Blog

Berang isteri bekerja untuk menyara keluarga, penganggur simbah asid ke muka isterinya

Seorang ibu kepada dua orang anak berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa bergantung pada meisn bantuan pernafasan selepas disimbah asid oleh suaminya.

Dalam kejadian 3 November lalu, suaminya, Roobab Ali Sheikh, mengunci semua pintu rumah agar tiada sesiapa yang dapat masuk ke rumah sebelum menyimbah asid ke muka mangsa.

“Saya menjerit kesakitan. Selepas 10 minit kemudian, barulah abang saya dapat masuk untuk membantu. Namun kesakitan terasa tidak tertanggung,” kata Zakira.

Difahamkan, Roobab sebelum ini bekerja sebagai pemandu beca bermotor. Namun Roobab enggan meneruskan pekerjaannya itu menyebabkan keluarga mereka tiada wang untuk menyara anak.

Kesal melihat suaminya yang tidak bekerja, Zakira kemudian melakukan kerja sampingan membuat sabun dan menjualnya kedai-kedai berhampiran rumah.

Malangnya tindakan Zakira itu menyebabkan suaminya berang kerana menganggap apa yang dilakukan oleh Zakira itu sebagai menghina dan menjatuhkan maruahnya.

Akibat dari tindakan bodoh suaminya itu, Zakira buta sebelah mata, manakala satu lagi matanya tmasih tidak dapat dibuka.

Zakira yang kini dirawat di sebuah hospital di Mumbai, India, terpaksa bernafas melalui tiub yang ditebuk pada lehernya.

Pertubuhan bukan kerajaan, Make Love Not Scars, telah menubuhkan tabung bagi membiayai rawatan mangsa, termasuk pembedahan yang dianggarkan berjumlah RM160,000. Setakat ini, NGO berkenaan telah mengumpul RM60,500 dan berharap dapat mengumpul selebihnya secepat mungkin.

Sumber: Harian Metro, Daily Mail

Allah Bayar Cash.! Lelaki Ini Tinggal RM5, Bini Pulak Suruh Beli Nasi Ayam. Dalam Perjalanan Moto Pula Pancit. Apa Yang Terjadi Selepas Itu Sungguh Pilu..

Gambar Sekadar Hiasan

Seronoknya dapat kerja yang gajinya besar.

Bukan macam abam ni dapat gaji dalam masa lima minit je rasa kaya lepas dah bayar duit kereta, bil api air, duit internet.. Eh macam-macam lagi la kalau nak senaraikan jadi panjang lebar pula nanti.

Hujung bulan je mesti sengkek nak makan pun fikir dua tiga kali.

Tapi bak kata orang rezeki dan duit boleh dicari. Macam kisah yang dikongsikan oleh seorang individu ni, dia hanya ada RM5 sahaja dalam poketnya.

ISTERI MENGIDAM NASI AYAM.

Isterinya yang sarat mengandung mengidam nasi ayam harga RM4.50. Dalam kepalanya tinggal lah 50 sen. Nasib baik kat rumah ada maggi. Nak dijadikan cerita, dengan kuasa Allah S.W.T.

Esok baru gaji. Belek-belek dompet, tinggal RM5. Harap-harap isteri di rumah masak, bolehlah guna untuk isi minyak motosikal pergi kerja esok.

Semasa menuju ke motosikal, isteri yang tengah sarat mengandung telefon.

“Assalamualaikum. Abang, nanti tolong belikan nasi ayam di kedai ya, sebelum simpang rumah kita itu. Saya teringin makan nasi ayam, tengok kawan-kawan post di Facebook diorang tadi,” katanya.

“Baiklah,” jawabku pendek.

DUIT TINGGAL RM 5.

Duit RM5 tadi, bolehlah beli nasi ayam RM4.50. Aku makan maggi pun tak apalah. Masih ada maggi di rumah.

Dalam perjalanan balik, di lebuhraya Shah Alam ke Kapar, singgah sebentar di stesen minyak, tayar motosikal kurang angin.

Sedang mengisi angin tayar, terdengar perbualan seorang ibu dengan anaknya yang meminta dibelikan air tin, cincau. Ibunya bising dan menjelaskan bahawa duitnya hanya tinggal RM5 sahaja untuk isi minyak.

Terdengar perbualan mereka itu, aku pun hulurlah duit RM5 kepada kakak itu, suruh dia belikan air untuk anak dia. Nanti sampai rumah, pandai-pandailah aku kelentong isteri, kata kedai dah tutup atau nasi ayam dah habis.

NAMPAK KERETA PANCIT.

Sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang, ternampak seorang pakcik ini terkial-kial membuka tayar kereta dia yang pancit. Aku berhentikan motosikal dan tawarkan bantuan kepadannya.

“Sampai awal di rumah, nanti, kalau kata kedai nasi ayam tutup, tak logik pula,” kataku dalam hati.

Selesai membantu pakcik itu menukar tayar, dia menyerahkan sekeping sampul berwarna merah sebagai tanda berterima kasih. Aku menolak dengan baik, namun dia tetap mahu aku menerima sampul itu.

REZEKI SEDEKAH.

Sebelum sampai di rumah, aku nampak kedai nasi ayam itu masih buka. Aku berhentikan motosikal dan membelek sampul merah itu.

“Wah! Banyaknya RM50!”

Terus aku beli dua nasi ayam. Untuk isteri satu, untuk aku sendiri, satu. Baki ada RM41, inilah rezeki kita sedekah RM5. Allah beri kita lebih lagi. Alhamdulillah.

Kredit – Yusri Ibrahim

Kerana Dosa Ibunya…Bayi ini di Campak.. Subhanallah.. Apa Nak Jadi dengan Remaja Zaman Sekarang!!!

PETALING JAYA – Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes perbuatan kejam itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam.

“Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala.

“Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah,” kata beliau.

Arjunaidi memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya.

Difahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandung.

 

Polis setakat ini tidak menyiasat atau menahan kekasih suspek kerana belum ada keperluan dengan kes bunuh yang dihadapi suspek wanita itu.

Suspek yang memakai baju T warna hitam, bertudung, berjaket merah jambu, berkain sarung batik, berstoking dan berselipar kelihatan bersahaja ketika diperintahkan ditahan reman oleh majistret.

Wanita itu yang tidak ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Semalam akhbar melaporkan, seorang bayi perempuan ditemui mati dipercayai dicampak dari tingkat tiga flat Desa Mentari di sini.

Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu.

Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi.

Sumber :  Kosmo

 

MasyaALLAH!!! Kisah Benar Wanita Ini terlanjur dengan kekasih dan hamil 5 bulan, ketika suami lumpuh separuh badan (strok)’

Susah senang, suami isteri sepatutnya bersama. Bukannya hanya bersama bila senang, bila susah ditinggalkan pula pasangan. Tergamak si isteri dalam kisah ini mengambil kesempatan untuk berzina dengan lelaki lain ketika suaminya lumpuh separuh badan akibat strok.

Lebih teruk lagi, dia memberikan alasan sudah penat dan enggan terus hidup bersama suaminya yang lumpuh itu. Sehingga dia disahkan hamil lima bulan hasil dari zina dengan suami orang. Kini dia buntu, sama ada nak meminta suami menceraikannya. Namun dalam masa yang sama kekasihnya masih belum menceraikan isterinya.

HI dan salam warga Kisah Rumah Tangga (KRT). Suami saya diserang strok separuh badan. Sudah enam bulan saya menjaga dia dan saya sudah letih dengan semua ini. Saya juga ingin merasa kebahagiaan seperti pasangan lain.

Saya ada mengenali seorang lelaki menerusi aplikasi WeChat. Katanya dia dalam proses nak bercerai sebab isterinya pemalas dan tidak bertanggungjawab. Dia ajak saya berkahwin dan sebelum itu kami sudah beberapa kali berjumpa dan terlanjur bersama.

Sekarang saya hamil lima minggu. Mesti orang lain curiga sebab saya tidak pernah bersama suami. Macam mana saya nak berterus terang dengan suami kalau saya nak bercerai?

Dan dalam masa yang sama, boyfriend saya dari awal perkenalan dia kata nak ceraikan isteri dia tetapi sampai sekarang mereka masih bersama. Saya buntu.

REAKSI NETIZEN

“Suami saya pun kena strok dan dalam proses pemulihan. Tak pernah terfikir sampai begitu kecuali mengharapkan suami pulih sepenuhnya. Memang penat menjaga orang yang lumpuh separuh badan tetapi itulah yang dikatakan sebagai pengorbanan,” kata Sek Geok

“Mak saya strok separuh badan juga sis. Tetapi abah setia menjaga mak dari tak teruk sampailah dah tak boleh buat apa-apa. Kencing berak mak, abah yang basuh dan abah yang mandikan. Makan mak, abah yang suapkan. Ikhtiar berubat sana sini naik motosikal. Ulang suara, naik motosikal. Abah sebelah tangan pulas minyak, sebelah lagi pegang mak sebab mak tak boleh menyeimbangkan badannya sendiri.

“Sampai ke akhir hayat mak pun, abah setia di sini. Sedikit pun abah tak mengeluh. Tak pernah ada niat nak pergi walau selangkah. Sampai akhir hayat abah sendiri pun abah setia pada satu nama. Allahu, besar kasih sayang abah pada mak, Allah saja yang tahu. Hargailah suami sis selagi dia masih ada,” kata Ainiey Sugiman.

“Suami saya pun kena strok 2015. Saya jaga sampai dia boleh berjalan dan sekarang boleh drive. MAta dia buat selah kanan akibat saluran mata pecah dan tidak dapat dibaiki walaupun operation.

“Tetapi sebagai isteri, saya tetap setia pada suami yang sekarang disahkan sebagai OKU penglihatan. Dia hanya mampu menggunakan mata kiri saja untuk melihat. Mata kanan boleh melihat walaupun sikit.

“Puan, bersabarlah kerana besar pahala bersabar menjaga suami yang sedang sakit. Janganlah ikut sangat nafsu dan bisikan iblis dan syaitan kerana mereka memang selalu berusaha untuk menyesatkan kita dan menyeret kita ke neraka.

“Puan bertaubatlah dan jauhkan diri dari lelaki lain. Jaga maruah puan. Semoga puan mendapat pengampunan dosa dari Allah. Semoga suami puan cepat sembuh dan puan akan bahagia hingga ke jannah. Anak itu puan jagalah, jangan buat dosa itu,” kata Ezzmal Maszwan Wanty.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

SUBHANALLAH!!! JOM KENALI QATAR DAN KENAPA NEGARA INI INGIN DIMUSNAHKAN?

Adakah kerana fakta-fakta ini Qatar dicemburui? Jom baca satu persatu fakta ni. Anda nilai sendiri.

1. Pendapatan per kapita tertinggi di dunia pada kadar 146,000 dolar setiap tahun.

2. Negara kedua di dunia dalam bilangan jutawan kira-kira 30 ribu jutawan.

3. Negara yang pertama Arab dan keempat di dunia dalam pendidikan yang berkualiti selepas Jepun.

4. Negara yang pertama di dunia Arab dan keenam di dunia pada tahap kualiti kesihatan.

5. Pertama di dunia Arab dan kedudukan ke-20 di dunia dalam memerangi rasuah.

6. Negara kedua dalam kadar keselamatan dan risiko lebih selamat dr segi keganasan.

7. Negara yang pertama Arab dan 12 di peringkat global dalam Laporan Daya Saing Global.

8. Negara pertama di dunia berada di kedudukan dalam petunjuk pengangguran.

9. Aset bank Qatar QR1.1 trilion.

10. Qatar adalah bank Arab terbesar dengan aset kira-kira 520 bilion riyal

11. $ 300 bilion dana berdaulat yang melibatkan 39 buah negara.

12. Saham ketara dalam bank-bank terbesar di Eropah Barclays dan Credit Suisse.

13. Saham terbesar kedai barangan mewah di dunia Harrods London.

14. Setiap tahun menghabiskan $ 6 bilion ke atas projek penyelidikan saintifik.

15. Qatar Airways yang paling pesat berkembang dunia 170 pesawat.

16. Qatar Telecom beroperasi di 17 buah negara dengan 107 juta pelanggan.

17. Qatar memiliki 28% daripada menara London, ibu negara Britain.

18. Semua rakyat dilayan secara luaran atas perbelanjaan Negeri itu.

19. Satu-satunya negara di dunia di mana air dan elektrik adalah percuma.

20. Satu-satunya negara di dunia yang tidak mempunyai cukai.

22. Hamad Airport menerima gelaran lapangan terbang yang terbaik di dunia.

23. Negara yang pertama di dunia dalam penyebaran gentian optik.

25. Negara pertama di dunia dalam petunjuk infrastruktur.

26. Negara pertama di dunia dalam tabungan negara.

27. Negara paling selamat daripada risiko bencana.

28. Negara Arab pertama dalam kelajuan Internet.

29. Negara Arab pertama dalam indeks keselamatan makanan.

39. Negara Arab pertama dalam pembangunan manusia.

40. Negara Arab pertama dalam pembangunan pasaran modal.

41. Negara Arab pertama di syarikat penerbangan.

42. Pengeluaran LPG yang pertama di dunia di dunia.

43. Memiliki armada kedua terbesar pengangkutan gas di dunia.

44. Memiliki 15 bilion tong minyak yang cukup untuk 40 tahun.

45. Memiliki 900 trilion kaki padu gas cukup untuk 143 tahun.

46. Kedudukan ke-4 di peringkat global dalam pengeluaran petrokimia.

Inilah Jawapan Kenapa Qatar Perlu Dimusnahkan… 

Agenda Siapa?

Waaullahualam

*QATAR NEGARA PALING MAKMUR SEDUNIA, JANJI ALLAH SWT MEMANG BENAR*……

QATAR tiba-tiba mendapat perhatian Dunia setelah empat negara teluk Arab Saudi Mesir UEA Bahrain serentak memutus hubungan diplomatik dengan Qatar pada isnin (5/6/2017) dengan tudingan mendukung kelompok teroris. Tudingan yang sengaja diada-adakan.

TERNYATA QATAR MEMANG NEGARA PALING ANEH DI DUNIA !!!!

BAGAIMANA TIDAK ANEH…

Seluruh rakyatnya.
Yang bayi…yang tua…yang jejaka…yang wanita.
Begitu .. Bayi lahir ke dunia.
Negara….sudah menyiapkan …sebuah rumah untuknya.

Begitu…usia sekolah….
Pilih sahaja…sekolah atau kuliah dimana saja…
Negara yang membayar…bahkan…Negara memberi wang saku.

Setelah tamat belajar…sekadar pilih pekerjaan….
Yg pasti….masih didalam Negara.
Pasti….Negara memberi kerja….dengan Gaji…yang lebih tinggi dari Expatriat (TKA) untuk kualifikasi setara dan sejenis.
Rakyat harus lebih tinggi dari Orang Pendatang Asing.

Bila waktu menikah tiba.
Suami…boleh punya 4 (empat) isteri.
Negara ….menyediakan untuk masing masing dari setiap Isteri ….Pembantu rumah dan pemandu.
Negara yang menggaji Pembantu dan pemandu.

Bila Isteri melahirkan….pilih rumah sakit mana saja…
Negara yang bayar.

Negara ini….
Tahun 2015-2016…Pendapatan Perkapita (GDP) adalah USD 132 ribu pertahun.

Di Negara ini..
Tidak ada Pajak untuk rakyatnya.

Apakah ada Bank…
Ada …
tetapi…
Tidak ada Riba.

Kadang
Bila hari Ulang Tahun Raja.
Seluruh hutang Rakyatnya kepada Bank.
Dihapuskan oleh Raja.
Rakyat…tidak punya hutang di Bank.

Negara ini adalah……

*Sebuah Kerajaan yang menjadikan Al Qur’an sebagai Undang Undang dan Hukum positif*

Tidak ada Hukum atau Undang Undang yang lebih tinggi dari Al Qur’an di Kerajaan Qatar.

Negara Paling Kaya….Nombor satu
Negara yang tidak punya hutang kepada negara manapun

*DENGAN KATA LAIN GAJI/PENDAPATAN RATA-RATA PENDUDUKNYA RM5 RIBU SEBULAN*.

Sumber : Roti Pisang

Gadis Ini Ke Surau Dan Kini Di Penjara 8 bulan…Rupa-Rupanya….

Gadis jadian dipenjara 8 bulan

PETALING JAYA  Perbuatan jahat seorang lelaki berpakaian wanita lengkap bertudung yang tular awal minggu ini kerana mencuri dompet di surau wanita dihukum apabila dia dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Atiqah Abd. Karim@Husaini menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Mohamad Firdaus Abdullah, 21, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa mencuri sebuah dompet jenama Charles & Keith yang mengandungi pelbagai barang berharga termasuk wang tunai RM408 dan sebuah telefon bimbit Samsung J1 milik Nur Damia Syahirah Rany, 22.

Kesalahan itu dilakukan di surau wanita, Tingkat 1, Sunway Pyramid, Bandar Sunway di sini pukul 9.40 malam pada 18 Februari lalu.

Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun dan boleh di denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ilyani Mohd Tamam yang mewakili pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran agar tertuduh dan orang lain tidak melakukan kesalahan sama.

Sumber : kosmo

Buaya Ni Dibunuh Pasukan SWAT. Bila Belah Perut Je Apa Yang Mereka Temui Amat MENGEJUTKAN!

Seekor buaya sepanjang 5 meter berjaya ditangkap dan dibunuh pasukan SWAT di Sarawak. Bila belah perut je mereka semua terkejut apabila meenemui “sesuatu” yang amat mengejutkan. Allahu.

DITANGKAP SELEPAS DIBERI UMPAN AYAM

SEEKOR buaya yang dipercayai membaham Bentayan Ilah, 31, dari Kampung Hulu Tambak, Pusa, dibunuh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), petang semalam.

Jurucakap SFC berkata, buaya itu ditangkap menggunakan sistem penakaian (pengasingan) dengan memasang umpan ayam di sepanjang lima kilometer Sungai Rimbas berdekatan lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Menurutnya, buaya berukuran 4.8 meter panjang itu akhirnya terperangkap selepas memakan satu daripada 13 cangkuk umpan yang dipasang di sepanjang sungai berkenaan.

DTEMUI ANGGOTA BADAN MANUSIA DALAM PERUT BUAYA
“Sebaik dinaikkan ke darat, perut buaya itu dibedah di depan pegawai polis, keluarga mangsa serta penduduk kampung sebelum menemui beberapa bahagian anggota badan manusia di dalamnya.

“Anggota badan manusia yang ditemui dalam perut buaya itu diserahkan kepada polis untuk analisis deoxyribonucleic acid (DNA),” katanya pada kenyataan, hari ini.

Pada kejadian 24 September lalu itu, Bentayan bersama sepupunya berusia 31 tahun menangkap ikan di sungai berkenaan sebelum dia disambar buaya, 3.30 petang.

Mangsa menjerit meminta tolong sebelum dia hilang daripada pandangan.

Keesokannya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui cebisan usus di kawasan pencarian dipercayai milik mangsa manakala cebisan kaki, tangan kanan dan kepala mangsa ditemui pada 27 September.

Sumber: http://kingviralmillenium.com

 

Seriuslah!!! Ada Design Rumah Macam Nih!!! Lihat 12 rumah yang luar biasa dan mengagumkan di dunia!

Kebanyakan manusia di dunia ini tinggal di rumah apartment, rumah teres, rumah pangsa, banglo dan sebagainya.

Namun, terdapat juga segelintir individu yang cenderung untuk tampil dengan cara yang jauh luar biasa termasuklah dengan hidup di dalam ‘istana idaman’.

Yang pastinya, anda juga mungkin berminat untuk tinggal di dalam rumah-rumah yang unik ini. Lihat 12 rumah paling unik di dunia di bawah.

#1 Helidome, Perancis

Kredit: Helidome

Rumah unik ini bukan sahaja membolehkan anda hidup dengan sangat selesa tetapi juga boleh menjimatkan tenaga.

Penjana panel solar di rumah ini boleh mengekalkan suhu sejuk pada musim panas dan memastikan rumah kekal panas semasa musim sejuk. Malahan, rumah ini turut dibuka untuk lawatan para pengunjung.

#2 Futuro, Sweden

Kredit: © By J-P Kärnä

Futuro adalah rumah yang berilhamkan bentuk kapal angkasa dan direka oleh Matti Suuronen. Rumah unik ini juga boleh didapati di seluruh dunia namun kebanyakannya terletak di Finland iaitu negara asal arkiteknya.

#3 Rumah Cermin, Itali

Kredit: © The Mirror House

Rumah ini sangat sukar untuk ditemui disebabkan oleh rekaan uniknya yang begitu mempesonakan. Rekaan cermin sebagai dinding rumah membuatkan rumah ini kelihatan ‘ghaib’ daripada pandangan jauh.

Di samping itu, Rumah Cermin ini juga boleh disewa untuk percutian atau majlis tertentu.

#4 Habitat 67, Montreal, Kanada

Kredit: © By J-P Kärnä

Siapa sangka apartment boleh dibina berasaskan kepada beberapa blok rumah yang ditindihkan? Struktur bangunan yang menakjubkan ini dibina di Kanada oleh Moshe Safdie.

Pada awalnya, rekaan bangunan ini hanya untuk penulisan ilmiah (tesis) Moshe. Lama-kelamaan, ianya direalisasikan dan ada individu yang berminat untuk tinggal di bangunan unik ini.

#5 Rumah Nautilus, Mexico

Kredit: Nautilus House

Kredit: Nautilus House

Rumah Nautilus di Naucalpan de Juarez, Mexico sememangnya merupakan satu karya seni. Dibina oleh Javier Senosiain, rumah ini dibuka kepada orang ramai sepanjang tahun dan pastinya boleh membuatkan kehidupan seseorang menjadi lebih indah dan menggembirakan.

#6 Rumah Batu, Portugal

Kredit: © Feliciano Guimarães

Satu lagi koleksi rumah unik dan ianya terletak di Portugal. Kawasan ini merupakan kawasan peribadi dan dikelilingi dengan pagar.

Rumah jenis ini sememangnya mengingatkan kita kepada masyarakat zaman dahulu yang tinggal di dalam gua.

Walaupun tidak dapat dipastikan siapa yang tinggal di rumah tersebut, ianya tetap menarik perhatian ramai dengan keunikannya.

#7 Rumah Kubik Rotterdam, Belanda

Kredit: © Daniel Dionne

Rumah berbentuk kubik ini dimiliki oleh individu persendirian. Ciri rekaan yang unik ini telah mencuri begitu banyak perhatian tetapi ianya tidak dibenarkan untuk penginapan.

#8 Rumah Kasut, Belanda

Kredit: © Uberprutser

Rumah berbentuk kasut ini terletak di dalam taman di Belanda dan kelihatan sangat comel. Ia adalah rumah milik Alfred J. Kwak daripada satu watak kartun Belanda pada tahun 1990.

#9 Rumah Kasut di Afrika Selatan

Kredit: The Shoe House

Satu lagi rumah berbentuk kasut yang dibina di Mpumalanga, Afrika Selatan pada tahun 1990 oleh seorang usahawan dan juga artis, Ron Van Zyl. Binaan ini mendapat ilham daripada lagu kanak-kanak bertajuk “There Was an Old Woman Who Lived in a Shoe”.

Rumah ini kini dijadikan sebagai muzium dan dilengkapi dengan rumah tetamu, restoran, kolam renang dan pameran karya seni artis berkenaan.

#10 Rumah Terbalik, Jerman

Kredit: © Axel Hindemith 

Rumah Terbalik yang terletak di Getorff, Jerman ini mendapat kunjungan daripada ramai pelancong sepanjang tahun kerana keunikannya yang begitu menakjubkan!

#11 Rumah Tandas, Korea Selatan

Kredit: © Jo Yong Hak/Reuters

Teletak di Suwon, Korea Selatan, rumah berbentuk tandas ini terbuka untuk mengadakan pelbagai jenis aktiviti seperti pameran dan juga konsert.

#12 Rumah Hobbit Mekanikal, Czech Republik

Kredit: © Petr Josek Senior/Reuters

Kredit: © Petr Josek Senior/Reuters

Rumah ini telah memenangi begitu banyak anugerah bagi rumah yang mesra alam dan sebagainya. Rumah Hobbit ini mengambil masa hampir tiga dekad untuk dibina.

Sumber :Era Baru

5 NEGARA YANG TIDAK PERNAH DIJAJAH NEGARA LAIN NO 1 MEMANG KITA TAK SANGKA!!!

Seperti yang kita ketahui, Malaysia pernah dijajah oleh Portugis, Inggeris, Belanda, dan Jepun. Selepas ratusan tahun penjajahan, Malaysia akhirnya menjadi merdeka pada 31 Ogos 1957.

Hampir semua negara merasakan penderitaan yang dijajah oleh negara-negara lain, termasuk Amerika Syarikat yang pernah dijajah oleh British. Seperti yang dirasakan oleh rakyat Malaysia apabila dijajah dahulu, rakyat Amerika juga menderita di bawah penjajahan British.

Tetapi terdapat juga beberapa negara yang tidak pernah dijajah oleh negara-negara lain. Sebabnya mungkin negara ini tidak mempunyai sumber semula jadi yang boleh digunakan. Berikut adalah negara-negara yang tidak pernah dijajah oleh negara-negara lain, seperti yang dipetik daripada pelbagai sumber.

5. Liberia

(Foto: tours42plus.com)

Liberia secara rasmi menjadi negara pada tahun 1847. Beberapa negara seperti Britain, Belanda dan Portugal telah melakukan aktiviti perdagangan di wilayah Liberia tetapi sebelum negara itu dibentuk.

Amerika Syarikat mendakwa telah menubuhkan kerajaan di Liberia untuk tempoh tertentu. Walau bagaimanapun, sejak negara Liberia dibentuk, tiada negara pernah menjajah negara ini.

4. Jepun

(Foto: blog.gaijinpot.com)

Dalam rekod sejarah, hanya Jepun di Asia tidak pernah dijajah oleh negara-negara Barat. Malah, Negara Sakura ini berani menyerang kuasa Barat dan menjajah negara-negara di Asia, termasuk Malaysia. Oleh itu, tiada negara berani menyerang Jepun.

3. Thailand

(Foto: pattayacondo.tgu1.com)
Di Asia Tenggara, hanya Thailand yang tidak pernah dijajah oleh negara lain, termasuk Jepun. Ini kerana kerajaan Thailand telah membuka laluan kepada negara lain. Di samping itu, Thailand tidak mempunyai tanah yang subur sehingga negara penjajah tidak berminat untuk menjajah negara itu.

2. Arab Saudi

(Foto: adaptation-undp.org)

Negara di mana Islam berkembang ini tidak pernah dijajah oleh negara-negara Barat. Alasannya, sebahagian besar wilayah negara ini terdiri daripada tanah gurun yang tandus yang jelas tidak subur. Penjajah akan berfikir dua kali untuk melakukan penjajahan Arab Saudi.

1. Ethiopia

(Foto: ceoworld.biz)

Ethiopia terletak di rantau Benua Afrika. Negara ini adalah negara dengan penduduk kedua terbesar di Afrika. Walau bagaimanapun, negara ini berbeza dari negara-negara Afrika yang lain yang tidak pernah merasa kekejaman dijajah oleh negara-negara lain.

Sumber : Laicikang

Bukti Kekuasaan Allah ! Cleaner Bangla Ini DIHINA Kerana Merenung Barang Kemas, Tapi Lihat Apa Yg Berlaku Padanya Selepas Tu !

ARAB SAUDI – Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh menerima pelbagai hadiah selepas gambarnya merenung barang kemas di sebuah kedai dihina tersebar di media sosial, lapor Daily Mail.

Nazer al-Islam Abdul Karim, 65, yang bekerja di Riyadh telah dihina oleh seorang pengguna Instagram yang memuat naik gambarnya dengan kapsyen,

“Orang ini hanya layak memandang sampah sahaja,”

Seorang lelaki, Abdullah Al-Qahtani yang mempunyai akaun Twitter bernama @Ensaneyat (kemanusiaan dalam bahasa Arab) tampil mencari lelaki itu bagi memberikan sokongan.

Tweet Al-Qahtani itu telah dikongsi sebanyak 6,500 kali dan akhirnya lokasi lelaki warga Bangladesh itu dapat dikesan berdasarkan pantulan latar belakang premis pada tingkap kedai barang kemas berkenaan.

Nazer yang berpendapatan 700 riyal (RM836.97) di Riyadh berkata, dia tidak menyedari gambarnya merenung barang kemas itu dirakam.

“Saya hanya menjalankan tugas saya sebagai tukang cuci di bandar ini dan ternampak sebuah kedai barang kemas, lalu melihatnya saja-saja. Saya amat gembira dengan hadiah yang diberi ini dan amat berterima kasih,” katanya kepada CNN.

Al-Qahtani, 38, menjelaskan bahawa wang masih dihantar kepada Nazer berserta beras dan madu, tiket penerbangan untuk Nazer pulang ke Bangladesh dan dua buah telefon bimbit, iPhone 7 dan Samsung Galaxy.

Pengguna media sosial terutamanya warga Arab Saudi di Twitter telah berikrar akan terus menghantar hadiah kepada Karim termasuk seorang pengugna yang mahu memberinya 2,000 riyal (RM2,391.35).

Setelah Nazer ditemui, seorang eksekutif di saluran sukan Saudi juga memuat naik video Snapchat yang menunjukkan dia memilih satu set barang kemas. Beliau juga memuat naik gambar Nazer dengan hadiah barunya itu.

Al-Qahtani memaklumkan kepada CNN bahawa beliau kagum dengan usaha yang dilakukan oleh netizen untuk mencari lelaki itu dan ramai individu yang prihatin dan baik hati telah tampil membantu Nazer.

 

Sumber : era viral