Blog

‘Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja’

Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja’ – “Walaupun adik saya ini sindrom down, serba kekurangan, sekurang-kurangnya McD beri peluang untuk anak-anak syurga seperti Azib urus diri.”

SAJAHEBOH.COM - 'Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja'demikian tulis Mior Azlan Junior yang tidak putus-putus berterima kasih kepada Mcd yang memberi peluang untuk adiknya, Mior Azib Mior Kamarulbaid, 23 tahun.

Video viral Azlan & beberapa ahli keluarga yang menghantar adiknya ke premis McDonald’s Bandar Tun Hussein Onn, viral di media sosial. Azib yang berkemeja putih, dipakaikan apron dan topi sebelum diajar bagaimana melakukan tugasannya.

Sumber; Islamik Info

”Banyak Cubaan Nak Jatuhkan Aku Kerana Aku Tak Sokong Najib, Sehinggalah Aku Berhenti Dengan Rela Hati” – Bekas Wartawan TV3

Setelah berakhirnya Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) tempoh hari, stesen TV dan mereka yang bertugas dalam melaporkan berita mendapat kecaman netizen kerana dilihat tiba-tiba berubah angin memihak kepada pihak kerajaan sekarang sedangkan dulunya tidak mendapat tempat sebagai pembangkang.

Hal itu adalah biasa kerana media arus perdana sememangnya harus berpihak kepada kerajaan yang memerintah. Stesen TV atau mereka yang bertugas secara telus di dalamnya tidak harus dipersalahkan, hanya segelintir yang didakwa menjadi orang suruhan politik hingga salah menggunakan kuasa sekaligus mencalarkan imej wartawan.

Zuan Azmi bekas wartawan TV3 menerusi akaun profil Facebook miliknya hari ini akhirnya tampil ‘membuka mulut’ dan mendedahkan apa yang berlaku.

Masih aku ingat hanat2 dalam TV3 yang tibai aku kaw2 waktu kes gambaq Najib dulu. Beria2 nak matikan aku dari TV3, sekarang dah kena halau belum?Untuk orang luar, warga keja TV3 atau Media Prima tidak bersalah, tapi yang salah hanat2 yang kuat makan dedak yang keja dalam TV3 tu sendiri. Percayalah aku cakap yang depa makan dedak gred A, hidup mewah. Cover saja story orang2 tu masyukkk baq hang.

Walaupun macam2 cara aku buat nak betulkan salah aku tu dulu termasuklah cubaan nak jumpa dan minta maaf dekat Najib, depa ni ibarat tak boleh stop selagi aku masih ada di TV3.

Di satu sudut, yang buat salah letak gurauan tak kena tempat tu aku, aku akui aku salah dan tak patut buat. Ya lah aku tak sokong Najib, aku marah sebab apa yg Najib buat dekat Tun M pada waktu tu. Gila kot, Tun M tu negarawan hebat, orang Kedah & senior aku di SAHC, confirm2 la aku sokong dia.

Aku antara frontliner TV3 yang berani tunjukkan sokongan kepada Tun M & Mukhriz di sosial media (IG & FB) pada waktu itu. Yang lain semua diam sebab nak selamat juboq sendiri saja.

Untuk info setahun jugak aku hadap battle ni sebelum aku decide berhenti dengan rela hati tanpa paksaan dari Media Prima pada Nov 2016 & focus bisnes Daging Merah Loqstaq aku. Believe me too many snakes there. Nak jelaskan berhenti rela hati bukan sebab isu ni, tapi cubaan nk jatuhkan sebab isu ini ada berlaku dari luar dan dalam TV3.

Aku amat berharap hanat2 ni akan dibersihkan sepenuhnya dari TV3 & Media Prima khususnya yang ada dalam News tu. Kesian warga kerja lain bekerja siang malam nak cari rezeki untuk keluarga kena hentam sebab hanat2 ni.

Tak perlu aku mention siapa hanat2 ni. Sapa makan cili dia rasa pedasnya! Yang bukan hanat pastinya akan relax saja kan.

Akhir kata Tun M dh diangkat jadi PM, dia pastinya akan bijak atoq TV3 tu jadi elok balik. Dont worry kawan2 di sana.

Sumber: Siakapkeli.my

‘Mohon Kerajaan Baru Beri Kebebasan Bersuara Pembikin Filem Berkarya Sentuh Isu Negara’- Syafiq Yusof

Seperti ramai yang sudah sedia maklum, tanah air tercinta kita kini sudah berada di bawah pimpinan kerajaan baru iaitu Pakatan Harapan selepas berjaya menewaskan Parti Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Nampaknya rata-rata rakyat berpuas hati dengan keputusan PRU14 yang sekaligus mengangkat bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh negara kita.

Ramai yang meluahkan rasa bangga serta berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana mengambil alih pimpinan negara semula dan berharap suara rakyat dapat didengar selepas ini.

Pengarah, Syafiq Yusof yang juga merupakan anak kepada penrah terkenal, Datuk Yusof Haslam menerusi akaun Twitternya berharap dengan pemerintahan baru ini, pembikin filem dapat diberi kebebasan untuk berkarya dengan menyentuh isu negara.

Kami berharap semoga di bawah pimpinan kerajaan baru ini, pembikin filem dapat diberi kebebasan berkaya seperti yang dinyatakan oleh Syafiq.

Semoga industri perfileman negara kita lebih maju selepas ini dengan karya-karya yang lebih bermutu tinggi dengan sentuhan isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.

kredit : Media Hiburan

 

Inilah Biodata Dan Kisah Hidup Menteri Pertahanan Kita Yang Baru. YB Mat Sabu

Masyhur namanya Mat Sabu. Nama sebenar Muhammad bin Sabu. Gigih berjuang, berani, lantang bersuara menyatakan kebenaran, menentang penyelewengan.

Umur 28 tahun bertanding di Parlimen Kepala Batas dan DUN Penanti (1982).

Umur 30 kena tahan ISA. Beliau dibuang daerah di Kuala Pilah selama 2 tahun (1984 – 1986).

Beliau tidak serik. Terus berceramah. Terus menentang penyelewengan BN. Sambutan masyarakat makin hari makin bertambah.

Umur 33 kena tahan ISA lagi. Kali ini ditahan di penjara Kemunting Taiping selama 2 tahun ( 1987 – 1989 ).

Keluar penjara terus berjuang. Masa dirumah hanya 1/10 berbanding masa diluar rumah 9/10.

Beliau juga diuji dengan naik turun mahkamah dan ditahan dalam lokap berkali-kali.

Antara kes beliau diseret ke mahkamah ialah demonstrasi di ITM (UiTM). Kes ini beliau menang.

Kes ceramah sambut 50th PAS. Kes ini beliau menang.

Kes kenaikan harga barang. Kes ini masih diperingkat rayuan.

Kes BERSIH. Kes ini beliau menang.

Kes dituduh menghalang polis menjalankan tugas. Kes ini beliau menang.

Kes disaman oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Kes ini beliau kalah.

Kes membela Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Kes ini beliau menang tetapi pihak kerajaan membuat rayuan.

Kes saman Utusan Malaysia. Kes ini masih belum selesai. ….

Beliau juga dilabel dengan berbagai-bagai label. Antaranya beliau dituduh kominis dan Syiah.

Setiap kali beliau dilabel, Utusan Malaysia akan paparkan isu beliau di muka hadapan.

Beliau juga dianggap sebagai musuh negara. Pernah satu ketika beliau dicerca dalam perhimpunan agung umno selama 3 hari.

Presiden umno hingga kepada perwakilan semuanya mencerca beliau.

Rumahnya di Shah Alam pernah dibakar tetapi sempat dipadam. Hanya kebakaran kecil sahaja. Orang yang membakar tidak ditangkap hingga sekarang. Rumahnya di kampung tempat kelahiran iaitu di Kg Guar Petai juga diserang hingga terpaksa dibuat kawalan keselamatan beberapa bulan.

Selain dari ditangkap, diseret ke mahkamah beliau juga pernah dilanggar oleh kereta polis hingga terkoyak tisu bawah lututnya.

Akibatnya tulang bawah lutut beliau dipasang sekeru hingga kehari ini dan beliau terpaksa bergerak dengan kerusi roda hampir dua bulan.

Walaupun berkerusi roda beliau terus berceramah, berlawan dengan BN.

Beliau cukup amanah dengan tanggung jawab yang diamanahkan kepadanya. Hampir tidak ada markaz Pas yang beliau tidak kunjungi.

Kalau pas cawangan inginkan duit, beliau akan dijemput berceramah. Kalau nak buat kutipan derma melalui jamuan makan malam beliau akan dijemput berceramah. Penganjur dapat duit. Saguhati untuknya tak cukup untuk tambang balik. Kawan-kawan kena bantu hantar dia balik.

Beliau memang hebat berceramah. Dalam Parlimen juga hebat. Namanya meniti dibibir orang tua-tua, orang muda, kanak-kanak, ustaz-ustaz, ular air, ahli sukan, artis, mak cik- mak cik dan anak dara, hingga ada muslimat berkata Mat Sabu loklaq, kelolo tapi nak pi dengar juga ceramah dia. Bukan sahaja orang melayu, cina dan india pun sama, semua suka kepada Mat Sabu.

Sebab itu beliau dicemburui. Seperti Hang Tuah dicemburui oleh pembesar-pembesar istana Melaka. Seperti Nabi Yusuf dicemburui oleh abang-abangnya. Tidak ada seorang pun dari ahli parlimen Pas yang sanggup letak jawatan untuk bagi laluan kepada Mat Sabu Timb Presiden Pas seperti yang dibuat oleh ADUN Kajang berbangsa Cina untuk beri laluan kepada DS Anwar Ibrahim berbangsa melayu.

Mat Sabu bukan tak pernah jadi Ahli Parlimen. Beliau pernah jadi Ahli Palimen Nilam Puri tahun 1990, Kubang Kerian tahun 1995 dan tahun 1999 di Kuala Kedah.

Beliau menapak dari bawah. Jadi exco pemuda Pas, setiausaha pemuda Pas, pemangku ketua pemuda Pas, ajk pas pusat, Naib Presiden Pas dan Timbalan Presiden Pas. Beliau juga menjadi ahli jawatankuasa Gerakan Pembebasan Palestin peringkat dunia.

kredit : sayangawak

[VIDEO] Terkini…Ini Pengumuman Khas Najib Yang Mengejutkan Seluruh Ahli UMNO!

Mesyuarat tergempar tentukan nasib Najib

SATU mesyuarat tergempar diadakan di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur, hari ini.

Mesyuarat itu dipercayai bagi menentukan nasib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak sama ada dikekalkan atau diminta berundur dari jawatan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat tertutup itu.

“Semuanya akan diberitahu pada sidang media selepas mesyuarat,” katanya ditemui media di tingkat 39 Menara Dato Onn, hari ini.

Turut kelihatan, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Emieryati Samsudin dan Ketua Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut kelihatan, barisan Exco Pemuda dan Puteri UMNO.

Terdahulu media dijemput menghadiri satu sidang media membabitkan Khairy, Mas Emieryati dan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun, media diminta ke kediaman Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur kerana sidang media mahu diadakan di hadapan rumah bekas Perdana Menteri itu.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan meletak jawatan. Beliau turut melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

Ia diumumkan dalam satu sidang media tergempar di PWTC hari ini.

LIVE: Terkini…Najib umum letak jawatan

Sumber: http://media2060.net/video-terkini-ini-pengumuman-khas-najib-yang-mengejutkan-seluruh-ahli-umno/

MENGEJUTKAN! “Roti Expired” Yang Selama Ni Kita Buang Tu Rupa-Rupanya Dijadikan ‘Sejenis Makanan’ Yang Kita Sendiri TAK SANGKA!

wow! Rupa-rupanya makanan ini diperbuat dari roti yang dah tamat tarikh luputnya!
Korang tahu tak ke mana pergi roti yang dah tamat tarikh luput tu? haaa.. Kalau tak tahu, baca ni…
Di Porvinsi Bulacan di Filiphina, sebuah halaman fabrik yang dipenuhi roti yang dah expired pelbagai rasa dan perisa. Para pekerja fabrik seharian sibuk membuka plastik pembungkus roti masing-masing. Setelah dibuka, roti tersebut dikumpul menjadi satu. Tahukah anda apa yang dilakukan dengan roti-roti yang expired tu?

Ternyata roti tersebut kemudian akan dijual ke berbagai lokasi tempat pembiakan ikan dan dijadikan bahan untuk membuat makanan ikan. Dibandingkan makanan khusus ikan, harga roti-roti tamat tempoh ini jauh lebih murah.

Walaupun tidak layak di makan bagi manusia, namun ternyata roti-roti tamat tempoh tersebut sangat bergizi untuk makanan ikan. Ikan yang diberi makan roti-roti kadaluarsa ini tumbuh dengan sehat, memiliki tekstur daging yang baik, dan rasanya pun lezat.

ORANG YANG SANGAT TINGGI ILMUNYA PANJAT POKOK KELAPA HANYA BERJALAN BIASA SAJA..

Hello selamat datang ke channel kami sebelum tu anda jgn lupa like ke FB fan page kami dulu di KOLEKSI VEDIO HANGAT agar anda tk terlepas dari segala vedio vedio yang berinformasi isu isu semasa hiburan dan banyak lagi yang menarik akan kami sajikan utk anda diluar sana.dan jgn lupa juga untuk menonton vedio vedio kami kongsikan selama ini sebab banyak berita ataupun informasi yang akan anda tahu dari vedio vedio kami..

ok dalam vedio kami kali ini ialah seseorang yang mungkin berilmu bukan ilmu hitam tapi ilmu panjat kelapa mungkin anda tk percaya dgn org ini tapi anda tontonlah vedio ini hingga hujungnya agar tk ada lagi tanda tanya di fikiran..ok jgn lupa scroll kebawah untuk melihat vedio ini hingga habis pasti anda juga tak percaya dgn gelagat orang yang panjat kelapa itu pemanjat itu hanya berjalan kaki je hingga ke atas kelapa itu…mungkin lelaki itu hanya buat pertunjukan je dgn kita semua dgn kehebatannya panjat pokok kelapa itu sungguh menghairankan..

oklah anda saksikanlah sendiri bagaimana kehebatan lelaki itu panjat pokok kelapa setinggi itu tontonlah vedio ini hingga habis dan jgn lupa kongsilah vedio ini kepada Kwan Kwan agar semua tahu yang adanya orang sehebat ini di mukah bumi yang nya

Sila tonton video:

Datuk Seri Anwar Ibrahim Mendapat Pengampunan Penuh Agong

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Yang di-Pertuan Agong bersedia memberikan pengampunan diraja pada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan padanya dalam pertemuan dengan Agong semasa istiadat mengangkat sumpah malam tadi.

Azmin lawat Anwar di hospital

“Pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Kami akan buat permohonan segera. Anwar bukan sahaja mendapat pengampunan tetapi pengampunan penuh dan akan dibebaskan segera,” katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Sumber : Sinar Harian

“Duit Cukai Aku La Yang Bayar Duit Brim Yang Kau Makan Tu” Rozita Che Wan Membalas Kritikan Netizen Selepas Menyatakan Sokongan Terhadap Tun M

Tidak dapat dinafikan, kemenangan kerajaan baru yang diterajui oleh Tun Mahathir di dalam pilihanraya ternyata memberi impak malah rakyat juga suka berkongsikan gambar pemimpin tersebut termasuklah barisan selebriti tanah air. Bagaimanapun, ada juga yang sakit mata melihatkan perkara ini.

Jawapan yang diberikan Che Ta ternyata memberi tamparan realiti buat haters tersebut dan ia turut membuatkan peminat dan pengikut Che Ta di laman Instagram bersetuju dengan apa yang diucapkan oleh pelakon wanita tersebut.

Apa pun, inilah perkara biasa yang dilalui apabila berbicara tentang politik di laman sosial. Cemuhan dan kritikan tidak akan berhenti namun terpulang kepada individu untuk ambil peduli atau membiarkan saja perkara negatif berlalu pergi. (rtky/s)

Sumber:http://matbawang.com/datuk-seri-anwar-ibrahim-mendapat-pengampunan-penuh-agong/

Anak Zul Yahya Bertanyakan Satu Soalan Dan Ini Jawapan Zul Yahya Kepada Anak Dia Memang Boleh Buat Ramai Insaf

PELAKON dan pengarah filem, Zul Yahya menerusi Instagram peribadi memuat naik sebuah video perbualannya dengan anak perempuannya bernama Arissa.

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, Arissa menceritakan situasi diajukan persoalan oleh kawan-kawan sekolahnya kenapa bapanya tidak berlakon lagi.

Nak tahu apa jawapan yang diberitahu oleh Arissa kepada rakan-rakannya. Jom lihat video ini.

Namun jawapan yang diutarakan oleh Arissa menyejukkan hati bekas pelakon drama bersiri superhero tempatan Pepaya ini.

Video Penuh Tentang Jawapan Zul Yahya Kepada Anak Dia Berada Di Akhir Artikel

Zul dilihat menghadiahkan ciuman di pipi Arissa sebagai tanda berpuas hati dengan jawapan bijak anak perempuannya itu.

Terdahulu viral sebuah video Zul Yahya berkongsi pengalaman penghijrahan dirinya dan keluarga di laman internet.

Menurut pelakon berusia 43 tahun ini, dia tidak menyangka dan terlintas di fikirannya untuk meraih populariti sebegitu.

Walau bagaimanapun, dia hanya mampu berharap perkongsian yang tidak seberapa itu mampu menjentik naluri yang mendengar untuk turut sama berubah ke arah yang lebih baik.

Perubahan yang dialami oleh Zul bukan hanya kepada pembawakan dirinya namun imejnya turut berubah yang kelihatan lebih selesa tampil berjubah dan berkopiah.

Rata-rata netizen menyokong perubahan Zul dan mendoakannya supaya terus istiqamah mencari jalan hidup lebih baik.

VIDEO PENUH

SUMBER : MYNEWSHUB

7 Perkara PELIK Dalam PRU Ke-14 Libatkan Tun Mahathir Yang Anak Muda Kena Tahu

Hari ini sejarah bakal terukir bagi negara. Perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 adalah satu sejarah yang tidak pernah berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Sekitar jam 9.30 malam nanti, Tun Dr Mahathir akan mengangkat sumpah di hadapan Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara sekaligus perlantikannya memecah monopoli kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional tumbang buat kali pertamanya dalam sejarah pilihanraya.

Di sebalik sejarah yang tercipta, apa agaknya perkara pelik dalam PRU ke 14 yang membabitkan Tun M kali ini ya.

Perdana Menteri Tertua di dunia – Ya, buat pertama kalinya, sejarah tercipta dan Tun M mencipta sejarah mengenainya. Bukan saja dalam Malaysia tetapi juga di dunia kerana Tun Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri tertua di dunia. Ini juga bermakna Tun Hasmah kembali menjadi Wanita Pertama Negara untuk kali kedua buat kesekian kalinya.

Dilantik 2 kali sebagai PM – Ini memang rekod ya. Sebabnya belum pernah ada Perdana Menteri Malaysia “repeat” dilantik dua kali sebagai PM dan Tun M membuktikan, usia bukan penghalang baginya. Lagipun memang rakyat Malaysia sayangkan ayahanda yang dilihat mampu membawa satu perubahan besar yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat jelata yang selama ini menjadi “silent killer” dan ternyata tsunami rakyat membuktikan, kuasa adalah di tangan mereka.

Bakal dapat TPM Perempuan – Ok, ini juga sejarah ya. Selalu orang cakap orang perempuan adalah tunjang lelaki dalam aspek rumahtangga tetapi dengan perlantikan Datin Seri Wan Azizah sebagai TPM selepas dipersetujui oleh Pakatan Harapan, bermakna orang nombor dua di belakang Tun M adalah perempuan. Belum pernah ada dalam sejarah negara, golongan wanita menerajui HOT SEAT ini (selangkah lagi kaki dah sampai ke PM kan) tetapi ternyata Wan Azizah berjaya membariskan dirinya duduk sebaris dengan lelaki yang sering kali diangkat sebagai pemimpin.

Poster Dirinya Dibuang & Menjadi Viral – Ingat lagi tak poster gergasi memaparkan wajahnya dibuang oleh seorang petugas SPR yang begitu gigih membuang gambar Tun di Johor semasa kempen pilihanraya. Di sebalik SPR mengikut arahan, ternyata membuang gambarnya, menghitamkan wajahnya malah bermacam tingkat laku pelik, ternyata kejadian itu membuatkan orang ramai makin bersimpati dan beranggapan peristiwa ini sesuatu yang sukar diterima. Kata mereka kenapa perlu takut dengan orang tua berusia 93 tahun tetapi ternyata dengan usianya itulah, Tun M berjaya mengubah lanskap politik negara dengan tumbangnya UMNO yang telah mewarisi kejayaan sejak 60 tahun lalu dalam pentadbiran negara.

Dulu Tun M Orang Umno tapi kini Pengerusi PPBM – Kalau nak tahu, dulu Tun M pernah jadi Presiden UMNO tetapi beliau telah menubuhkan sebuah parti baru iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang kemudiannya telah dibatalkan pendaftarannya sehari sebelum Kabinet dibubarkan. Kebijaksaannya membuatkan Tun M berpakat dan bertanding di bawah satu logo iaitu Pakatan Harapan kerana katanya di usianya kali ini dan selepas “mengaku ada membuat sedikit kesilapan”, beliau memilih menyelamatkan Malaysia dari semua “bencana” akibat perbuatan rakus dan tamak kepimpinan sebelum ini.

Pakatan Harapan Tumbangkan BN Dengan Aura Tun M – Semua ada “mata panda” semalamkan. Ramai yang menunggu-nunggu keputusan penuh debar kerana sekitar jam 4 pagi baru semua keputusan diumumkan oleh SPR. Malah Tun M juga membuat sidang akhbar sekitar jam 3 pagi memaklumkan bahawa Pakatan Harapan berjaya tumbangkan BN. Debar rakyat begitu terasa kerana ramai mengakui amat pelik kenapa mereka perlu tertunggu-tunggu dalam satu tempoh yang agak lama tentang keputusan piliharaya kali ke -14 ini.

Paling Lama Menunggu Untuk Angkat Sumpah Sebagai PM – Inilah isu yang menjadi bualan rakyat Malaysia yang dari pagi membawa ke petang. Dari petang membawa ke malam dan sebentar tadi ada makluman berita bahawa angkat sumpah hanya akan dilakukan pada jam 9.30 malam. Ramai yang bersimpati melihat ayahanda Tun M menunggu-nunggu dari jam 4.40 petang.

Apa pun, Malaysia sudah mempunyai Perdana Menteri ke – 7 yang baru dan ianya diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat mampu memulihkan kembali ekonomi Malaysia selain menyelesaikan masalah-masalah besar yang wujud pada pertadbiran sebelum ini.

sumber :remaja

sumber

Orang Yang Saya Kagumi Rupanya Berhati Syaitan Dan Berajakan Nafsu’ – Akhirnya Fazley Yaakob Berani Buka Mulut!

Chef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik satu kisah tentang perjuangan arwah bapanya dan ‘si polan’.

Menurut perkongsian Fazley, dia telah berkongsi kisah penat lelah arwah bapa tercinta berjuang bersama Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad demi negara tercinta.

Seperti yang MH katakan, selain daripada berkongsi tentang perjuangan arwah bapanya, Fazley juga turut bercerita tentang seorang individu yang digelarkan sebagai ‘si polan’.

Kata Fazley, isterinya merupakan anak kepada si polan tersebut dan cerita yang dikongsikan oleh Fazley tentangnya membuatkan MH terperanjat seketika kerana dia disifatkan sebagai seorang yang berhati syaitan oleh chef selebriti popular ini.


“Syukur Alhamdulilah, Allah Maha Besar, tak sia sia akhirnya perjuangan arwah ayah saya dari hari pertama, bersama2 Tun Mahathir dan barisan pemimpin kanan beliau, untuk membuat perubahan demi negara tercinta. Kepada rakyat malaysia, tahniah kerana kita sama2 melaksanakan perubahan ini

 

Arwah ayah saya Datuk Hj Yaakob Mohammad adalah antara pelopor utama memulakan perubahan ini bersama YABhg Tun Mahathir Mohammad, Namun sayangnya beliau pergi lebih awal di kala beliau sedang sibuk turun naik bersama saya ke office Tun Mahathir. Pemergian arwah begitu mengejut tanpa sebarang masalah kesihatan dan amat misterius buat kami sekeluarga, juga sahabat handai. ‘Si Polan’ mencuba pelbagai cara untuk memastikan arwah ayah saya tidak dapat melaksanakan perjuangan beliau bersama Tun

 

Pelbagai halangan dan gangguan di laksanakan agar arwah ayah saya tak mampu melaksanakan tugasan2 penting beliau berjuang demi perubahan. Malahan saya dan isteri sering menjadi mangsa kekejaman si polan tanpa ada belas kasihan, namun kami sekeluarga terus tabah memperjuangkan kebenaran. Arwah ayah saya sentiasa memberi kata2 semangat, “ Fazley & Azrene, Yakinlah, Allah akan sentiasa berlaku adil, masanya akan tiba, Perjuangan kita belum selesai, perubahan harus di laksanakan”

Teringat kisah arwah ayah saya di panggil Tun Mahathir ketika arwah ayah masih lagi menjadi Pengarah JPJ Wilayah perseketuan, “Kob, can you help me manage this issue since the system that you implement in JPJ works so well?” Parti UMNO telah ‘deregister’ dan menjadi parti Haram kerana senarai ahli tidak dikemas kini dengan strategik

 

Dalam tempoh 24 jam arwah ayah saya meninggalkan tugasnya sebagai PTD officer dan bertugas sebagai Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Mulai saat itu setiapkali pilihanraya, saya sentiasa bersama arwah ayah membantu melaksanakan tugas2 pentadbiran dan perlaksanaan sistem keahlian. Pada ketika itu, setiap kali melihat kelibat si polan, ada juga timbul rasa kagum, namun sayangnya rasa kagum itu tidak bertahan

Nak tahu kenapa?

BERSAMBUNG DI GAMBAR KEDUA DI ATAS 👆👆👆,” tulisnya dan ceritanya itu telahbersambung pada gambargambar yangdimuat naik olehnya.

 

Malah terbaru, Fazley ada memuat satu gambar bukti bagaimana ibu mertuanya itu menunjukan reaksi kurang senang bila bersamanya…

 

MH dapat merasakan, luahan yang dikongsikan oleh Fazley ini pasti sudah lama terbuku di hatinya dan kini segala yang dipendam begitu lama sudah dilepaskan.

Apapun, MH doakan agar keluarga Fazley sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT dan Al Fatihah buat arwah bapa tercintanya.

Semoga arwah bapa Fazley tenang di sana bersama orang-orang yang beriman.

 

Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob

 

Sumber: MH via http://www.beritasteady.net/isu-kontroversi/orang-yang-saya-kagumi-rupanya-berhati-syaitan-dan-berajakan-nafsu-akhirnya-fazley-yaakob-berani-buka-mulut/