan, jaga hubungan sebelum nikah. Maka berlangsunglah majlis nikah, walimah, bertandang dalam masa 3 hari non stop.

 

Saya tinggal di rumah mertua (saya, bekas suami, mertua, adik beradik ipar). Bekas suami merupakan anak sulung dan taat pada segala apa suruhan dan perintah ibunya. Tetapi akhirnya memakan diri.Minggu pertama perkahwinan kami okay. Bermula minggu yang kedua dan seterusnya dah jadi lain. Yang mana ibu mertua mula kawal semua urusan dalam rumah. Saya pada mulanya masih bersangka baik, tetapi bila dia mula mencampuri urusan rumah tangga kami, saya tak selesa.Saya cuba berbincang dengan suami, saya tidak kisah ditegur tetapi bila semua perkara dikawal oleh ibu mertua termasuk pergaulan saya dengan suami sendiri, menyebabkan saya tidak selesa.Nak berjalan berdua, salah, makan berdua salah. Kalau diikutkan, semua perkara yang saya buat salah.

 

Image result for gambar perempuan sedih

 

Mak awak tak boleh buat macam ini. Kita kan dah suami isteri, kata saya pada suami.Kita kena taat pada mak, balas suami ringkas dan beredar.Sampailah saya dimasukkan ke wad sebab bleeding. Pagi sahur itu saya dah beritahu ibu mertua yang saya nak pergi klinik. Dia tak bagi dan tuduh saya manja lagi. Sampailah saya dah tak tahan, rasa nak pengsan, barulah suami bawa saya pergi ke klinik. Itu pun lama juga sebab nak dapatkan keizinan ibunya terlebih dahulu. Masa ini saya dah menangis. Dia sempat lagi nak call beritahu nak bawa saya ke klinik.Sampai di klinik, saya terus dirujukkan ke hiospital sebab HB drop sampai 6. Bila dah warded, saya dan suami dah macam panas sebab doktor kata saya mengandung, mungkin anak kembar tetapi satu dah gugur (sekarang kedua-duanya dah tak ada dalam rahim).

 

Saya warded pun kena marah juga sebab saya dituduh ibu mertua menyusahkan anaknya nak bekerja. Saya cakap, cuti sajalah. Tetapi suami kata tak boleh sebab ibunya suruh bekerja, cari duit.Ibu mertua tak nak cucu sebenarnya sebab bagi dia, ada cucu akan membebankan. Perlukan duit banyak (bila mentaliti hanya hidup untuk duit).Saya dibenarkan keluar dari wad pada hari Jumaat. Suami hantar saya balik ke rumah ibu saya dan dia terus balik sebab ibu dia sudah pesan, selepas hantar saya terus pergi kerja. Itulah hari terakhir saya berjumpa dengan suami.Malam itu, saya menghubungi dia. Dia kata dia tension dan stress sebab ibu dia marah bila saya balik ke rumah keluarga saya. Katanya, tiada sesiapa yang nak buat kerja rumah, iron baju-baju dia dan sebagainya.

 

Sehinggalah Ahad 19 Jun 2016, saya cuba call suami beratus kali, WhatsApp, mesej langsung tidak dijawab. Malah dia langsung tidak bertanya tentang perkhabaran saya. Sampai saya persoalkan juga tanggungjawab dia sebagai suami. Iyalah, saya dibawah tanggungjawab dia.Akhirnya dia menghantar mesej menceraikan saya sebab katanya saya yang mendesak dia untuk menceraikan saya. Yang ini langsung tidak wujud.Malam itu, saya pergi ke rumahnya untuk mengambil barang-barang saya. Maruah saya dipijak-pijak, saya dipersalahkan di atas semua perkara yang terjadi. Barang-barang saya dihumban ke dalam kotak. Saya angkut kesemua barang-barang saya.suami?

 

Suami langsung tidak mahu turun mempertahankan maruah saya sebagai isteri dia. Saya diperlakukan umpama kain buruk. Sebelum dia meminta saya menjadi isterinya, bukan main beradab dia mengambil saya dari ibu dan ayah. Tetapi bila sudah tidak diperlukan, saya dibuang begitu sahaja. Semuanya ditamatkan dengan sms, call. Cerai pun buat main-main.Ustazah, ustazah ini ustazah tau. Sepatutnya menasihatkan anaknya jangan sampai bercerai. Tetapi ustazah ini beria menyuruh anaknya menceraikan saya sebab saya tidak mendengar katanya. Tiada sesiapa yang nak iron baju-baju dia dan dia sedar saya mengandung tetapi sengaja nak membunuh anak-anak saya. Betapa tegarnya hati dia.

 

Image result for gambar perempuan sedih

 

Suami, tak salah mahu mempertahankan ibu sendiri tetapi awak ada tanggungjawab awak juga terhadap isteri. Ada perkara yang boleh dipatuh, ada yang boleh dibantah. Even saya mengandung pun awak tak ambil tahu. Cuma tahu mempersoalkan tanggungjawab saya terhadap awak. Jadi, mana tanggungjawab awak selama ini? Nafkah langsung tak bagi sebab ibunya tak izinkan dia beri pada saya. Bagus.Sila buang gelaran ustaz, ustazah itu semua. Sangat tidak layak. Mertua buat menantu macam pembantu. Suami buat isteri macam hamba. Ya, dunia akhir zaman. Ini baru sedikit ceritanya. Kadang-kadang gelaran itu mengaburi mata kita sebenarnya.

 

Ingat boleh tumpang sikit-sikit ilmu agama.Semuanya telah selesai, selesai di dunia. Di akhirat, tanggunglah sendiri wahai bekas suami dan mertua. Anak-anak saya pun sudah selamat di syurga. Moga menjadi asbab untuk saya ke syurga. Semoga menjadi asbab untuk kalian kerana menzalimi saya sebagai isteri dan menantu.Maka berakhirlah kisah saya yang mengharapkan bercinta selepas nikah ini. Tak sempat bercinta pun sebenarnya. Honeymoon pun beramai-ramai. Ingatkan till jannah tetapi till jahanam dibuatnya pada rumah tangga kami. Hati budi pun jauh sekali nak kenal.Saya tak cakap bercinta selepas nikah ini tidak kekal lama tetapi bergantung pada pengemudi rumah tangga itu sendiri. Thats why nikah ini amanah yang berat, tanggungjawab pun dah tak sama. Nak happy forever kena lalui suka dan duka. Lydia

 

Image result for gambar perempuan sedih

 

Buat lelaki luar disana apabila anda bersedia untuk mendirikan rumahtangga , korang juga dah bersedia nak hadapi pelbagai bentuk masalah , yang anak mak ni mungkin perlu belajar mendahulukan dan menghormati . Tak salah nak jaga hati ibu , sememangnya ibu perlu diutamakan tapi sampai perasaan isteri terabai , itudah kira berdosa juga .

Pengalaman Tidak Dapat Dilupakan Haji Lokman Bersihkan Jin Di Kawasan Ayah Pin..

Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama…

Ayah Pin

Ramai yang tak tahu kisah benar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.

 

 

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970an lagi.

 

 

Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

 

 

Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

 

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut.

 

Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

 

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

 

 

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

 

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

 

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

 

Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.

 

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

 

 

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.

 

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

 

 

Hj. Lokman

19 November 2010

 

Sumber : oopsshmedia.blogspot.com

Taktik Baru Scammer Pada Pemilik Akaun Bank Maybank. Jangan Ambil Remeh Hal Ini Ramai Sudah Menjadi Mangsa.

Individu yang memiliki akaun Maybank dinasihati berwaspada terhadap kemunculan sindiket penipuan ‘Spoofing’.

Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Siasatan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Datuk Kamaruddin Md Din berkata, pihaknya mengesan wujud rangkaian sindiket baru yang menyamar sebagai pegawai bank khususnya Maybank untuk menipu orang awam.

Menurutnya, sindiket itu akan menghubungi telefon mangsa secara rambang sebelum memulakan perbualan dengan mendakwa nama mangsa digunakan individu tertentu untuk melakukan pinjaman peribadi.

“Ahli sindiket akan memperkenalkan diri sebagai pegawai bank sebelum meminta mangsa menyatakan nama penuh dan nombor MyKad untuk tujuan pengesahan.

“Suspek kemudian mendakwa ada individu yang menyamar dan membuat pinjaman peribadi menggunakan identiti mangsa,” katanya.

Mangsa kemudian akan panik dan suspek akan menasihati mereka untuk membuat aduan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan memberi nombor telefon yang sudah diubah menggunakan ‘platform voice over internet protocol’ (VOIP) untuk memperdaya mangsa.

“Meskipun itu bukan nombor asal BNM atau PDRM akan tertera nombor asal dua agensi kerajaan pada telefon pintar mangsa menggunakan peralatan VOIP,” katanya.

 

Kamaruddin berkata, sebaik mangsa menghubungi nombor itu, seorang lagi ahli sindiket yang menyamar sebagai pegawai BNM atau PDRM akan menjawab panggilan itu.

Beliau berkata, ‘pegawai’ palsu itu pula akan meminta maklumat perbankan dan kad kreditmangsa kononnya untuk tujuan pengesahan dan semakan.

Sumber: Harian Metro

Menyamar Sebagai Pemetik Buah Di Australia, Wartawan Malaysia Bongkar Kehidupan Sebenar!

Seorang wartawan Malaysia yang telah menyamar sebagai pekerja luar bakal mendedahkan hasil siasatan beliau berkenaan karier pemetik buah yang popular bagi rakyat Malaysia di Victoria, Australia melalui satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Australia minggu depan.

 

Saiful Hasam, wartawan Utusan Malaysia mendedahkan bagaimana pekerja-pekerja di situ dikawal mental mereka menggunakan agama dan dijerat dengan hutang yang membuatkan pekerja-pekerja di situ tidak dapat lari. Pemetik buah yang bekerja secara tidak sah dipancing ke Australia dengan kisah ganjaran tinggi, kata Saiful.

 

Namun apabila tiba di sana, mereka  menyedari gaji yang akan mereka perolehi sebenarnya kecil, pekerja hanya dibenarkan tinggal dalam keadaan sempit serta diperangkap dengan perjanjian kontrak yang merugikan mereka. Saiful memberi amaran yang operasi penipuan itu masih lagi berleluasa sehingga kini.

 

 

Kisah Saiful bermula pada 2016 apabila tiba di Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah. DIa dijanjikan gaji RM360 untuk bekerja 24 jam dalam tempoh 4 hari. Majoriti wang gajinya diambil untuk membayar sewa rumah kecil yang terpaksa dikongsi dengan 11 orang pekerja lain dan pendapatannya hanya sekitar RM65 yang beliau perolehi dalam tangan.

 

“Kisah mereka semua sama,” kata Saiful. “Bagi kami, kami perlu mencukupkan kuota pokok yang dipetik hanya untuk membayar sewa rumah semata-mata. Pendapatan saya pula hanya cukup-cukup. SImpati saya melihat pekerja-pekerja diambil kesempatan kerana ramai di antara mereka betul-betul komited.”

 

Pendedahan Saiful melalui Fairfax Media tahun lepas mendesak kerajaan Australia memperkenalkan akta yang mengawal sistem perhambaan secara moden. Pihak penyiasat melalui sebuah jawatankuasa kini sedang menjalankan siasatan dan Saiful akan ke Australia bagi menyampaikan bukti yang telah beliau kumpul, minggu depan.

 

 

Apabila ditanya adakah pernah pihak pekerja menyuarakan kebimbangan pada pihak majikan, Saiful menjawab yang pihak majikan akan menggunakan agama sebagai hujah.

 

“Individu yang dilantik sebagai ketua kami kerap menenangkan pekerja yang mengeluh dengan meminta agar semua pekerja bersabar, ini semua mungkin dugaan bagi kami semua di Australia dan dia meminta kami berharap (berdoa) agar satu hari nanti kami akan mempunyai duit yang cukup,” ujar Saiful.

 

Jawatankuasa yang ditubuhkan bertanggungjawab untuk menyediakan laporan berkenaan apa yang telah berlaku serta mengusulkan cadangan yang mampu menyekat aktiviti perhambaan yang kerap berlaku di Australia ini.

 

Selepas pendedahan tahun lepas, pada bulan Ogos tahun ini, mahkamah Australia sudah pun mewajibkan semua syarikat yang mempunyai pendapatan kasar AUD100 juta tahunan untuk menghantar laporan berkenaan sistem pengambilan kerja yang mereka amalkan.

 

 

Wakil pihak persatuan penanam buah Australia yang dinamakan Citrus Austrlia, Tania Chapman pula meletakkan beban kesalahan kepada pihak pekerja asing yang menyalahgunakan visa merek. Menurut Tania, menyalahkan petani dan peladang tidak tepat, kerana majoriti yang berada di bawah CItrus Australia menggunakan saluran pengambilan pekerja yang betul.

 

“Kebiasaannya, syarikat peladang membayar amaun yang sepatutnya kepada syarikat yang menguruskan pekerja, namun apa yang berlaku, syarikat enggan menyerahkan amaun secara penuh kepada pekerja sebagai pendapatan. Ini mengakibatkan masyarakat Australia dipandang negatif kerana mengambil peluang kewujudan tenaga buruh murah,” kata Tania.

 

Pengenalan akta dan dasar yang lebih menyeluruh tidak membantu, ujar Tania. Apa yang lebih mustahak adalah sistem yang mampu mendedahkan pihak pekerja untuk mengetahui hak mereka sebagai pekerja asing. Tania menekankan agar pekerja yang masuk faham tentang tanggungjawab, hak dan undang-undang kemasukan pekerja asing Australia.

 

 

Apa pun pandangan yang disuarakan, yang kita harapkan adalah pendedahan berkenaan isu ini dapat diperjelaskan lagi melalui maklumat-maklumat yang bakal didedahkan oleh wartawan kita, yang cukup berani membahayakan dirinya sendiri dalam mencari kebenaran dan berkemungkinan menyelamat ribuan rakyat Malaysia yang sudah pasti menyimpan impian ke Austrlia, untuk memetik buah bagi menjana pendapatan tinggi.
Antara yang berlaku apabila wartawan Malaysia membuat penyamaran..
1. Diberi upah 2.00$ ke 2.30$ untuk setiap pokok yang dipetik. Difahamkan juga, perdapatan itu adalah di bawah gaji undang undang.

2. Saiful cuma berjaya memetik sekitar 5 pokok sehari dan jika didarabkan dengan gaji. Cuma cukup untuk membayar rumah sewa 70$ setiap minggu. Rumah sewa yang uzur tanpa pemanas dan disewakan beramai.

3. Jika ada siasatan mengenai polisi atau eksploitasi pekerja asing, kebiasaanya pekerja asing terpaksa membayar wang mereka atau mereka terpaksa dihantar pulang.

4. Susah untuk mendapatkan pekerjaan terus dari ladang itu sendiri memandangkan mereka bekerja secara kontrak yang tidak dikeluarkan Visa untuk mereka

Antara sebab untuk Saiful membuat penyamaran

Untuk mendidik rakyat kita. Untuk memberi mereka panggilan untuk bangun. Sila jangan hanya datang ke sini. Jika anda datang secara haram, maka layanan amatlah buruk.

Saya berasa sedih untuk mereka, tetapi mereka mesti tahu bila mereka datang ke sini mereka adalah menyalahi undang-undang dan mereka melakukan sesuatu yang salah dan ia juga menghukum imej negara kita.

 

Sumber : Abc.net, Syahril A. Kadir

Ingat Lagi 2 Anak Michael Jackson ? Ini GAMBAR TERKINI Mereka Yang Buat Ramai TERKEJUT

Ingat Lagi 2 Anak Michael Jackson ? Ini GAMBAR TERKINI Mereka Yang Buat Ramai TERKEJUT – Dulu ketika Michael Jackson meninggal dunia, gambar mereka berdua ni viral di seluruh dunia. Yelah bakal jadi jutawan. Terkini wartawan berjaya mengesan mereka dan terkejut dengan perubahan mereka. Ada gambar2.

HADIR MAJLIS PERKAHWINAN SEPUPU

PARIS dan Prince Jackson sudah menempuhi banyak perkara di usia yang sangat muda namun mereka berdua kekal menyokong antara satu sama lain.

Sudah berada di lensa kamera sejak bayi lagi, mereka berterusan diburu paparazi berikutan mempunyai seorang ayah yang dikatakan lagenda pop dalam industri hiburan.

Baru-baru ini, anak kepada penyanyi pop popular, Michael Jackson ini kelihatan menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka hujung minggu lalu lapor E News!

Prince memuat naik satu gambar bersama kakaknya ketika menghadiri majlis perkahwinan sepupu mereka, Siggy Jackson iaitu anak kepada salah seorang ahli Jackson Five, Jackie Jackson.

HUBUNGAN DUA BERADIK YANG AKRAB

“Satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada perkahwinan Siggy Jackson, bersama kakak saya, Paris,” tulis remaja berusia 20 tahun itu.

Majlis tersebut diadakan di Jackson Estate, Encino Calif Ahad lalu.

Ternyata hubungan kedua-dua beradik itu akrab apabila Prince sebelum ini turut memuat naik gambarnya bersama Paris menaiki sebuah motosikal.

Bapa mereka, Michael Jackson meninggal dunia akibat komplikasi jantung kerana ‘overdose’ ubat sedatif pada 2009.

Ketika itu Paris berusia 12 tahun, Prince 11 tahun dan adik bongsu mereka, Prince Michael II yang juga dikenali sebagai blanket, berusia tujuh tahun.


Sumber: Sinar Harian

Kredit : khalifahmailonline

Ibu Meninggal Lepas Peluk Islam. Anak Takut Tiada Keluarga Yang Datang Tapi TERKEJUT Lepas 10 Jam… ALLAHUAKBAR

Seorang mualaf yang baru sahaja memeluk Islam meninggal dunia hanya 10 jam selepas menerima Islam. Kedua orang anak lelakinya (juga memeluk Islam) mengeluarkan mesej meminta anggota masyarakat Islam untuk menghadiri pengebumian ibu mereka kerana mereka tidak mempunyai waris Muslim lain dalam keluarga untuk menjemput:

MESEJ KEPADA KOMUNITI ISLAM

“Pengebumian ibu saya disahkan dilakukan pada 19 Feb (2016) jam 11 pagi. Jalan 57 Elmbridge Hainault, Ilford, IG6 3SW.

“Solat Jumaat juga akan dilakukan di tapak itu.

“Tolong datang !!! Kerana kami adalah keluarga yang memeluk Islam dan tidak kenal ramai umat Islam untuk menjemput.

“Saya ingin untuk ada himpunan besar untuk ibu. Dia memeluk Islam 10 jam sebelum kematiannya alhamdulillah.

“Tolong sebarkan kepada semua kenalan kamu,” mesej itu berbunyi.

Tidak lama selepas itu mesej tersebut telah dikongsi secara meluas melalui pelbagai medium media sosial.

TERKEJUT DENGAN KEHADIRAN YANG RAMAI

Masyarakat Islam menjawab seruan itu dan jumlah mereka yang datang sangatlah ramai iaitu kira-kira 700-800 orang.

“Alhamdulilah kami baru sahaja solat jenazah untuk saudara perempuan yang memeluk Islam. Terdapat jumlah sambutan yang sangat baik dari masyarakat. ”

Berikut adalah video dari pengebumian:

Keluarga itu mengatakan bahawa mereka telah dibanjiri dengan sokongan ramai. Ini benar-benar menunjukkan ikatan persaudaraan yang kuat sesama Muslim.

Orang asing sanggup datang ke pengebumian seseorang yang belum pernah mereka kenali. Semoga Allah memberikan saudara perempuan kita ini syurga yang tertinggi. Ameen.

Sumber: Kamiviral

kredit: khalifahmailonline

Pemain Bola Sepak Dunia Yg Memeluk Islam Disaat Nama Mereka Berada Dipuncak

Di tengah hiruk-pikuk dunia bola sepak Eropah yang didominasi kaum non-muslim, ternyata ramai juga pemain yang memeluk agama Islam.

Pencerahan atau Hidayah bisa datang bila-bila sahaja dan kepada siapa sahaja di mana saja, dengan berbagai cara yang kadang-kadang tidak terduga. Ada banyak orang yang memutuskan masuk Islam, termasuk juga para pemain bola sepak dunia yang mantap telah menjadi mualaf.

Sejumlah pemain tersebut memilih untuk pindah bertukar pegangan kerana atas pelbagai sebab yang berbeza. Berikut ini aktor lapangan hijau yang memilih Islam sebagai agama baru mereka.

 

1. Frank “Bilal” Riberry

Ribery adalah pemain Pasukan Kebangsaan Perancis. Sebelum memeluk Islam, Riberi adalah umat Kristian. Ribery mendapat wahyu kebaikan saat dirinya berada didalam kelab Turki, Galatasaray, pada 2005. Baginya, Islam adalah sumber kekuatan dan keselamatan. “Islam adalah sumber kekuatan saya di dalam dan di luar lapangan bola sepak. Saya mengalami kehidupan yang cukup keras dan saya harus menemukan sesuatu yang membawa saya pada keselamatan dan saya menemukan Islam,” kata Ribery.

 

2. Eric Abidal

Kepada majalah Match yang terbit di Paris, Abidal mengatakan, agama Islam telah mendorongnya untuk bekerja keras untuk memperkuatkan pasukannya. ”Saya memeluk Islam dengan keyakinan penuh,” ujar ayah dua anak itu. Sejak masuk Islam, Abidal berusaha menjadi Muslim yang taat.

 

3. Nicolas Anelka

Namanya Nicolas Anelka, Mantan Pemain Timnas Prancis, Dia pernah menjadi sebahabagian dari Kelab London Biru Chelsea. Dia mengambil nama Muslim Abdul-Salam Bilal, dan dia merasa sangat aman dengan memeluk agama islam ini.

 

4. Robin Van Persie

Ini striker produktif yang pernah memperkuat Arsenal dan Manchester United. Dia adalah Robin Van Persie, Striker Kelab Kebangsaan Belanda ini khabarnya memeluk agama Islam, setelah menikah dengan isterinya yang merupakan warganegara Maroko beragama islam.

 

5. Danny Blum

Danny Blum memutuskan masuk Islam pada Januari 2015. Dalam sebuah wawancara beberapa tahun yang lalu, Blum mengatakan bahwa dirinya mengikuti semua aturan dan ritual untuk menjadi seorang Muslim.
Pemain asal Jerman ini hanya makan makanan halal dan menjalankan solat lima waktu dalam sehari. Blum juga menggambarkan Islam sebagai agama yang memancarkan harapan dan kekuatan.

 

6. Emmanuel Adebayor

Emmanuel Adebayor membuat keputusan penting di bulan Ramadhan kemarin. Eks striker Tottenham tersebut memilih Islam sebagai tuntunan hidupnya. Prosesi Adebayor masuk Islam pun diabadikan dalam sebuah video amatir. Pemain asal Togo itu terlihat mengucapkan dua kalimat syahadat.

 

7. Fred

Tinggal di Kota Lyon yang banyak dihuni imigran Muslim, membuat Fred bersentuhan dengan budaya Islam. Berkawan dengan Karim Benzema menjadi dia semakin mengenal ajaran Islam. Namun sangat sedikit informasi bila tepatnya dan kepada siapa Fred mengucapkan kedua kalimat syahadat saat menjadi mualaf.

Momen keislaman Fred terbuka ke publik ketika dia mampu mencetak satu gol dalam Piala Dunia 2006 di Jerman. Ketika itu Brasil memukul Australia dengan skor 2-0, pada 18 Juni 2006. Usai menjaringkan gol, penonton di stadion dan tv dikejutkan dengan gaya Fred yang melakukan gaya merayakan gol dengan cara tidak biasa. Pasalnya dia bersujud syukur di padang bola.

 

8. Phillipe Troussier

Troussier (51) adalah mantan pelatih tim nasional Maroko dan kelab bola sepak Prancis Marseille. Ia juga pernah melatih pasukan Afrika Selatan, Nigeria, Pantai Gading, Burkina Faso, Qatar dan Jepun, yang dipandunya hingga masuk ke pusingan kedua Piala Dunia 2002.
“Troussier bukan lagi Philippe, ia telah menggunakan nama Omar dan isterinya bukan lagi bernama Dominique tetapi sudah menggantinya dengan nama Amina,” demikian diberitakan harian Maroko-Prancis, L’Opinion, Kamis.