8 Patung Gergasi Yang Pernah Mengejutkan Orang Ramai Suatu Ketika Dahulu

Salah satu hasil seni manusia ialah pembuatan patung-patung ataupun monumen. Ini ialah 8 patung raksasa yang unik yang telah berjaya dicipta:

1. Giant Buddha Jumping Over the Wall

Patung ini berada di dinding salah satu dinding rumah di China. Walaupun pernah diprotes tetapi ia tetap kukuh dan menjadi salah satu patung yang unik di Asia.

2. Bull Fart Sculpture

Patung ini dicipta oleh Chen Wenling. Patung yang terletak di Beijing, China ini dikatakan mewakili Wall Street. Lelaki yang ditanduk oleh kerbau ini bernama Bernard Madoff telah dihukum penjara selama 150 tahun akibat krisis kewangan terbesar yang pernah terjadi di Amerika Syarikat.

3. Land Swimmer

Patung yang pelik ini menunjukkan lelaki sedang berenang di atas darat. Patung yang mempunyai panjang 46 kaki dan tinggi 10 kaki ini terletak di pinggir selatan Sungai Thames, England. Penciptaannya ini ialah kerana ingin memberikan penghormatan kepada pameran realiti yang bertajuk ‘London Ink’.

4. Hollow Men

Patung yang terletak di Marseille, Perancis ini dicipta oleh Bruno Catalano. Dalam bahasa Perancis patung ini disebut sebagai Les Voyageurs.

5. Vomitting Fountain Sculpture

Pasti akan merasa geli apabila melihat seseorang muntah di depan mata. Patung ini dibina di London.

6. Nation for Itself Forever

Patung yang berada di bandar Prague ini dicipta oleh David Cerny. Patung ini mengagumkan orang ramai dan berjaya menarik perhatian kerana kedudukanya di atas Teater Nasional di tebing Sungai Vltava, Prague, Republic Czech.

7. Traffic Light Tree

Patung ini dicipta oleh seniman yang berasal dari Perancis yang bernama Pierre Vivant. Ia terletak di bandar London. Pierre mencipta patung ini untuk menggantikan pokok yang sudah mati disana akibat pencemaran. Selain itu, patung ini juga mewakilkan kehidupan di bandar itu.

8. Bathing Lady

Patung yang mempunyai panjang menghampiri 67 kaki ini terletak di Hamburg, Jerman. Tujuan patung pelik ini dibina masih tidak diketahui tetapi masih mendapat perhatian orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *