16 Gambar Membezakan Persepsi Lelaki Dan Perempuan Dalam Kehidupan Seharian

Lelaki dan wanita diciptakan berbeza dari segi rupa paras fizikal sehinggalah dari cara pemikiran. Kita memang diciptakan sedemikian dengan harapan agar melengkapi antara satu dengan yang lain.

Namun kadangkala apa yang menjadi perbezaan itu merupakan sesuatu yang melucukan jika dikumpulkan. Tidak semua yang dipaparkan dalam artikel ini boleh relate dengan kehidupan seharian korang namun majoriti dari lelaki dan perempuan mempunyai pemikiran yang sama.

Perempuan dan lelaki melihat sesuatu benda dengan pelbagai perbezaan dan disini kami kumpulkan Perbezaan diantara apa yang lelaki lihat vs apa yang perempuan lihat.

  1. “Saya nampak gemuk” vs “saya nampak sado”

2. Secara tersembunyi vs. Kuat dan bau

3. Kat dalam tandas

4.  Desktop Lelaki vs Perempuan

5. Potong rambut

6. Bilik dan Kereta

7. Almari dan Baju

8. Ini sangat betul

9. Kawan baik 

10. Pemilihan syampu

11. Nampak dress

12. Packing

13. Laman sosial

14. Kasut

15. Setiap hari

16. Ibu dan Ayah

13 Inovasi Yang Terhasil Gabungan Malas Dan Genius Pada Masa Yang Sama. #No 1 tu Memang Genius!

Kita seringkali memerlukan cara mudah untuk melakukan sesuatu. Tetapi, kadangkala cara yang dikatakan mudah itu memerlukan daya kreatif yang tinggi. Namun, tidak bagi mereka yang ada dalam Gambar ini. Mereka telah menghasil masterpiece dengan menggabungkan malas dan Genius pada masa yang sama

Ini adalah 13 Inovasi Yang Terhasil Gabungan Malas Dan Genius Pada Masa Yang Sama

1. Ini penyelam Laut Dalam Paling Hebat di Muka Bumi

2. Menolong Ibu supaya tidak tercari-cari dimana letaknya MS Word

3. Bila anda seorang ahli muzik yang ketiadaan tukul

4. Tak ada Monopod? Kaki pun Boleh

5. Siapa kata tak boleh mandi sambil cuci pinggan

6. Tak ada Gas, Boleh guna seterika kalau lapar sosej

7. Ini bukan dua orang yang sama, Namun dua orang yang berbeza

8. Pemegang cukur patah? Ini solusinya

9. Bila GF korang orang Jepun yang sukakan Wain

10. Cara untuk menghilangkan bosan masa trafik Jam

11. Mengambil Pepsi dengan Menggunakan Bucket Pepsi di McD

12. Malas naik turun, Gabungkan 11 tong sampah untuk buang sampah

13. Tak da Mic Stand? Takpa, asal Mic tu Boleh Stand

5 Item ini jadi rebutan ramai semenjak Tun M jadi PM

Semenjak Tun M menjadi Perdana Menteri Malaysia, rakyat nampaknya makin bersemangat nak lalui hari mendatang. Dah tak ada nak keluh kesah pasal GST dan harga minyak naik setiap Rabu. Tun M kini kat Malaysia dah macam artis pulak. Tiap-tiap hari rakyat Malaysia tak lepas dari tonton sidang medianya kat TV.

Terkenalnya Tun M buat rakyat mula ‘usha’ barangan apa yang PM ni pakai. Dari jenama pen sampailah ke jenama kasut rakyat stalk! Tudiaaa Che Ta pun kalah tau. Kalau korang tak tahu, ini dia item jadi rebutan ramai semenjak Tun M PM Malaysia. 

1. Berocca 

Tajam macam helang mata-mata netizen ni semua kan. Dek kerana viralnya gambar Tun M tengah dinner dengan Tun Siti, netizen dah dapat detect rahsia kepada kesihatan dan minda yang cergas Tun M selama ni.
Sumber: Facebook
Berocca, supplemen mineral dan vitamin yang mampu meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal seseorang kalau di ambil setiap hari. Berocca katanya dapat membantu seseorang dalam:

Boost stamina dengan boosting energy release

Meningkatkan konsentrasi dan mental performance.

Mengurangkan keletihan dan kelesuan.
Sumber: Facebook
Fuh patutlah Tun M cerdas selalu! Salutelahh!

2. Pen Pilot 

Mungkin ramai yang tak perasan tapi melalui kebanyakan gambar, Tun M selalu dilihat bawak sebatang pen belang-belang hitam. Pen ni selalu diselitkan kat poket baju dan kalau bajunya tak ada poket, Tun M akan selit kat celah-celah butang bajunya macam kat bawah ni.
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Ia sebenarnya bukanlah pen jenama mahal macam Lamy atau Parker, tapi Tun M hanya pakai pen Pilot Ball Liner yang hanya berharga RM4.30 SAHAJA! Wow!
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Malah masa tandatangan majlis angkat sumpah, Tun M tetap pakai pen yang serupa! Disebabkan pen ni dipakai Tun M, berbondong-bondong orang ramai beli item ni sampai pen tersebut out of stock kat kedai.

Alahai tak sempat admin nak beli
Sumber: Blog
3. Selipar Bata

Kalau korang bercadang nak beli Yeezy atau kasut hipster lain untuk Raya ni, lupakan jelah semua jenama tu. Sebabnya sekarang selipar atuk-atuk jenama Bata dah jadi trend terbaru di kalangan rakyat Malaysia. Selipar ni mula jadi fenomena bila Tun M dilihat memakainya dalam satu majlis.
Sumber: Blog
Chill je Tun M pakai selipar sambil main phone!

Selipar ni pun takdelah mahal sampai harga ribuan ringgit. JustRM11.99 je dan korang boleh jugak dapatkannya secara onlinedi website Bata.
Sumber: Facebook
4. Brands Outlet

Belum reda tentang isu kasut Bata, viral pulak satu lagi gambar menunjukkan Tun M dan isterinya sedang membeli belah di sebuah gedung pakaian, Brands Outlet. Tak macam menteri atau mereka yang amalkan gaya hidup mewah lain, Tun M dan Tun Siti nampaknya lebih bersederhana dalam citarasa pakaian dan tak perlu nak pakai blouse atau kemeja dari Armani, Versace dan Prada.

Kena serbu lah Brands Outlet lepas ni…
Sumber: Facebook
5. Jam tangan G-Shock dan Casio

Tak lama dulu sebelum PRU14, Tun M ada buat kejutan untuk melelong jam tangan G-Shock ‘Rangeman’ miliknya dengan tandatangan sekali. Walaupun jam tangan digital merah ni berharga RM900+ saja, ia dah berjaya dijual sebanyak RM13,000.

Fuh! Untunglerr yang dapat jam Tun tu.
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Selain jam G-Shock, jam Casio Protrek Triple Sensor Tide Graph jugak viral yang mana netizen membandingkan harganya RM1,020 dengan jam bekas PM Najib bernilai puluhan ribu ringgit.
Sumber: Facebook
Amacam? Tengah korek tabung nak beli jam Tun pulak ke?

Macam mana pun admin sangat kagum dengan sikap humble Tun dan isterinya dengan pakai barangan yang tak mahal dan tak terlalu menunjuk-nunjuk. Cukup yang biasa-biasa je lah kan.

Bagus kalau ramai rakyat Malaysia contohi sikap berjimat cermat Tun. Nak beli apa-apa barang, ukur baju di badan sendiri dulu tau!

Sumber :lobakmerah

‘Najib keturunan bangsawan, harta mewah tak ada kaitan dengan 1MDB’

Lebih 20 jam kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diserbu oleh pihak polis, sejumlah wang dan puluhan beg tangan mewah telah ditemui.

Dari sekeping gambar yang tersebar di media sosial, Najib dan Rosmah kelihatan begitu letih sampai kedua-duanya tertidur di sofa kediaman mereka. Melihatkan keadaan rumah Najib yang tidak henti-henti digeledah, seorang penyokong beliau hadir menyuarakan pendapat.

Menurut Malaysiakini, wanita yang merupakan Ketua Gabungan NGO-NGO Selangor bernama Nazilah Idris ini mendakwa Najib yang kelihatan tenang walaupun berdepan ujian getir adalah seorang insan terpilih.
Sumber: Malaysiakini
“Dia (Najib) orang terpilih untuk terima dugaan. Sesiapa saja orang yang bersalah tidak akan kelihatan setenang itu,” kata Nazilah kepada media selepas menziarahi kediaman bekas Presiden UMNO itu di Taman Duta.

Nazilah juga turut membela penemuan harta mewah Najib yang ditemui dengan banyak di rumah Najib.

“Datuk Seri Najib anak Perdana Menteri (suatu ketika dulu) dan dia keturunan bangsawan, dia berada dalam keadaan orang kaya sejak kecil. Dia juga jadi Menteri Besar Pahang selama 30 tahun,” kata Nazilah dengan yakin.

“Apa yang nak dipertikaikan tentang beg atau barang kemas yang diambil polis? Tak perlu dipertikaikan. Bukan dia sahaja, sesiapa saja boleh membeli dan memakai jenama macam itu. Saya rasa tak payah jadikan isu sebab tak ada kaitan dengan 1MDB.”
Sumber: Malaysiakini
Penyokong bekas Perdana Menteri itu juga mendakwa bahawa dia pasti harta kekayaan tersebut bukan saja ada di rumah Najib tetapi pasti ada juga di rumah lain yang lebih besar.

“Jadi apa yang nak dipertikaikan. Apa yang kita perlu sekarang ialah mencari kebenaran tentang 1MDB.”

Pihak polis sebelum ini mengesahkan Najib disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Semoga semuanya akan dapat diselesaikan tak lama lagi.

Rosmah Dalam Keadaan Baik – Peguam

Ramai berada dalam kerisauan sebab dah lama tak nampak isteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah sejak 9 Mei. Tapi menurut Malaysiakini, peguam Rosmah dah menjelaskan yang Rosmah kini berada dalam keadaan baik. 
Sumber: Malaysiakini
Sumber: Malaysiakini
Peguam M Puravalen meninggalkan kediaman Najib pada jam 1.10 petang tadi dan memberitahu Najib dan isterinya dalam keadaan baik-baik sahaja. Dia juga menerangkan yang kehadirannya adalah untuk mewakili Rosmah tetapi enggan mendedahkan kes mana yang diwakilinya.

“Saya tidak boleh memberi komen, kamu perlu tanya polis.”

Walau bagaimanapun, masih tidak pasti sama ada polis telah memulakan siasatan terhadap Rosmah.
Sumber: Malaysiakini
Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja, Nazilah Idris memberitahu Najib berada dalam keadaan sihat dan tenang walaupun rumahnya digeledah pihak berkuasa.

“Alhamdulillah, beliau tabah dan kuat menghadapi dugaan walaupun tidak putus disoal siasat pihak polis. Kalau seseorang itu bersalah ataupun rasa bersalah dan buat salah, mesti dalam keadaan yang tak boleh tenang macam ini.”

Rosmah ada rupanya bersama-sama suami dia selama ni.

Sumber :
1.https://lobakmerah.com/najib-keturunan-bangsawan-harta-mewah-tak-ada-kaitan-dengan-1mdb/
2. https://lobakmerah.com/rosmah-dalam-keadaan-baik-peguam/

284 kotak, 72 bagasi mengandungi wang tunai, beg berjenama dirampas dari kondominium mewah

 

Sejumlah 284 kotak, 72 bagasi mengandungi wang tunai, beg berjenama dan barangan bernilai termasuk jam tangan, adalah antara rampasan yang dilakukan dalam satu operasi pencarian di kondominium mewah milik bekas pemimpin negara lewat malam tadi.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dalam satu sidang media yang berlangsung di perkarangan kondominium mewah itu selepas operasi pencarian tamat sekitar jam 2.15 pagi tadi.

“Anggaran jumlah wang barang kemas, jam tangan yang dirampas tidak dapat kami diberikan buat ketika ini,” kata Amar Singh.

Katanya, bagasi yang dirampas turut mengandungi mata wang asing dalam pelbagai denominasi. Namun,  jumlah mata wang asing itu tidak dapat didedahkan kerana perincian berhubung nilai mata wang yang dirampas itu hanya akan dilakukan pada hari yang berlainan.Beliau turut berkata bahawa pihak polis telah menjalankan penyiasatan di keenam-enam tempat tersebut secara serentak dan menegaskan bahawa ia merupakan suatu pemeriksaan dan bukannya serbuan.

Antara lokasi-lokasi terbabit termasuk di Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi bekas Perdana Menteri dan empat buah kediaman miliknya.

BACA: TERKINI! Kondominium mewah digeledah lagi – Polis

“Ini adalah pemeriksaan bukan serbuan,” tegas Amar Singh.

Beliau turut berkata rampasan dibuat untuk membantu siasatan kes berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) .

“Kami sedang membuat siasatan tentang kes 1MDB,” katanya.
class=”detail-body-content” data-ga-scroll=”T3″>

Sidang media itu berlangsung selepas operasi pencarian yang bermula sekitar jam 10 malam tadi.

Apabila ditanya siapa pemilik unit kondominium mewah itu, Amar Singh menegaskan ia milik seorang ‘Tan Sri’ tanpa mendedahkan nama sebenar individu itu.

Amar Singh turut menyeru agar pihak-pihak tertentu tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan yang berkait rapat dengan isu 1MDB itu.


kredit:  astroawani

Anak Azad tension sebab dia selalu tukar lirik lagu Inggeris jadi Tamil

Fasih Bahasa Tamil, Anak Azad Jazmin Curi Perhatian

ANAK kepada pelakon Azad Jasmin iaitu Ammara Sofea Rose mencuri perhatian ramai selepas gelagatnya bertutur dalam bahasa Tamil menjadi tular di media sosial.
Difahamkan video berkenaan telah dirakam ketika anak beranak itu sedang mempromosi sebuah program bual bicara hiburan popular siaran Astro Ria iaitu MeleTOP.

Ammara yang dilihat begitu bersahaja dan sekepala dengan bapanya ternyata mencuit sekali gus menghiburkan hati orang ramai yang menyaksikan video berkenaan.

Rata-rata netizen memuji dan tidak menyangka anak sulung Azad pandai dan fasih berbahasa Tamil tanpa kelihatan kekok langsung ketika menuturkan bahasa tersebut.

Lebih mengejutkan lagi, video yang tular itubukan sahaja menarik perhatian netizen tempatan malah golongan selebriti turut terhibur dengan aksi selamba dipamerkan Azad dan anaknya itu. Antaranya pelakon, Izara Aishah.

memetik satu entri menerusi akaun instagram miliknya pada Rabu dilihat berkongsi video berkenaan dengan kapsyen;

“Terkejut Abang Azad anak dia pun sambut lagutu 😂Ammaraaaa Cek ni laaaa, you remind me of myself masa kecil, kakak love you baby girl 💋. (Azad speaks fluent Tamil btw, bukan dibuat buat) @azadsyazirarose @eirasyaziraofficial ♥.”

Azad dan isteri, Iera Syazira telah berkahwin pada September 2011. Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Amarra Sofea Rose, 6, Ameisya Leanne Rose, 1, dan Areisya Suri Rose, 3 bulan.

Pecah Perut Tengok Perangai Azad Jazmin Cerita Pasal Eira Syazira dan Anak Anak

kredit: citemalaya

Da’i Wan tegur Faiz Roslan- Tergamak kamu cemarkan bulan ramadhan ini dengan perbuatan parody kamu yang hina’

Apabila arus media sosial dijadikan sebagai satu komunikasi menghiburkan netizen, pelbagai aksi parodi yang ditonjolkan oleh sesetengah individu atau berkumpulan. Aksi-aksi parodi ini boleh diterima sekiranya tidak melampaui batas adab dan agama.

Situasi ini pernah ditegur oleh Da’i Wan melalui status di Twiternya pada tahun lepas. Berdasarkan status tersebut, beliau melihat terdapat banyak video parodi lelaki yang menjadi perempuan. Beliau telah memberikan peringatan bahawa Nabi melaknat lelaki yang meniru gaya perempuan dan memakai pakaian yang menyerupai perempuan dengan sengaja.

Beliau juga telah merujuk berdasarkan kitab Fathul Bahri: At Tobari yang mengatakan laknat itu bermaksud Haram dan Syeikh Abu Muhammad memberitahu ia adalah dosa besar.

Walaupun peringatan itu jelas dan terang disampaikan, tetapi video paradi ini masih juga dibuat. Da’i Wan melalui status di Instagram menyelar video parodi yang dimuatnaik oleh thefaizroslan. Berdasarkan video parodi tersebut, mereka bertiga memakai baju perempuan dan menggayakan aksi menggoda diiringi lagu Lagi Syantik nyanyian Siti Badriah.

Da’i Wan turut kesal kerana di bulan Ramadhan yang mulia ini, mereka sanggup memuat naik video parodi yang hina itu. Beliau juga turut persoalkan hashtag yang digunakan oleh thefaizroslan iaitu #NerakaisBack #MohonKecam. Da’i Wan mengingatkan agar soal neraka tidak dijadikan sebagai mainan kerana kita tidak mampu membayangkan betapa azab dan pedihnya seksaan nanti.

Da’i Wan juga berpesan agar Faiz Roslan membuang segala video parodi yang berkaitan. Jika dia tidak berbuat demikan, dia bertekad akan terus menegur secara terbuka. Sementara itu, status Da’i Wan telah dibalas oleh thefaizroslan yang meminta Da’i Wan membalas mesej yang disampaikan kepadanya sebelum membuka aibnya.

KAMU muncul semula dengan parody ke 2, siap pakai hashtag #NerakaIsBack #MohonKecam.

Saya dah warning jangan buat lagi, kamu buat lagi. Sekarang kamu perlu berhadapan dengan saya lagi. Saya nak beritahu, dengan penulisan saya, ia boleh jadi viral dan kamu akan rasa kesusahannya nanti. Sbb itu jangan cabar saya menulis lagi untuk kamu. Saya boleh susahkan kamu dengan kuasa viral yang ada pada zaman ini, Faiz.

Now, saya dah tahu. Kamu dan kawan-kawan sama sahaja, tak mahu dengar nasihat, sengaja cari pasal. Sekarang kamu boleh bergembira @thefaizroslan dengan parody yang kamu buat, kamu tak dengar nasihat orang, kamu buat ikut rasa hati, ikut suka kepala kamu sendiri. Sekarang kamu tak nampak kemurkaan Allah lagi, tapi kamu akan nampak kemurkaan manusia pada kamu selepas ini. Tunggu sahajalah.

@thefaizroslan, percayalah. Tiada siapa pun yang suka dengan perbuatan kamu yang sebegini. Kamu nak apa Faiz? Perhatian? Mengapa kamu nakkan perhatian dengan cara begini sedangkan banyak lagi jalan yang tak menghina diri sendiri. Mengapa kamu sia-siakan waktu kamu dengan kerja seperti ini. Hiburan di dunia ini sekejap sahaja Faiz. Jangan jadikan yang sekejap itu ‘Fast track’ ke Neraka, itu tindakan orang yang dungu.

Faiz. seperkara lagi, neraka, jangan sesekali dibuat main, kamu tak akan mampu terbayangkan betapa azab/pedihnya nanti. Terlupakah kamu, yang kamu tak lama hidup di dunia, malaikat kiri kanan mencatat semua amalan kamu, buku amalan akan dihisab. Diserah pada tangan kiri habislah semua rasa seronok yang pernah kamu rasa di dunia.

Bahkan hari ini 1 ramadhan. Tergamak kamu cemarkan hari yang suci ini dengan perbuatan parody kamu yang hina. Come on, have common sense a bit. Tak boleh fikir ke ini bulan Ramadhan?

Kalau kamu tak ‘Delete’, saya tekad akan terus tegur kalian secara terbuka. Saya akan pastikan satu Malaysia khususnya umat Islam kenal kalian, tahu pasal aib kalian dan tegur kalian secara terbuka. Sebab kalian sudah pun melakukan kesalahan secara terbuka bahkan dengan sengaja untuk kali ke 2, maka saya dan barisan addu’at yang lain akan pastikan yang kalian terus ditegur sampai kalian tarik semula perbuatan kalian ini.

Take note that.

 

sumber: Thereporter.my

11 Perkara Tentang Beg Birkin Yang Ramai Tak Tahu

Sejak semalam, beg tangan Birkin dari jenama terkemuka dan mewah Hermes jadi bualan di laman sosial negara ini. Puncanya kerana ia antara barang yang dirampas dalam satu serbuan di kediaman bekas pemimpin negara.

Sebanyak 284 kotak berisi beg ini telah dirampas. Ia mengejutkan netizen kerana harga sebuah beg ini mencecah ratusan ribu ringgit.

Pasal apa beg ini mahal sangat? Ini 11 perkara tentang beg Birkin yang perlu kita tahu.

1. Birkin ialah model, Hermès ialah jenama
Jangan keliru, Birkin adalah model dan Hermes adalah jenama. Beg tangan Birkin oleh Hermès bukanlah sembarangan jenama atau koleksi yang ada boleh beli di pusat beli-belah mahupun butik.


2. Simbol kekayaan dan kemewahan
Ia kerana harganya yang mahal dan sukar dimiliki. Ia dinamakan sempena nama penyanyi dan pelakon Jane Birkin.

3. Harga berbeza mengikut saiz, warna dan material
Secara kasar, harganya bermula dari AS$9,000 (RM20,902) sehingga AS$150,000 (RM 348,369). Tapi setiap satu beg mempunyai harga berbeza mengikut material diguna, jahitan, aksesori tambahan dan masa buatan.

4. Jual ikut tempahan
Anda tak boleh membelinya sesuka hati di mana-mana kerana ia hanya dijual mengikut tempahan. Jualannya mengikut jadual yang sukar diramal dengan kuantiti terhad. Kepada mereka yang membeli dari pihak tengah, kena tunggu lama untuk mendapatkan satu unit beg, sekitar 6 bulan hingga 3 tahun!

5. Koleksi Birkin berasal daripada keluhan Birkin
Ia berasal daripada pelakon dan penyanyi Jane Birkin yang mengeluh betapa sukarnya mendapat beg kulit mengikut citarasanya pada 1981. Kebetulan keluhan itu disampaikan kepada ketua eksekutif Hermès, Jean-Louis Dumas yang duduk bersebelahan dengan Jane Birkin dalam penerbangan ke London dari Paris.

Menurut berita, ilham dan reka bentuk asli Hermès Birkin dilakar di atas beg muntah dalam kapal terbang yang dinaiki mereka.Pada tahun 1984, Dumas membuat sebuah beg kulit lembut untuk Birkin, berdasarkan satu rekaan 1892. Birkin menggunakan beg itu untuk dirinya sendiri namun kemudian mengubah fikirannya dan sejak itu ia menjadi ikon fesyen mewah.

6. Royalti untuk  Jane Birkin
Jane Birkin memperoleh beg Birkin secara percuma selain royalti secara tahunan yang dilapor sekitar £30,000 (RM166,890) pada tahun 2012.

7.  Satu beg ambil masa minimum 48 jam
Setiap unit beg tangan Birkin mengambil masa minimum 48 jam, disiapkan oleh seorang pakar terlatih dalam pembuatan beg yang bukan sahaja cantik tetapi berkualiti.

8. Birkin termahal pernah dilelong bernilai RM988,375
Ia diperbuat daripada kulit buaya rona merah jambu fuschia dilengkapi kancing berlian serta logam emas putih 18 karat.

9. Pelaburan yang bagus
Kajian menunjukkan beg Birkin yang unik (rare) mempunyai purata 14.2% pulangan tahunan sejak beberapa dekad lalu. Purata pulangan yang lebih tinggi daripada emas.

10. Berat sebuah beg Birkin tanpa isi 1 kg
Nampak macam kecil tapi bila isi telefon, dompet dan barang mekap ia mengembang.

11. Victoria Beckham pun hanya ada 100!

Victoria Beckham antara penggemar beg Birkin, dan beliau dikatakan mempunyai 100 beg Birkin (saja!)

Sumber: Free Malaysia Today & Harpers Baazar

Kesilapannya Yang Menerima Sumbangan Politik Dalam Akaun Persendirian Telah Menyebabkan Beliau Dicemuh. tapi, Adakah Melayu Mudah Lupa?. Ini antara 10 Kebaikan Mantan Perdana Menteri Najib Razak.

MUNGKIN Kesilapan Mohd Najib Tun Razak ialah menerima sumbangan politik dalam akaun persendirian tanpa nama kedua dan ketiga seperti kebiasaan. Sungguhpun beliau sebagai Presiden parti boleh menerima sumbangan politik, namun ia telah mendedahkan diri kepada serangan musuh politik.

Tapi beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah dan pecah amanah membabitkan wang rakyat.

Sebaliknya dalam masa yang sama beliau telah:

1. Merancakkan pembangunan infrastruktur dengan membina Lebuh Raya Pan Borneo, MRT, Keretapi laju, bandar Malaysia, Menara Warisan dll. Menyusun semula pengangkutan awam di lembah klang agar memudahkan rakyat.

2. Mengekalkan kestabilan ekonomi negara ketika dunia diancam krisis kewangan dan ekonomi tanpa perlu menaikkan kadar faedah atau menyelamatkan mana-mana syarikat seperti 1998. Ketika Krisis Kewangan Asia pada 1998, rizab Bank Negara Malaysia (BNM) hanya berjumlah sekitar USD $30.9 bilion pada akhir Disember 1999. Hari ini rizab BNM di bawah Najib Razak sebanyak USD 96.4 bilion

3. Meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan mewujudkan klinik2 kecil di merata tempat sebagai memudahkan orang ramai.

4. Memperkenalkan gaji minimum RM 900.00. Gaji kakitangan awam telah dinaikkan dengan drastik agar selari dengan perkembangan semasa.

5. Menyusun semula bantuan kepada rakyat dengan pemberian secara langsung melalui BR1M. Sebelum ini kerajaan menggunakan dasar kawalan harga dengan membayar kepada peniaga menyebabkan banyak ketirisan.

6. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan sekolah agama rakyat turut mendapat bantuan besar.

7. Dalam ketika pelabur US beralih ke tempat lain, Najib Razak berjaya mendapat berpuluh bilion pelaburan dari China. Berapa banyak peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi hiliran dapat terus dipertingkat dengan pelaburan ini.

8. Ekonomi negara telah “transform” dari pembuatan kepada perkhidmatan dan teknologi tinggi.

9. Buat pertama kali Kerajaan Persekutuan memperkenalkan dasar perumahan yang mengambil kira masyarakat kelas pertengahan membabitkan peruntukan berbilion ringgit.

10. Pembangunan Sabah dan Sarawak telah dipertingkatkan dengan skala yang besar. Jambatan-jambatan dibina di kawasan pedalaman bagi memudahkan rakyat biasa.

Apakah kerana satu kesilapan yang bukan kesalahan maka kita hendak melupakan segala sumbangan dan perancangan beliau?

Sumber Artikel FB Ab Jalil Backer

Sumber Gambar Nizam Samat

SUMBER : petuaviral

‘Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja’

Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja’ – “Walaupun adik saya ini sindrom down, serba kekurangan, sekurang-kurangnya McD beri peluang untuk anak-anak syurga seperti Azib urus diri.”

SAJAHEBOH.COM - 'Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja'demikian tulis Mior Azlan Junior yang tidak putus-putus berterima kasih kepada Mcd yang memberi peluang untuk adiknya, Mior Azib Mior Kamarulbaid, 23 tahun.

Video viral Azlan & beberapa ahli keluarga yang menghantar adiknya ke premis McDonald’s Bandar Tun Hussein Onn, viral di media sosial. Azib yang berkemeja putih, dipakaikan apron dan topi sebelum diajar bagaimana melakukan tugasannya.

Sumber; Islamik Info