Aliff Syukri makan ikan berharga RM500, ramai netizen yang jadi ‘merah mata’ tiba-tiba

Amboi bukan main apabila setiap kali terbaca kapsyen Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di laman sosial Instagram miliknya. Bukan sekadar memiliki barangan berjenama mewah, malah makanan yang dibeli juga boleh tahan mahalnya.

Terbaru, Aliff telah memuat naik satu gambar beserta kapsyen yang mengatakan beliau ingin memasak ikan masak sambal hijau, tetapi apa yang menakutkan beliau adalah ikan yang akan dimakan itu berharga RM500.

Ruangan komen usahawan kosmetik yang baru muncul dengan filem Badang itu telah dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata sangat bersetuju ikan spesies berkenaan memang mahal di pasaran.

Ikan kelah mahal la

Berbaloi dan sedap

Namun seperti biasa, ada juga netizen yang mengecam tindakan beliau itu seolah-olah ingin menunjuk dan mempamerkan kekayaan di media sosial.

Tak payah menunjuk sangat

Perlu ke bagitahu harga?

Sumber: Aliff Syukri

“Disebabkan Ramai Kata Muka Kami Sama, Mak Restu Kami Tinggal Sekali” – Aiman Tino

Siapa sangka rupa-rupanya penyanyi Aiman Tino mempunyai ‘kembar’ yang pernah menjadi tular satu ketika dahulu. Nur Syafiqah Abdul Rahman atau lebih mesra dipanggil Pyka sering dilabel sebagai adik-beradik kepada Aiman!

Terbaru, penyanyi lagu Ku Hanya Sayang Padamu telah memuat naik gambar serta meluahkan perasaan gembiranya dapat berjumpa dengan gadis yang mempunyai wajah iras seperti dirinya.

Dalam nada bergurau, Aiman berkata disebabkan mereka memiliki wajah yang hampir sama, ibunya telah merestui hubungan mereka berdua untuk tinggal bersama.

“Disebabkan semua kata muka kami sama, mak dah restu kami tinggal sekali. Hahahahaha puas kita adjust muka nak bagi sama…” katanya menerusi kapsyen.

Gambar tersebut ternyata menerima pelbagai komen daripada peminatnya yang mengakui mereka memiliki wajah yang serupa dan seiras serta turut mendoakan mereka bagi ke fasa seterusnya!

Memang serupa!

Jodoh kuat ni..

Macam kembar!

Terdahulu, Pyka pernah menjadi tular di laman media sosial gara-gara memiliki wajah yang serupa dengan penyanyi tersebut sehingga dia dikecam teruk oleh netizen.

Sumber : Aiman Tino

Kredit; Ohmymedia

‘Bonda doakan Faz jadi solehah, bahagia bersama Fattah…’ – Doa Prof Muhaya untuk Fazura buat peminat sebak

Bila mendengar orang-orang berpengetahuan membaca doa dan menyampaikan ilmu, hati pasti akan tersentuh dengan penyampaian mereka apatah lagi ilmu tersebut amat berguna buat diri kita dan orang tersayang.

Mungkin itulah yang dirasai oleh pelakon, Nur Fazura apabila pendakwah dan pakar motvasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad atau lebih dikenali sebagai Prof Muhaya memberi ucapan dan doa kepadanya.

Pelakon filem J Revolusi itu telah memuat naik sebuah video yang kelihatan Prof Muhaya sudi memberikan hadiah iaitu merupakan sepasang telekung sempena perkahwinannya bersama pelakon, Fattah Amin pada November lalu.

Apa yang menarik perhatian, telekung dibawah jenama Muhayya itu baru sahaja dilancarkan dan Fazura merupakan individu pertama yang menerima dan akan memakai telekung tersebut.

“Bonda doakan Faz jadi wanita solehah, isteri mithali, ibu mithali, hidup penuh kebaikan, bahagia dunia akhirat bersama Fattah…” kata Prof Muhaya menerusi video berdurasi kurang seminit itu.

Rata-rata netizen tersentuh hati dan meluahkan perasaan sebak dengan doa yang disampaikan oleh pakar bedah mata itu serta turut mengaminkan doa tersebut.

Alhamdulillah, terharunya!

Sangat menyentuh hati…

Sebak pula, untung Faz!

Sumber : Nur Fazura

Kredit; Ohmymedia

[FOTO] Sering Dikaitkan Dengan Elfira Loy, Akhirnya Lelaki Ini Dedah ‘Teman Wanitanya’ Yang Sebenar!

Sebelum ini, usahawan muda, Asyraf Mazlan pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Elfira Loy selepas akstress cantik itu putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi. Hubungan mereka itu telah menjadi bualan netizen apabila sekeping gambar yang dimuat naik oleh Asyraf menjadi tular di media sosial. Dek kerana itu, netizen telah membuat spekulasi sendiri mengenai hubungan mereka.

Namun, Elfira menyelar kenyataan tersebut dan beliau menganggap Asyraf hanya sekadar kawan biasa.

Terbaru, Asyraf telah memuat naik beberapa buah gambar di akaun Instagramnya bersama seorang wanita berhijab yang cantik  dikenali sebagai Natasya Nazreen.

Tidak dapat dikenalpasti status hubungan mereka yang sebenar, namun mereka sering memuat naik gambar bersama di akaun Instagram masing-masing.

Natasya atau mesra dengan panggilan Tasya merupakan seorang Instafamous yang memiliki 135,000 orang pengikut di Instagramnya itu.

 

Sumber : OhMyMedia / Soyalemon

“Jangan Nak Sayang-Sayang, Saya Sudah Ada Dua Orang Anak” – Feeya Iskandar

Penyampai radio Feeya Iskandar atau Cik Piah kesal apabila masih ada pihak menganggunya di media sosial dengan gelaran sayang.

Menerusi entri di Instagram (IG), Cik Piah menjelaskan bahawa dia sudah mempunyai dua orang anak dan berharap orang ramai dapat menghormati statusnya sebagai seorang isteri.

“Selamat hari pekerja kepada semua. Tak kisahlah apa jua pekerjaan anda, semoga ikhlas menjalankan tugas dan moga berkat rezeki yang di perolehi.

“Cik Piah nak pesan, tolong hormat status orang ye, jangan sesuka hati nak panggil aku sayang-sayang ye.

“Jangan nak melucah tak tentu pasal. Sudah tiga atau empat kali kena block pun tak reti bahasa ye. Aiyoooooo,” tulisnya.

Rata-rata menyokong tindakan yang dilakukan oleh Cik Piah dengan memberi amaran kepada pengikutnya dan mereka berharap agar dia segera melaporkan perkara itu kepada pihak berwajib agar tindakan dapat dilakukan.

Feeya dan suaminya, Nurashid Wahab berkahwin pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan dua orang anak bernama Adam Malique dan Nuh Aryyan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram

Sumber; Gempak

Lufya ajar anak pakai tudung kena kritik

PELAKON Lufya Omar hanya mengambil maklum komen netizen yang mengatakan anaknya masih belum sesuai untuk bertudung secara positif.Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata dia sememangnya sengaja memakaikan tudung anaknya yang baru berusia enam bulan itu.

Menurutnya, ia adalah salah satu cara untuk dia mendidik pada awal usia supaya puteri sulungnya itu tidak kekok mengenakan hijab apabila sudah dewasa.

“Sebenarnya netizen salah faham, anak saya pakai tudung itu bukanlah seharian. Hanya untuk setengah jam sahaja.

Netizen kesian melihat anak Lufya yang masih kecil memakai tudung.

“Saya anggap komen mereka itu secara positif. Mungkin mereka bimbang melihat anak kecil kepanasan pakai tudung.

“Tapi bagi saya, ia salah satu cara untuk saya didik anak awal supaya nanti apabila dia dewasa dah tak rasa kekok,” kata Lufya kepada mStar Online.

Video Lufya dan anaknya, Laana Haura teruja mendengar lagu Comel Pipi Merah nyanyian Datuk Siti Nurhaliza diulang siar semula (repost) di Instagram penyanyi popular itu.

Ada netizen yang mempersoalkan tindakan Lufya memakaikan tudung anak perempuannya yang masih kecil.

Lufya mahu kembali aktif dalam dunia seni.
Dalam pada itu, Lufya kini kembali aktif dalam dunia seni selepas melahirkan bayinya pada 12 November tahun lalu.

Kata Lufya, dia sudah bersedia untuk menerima apa sahaja tawaran berlakon dan mengacara yang sesuai dengan imejnya.

“Anak saya pun dah berusia enam bulan. Selain saya, ibu turut membantu untuk menjaganya. Jadi, tidak ada masalah untuk saya kembali aktif.

“Sekarang ini pun saya masih menantikan tawaran berlakon atau mengacara yang sesuai dengan imej saya.

“Kalau ada yang sudi, saya akan terima sahaja,” katanya.

kredit: beritasteady

[VIDEO] Patut Lah Aku Tengok Anak Lelaki Aku Sekarang Ni Lain Macam Dengan Bibik, Aku Pasang CCTV Dalam Bilik Dia Nak Tengok Apa Dia Buat Dengan Bibik Aku, Terkejutnya Aku Bila Rakaman Dia Sedang . . .

Seorang pembantu rumah tangga ini di dalam video terakam sedang meracuni anak dengan spray pewangi ruangan ketika memberi makan anak majikan disalah satu apartmen. (Video jelasnya lihat di bawah) Dalam Video ini terlihat pembantu berusaha secara diam diam menyeludupkan pisau ke kamar tanpa pengetahuan majikan yang sedang memandikan anak di ruang depan (living room).

Ketika majikan sibuk, pembantu ini diam diam membawa pisau ke kamar majikan dan mengubah arah CCTV kamar. Padahal saat itu anak sulung majikan sedang main main di kamar. Pertanyaannya, apa yang terjadi jika majikan menangkap pembantu tersebut merubah CCTV ketika sang majikan sedang menggendong bayi 3 bulan dan kakaknya yang masih 16 bulan? Apa yang akan dilakukan pembantu dengan pisau yang ada di tangannya?

Cerita di video satunya lagi:

Pembantu itu bernama Ros atau Eros ini ditangkap majikan yang berada diruangan sebelahnya yang kebetulan mengawasi anaknya melalui CCTV di ruangan kerana sebelumnya curiga CCTV di kamarnya berubah (Lihat video pembantu jahat ubah cctv majikan sambil pegang pisau).

Dapat dilihat tingkah laku dan gerak gerinya di Video yang satu lagi yang selalu menengok kebelakang seakan-akan waspada jika ada orang yang melihat tindakannya.

Seterusnya, pembantu ini langsung dipecat ketika kejadian namun tidak dibawa ke balai polis. Kerana baru diketahui kejadian memegang pisau ketika majikan meneliti semula video dari awal kejadian ketika pembantu itu sudah pun berhenti.

sumber: himpunan media