5 Item ini jadi rebutan ramai semenjak Tun M jadi PM

Semenjak Tun M menjadi Perdana Menteri Malaysia, rakyat nampaknya makin bersemangat nak lalui hari mendatang. Dah tak ada nak keluh kesah pasal GST dan harga minyak naik setiap Rabu. Tun M kini kat Malaysia dah macam artis pulak. Tiap-tiap hari rakyat Malaysia tak lepas dari tonton sidang medianya kat TV.

Terkenalnya Tun M buat rakyat mula ‘usha’ barangan apa yang PM ni pakai. Dari jenama pen sampailah ke jenama kasut rakyat stalk! Tudiaaa Che Ta pun kalah tau. Kalau korang tak tahu, ini dia item jadi rebutan ramai semenjak Tun M PM Malaysia. 

1. Berocca 

Tajam macam helang mata-mata netizen ni semua kan. Dek kerana viralnya gambar Tun M tengah dinner dengan Tun Siti, netizen dah dapat detect rahsia kepada kesihatan dan minda yang cergas Tun M selama ni.
Sumber: Facebook
Berocca, supplemen mineral dan vitamin yang mampu meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal seseorang kalau di ambil setiap hari. Berocca katanya dapat membantu seseorang dalam:

Boost stamina dengan boosting energy release

Meningkatkan konsentrasi dan mental performance.

Mengurangkan keletihan dan kelesuan.
Sumber: Facebook
Fuh patutlah Tun M cerdas selalu! Salutelahh!

2. Pen Pilot 

Mungkin ramai yang tak perasan tapi melalui kebanyakan gambar, Tun M selalu dilihat bawak sebatang pen belang-belang hitam. Pen ni selalu diselitkan kat poket baju dan kalau bajunya tak ada poket, Tun M akan selit kat celah-celah butang bajunya macam kat bawah ni.
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Ia sebenarnya bukanlah pen jenama mahal macam Lamy atau Parker, tapi Tun M hanya pakai pen Pilot Ball Liner yang hanya berharga RM4.30 SAHAJA! Wow!
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Malah masa tandatangan majlis angkat sumpah, Tun M tetap pakai pen yang serupa! Disebabkan pen ni dipakai Tun M, berbondong-bondong orang ramai beli item ni sampai pen tersebut out of stock kat kedai.

Alahai tak sempat admin nak beli
Sumber: Blog
3. Selipar Bata

Kalau korang bercadang nak beli Yeezy atau kasut hipster lain untuk Raya ni, lupakan jelah semua jenama tu. Sebabnya sekarang selipar atuk-atuk jenama Bata dah jadi trend terbaru di kalangan rakyat Malaysia. Selipar ni mula jadi fenomena bila Tun M dilihat memakainya dalam satu majlis.
Sumber: Blog
Chill je Tun M pakai selipar sambil main phone!

Selipar ni pun takdelah mahal sampai harga ribuan ringgit. JustRM11.99 je dan korang boleh jugak dapatkannya secara onlinedi website Bata.
Sumber: Facebook
4. Brands Outlet

Belum reda tentang isu kasut Bata, viral pulak satu lagi gambar menunjukkan Tun M dan isterinya sedang membeli belah di sebuah gedung pakaian, Brands Outlet. Tak macam menteri atau mereka yang amalkan gaya hidup mewah lain, Tun M dan Tun Siti nampaknya lebih bersederhana dalam citarasa pakaian dan tak perlu nak pakai blouse atau kemeja dari Armani, Versace dan Prada.

Kena serbu lah Brands Outlet lepas ni…
Sumber: Facebook
5. Jam tangan G-Shock dan Casio

Tak lama dulu sebelum PRU14, Tun M ada buat kejutan untuk melelong jam tangan G-Shock ‘Rangeman’ miliknya dengan tandatangan sekali. Walaupun jam tangan digital merah ni berharga RM900+ saja, ia dah berjaya dijual sebanyak RM13,000.

Fuh! Untunglerr yang dapat jam Tun tu.
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Selain jam G-Shock, jam Casio Protrek Triple Sensor Tide Graph jugak viral yang mana netizen membandingkan harganya RM1,020 dengan jam bekas PM Najib bernilai puluhan ribu ringgit.
Sumber: Facebook
Amacam? Tengah korek tabung nak beli jam Tun pulak ke?

Macam mana pun admin sangat kagum dengan sikap humble Tun dan isterinya dengan pakai barangan yang tak mahal dan tak terlalu menunjuk-nunjuk. Cukup yang biasa-biasa je lah kan.

Bagus kalau ramai rakyat Malaysia contohi sikap berjimat cermat Tun. Nak beli apa-apa barang, ukur baju di badan sendiri dulu tau!

Sumber :lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *