Amran Fans Menghentam Bangsa “J”..!!

Kalau nak bantu rakyat, Amran rasa lebih baik engko bantu dengan cara bagi sumbangan dekat orang-orang yang memerlukan saja.

Bila engko bantu style macam ni, yang mampu pun ikut serbu sekali. Sudahnya kau tengok lah video semalam tu, Kinder Joy berpuluh-puluh dorang ambik. Aiskrim Magnum bagai. Barang keperluan ke semua tu?

Yang rakyat pun satu, tak sedar diri, orang dah belanja tu ambik apa yang perlu je dah lah. Ni habis kau sapu macam nak bukak kedai. Lepas tu bila tak sempat nak bayar, kau tinggal je semua barang tu depan kaunter. Aiskrim tu kalau bekukan balik pun kau ingat boleh jadi macam bentuk asal ke setan??

Eh germnya Amran dengan korang ni. Kalau ada depan mata memang Amran sepak bontot kau tu sampai lebam!

Da macam orang tak ada otak nak berpikir..Tak pasal-pasal pekerja jusco yang kena kemas balik semua tu.Kesian tahu tak!..

sumber : AmranFans

Sebelum itu..

Semua Mengharap TMJ Datang ECONSAVE PONTIAN Seperti Aeon Tebrau Tetapi Hampa. Punca Dikenal Pasti

Sebelum ini TMJ umum belanja rakyat Johor

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan hadir ke Jusco Tebrau City, Johor Bahru lewat petang Rabu.Lebih mengejutkan pengunjung-pengunjung di situ apabila Tunku Ismail membuat pengumuman semua perbelanjaan akan ditanggung olehnya.Beliau turut beramah mesra bersama rakyat yang sedang membeli keperluan asas di pasaraya AEON.

“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi.”Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda Bangsa Johor,” ujarnya dipetik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail juga mengumumkan untuk membayar perbelanjaan setiap seorang sebanyak RM3,000.

Difahamkan Tunku Ismail membayar lebih kurang RM1 juta keseluruhannya.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Aeon Tebrau Sudah, Kali Ini Econsave Pontian Tapi Semua Pulang Hampa.. Punca Diketahui

PONTIAN: Biarkan tular mengenai kehadiran Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke Pasaraya Econsave Pontian telah disahkan palsu, namun orang ramai masih tidak berganjak menunggu di pasar raya berkenaan sejak jam 10 pagi Khamis.

Dianggarkan, lebih 1,000 pengunjung menanti penuh harap di pasar raya berkenaan agar TMJ datang untuk membayar barangan yang mereka beli sebagaimana yang berlaku semalam di Aeon Mall Tebrau City di Johor Bahru, semalam apabila TMJ membayar segala perbelanjaan pelanggan yang berkunjung ke sana.

Tinjauan Sinar Harian mendapati orang ramai telah memenuhkan troli dengan pelbagai barangan namun ia dibiarkan begitu sahaja sehingga menyebabkan berlaku kesesakan di dalam pasar raya.

Tidak cukup di dalam, di luar pula anggota polis ditempatkan bagi mengawal lalu lintas berikutan pertambahan kenderaan yang mendadak ke pasar raya itu sejak tengah hari tadi.

Pengurus Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam berkata, dianggarkan lebih 300 troli yang penuh dengan pelbagai barangan dibiarkan begitu sahaja di dalam pasar raya berkenaan.

Katanya, pihaknya telah menghubungi polis bagi mendapatkan kesahihan mengenai berita yang tular mengenai kehadiran TMJ pada jam 12.00 tengah hari.

Bagaimanapun, menurutnya berita berkenaan adalah palsu.

“Memang menyusahkan ada banyak barang kami yang rosak dan kerja-kerja mengemas perlu dilakukan lepas ini.

“Lebih teruk lagi, masih ada yang percaya TMJ akan datang walaupun pengumuman berita tular itu palsu telah dibuat berulang kali,”katanya.

PUNCA BERITA PALSU DIKETAHUI

Terdahulu, satu pesanan suara seorang lelaki yang tidak dikenali identitinya tular mendakwa kononnya Tunku Ismail hadir ke setiap daerah di negeri ini untuk belanja rakyat.

Lelaki tersebut mendakwa, TMJ membawa bersama kira-kira RM100,000 ke Econsave Pontian pada jam 12 tengah hari.

Dakwanya lagi, Tunku Ismail memperuntukkan RM200 kepada setiap keluarga yang hadir.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *