Cara Elak Kecurian, Inilah 10 Idea Kunci Kereta yang Lucu, Kreatif dan Gila

ENTAHLAH sama ada mahu tepuk tangan, gelak atau menangis apabila melihat betapa kreatifnya pemandu-pemandu atas muka Bumi ini menjaga kereta mereka daripada dicuri. Masing-masing ada kreativiti, tetapi tidak kurang juga yang langsung tidak menggerunkan si perompak.

Apapun, sila tabik hormat atas semangat dan idea kreatif mereka. Ada berani tiru?

1. RANTAI DI TIANG

Beli saja kunci rantai di mana-mana kedai perkakasan atau hardware, dan terus saja kunci kereta anda seperti di bawah. Tapi pastikan tidak terlupa membuka kunci kalau tidak mahu bampar tertanggal.

kunci-kereta-1
KREDIT FOTO: Malayalisfunny.com

2. RANTAI RIM DAN PENYANGKUK TUNDA

Cara ini biasa digunakan untuk jentera dua roda seperti motosikal dan basikal, iaitu rantaikan rim dan casis dengan kunci rantai. Jadi tidak salah pun kalau gunakan cara sama untuk kereta.

kunci-kereta-2
KREDIT FOTO: e9fun.com

3. KUNCI STERENG BERKOD

Mungkin anda tahu di mana boleh beli kunci stereng seperti ini. Tapi mesti ingat kata laluan. Sekali terlupa, bersiap sedialah dengan gergaji besi.

kunci-kereta-3
KREDIT FOTO: Funnyordieonline.com

4. RANTAI DAN MANGGA PINTU

Tidak perlu guna kunci rantai yang panjang. Cukup saja rantai sepanjang dua jengkal berserta mangga. Tetapi anda perlu mengimpal penyangkuk khas di kedua-dua belah pintu.

kunci-kereta-4
KREDIT FOTO: careofcars.com

5. KUNCI PEDAL

Sila cari tukang besi dan tunjukkan gambar ini supaya mudah ditiru. Cara ini semestinya mampu membuatkan pencuri angkat tangan kerana menyerah.

kunci-kereta-5

KREDIT FOTO: Pinterest.com

6. RANTAI SELURUH BADAN

Anda perlukan sedikit bajet untuk beli kunci rantai panjang dalam 3 meter. Boleh dibelit sepanjang bumbung kereta dan dikunci dengan mangga. Anda mungkin memerlukan kapak untuk memotong rantai atau menebang pokok sekiranya kehilangan kunci.

kunci-kereta-6
KREDIT FOTO: Cartoq.com

7. TEBUK PINTU KERETA

Sama seperti cara nombor 4. Bezanya, cara ini tidak perlu mengimpal penyangkuk, tetapi lubangkan saja pintu kereta anda. Buruk sedikit tidak mengapa, asalkan selamat.

kunci-kereta-7
KREDIT FOTO: Favim.com

8. KUNCI SENAPANG

Tidak tahulah sama ada senapang sebenar atau olok-olok saja. Apa yang pasti, pencuri akan berfikir seribu kali sebelum berani mencuri kereta anda. Masalahnya, polis pula yang akan mencuri anda ke lokap kerana membawa senjata berbahaya.

kunci-kereta-8
KREDIT FOTO: Heapsoffun.com

9. TUKAR STERENG

Tukar stereng, gunakan gari dan tambatkan dengan rantai yang dipautkan dengan tombol gear. Hmm, cara ini agak sofistikated. Tetapi, rasanya melihat stereng begini pun pencuri sudah tawar hati mahu mencuri.

kunci-kereta-9
KREDIT FOTO: Photoprikol.net

10. SELAK PINTU

Inilah cara yang digunakan Mr Bean untuk menjaga keretanya. Cara ini jelas lebih kemas dan cantik berbanding nombor 4 dan 7 walaupun ketiga-tiga cara berkenaan memerlukan pintu kereta anda diubah suai. Pastikan anda mengupah jurukimpal yang baik.

kunci-kereta-10

Sumber : pandulaju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *