Blog

Isteri dirogol depan suami, dipotong tangan sebelum dipenggal kepala. Polis percaya organ dalaman mangsa dimakan penjenayah.

SATU pasangan di Brazil dibunuh kejam dengan si isteri diperkosa di depan suaminya sebelum diseksa, termasuk dipotong tangan dan sebahagian organ dalamannya, termasuk rahim hilang, dipercayai dimakan pembunuhnya.

Cristina Amaral, 44, dipercayai dirogol dengan suaminya, Juvenal, 57, dipaksa melihat ketika sekumpulan penjenayah menyeksa mereka agar memberitahu lokasi wang 70,000 reais (RM83,276) milik pasangan itu disimpan.

Mayat pasangan itu yang cedera teruk ditemui tertanam di belakang rumah mereka di Camaçari, utara Brazil, pada 9 Januari lalu, dengan mayat Amaral kehilangan beberapa organ dalaman, termasuk rahim

Menurut Daily Mail, berikutan itu, polis menahan Daniel Santos Neves, 29, dan Carlos Alberto Neres, 25, bersama tiga remaja berusia 13, 14 dan 16 tahun.

Detektif Maria Tereza Santos yang mengetuai pasukan penyiasat berkata: “Kami yakin kumpulan penjenayah itu mengamalkan kanibalisme.”

“Kami tidak menemui anggota tubuh mangsa yang hilang itu. Daging lembut dilapah daripada tulang mangsa.”

Polis percaya pasangan itu menjadi sasaran rompakan selepas mendapat tahu mereka mendapat wang pampasan 70,000 reais.

Penjenayah terbabit mengetahui mengenai wang itu daripada seorang remaja yang ditahan kerana neneknya bekerja sebagai pencuci di rumah mangsa yang menceritakannya tanpa sebarang niat.

Polis percaya mereka memecah masuk rumah pasangan itu pada 5 Januari lalu dan menyeksa kedua-dua mangsa selama 24 jam sebelum dibunuh.

Siasatan mendapati si isteri dipotong tangannya ketika masih hidup.

Suaminya juga diseksa dengan belakangnya dibelah dengan pisau ketika masih hidup.

Maria berkata, suspek mengaku menggantung kedua-dua mangsa sebelum memenggal kepada si isteri.

Ketika penjenayah terbabit ditahan, polis merampas satu senapang patah, satu pistol dan kereta dipercayai milik mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2018 @ 8:48

Laungan Azan Untuk Ayah….Ikuti Kisah Menyayat Hati Ini…

USAHA kanak-kanak ini melaungkan azan setiap hari sejak tiga tahun lalu untuk bapa tercinta yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya sangat meruntun jiwa siapa saja yang melihat kegigihannya,

Selain berdoa, kanak-kanak itu, Raden Nabil Zakiyudin R Zakariya, 11, atau mesra dipanggil Nabil akan melaungkan azan setiap hari sebagai salah satu usaha untuk menyembuhkan bapanya, R Zakariya R Abdul Hamid, 51, yang mengalami kerosakan saraf selepas dilanggar sebuah kereta.

Bagi Nabil, apalah sangat usaha kecil dilakukan berbanding dengan pengorbanan bapa membesarkannya selama ini.

Rutin harian itu dilakukan setiap kali Nabil pulang dan pergi ke sekolah dengan harapan bapanya mampu bangun untuk menemaninya solat jemaah di masjid yang terletak di depan rumah.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, dia yang pernah memenangi tempat ketiga pertandingan laungan azan anjuran Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, sebelum ini kerap diberi tanggungjawab oleh jemaah masjid untuk melaungkan azan.

“Sebelum melaung azan di masjid, saya akan berlatih di depan ayah terlebih dulu dengan pelbagai taranum (lagu) bagi melancarkan bacaan di masjid.

“Walaupun ayah tidak boleh bercakap dan bergerak namun lirikan matanya cukup untuk menguatkan semangat sebelum ‘memanggil’ orang ramai solat berjemaah,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Nabil sentiasa berharap bapanya sembuh. FOTO Khairus Ramli

Murid Sekolah Rendah Islam Ilmi, Taman Rasmi Jaya itu berkata, dia faham dengan pergerakan mata bapa selepas laungan azan, mungkin dendangan ayat suci itu mampu menenangkan jiwa serta terapi rohani untuk bapanya segera sembuh.

“Saya mahu ayah cepat sembuh dan menemani saya solat di masjid setiap hari seperti sebelum ini. Saya rindu untuk solat berjemaah dengan ayah.

“Apa yang saya harapkan kini adalah ayah sembuh dan menjalani kehidupan normal. Saya tidak akan berhenti melaungkan azan dan membaca kalimah suci al-Quran untuk menyembuhkan ayah,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi seorang pendakwah.

Nabil berkata, dia berharap orang ramai dapat mendoakan bapanya segera sembuh dan semoga impian untuk melihatnya bergelar pendakwah tercapai satu hari nanti.

“Dulu saya akan ke masjid bersama ayah setiap waktu untuk solat berjemaah. Ayah berpesan jika solat jemaah di masjid, Allah SWT menggandakan 70 kali ganda pahala berbanding solat bersendirian,” katanya.

Nabil melaungkan azan setiap kali pulang dan pergi ke sekolah dengan harapan bapanya mampu bangun untuk menemaninya solat jemaah di masjid yang terletak di depan rumah. FOTO Khairus Ramli

Sebelum ini, tular di Facebook video rakaman Nabil melaungkan azan sebagai usaha supaya bapanya yang mengalami kegagalan saraf berfungsi pulih selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Petaling Jaya, 20 April 2015.

Anak sulung R Zakariya, Raden Muhamad Nafis Zaki, 27, berkata, bapanya yang juga seorang kontraktor terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja di Petaling Jaya.

“Ayah menunggang motosikal dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta sebelum doktor mengesahkan urat saraf tidak lagi berfungsi.

“Saya terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori demi membantu ayah yang sudah tidak mampu bergerak. Kalau bekerja mungkin majikan tidak suka kerana terpaksa selalu mengambil cuti untuk bawa ayah berubat,” katanya.

Menurutnya, selepas kemalangan itu dia sudah tiga tahun tidak tidur malam kerana bapanya perlu diawasi dengan lebih rapi terutama jika tiub di lehernya tercabut.

“Saya perlu berkorban untuk ayah demi menjaga dia lebih sempurna, saya akan mengambil alih tugas menjaga ayah sebelah malam daripada ibu dengan memberi susu setiap 12 tengah malam dan 4 pagi.

“Terima kasih kepada yang mendoakan ayah sembuh dan kami menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor iaitu bekalan susu,”€ katanya yang boleh dihubungi di talian 01121916258. With we

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2018 @ 11:31 PM

Alhamdulillah…Jihan Muse Selamat Melahirkan Anaknya ….

PENGACARA dan pelawak Jihan Muse selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di DEMC Specialist Hospital Shah Alam kira-kira pukul 10.15 malam Khamis.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan anak sulungnya itu seberat 3.85 kilogram dan bayi dalam keadaan sihat.

Dia juga akan berehat selama dua bulan daripada menjalankan aktiviti seni untuk beri tumpuan kepada keluarganya.

“Dengan izin yang maha Esa, kami dari Laugh Out Loud Entertainment mewakili Jihan Muse dan Engku Hariz, ingin memaklumkan bahawa Jihan telah selamat melahirkan seorang putera sulung seberat 3.85 kilogram pada jam 10.15 malam sebentar  tadi secara pembedahan oleh Dr. Norleen di DEMC Specialist Hospital Shah Alam.

Jihan ketika hamil.
“Jihan Muse dan bayi kini dalam keadaan bayi dan sedang berehat. Memandangkan ini adalah kelahiran sulung mereka, Jihan bakal berehat dari apa-apa aktiviti hiburan selama dua bulan untuk memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Kami dari pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan sokongan dari ahli keluarga, rakan terdekat, rakan media dan para peminat. Terima kasih,” katanya kenyataan itu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi program Meletop itu, suami Jihan iaitu pelakon Ungku Hariz meluahkan rasa syukur sudah bergelar seorang bapa.

Ungku  juga mengucapkan ribuan terima kasih dan berharap semua peminat akan mendoakan dia sekeluarga.

Jihan dan Ungku Hariz Faizal, 32, berkahwin pada bulan Mac tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Laman Kayangan, Shah Alam.

Jihan ketika hamil bersama suaminya Ungku Hariz.

mstar

17 Ritual Akil Baligh Luar Biasa Daripada Seluruh Dunia Anda Tidak Percaya Wujud

Baligh adalah peralihan dari zaman kanak-kanak ke dewasa, atau yang dinamakan sebagai ‘kematangan usia’. Umur bila ia berlaku dan cara orang meraikannya berbeza dari tempat ke tempat bergantung kepada adat resam mereka.

Sesetengah ritual ini pasti akan membuat anda tertanya-tanya bagaimana ianya boleh wujud. Sesetengah daripadanya memang menggerunkan.

1. Sarung Tangan Semut Peluru (Bullet Ant). 

Di hutan hujan Amazon Brazil, sebuah suku bernama Satere-Mawe mengumpul semut peluru dari hutan, menenangkan mereka dengan ubat herba, kemudian menenun ia ke dalam sarung tangan dengan penyengatnya dihalakan ke dalam.

Sesiapa sahaja yang bertukar 13 tahun diharuskan untuk memakai sarung tangan selama ini 10 minit. Tradisi ini diteruskan selama beberapa bulan untuk memberi pengajaran hidup kepada mereka iaitu tanpa penderitaan hidup ini tidak bermakna.

2. Penyusutan Payudara. 

Cameroon di Afrika, melakukan salah satu ritual yang paling kejam ini untuk melindungi gadis-gadis muda dari dirogol dan gangguan seksual. Prosedur ini melibatkan dada yang ditumbuk dengan objek panas seperti batu besar, tukul, atau spatula untuk memampatkan tisu payudara.

3. Meminum Air Mani Orang Yang Lebih Tua

Ritual seperti ini terlalu jijik untuk wujud. Tetapi malangnya anak lelaki suku kaum Etoro di Papua, New Guinea perlu melalui ritual homoseksual ini untuk merayakan kedewasaan.

Di sini, kanak-kanak lelaki pada usia 7 tahun harus minum sperma orang yang lebih tua sehingga mereka bertukar menjadi 17 tahun.

4. Bar and Bat Mitzvah

Tidak semua tempat mempunyai ritual yang menakutkan apabila mencapai akil baligh. Anak lelaki muda dan perempuan Yahudi meraikan ini pada usia 13 dan 12 tahun. Mereka menunjukkan komitmen mereka terhadap undang-undang Yahudi. Kemudian mengikuti adat yang meraikan pencapaian dan kerja keras orang muda.

5. Sweet 16

Ini adalah acara yang paling terkenal di Amerika. Pada usia 16 tahun mereka diberi kebebasan memandu kereta atau kebebasan untuk setiap perkara undang-undang.

6. Tradisi Inuit

Di Pulau Baffin Utara, kanak-kanak lelaki dan perempuan Inuit mencapai akil baligh antara umur 11 dan 12 dengan pergi ke padang gurun untuk menguji kemahiran memburu mereka dan membiasakan diri dengan cuaca yang teruk.

7. Penerjun Atas Tanah 

Di Vanuatu, sebuah pulau kecil di tengah-tengah Pasifik Selatan, terdapat satu ritual melakukan terjunan bagi kanak-kanak lelaki yang mencapai akil baligh. Mereka perlu melompat dari atas menara 98 kaki tinggi dengan mengikat tali di pergelangan kaki mereka. Sekiranya berlaku sebarang kesilapan, mungkin menyebabkan tulang patah.

8. Parut Buaya

Ritual akil baligh ini wujud di kalangan suku Sepik Sungai Papua New Guinea. Mereka menggunakan pisau cukur sepanjang 2 sentimeter untuk mengukir bentuk buaya. Ini dilakukan dengan tujuan untuk mengajar disiplin, fokus, dan dedikasi.

9. Mengasingkan Darah Anak Dari Ibu

Di dataran tinggi Papua New Guinea, budak lelaki akan melalui proses pengasingan darah, dipercayai bahawa ia akan memisahkan darah ibu mereka semasa melahirkan anak. Proses ini termasuk memasukkan rotan melalui kerongkongan mereka atau memasukkan anak panah ke dalam hidung atau lidah mereka.

10. Digemukkan

Kaum Okrika di Nigeria menganggap besar itu cantik. Kanak-kanak perempuan yang mencapai akil baligh disimpan di dalam bilik selama 5 hari dan diberi makan dengan makanan yang berlemak.

11. Rumspringa

Dalam tradisi Amish, Rumspringa menandakan masa ketika belia bertukar menjadi 16 dan akhirnya dapat menikmati hujung minggu mereka tanpa pengawasan dari keluarga.

Pada masa ini, mereka digalakkan untuk menikmati apa sahaja keseronokan mereka, sama ada pakaian moden atau alkohol. Sepanjang tempoh ini, belia Amish diberi peluang untuk melihat dan mengalami dunia di luar budaya dan pendidikan mereka.

Dengan cara ini, mereka boleh memilih untuk kembali ke komuniti Amish dan menentukan pilihan hidup mereka sendiri. Mereka yang kembali kemudiannya dibaptis dan menjadi anggota komuniti Amish yang komited, menandakan berakhirnya Rumspringa (tetapi mereka mesti berbuat demikian sebelum berumur 26 tahun).

12. Quinceanera

Di banyak bahagian di Amerika Tengah dan Selatan, gadis-gadis muda merayakan Quinceanera ketika mereka berumur 15 tahun. Tradisi ini biasanya bermula dengan misa di gereja Katolik di mana gadis memperbaharui janji baptisnya dan meneguhkan komitmennya terhadap keluarganya dan imannya. Sejurus selepas misa, pesta akan diraikan di mana rakan-rakan dan keluarga datang untuk makan dan menari.

13. Maasai

Puak Maasai dari Kenya dan Tanzania mempunyai beberapa ritual akil baligh. Kanak-kanak lelaki berumur antara 10-20 berkumpul untuk dijadikan sebagai pahlawan baru bagi suku kaum mereka. Mereka ditempatkan didalam berpuluh-puluh rumah yang dibina untuk khas untuk upacara itu.

Pada malam sebelum upacara, lelaki akan tidur di hutan, dan pada waktu subuh mereka akan kembali dengan menyanyi dan menari. Mereka meminum campuran alkohol, darah lembu, dan susu, sambil memakan daging.

Selepas perayaan ini mereka bersedia untuk disunat, menjadikan transformasi rasmi menjadi seorang lelaki, pahlawan, dan pelindung. Sama seperti ritual-ritual yang lain, anak-anak lelaki tidak boleh takut, kerana berbuat demikian akan memalukan keluarga mereka dan menjatuhkan keberanian mereka.

Untuk 10 tahun akan datang, mereka akan tinggal di kem di mana mereka akan belajar pelbagai kemahiran. Selepas upacara menandakan peralihan mereka dari pahlawan kepada pahlawan senior, mereka berhak menikahi wanita pilihan mereka.

14. Upacara Lompat Lembu

Di Ethiopia, sesetengah pengantin lelaki mempunyai “parti bujang” mereka sendiri – satu upacara yang perlu dilengkapkan sebelum mereka berkahwin. Peserta mesti berjaya melompat ke atas seekor lembu jantan yang dipotong kemaluannya sebanyak empat kali sambil telanjang. Ia menandakan mereka telah meninggalkan masa kanak-kanak mereka.

Sekiranya berjaya, mereka akan dianggap sebagai salah seorang Maza – seperti orang lain yang telah lulus ujian dan akan menghabiskan masa beberapa bulan yang akan datang menyelia upacara ini di kampung-kampung lain di seluruh wilayah Hamar.

15. Seijin-no-Hi

Di Jepun, Setiap hari Isnin kedua pada bulan Januari menandakan hari yang istimewa – hari di mana mereka yang berumur 20 tahun akan berpakaian dalam pakaian tradisional mereka, menghadiri majlis di bandar, menerima hadiah, dan berpesta di kalangan sahabat dan keluarga. Ia adalah Festival akil baligh mereka, atau dikenali sebagai Seijin-no-Hi.

Tradisi ini bermula hampir 1200 tahun yang lalu dan mereka mempercayai bahawa belia telah menjadi matang dan menyumbang kepada masyarakat (juga saatnya mereka dibenarkan mengundi dan minum alkohol).

16. Ji Li dan Guan Li

Di beberapa bahagian di China, baru-baru ini terdapat kebangkitan bagi upacara gaya Confucius untuk Jiu (untuk kanak-kanak perempuan) dan Guan Li (untuk kanak-kanak lelaki). Upacara ini biasanya dirayakan untuk menghargai belia yang berusia 20 tahun, dan memberi peluang kepada untuk memakai pakaian tradisional.

Untuk para gadis, ini juga merupakan peluang untuk mengikut amalan Ji Li yang tipikal seperti membuat hiasan rambut, melampirkan pin rambut, dan memberi penghormatan kepada Huangdi, seorang nenek moyang Cina.

17. Upacara Sunrise

Tidak ada ruang untuk perasaan malu di kalangan gadis Apache muda. Walaupun upacara ini jarang diamalkan pada hari ini, secara tradisinya semua gadis dikehendaki menyempurnakan upacara ini, yang juga dikenali sebagai Na’i’ees atau upacara akil baligh, pada musim panas selepas haid pertama mereka.

Semasa upacara berlangsung selama 4 hari, kanak-kanak perempuan mesti mematuhi beberapa peraturan yang tertentu seperti, menghalang daripada tersentuh atau menyentuh kulit mereka, atau minum dari apa-apa selain tiub minuman mereka.

Mereka juga mesti mendalami semula mitos Asal Apache supaya setiap peserta perempuan lebih dekat dengan wanita pertama, yang dikenali sebagai Wanita Putih, Wanita yang berubah, atau hanya Esdzanadehe. Dengan berbuat demikian, mereka memperoleh kuasa Esdzanadehe pada masa ini.

Sumber: gontuni.com

14 Gambar Pelanduk Dua Serupa Terjumpa Secara Kebetulan ! Hahaha

Ia sebenarnya sesuatu yang pelik dan mengejutkan, sebenarnya di luar sana terdapat orang yang serupa atau mirip dengan anda. Menariknya, terdapat orang yang telah menjumpai pelanduk dua serupa mereka di dunia yang nyata.

Berikut adalah senarai invididu yang secara kebetulannya telah menjumpai pelanduk dua serupa mereka. Ternyata, mereka tidak menjangka pertemuan itu.

#1. Sangat comel!

#2. “Kenapa muka dia sama macam muka saya?”

#3. Daripada orang asing, menjadi kawan baik

#4. Oh! Sebenarnya, terdapat 3 orang yang serupa

#5. Sangat serupa

#6. Mereka belajar di sekolah yang sama, tetapi mereka bukan kembar atau adik beradik

#7. Kadang-kadang, mempunyai pelanduk dua serupa akan menyebabkan masalah kepada anda, seperti Richard Jones (kanan) terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 17 tahun di atas jenayah yang tidak dilakukannya

#8. “Kakak saya daripada ibu yang lain”

#9. Misai pun sama!

#10. “Teman wanitanya berjalan ke arah saya, tertanya-tanya mengapa teman lelakinya tiba-tiba menjadi tinggi”

#11. “Kenapa saya memandang diri saya sendiri?”

#12. Anda tidak dapat membezakannya

#13. Pelanduk dua serupa Zlatan Ibrahimovic?

#14. Jamie Vardy terkejut dan gembira apabila terjumpa pelanduk dua serupanya

Sumber : Era Baru

Kisah Sweet Bagaimana Minah Rempit Ini Berubah Selepas Dipikat Oleh Guru Sendiri!

Ikut kalendar Islam setahun yang lepas, sehari sebelum puasa Mija dipropose.
Masa ni tak kenal sangat pon lelaki tu. Kenal sebagai cikgu yang mengajar website tu je laa. Hehe.

Jadi sehari sebelum puasa memang lelaki tu ada nyatakan hajat. But time tu den memang malas dah nak dengar janji-janji manis lelaki ni. Suka dicapati. Hahaha.

Mija atas motor dengan helmetnye tak bukak. Lelaki tu pulak keluar dari kereta. Lepas bas lalu je dia buat ayat nak jadikan isteri. Kahkahkah.

Perasaan time ni? Nak tergelak den nasib baik ade helmet tu cover.

Seminggu puasa lelaki tu terus jumpa mak dan ayah. Sempoi je terus decide untuk next step.

Apabila mak ayah setuju den setuju je.

Sebab kami kenal sebulan je lepas tu lelaki tu decide berterus terang dan jumpa mak ayah. Bagi Mija pulak, takyah laa cakap dengan Mija ‘boleh ke tak nak jadi suami ke apa ke and bla bla‘. Kalau betul nak jumpa terus la mak ayah Mija mintak kebenaran.

Once you dah berjanji dengan orang tua, you berani ke nak capati?

Melainkan dengan izin Allah jua.

miza-3

Kadang-kadang kita cari jalan keluar tapi tak juga jumpa-jumpa. Ikut kata hati selalu binasa tapi disebalik tu Dia dah plan yang terbaik untuk kita. “Bila kita melakukan perkara yang tidak pernah kita lakukan, kita kena mula terima apa yang kita tak pernah terima…”

Dan time ni bila dah ada perjanjian antara lelaki dan perempuan ni kira dah bertunang la tu. 5 Syawal pulak keluarga lelaki tu datang rumah.

Dan Alhamdulillah 13 Desember 2014 sah kami diijabkabulkan.

Lelaki itu adalah Wan Syafiq Wan Zahidi ( lepakshow.com ) dan sekarang Mija dah ada website sendiri iaitu Hasyanaurah.com. Dulu nak belajar website memang nak serius berbisnes la tapi tak sangka lak jodoh dapat cikgu website sekali. Hahaha.

miza-4

Masa sebelum dan masa tunang pon kalau ada keluar mesti keluar sekali dengan adik ipaq belakang tu. Dengan ucapan ‘omey tak saya’ hahahaks!

Well, ikut kisah masa kerja mana ada pakwe sampai manager cakap ‘ko ni Miza less eh‘. Choiii sungguh bos ku itu. Yelah kerja customer service ada je customer dok ngusik sana sini. Tapi aku tegar muka ketat. Kahkah!

Once dah berhenti kerja sebab penat kerja 12 jam so decide untuk berhenti kerja. Dan dari situ bermula lah kehidupanku sebagai penganggur. Ahaks.

Dalam dok menganggur tu memang ada buat bisnes sikit-sikit dan bila ada seminar pasal ‘aku terima nikahnya’ ke apa ke Miza seronok untuk belajar. Selalunya redah gi sorang je. Redah hujan panas dengan kuda kaki dua ku memang dah biasaa. Heee.

Dari situ mungkin Allah nampak usaha ku. Usaha untuk mencari seorang imam yang mampu terimaku seadanya bukan senang oittt.

Didatangkannya ‘try & error’ banyak kali. Ada yang mak tanya bagi pihak kawannya pon aku jawab krik krik jee. Haha!

Bukan mudah tapi percayalah Allah nak beri yang lebih baik lagi setelah beberapa kali aku ‘frust‘ sebenarnya. Muka kena ada kasi senyum banyak-banyak jangan dok menangis menatap lama-lama ok. Hehe.

Percayalah buat kawan-kawan yang masih mencari, kadang kita bukan kena tunggu jodoh datang dengan sendiri, tapi cuba juga untuk menjemput jodoh tu hadir dalam kehidupan kita. Contohnya persiapan kita untuk menjadi isteri dan ibu kepada bakal anak-anak kita, dekatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan. Dr Muhaya pesan keluar rumah jangan lupa niatkan juga untuk ‘berjumpa dengan jodoh’. Cuba ok dan cari ilmu lagi pasal ni.

Bayangkan penantianku 2013 akhirnya ternoktah bila disatukan pada penghujung tahun 2014. Bertunang bukan tiket confirm dari Allah lagi. Tapi sebagai satu langkah persediaan untuk mengenali latar belakang bakal suami.

Moga Allah panjangkan jodoh kami di dunia dan akhirat sana. Dan doakan kami dipermudahkan urusan untuk menjaga dan mendidik anak yang bakal lahir tak lama lagi.

Sumber : The Vocket

(Video) Penjaga Gawang Dari Sepanyol Ini Jaringkan Gol Menakjubkan Dari Jarak 70 meter


25 Jan – Sudah menjadi kebiasaan jika anda mendengar nama-nama seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo ataupun Sergio Aguero menjaringkan gol untuk pasukan masing-masing.

Baru-baru ini, seorang penjaga gol pasukan dari Segunda Division (Liga Divisyen 2 Sepanyol), CD Lugo iaitu Juan Carlos Martin Corral telah membuat penonton yang menyaksikan perlawanan itu tergamam apabila beliau menyumbat gol untuk pasukannya dari jarah yang agak jauh.

Juan Carlos sebelum ini pernah mewakili pasukan Rayo Vallecano dan Elche sebelum berhijrah ke CD Lugo pada tahun 2017 dan telah membuat 23 penampilan untuk skuad ‘Luguino’ atau ‘Little Lugo’ itu.

Dalam perlawanan itu, pasukan CD Lugo berjaya menewaskan Sporting Gijon dengan jaringan 3 gol berbalas 1. CD Lugo berada di kedudukan ke 4 liga, 7 mata dibelakang pendahulu, Huesca.

Video ini telah dimuat naik oleh sebuah saluran Youtube, Brazukas_yt


Inilah Cara Pembinaan Rumah Orang Afrika Yang Hanya Mengambil Masa Tidak Sampai Sehari Tetapi Hasilnya Sangat Menakjubkan !! Jom Layan Foto2 Rumah Mereka

Pemandangan seperti ini di pedesaan sudah jarang sekali ditemukan. Tapi, di Afrika Selatan, masih terlihat para penduduk yang tua maupun muda bahu membahu membangun rumah.

 

Jadi, jika ada satu penduduk desa yang hendak membangun rumah, mereka hanya butuh mempersiapkan bahan material untuk membangun rumah dan makanan, maka seluruh penduduk desa akan datang membantu membangun rumah. Dengan begitu pembangunan rumah bisa selesai dalam 1 hari.

Difoto ini terlihat beberapa pemuda sedang mengaduk tanah. Mereka harus mengaduk tanah menjadi lumpur.

Karena rumah di Afrika semua dibangun dengan lumpur sehingga untuk membangun satu rumah butuh tanah yang tidak sedikit. Satu rumah ini memiliki 6 kamar dan bisa disebut sebagai rumah orang kaya.

Wanita bertanggung jawab untuk mengangkut air, sedangkan pria bertugas untuk mengaduk tanah. Terlihat di foto seorang pria sedang membilas wajahnya yang penuh dengan tanah.

Seorang pria yang sedang mengaduk tanah dengan sekuat tenaga.

Seorang turis yang juga ikutan membantu membangun rumah.

Struktur rumah ini dibuat dengan bambu dan setelah itu bagian luar dan dalamnya harus dilapisi dengan lumpur.

Di dalam rumah penuh dengan orang yang sedang melapisi dinding dengan lumpur.

Para wanita yang sedang membersihkan sayur dan hendak memasak

Saat siang tiba, mereka makan nasi dan daging. Karena bagi mereka sangat jarang bisa makan seperti ini, jadi untuk pembangunan rumah kali ini sekitar 100 orang datang.

Makan siang seperti ini sudah termasuk mewah. Ada nasi, sayur, daging hingga kacang.

Berkat bantuan 100 orang, rumah ini selesai dibangun dalam waktu kurang dari satu hari.


sumber; exoramaroon

Kenapa Datuk Bandar Ini Terajang Anggota Keselamatan.. Sila Lihat Video

MENGEJUTKAN apabila seorang Datuk Bandar tiba-tiba bertindak menerajang beberapa anggota yang baru dilantik ke dalam Agensi Arahan Awam (Satpol PP).
Kejadian berlaku Rabu lalu, apabila Datuk Bandar Mataram, Ahyar Abduh dalam satu majlis yang dihadirinya tanpa disangka-sangka bertindak menendang dada beberapa anggota yang sedang berbaris.

Situasi itu mengejutkan semua yang hadir dan gambar tersebut tular di media sosial.

Bagaimanapun, ia sebenarnya adalah tindakan biasa Datuk bandar yang sering bertindak sedemikian untuk menguji ketahanan anggota yang baru dilantik.

Ia mungkin kelihatan seperti adegan filem kung fu, tetapi Ahyar lebih dikenali sebagai ahli dalam seni mempertahankan diri silat dan tinju.

Tindakan Ahyar bagaimanapun menerima kritikan dalam talian, dengan banyak mengkritik bahawa perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang ahli politik berprofil tinggi.

“Yang baiknya seluar tak koyak. Dia menunjukkan mentaliti samseng. Jika mahu tunjukkan kekuatan mental dan fizikal, dia patut tunjukkannya dalam kerja dan ketegasannya. Bukan dengan belasah orang,” tulis seorang netizen pada video tular itu.

Ketua Satpol PP Kota Mataram, Bayu Pancapati berkata kejadian anak buahnya ditendang yang tular itu berlaku ketika majlis pelantikan dan penyerahan tongkat komando, Rabu, dan ia adalah satu perkara biasa.

“Jangan kata anggota, saya sendiri diuji olehnya, jadi apa yang dilakukan itu biasa bagi kami. Saya selalu diuji kemampuan fizik dan bela diri oleh Datuk Bandar, bukan bermaksud dia marah, itu biasa, malah anggota kami juga tak ada masalah dengannya,” kata Bayu kepada Kompas.com.

Bayu berkata, ketika dilantik sebagai ketua operasi, dia juga menerima ‘kejutan’ daripada Ahyar.

“Terkejut saya pada awalnya, tiba-tiba dia menendang saya. Kami tak melawan, tetapi kami bertahan, itu cara dia menguji anggota di bawahnya,” ujarnya.

Seorang wartawan tempatan yang membuat liputan di majlis itu, Muhammad Kasim turut terkejut dengan adegan tersebut.

Dia tidak sempat merakamkan momen itu kerana tidak menyangka Datuk Bandar akan bertindak sedemikian.

“Aksi itu tidak selalu ditunjukan Datuk Bandar, semua orang terkejut kerana selepas menyerahkan tongkat komando kepada Ketua Satpol PP Bayu Pancapati yang baru dilantik, dia terus menendang leher tiga anggota Satpol PP yang sedang berbaris,” kata Kasim.

Kasim berkata ini kali kedua Datuk Bandar membuat kejutan.

Katanya, pada 2015, Ahyar pernah menunjukkan kekebalan dengan menusukkan keris ke dada kirinya.

Sebagai wartawan, dia melihat peristiwa itu sebagai berita menarik.

Kasim berkata Datuk Bandar mempunyai hak untuk menunjukkan kemampuannya, tetapi sebaiknya tidak dilakukan di hadapan orang awam. -kompas.com

VIDEO:

sumber: MSTAR via Samson Media

Sekali Pandang Nampak Biasa Je Tapi Gambar Ini Telah Tersimpan Satu Kejahatan…. Perhatikan Betul-Betul Anda Mesti Tak Sangka..

 

Ketika bercuti tanpa mengambil gambar saat-saat berharga, jelas seperti makanan tanpa garam. Tetapi apa yang akan berlaku jika gambar percutian yang menyeronokkan ada terselit gambar orang melakukan jenayah?

Inilah yang kelihatan seperti gambar di atas, yang kelihatan seperti biasa, gambar percutian yang menyeronokkan.

Seperti yang dilaporkan oleh Tribunnews, seorang wanita, seorang pelancong yang pergi ke Thailand, tersenyum kelihatan seperti menikmati kebahagiaan bercuti dalam gambar.

Dilaporkan oleh The Daily Mail, Dia dilihat mengambil gambar dengan dua anak penduduk tempatan yang lengkap dengan pakaian tradisional di lokasi tarikan pelancung.

 

Tetapi, siapa yang fikir, selepas gambar ini diambil, wanita itu mengaku sangat menyesal mengambil gambar dengan dua kanak-kanak yang comel itu. Apakah sebabnya? jurugambar mendakwa, terdapat satu jenayah yang dilakukan oleh dua anak kecil.

Nah, bolehkah anda melihat jenayah itu? Lihatlah budak kecil itu di sebelah kanan.

Lihat dengan teliti dan baik, tangan kanannya nampaknya cuba membuka jam tangan dari para pelancong!

Menurut pemilik foto tersebut, kejadian ini berlaku di sebuah kuil di Chiang Mai, Thailand, malam Ahad (25/09/2016).

Foto ini sendiri dimuat naik di media sosial Reddit, dan menjadi viral.

Beliau juga menulis:

“Foto satu ini mendedahkan misteri mengenai kehilangan jam tangan kami di Thailand,”

Namun, sang empunya foto mengaku, ia dan teman lelakinya dalam keadaan sedikit bingung, kerana sebelum berada di tempat ini, mereka berdua banyak minum minuman beralkohol.

Tetapi menghairankan, ramai netizen mendakwa mempunyai pengalaman yang sama dengan pasangan itu.

“Saya telah melihat mereka sebelum ini. Mereka benar-benar comel, anda tidak akan berfikir mereka adalah pencuri apabila mereka melihatnya, tetapi percayalah bahawa ia berlaku tanpa anda mengetahui, “kata sebuah ulasan.

Bukan tempat berlancung jika lokasi pelancong dipenuhi dengan pelancong seperti di Chiang Mai Thailand sememangnya lokasi yang sangat terdedah dengan jenayah.

Pelbagai kejahatan yang bermula dari pencuri, penipuan kepada kekerasan sering berlaku. Tidak hanya di Thailand tetapi di negara-negara ASEAN yang lain.

Oleh itu sangat digalakka oleh pihak berkuasa berwibawa, agar para pelancong asing khususnya boleh menyewa pemandu pelancongan rasmi saat bercuti, demi menjaga keselamatan dan juga keselesaan saat bercuti.
Sumber

semoga artikel ini bermanfaat kepada semua
Berhati jika bercuti di mana sahaja

sumber my labu labi