Bapa meninggal dunia, ibu pula larikan diri. Namun gadis 10 tahun ini tetap tabah memikul tanggungjawab sebagai ‘ibu muda’ kepada adik-adik

Ramai berpendapat individu yang mempunyai latarbelakang keluarga miskin akan menjadi lebih matang dan berdikari berbanding individu lain. Ternyata ada benarnya seperti dalam kisah ini.

Beberapa tahun lalu, bapa kepada kanak-kanak perempuan ini dikatakan menderita penyakit kanser. Pada masa yang sama, ibu kandungnya yang mengetahui tentang penyakit suaminya telah melarikan diri bersama-sama dengan semua wang simpanan sebelum suaminya meninggal dunia.

Sejak peristiwa tersebut, anak sulung daripada tiga beradik iaitu Xiao Ying terpaksa memikul tanggungjawab besar sebagai ibu dan juga bapa kepada adik-adiknya.

Menjalani kehidupan yang miskin di sebuah perkampungan kecil di Nantang, Xiao Ying yang baru berusia 10 tahun tetap teguh dan bertahan dalam menjaga dua adik lelakinya. Setiap pagi, Xiao Ying akan mengajak kedua-dua adiknya untuk memberus gigi di luar rumah.

Setelah selesai memberus gigi, mereka kemudian bersama-sama menuju ke sekolah sambil ditemani anjing peliharaan bapa saudara yang menjaga mereka.

Sebagai seorang pengawas yang bertugas dalam membantu menghidangkan makanan kepada para pelajar, Xiao Ying melakukan tugas berkenaan tanpa mengeluh.

Dia turut cemerlang di dalam pelajarannya walaupun mempunyai pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul pada usia semuda ini. Dalam gambar di bawah, anda boleh lihat situasi di mana Xiao Ying sedang membimbing rakan sekelas dalam latihan membaca.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Xiao Ying akan membantu memegang beg sekolah adik-adiknya supaya perjalanan mereka pulang ke rumah menjadi lebih cepat.

Setelah tamat waktu persekolahan, Xiao Ying akan segera pulang untuk melakukan kerja rumah pula. Dia akan menyediakan makan malam di rumahnya sebelum menuju ke rumah bapa saudara untuk menumpang tidur.

Gambar di bawah menunjukkan Xiao Ying sedang membilas beras bagi menyediakan hidangan makan malam buat mereka bertiga.

Setiap hari, banyak tugasan yang perlu diselesaikan dengan segera oleh anak kecil ini. Daripada mengangkut air untuk kegunaan domestik, memasak, menjaga kebajikan adik-adik dan melakukan kerja rumah, semua tugasan ini mampu dilakukannya dengan mudah.

Di samping itu, Xiao Ying juga kini sudah mahir memasak setelah bertahun-tahun belajar.

Kebiasaannya, mereka sekeluarga hanya mampu menikmati hidangan nasi bersama sayur goreng. Jarang sekali mereka dapat menikmati daging mahupun lauk pauk yang enak.

Walaupun tindakan ibunya yang lari daripada tanggungjawab dicerca masyarakat, Xiao Ying tetap berharap agar suatu hari nanti, ibunya akan kembali semula ke pangkuan keluarga mereka.

Sebagai ketua keluarga, Xiao Ying sering menasihati adik-adiknya untuk belajar bersungguh-sungguh dan kurangkan bermain. Jika adik-adik ingkar dengan arahannya, Xiao Ying akan memarahi mereka.

Bapa saudara pernah memberi cadangan kepada Xiao Ying untuk menyerahkan kedua adiknya ke pusat kebajikan namun cadangan tersebut ditolak mentah-mentah.

Keperitan hidup Xiao Ying adik-beradik pasti meruntun hati sesiapa sahaja. Bagaimana kanak-kanak sekecil ini mempunyai ketabahan dalam mengharungi hidup yang sungguh mencabar?

Pihak sekolah yang simpati dengan nasib keluarga Xiao Ying telah mengadakan sumbangan derma bagi membantu Xiao Ying menjalani kehidupan yang lebih baik.

Semoga mereka sekeluarga mampu mencapai nikmat kehidupan dan bahagia bersama-sama.

Sumber: GoodTimes

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *