Berkawan Tak Kira Warna Kulit, luahan hati Lelaki Berbangsa India Kepada kawannya Yang Telah Pergi Ini Sangat Menyentuh Hati

Semalam masa sya scroll ig terjumpa satu pic ni tapi tertarik nak stalk sampai laa saya jumpa ig satishganesh ni sahabat baik arwah muhammad amin yang telah meningal dunia 2 minggu lepas. Terbaca caption yang sangat menyentuh hati. Sedihnyaaa walaupun berlainan bangsa tetapi ikatan persahabatan mereka kukuh . Kadang terfikir di dalam ribuan kawan siapa yang betul2 menjadi sahabat kita ? Semoga tenang disana. Al – fatihah

Muhammad Amin B. Sharudin

Tido dengan nyenyak ekh syg, ak sangat merindui dirimu, rindu nak degar suaramu! Seorang kawan yg sejati seperti dirimu amat sukar ditemui, ameen, aku xsangka kaw pergi dulu meen, tapi ak ingat lagi bila ada org tnye kat kaw, knp xpilih kaum sendiri untk berniaga, dan kaw jawab, “bang, dy ni yg trbaik bang, hidup mati saya dengan dy” dan bila kita merancang sesuatu, mesti kaw akan libatkan aku, dan kaw nak ak ada dalam semua group Whatsapp yg kaw ada. Apa2 kita buat mesti sama2 kan meen, nak beli kasut sama, baju sama, makan pon mkan bnda yg sama, indahnya meen hari2 yg kita bersama, dan ak igt lagi, kaw ckp dgn ak jaw harap tahun jadi tahun yg trbaik untk kita, tapi kaw pergi dulu kan, tapi xp meen, ak tahu disebalik semua ni ada hikmah, tuhan nak tunjuk something kat kita meen, walau kaw xd kat sisi, tapi kaw sentiasa dihati meen, apa2 yg ak buat, ak akan pk kaw, baik buruk, dan semua nasihat kaw jgn kaw bagi ak selama ni, akan terpahat dlm hati ni meen, rindunya meen dengan senyuman kaw! Meen, ak janji meen, ak akan cuba sedaya upaya untk jaga semua org yg kaw syg, keluarga dan kawan2, walaupon ak xboleh ganti tmpt kaw ak buat yg trbaik untk mereka meen, kaw tngok2 lah ak meen ekh, apa yg kita mulakan jgn risau meen, akan ku teruskan perjuangan, itu perjuangan kita yg kate nk bjaya, ak yakin ak boleh meen! Loveyou meen!

Sahabat Ameen, kaw lebih dari seorang sahabat! Ak masih lagi perfikir apa yg tuhan cuba tunjukkan kan kat kita meen, walau jasad kaw xd di sisi kami di dunia, tapi ak yakin meen, kaw berada bersama kami, kini ak boleh terima hakikat yg kat sudah tiada bersama kami, tetapi syg, ak belum cukup kuat lagi untk lalui rintangan2 yg sedang ak lalui, berat bila ak lalui seorang diri. Ak sedang cuba yg trbaik untk menjaga org yg kaw sayang meen, sbb itu tanggungjawab ak sebagai sahabat kaw, dan keluarga kaw menjadi keutamaan ak, ak akan pastikan mereka tidak susah meen, dan ak akn membantu mereka dalam semua pekara, kerana ini tanggungjawab ak sebagai seorang sahabat, persahabatan ini bukan sahaja diantara kita, malah keluarga, bila kita berkawan dengan seseorang itu secara x langsung keluarga kawan kita mnjadi keluarga kita, dan kini, aku telah mengangap keluarga kaw mcm keluarga ak sendiri, ak ingin berubah, berubah menjadi seorang insan yg baik, dan jikalau giliran ak pula menghembuskan nafas trakhir, ak ingin disayangi oleh ramai seperti beliau. Ameen, janji ak, selagi ak bernyawa, selagi ak bernafas persahabatan kita masih erat! Persahabatan ini hanya akan berakhir bila nadi jantungku berhenti buat selama2 nya. Semoga kaw tenang disana, dan semoga kaw ditempatkan dikalangan mereka yg beriman. Iloveyou meen!

kredit: satishganesh via ratusembang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *