Blog

Hebat Anak Malaysia

 

KUALA LUMPUR: Wan Kuzain Wan Kamal mencipta sejarah tersendiri apabila muncul anak Malaysia pertama menjulang kejuaraan USL Western Conference bersama Swope Park Rangers selepas membenam OKC Energy menerusi penentuan sepakan penalti 7-6 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selama 120 minit dalam aksi final Sabtu lalu.

Sejak menyertai kelab itu pada pertengahan musim ini, Kuzain atau lebih dikenali dengan gelaran Messi Amerika adalah watak penting dan tulang belakang kepada kebangkitan pasukan itu.

 

Hasil kemenangan ke atas seteru utama dari saingan Western Conference itu, pemain berdarah Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat itu akan memimpin pasukannya beraksi dalam pentas final Piala USL 2017 berdepan satu lagi juara Eastern Conference iaitu Louisville City FC pada 13 November ini, di Kentucky, Amerika Syarikat.

 

Terdahulu, Louisville City FC berjaya menumbangkan juara bertahan Piala USL, New York Red Bulls II menerusi sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar dan tambahan masa.

Menerusi akaun facebook milik ayahnya, Wan Kamal, menyaksikan peminat bola sepak tempatan terkejut dengan pencapaian cemerlang anaknya itu apabila ruang komen dilimpahi ratusan ucapan tahniah dan doa.

“Terima kasih atas sokongan kepada Kuzain. InsyaAllah, pada Disember ini dia akan pulang ke Malaysia bersama abangnya,” kata Wan Kamal kepada peminat anaknya itu.

 

Aksi Kuzain sering mendapat pujian jurulatihnya, Nikola Popovic yang mengakui kagum dengan kebolehan pemain berusia 19 tahun itu.Malah, dalam aksi pertamanya ketika menewaskan OKC Energy 3-1 dalam saingan liga tujuh bulan lalu, dia merekodkan ketepatan hantaran paling tinggi dengan 96% sekali gus menguasai bahagian tengah.

Menerusi perkembangan terbaru itu, mungkinkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mula mengorak langkah memujuk Kuzain untuk pulang sekali gus menguatkan barisan skuad Harimau Malaya.

 

Sumber : Berita HarianHebat

P.Pinang lumpuh dilanda banjir selepas hujan 15 jam

P.Pinang lumpuh dilanda banjir selepas hujan 15 jam

Keadaan bandaraya George Town ditenggelami banjir kilat berikutan hujan lebat dan ribut yang melanda sejak awal pagi tadi.– Foto Bernama

GEORGE TOWN: Pulau Pinang hari ini lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih 15 jam sejak semalam.

Hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang dan berlarutan sehingga 5 pagi ini juga menyebabkan ratusan pokok dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.

 

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata 1,968 mangsa banjir kini ditempatkan di beberapa pusat pemindahan banjir yang dibuka di empat daerah di negeri ini.

 

Beliau berkata 1,125 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Seberang Perai Tengah, 615 mangsa di Seberang Perai Utara (SPU), 70 mangsa di daerah Timur Laut dan 158 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Barat Daya.

 

“Angkatan Tentera Malaysia sudah menghantar anggota-anggota mereka di daerah Timur Laut. Di kawasan Seberang Perai kita masih menunggu anggota tentera dari Kem Sungai Petani dan kita amat perlukannya. Ada ramai mangsa-mangsa yang hendak kita selamatkan.

Keadaan sekarang lebih baik sikit kerana hujan telah reda. Sungguhpun begitu, air banjir masih belum surut dan kita lihat angin masih kuat. Kita masih bimbang tentang kejadian yang tidak diingini kerana angin kuat dan kita bimbang hujan akan kembali lagi,” katanya di sini, hari ini.

Lim berkata kejadian angin kencang yang melanda negeri ini awal pagi ini adalah sesuatu yang tidak dijangka.

“Angin yang begitu kuat tak pernah kita lihat bersama hujan lebat (dan ia) benar-benar telah melebihi keperluan kita. Kita tidak ada sumber yang cukup untuk menangani keperluan mangsa-mangsa banjir. Terima kasih pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta semua pasukan penyelamat yang datang membantu. Saya harap semua dapat terus jaga keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Tinjauan Bernama di kawasan Seberang Jaya, dekat sini mendapati kawasan berkenaan paling teruk terjejas dengan beberapa bahagian Hospital Seberang Jaya (HSJ) dinaiki air namun keadaan masih terkawal dan tiada pesakit dipindahkan.

 

 

Seramai 21 mangsa banjir daripada enam keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir sementara di Taman Siakap, Seberang Jaya selepas kawasan rumah mereka dinaiki air dengan begitu pantas pada kira-kira pukul 7 malam.

Sementara itu, Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Ramzi Ahmad berkata hujan lebat dan angin kuat itu turut menyebabkan empat penerbangan yang sepatutnya mendarat di lapangan terbang berkenaan terpaksa dilencongkan.

Katanya tiga penerbangan dilencongkan ke Lapangan Terbang Subang manakala satu penerbangan lagi dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan kesemua mendarat dengan selamat.

“Berikutan cuaca buruk itu, lebih 26 penerbangan yang berlepas dari LTAPP turut mengalami kelewatan, namun operasi di lapangan terbang berjalan lancar. Pada masa ini semua operasi penerbangan berjalan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Rapid Penang menghentikan sementara operasi perkhidmatan basnya berikutan kejadian banjir kilat di bahagian pulau dan tanah besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rapid Penang berkata banyak jalan utama dinaiki air dan demi keselamatan orang ramai, kami tidak mempunyai pilihan selain menghentikan operasi sehingga keadaan kembali pulih,” kata kenyataan itu sambil meminta orang ramai merujuk laman Facebook Rapid Penang di rapidpgfans untuk maklumat terkini.

— BERNAMA dan ASTRO AWANI

 

Kaedah Kesan Kamera CCTV Tersembunyi Di Dalam Bilik Hotel

 

Musim cuti sekolah nanti ramai yang rancang nak kahwin. Bagi yang dah berkeluarga, cuti sekolah adalah masa yang sesuai untuk bawak anak-anak pergi bercuti. Dan biasanya, tempat penginapan yang selalu menjadi pilihan untuk bermalam ialah hotel, resort, homestay atau rumah tumpangan. Sekarang ni muncul taktik kotor dan jahat oleh sindiket yang mengambil kesempatan terhadap mereka yang sedang bercuti atau berhoneymoon dengan meletakkan kamera CCTV tersembunyi untuk merakam gambar mangsa.

Sebenarnya, kamera CCTV ni berfungsi untuk memantau sebarang perkara yang tidak bagus dan mencegah jenayah tapi telah disalahgunakan oleh pihak tak bertanggungjawab dengan membuat kerja yang tak sepatutnya.

Di Mana Kamera CCTV Ini Diletakkan?

Jika anda menginap, sama ada hotel, resort dan sebagainya, kamera CCTV tersembunyi atau spy cam ni biasanya diletakkan di dalam tandas, bilik persalinan perempuan,di bilik tidur, di ruang tamu atau dimana-mana tempat yang dikehendaki oleh sindiket tersebut. Rakam gambar mangsa dan peras ugut untuk sebarkan gambar atau video tersebut jika permintaan tidak ditunaikan. Jahat giler perangai! Dapat tangkap orang macam ni, pukul dulu baru serah pada polis.

Cara nak kesan kamera CCTV tersembunyi melalui kamera telefon

Kepada yang nak berhoneymoon, berhati-hati la ye..kemungkinan gerak geri anda sedang diperhatikan dan dirakam. So, bagaimana nak pastikan ada kamera CCTV tersembunyi dalam bilik hotel/homestay?

Semasa menginap di hotel/homestay, anda boleh gunakan camera handphone untuk memastikan tiada kamera CCTV tersembunyi dalam bilik tempat anda menginap. Langkah-langkah untuk mengesan kamera CCTV tersembunyi seperti di bawah :
Setelah memasuki bilik, padam semua lampu,tutup tingkap dan langsir.
Pastikan bilik dalam keadaan segelap yang boleh.
ON kan camera phone anda tetapi jangan ON flash camera.
Pusing sekitar bilik anda dengan phone di tangan.
Sekiranya anda menjumpai DOT/TITIK MERAH kelihatan dalam skrin kamera anda,itu bermakna ada kamera tersembunyi dipasang dalam bilik tersebut.
Pastikan ianya betul-betul kamera dan buat laporan polis.

Cara nak kesan kamera CCTV tersembunyi melalui bluetooth

Kalau kamera CCTV tu yang jenis manual, dah tentu kita boleh nampak wayar-wayar berselerak tu. Tapi, kalau kamera yang jenis tanpa wayar (wireless), susah nak kesan dengan mata kasar. So, anda boleh cuba langkah-langkah yang dicadangkan di bawah

Sebelum masuk tandas atau bilik persalinan, sila bawa handphone yang ada aplikasi bluetooth.
Turn ON bluetooth dan ‘search device’ yang ada. Jika anda tidak faham bagaimana nak cari ‘device’, anda cuba ‘send’ gambar atau ‘lagu’ kepada kawan anda. Kemudian kemudian tekan via bluetooth dan anda boleh nampak ‘device’ yang ada di dalam bilik itu.
Jika anda jumpa ‘device’ yang namanya “WDX 2201, CAM 122″ atau apa-apa nama yang anda rasa sangat pelik bunyinya, sebaik-baiknya batalkan hajat anda untuk salin pakaian kerana berkemungkinan besar terdapat wireless CCTV.

 

 

  1. Periksa sekeliling bilik dan perhatikan mana-mana barang yang ada di dalam bilik yang kelihatan curiga seperti susunan bunga dalam pasu, gambar yang tergantung di dinding dan sebagainya. Periksa sekali smoke detector atau speaker, manalah tahu ada kamera tersembunyi dipasang di dalamnya.
  2. Periksa juga wayar yang mencurigakan.
  3. Dengar dengan teliti dan pastikan keadaan bilik tu sunyi. Biasanya kamera tersembunyi ni akan mengeluarkan bunyi click atau buzz bila beroperasi.
  4. Tutup lampu dan perhatikan jika ada lampu kecil yang berwarna merah atau hijau.
  5. Guna handphone dan cuba telefon seseorang. Jika ada bunyi yang menganggu panggilan tesebut, maknanya panggilan tersebut diganggu oleh electromagnetic field dari alatan lain seperti kamera.

Sumber : http://penpatah.blogspot.my

7 Perkara Anda Perlu Buat Sekarang Kalau Nak Jadi Kaya

 

Semua orang berangan-angan untuk jadi jutawan atau, setidak-tidaknya, hidup senang-lenang sehingga tua dan dapat pula mewariskan kekayaan kepada anak-anak.

Tetapi berapa ramai yang dapat mengejar cita-cita itu? Bagaimana Mark Zuckerberg, Bill Gates atau Richard Branson boleh jadi jutawan?

Portal akhbar terkenal Sydney Morning Herald mendedahkan tujuh tabiat yang diamalkan oleh mereka yang pernah berusaha keras menjadi jutawan.

1. Ghairah untuk capai kejayaan

Tujuan yang jelas dan semangat berkorbar-kobar sangat penting. Ia membekalkan tenaga untuk menghadapi kesilapan, kegagalan dan penolakan orang lain.

2. Membaca untuk majukan diri

Jutawan suka membaca akhbar dan buku pelbagai topik, antaranya panduan berjaya, pembinaan peribadi atau sejarah mereka yang sudah berjaya.

Kajian menunjukkan, 80 peratus orang kaya menghabiskan 30 minit atau lebih setiap hari untuk memajukan lagi diri melalui pembacaan. Orang kaya membaca untuk mendapatkan pengetahuan.

3. Bersenam sihatkan fikiran

Sir Richard Branson, pengasas Virgin Group, bersenam setiap hari termasuk yoga, mendaki, berlari atau angkat berat untuk meningkatkan pencapaian fikiran dan menjadi lebih produktif.

Kajian menunjukkan, 76 peratus orang kaya bersenam 30 minit atau lebih setiap hari. Jantung yang sihat bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga untuk otak.

4. Suka berjimat dan menabung

Tabiat yang selalu dilakukan oleh orang kaya ialah hanya gunakan 80% saja pendapatan dan lagi 20% akan disimpan.

Malah, 88 peratus orang kaya berkata menyimpan wang sangat-sangat penting untuk membina kejayaan mereka.

5. Ada pembimbing & berikan bimbingan

Berjaya tidak bermakna melakukannya seorang diri. Semua yang sudah berjaya termasuk Mark Zuckerberg, Bill Gates atau Richard Branson memerlukan bimbingan.

6. Bina hubungan baik

Hubungan baik dengan orang tersayang dan dekat dengan kita mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri.

Kira-kira 88 peratus jutawan percaya “hubungan baik sangat penting untuk kejayaan kewangan”. Tetapi di kalangan orang miskin, hanya 17 peratus percaya pada amalan tersebut.

7. Mencari ketenangan diri

Mereka selalu merenung diri sendiri, mencari kelemahan diri untuk diatasi atau memastikan diri tidak terbabas daripada landasan kejayaan.

Kajian menunjukkan ramai orang kaya menghabiskan antara 15 hingga 30 minit memuhasabah, sama ada mereka atas landasan betul dalam soal kesihatan, senaman, hubungan dengan orang lain dan urusan kerja.

Kredit: The Malay Mail Online

7 Kesan Minum Air Putih Ketika Perut Kosong Yang Ramai Tidak Tahu

Umum sedia maklum tentang kebaikan meminum air putih kepada tubuh badan. Namun ramai yang tak tahu kesannya apabila minum air putih ketika perut kosong.

Berikut merupakan 7 kesan minum air putih ketika perut kosong.

1. Buang racun dalam badan

Ketika kita minum air putih, sistem pencernaan tubuh akan berjalan lebih lancar dan alami. Pada waktu malam tubuh memperbaiki diri dan mengeluarkan semua racun dalam tubuh. Kalau minum air putih di pagi hari dalam keadaan perut kosong, racun-racun akan lebih cepat keluar dan tubuh jadi terasa lebih segar. Minum banyak air putih boleh membantu meningkatkan produksi sel-sel otot dan sel-sel darah baru.

2. Meningkatkan metabolisme

Minum air putih ketika perut kosong boleh membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan ini akan buat sistem pencernaan jadi lebih lancar. Minum air setelah bangun pagi boleh membersihkan usus, sehingga usus jadi lebih mudah menyerap nutrisi.

3. Jadikan tubuh kekal langsing

Ketahuilah semua racun akan dibuang dan sistem pencernaan jadi lebih baik. Paling best, tak mudah lapar dan nafsu makan boleh dikontrol. Sehingga tubuh boleh tetap langsing sebab terhindar dari godaan makan berlebih.

4. Elak gangguan pencernaan

Gangguan pencernaan disebabkan oleh meningkatnya kadar asam di dalam perut. Ketika minum air putih di pagi hari, kadar asam berlebih ini akan larut. Gangguan pencernaan pun boleh diatasi.

5. Mencantikkan kulit

Dehidrasi boleh menyebabkan munculnya kedut dan pori-pori besar di kulit. Minum 500 ml air putih dengan keadaan perut kosong setiap pagi boleh memperlancar aliran darah di kulit dan membuat kulit lebih bercahaya. Minum air putih sepanjang hari secara berkala boleh membantu tubuh mengeluarkan racun.

6. Cegah batu ginjal

Minum air putih selepas bangun tidur boleh membantu cegah batu ginjal. Semakin banyak minum air putih, makin payah penyakit dan racun nak datang dekat!

7. Baiki sistem imun tubuh

Minum air putih ketika perut kosong boleh bantu menjaga sistem limfa. Sehingga sistem imun tubuh makin kuat dan mengelakkan tubuh dari dijangkiti pelbagai penyakit.

Untuk mendapatkan manfaat dan kesan yang maksima daripada air putih, anda boleh ikuti step mudah ini.

1. Minum 4 gelas air putih setiap pagi yang berisi 160ml ketika perut kosong.
2. Jangan ambil sebarang makanan selama 45minit.
3. Minum air putih sekurang-kurangnya 30minit sebelum makan, tetapi jangan minum air dalam waktu 2 jam selepas sarapan, makan siang dan makan malam.

* Jika masih suka untuk minum 650ml ari putih setiap pagi, boleh mulakan dengan 1 gelas air dahulu.