AKU MEMANDIKAN MAYAT SEORANG POLIS MELAYU. AKU TERPERANJAT BILA MENDAPATI TERDAPAT TATTOO BERBENTUK SALIB!

Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar. Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.

Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain. Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.

Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam. Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.

Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.

Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan. Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa. Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu. Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri. Cintai Allah, Cintai Islam.

Moral cerita:

1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.

2. Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya.

Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu. Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.

Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.

“Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.” Hadis direkodkan oleh Imam Muslim Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad.

sumber: baniviral via kisahmalaya.win

Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal. Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan.

Ummu Abbas-keranacinta Wassalam

BELANJA SEORANG PAKCIK TUA AISKRIM.SELANG 2 HARI TAK SANGKA INI YANG TERJADI.

Baca satu artikel di fb tentang “The power of sedekah”, tiba-tiba ingatkan saya tentang satu situasi. Saya cuba nak jual satu jenis tudung ni tapi tak laku. Tak ada yang beli pun dan saya hampir give up sampai saya yang kena pakai sendiri tudung tu. Lama juga saya menyepi. Saya muhasabah diri. Sentiasa doa Allah murahkan rezeki dan mudahkan urusan. Sayang sangat sebab tak balik modal langsung masa tu.

Saya positifkan diri, saya jual dengan harga yang memang modal semata saja. Sebab saya memang dah terdesak dengan duit. Alhamdulillah, mungkin Allah gerakkan jari jemari saya ni untuk promote sekali lagi tudung tu tp bukan dengan harga modal. Saya seolah terpukul dengan satu bisikan “Yakin. Mungkin ada rezeki kali ni”

Masa tu, cuma tinggal 5 helai saja tudung. Lepas saja saya promote, memang ramai yang nak beli. Wallahi, jari saya macam nak patah melayan customer yang berduyun. Bayangkan, dari 5 helai tudung yang tinggal saya terpaksa restock 100 helai tudung dan habis dalam masa 3 hari saja. MashaAllah saya pun taktau apa yang dah jadi. Bila saya ingat balik, dalam saya kesempitan wang, ada lagi yang masih memerlukan.

Seingat saya, 2 hari sebelum saya promote tudung tu, ada sorang pakcik tua datang pada saya. Masa tu saya di 7 eleven nak keluarkan duit dan pakcik tu nampak. Dia datang pada saya, dia tanya “Nak, boleh belanja pakcik ice cream ni?” Mula-mula saya berkira juga sebab saya nak makan juga tapi bila fikir tak apa lah saya korbankan duit demi memenuhi kehendak pakcik tu. Pakcik tu ambil ice cream, ucap terima kasih dan pergi. Saya bayarkan dan saya cuba cari pakcik tu. Tapi, pakcik tu dah takda sedangkan baru 5 saat dia pergi.

Pakcik tu datangnya dalam keadaan lusuh, mukanya suci dan pegang satu plastik. Serba putih dan berkopiah. Saya terfikir, siapa pakcik tu ya? Sebelum pakcik tu pergi dia ada kata “moga Allah balas budi baik anak. Moga Allah limpahkan rezeki padamu”. Saya harap saya dapat jumpa pakcik tu. Walaupun tiada pertalian darah tapi hebatnya doa seseorang ni subhanAllah tak terkata. Doa yang baik itu sangat dimuliakan oleh Allah tak kira siapa pun yang mendoakan kita.

Sentiasalah bersedekah dan jangan berkira. Jangan pandang siapa yang meminta tapi berilah sebanyak mana yang kita ada. Sedekah itu takkan pernah memiskinkan kita.

Setuju?

kredit to : Nursyafiqah Ramly

Ketahui 10 Kelebihan Dan Kebaikan Bersedekah
Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya)’.”

Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim

Sedekah bukan hanya perihal memberikan sebahagian harta kepada golongan yang memerlukan, namun manfaat sedekah lebih luas akan dirasakan oleh mereka yang melakukannya, antaranya:
#1- Memperkuat Keimanan Dan Mendekatkan Diri kepada Allah SWT
Jika kita bersedekah dengan niat demi untuk beribadah kerana Allah, pasti akan bertambah keimanan kita terhadapNya.

Dengan bersedekah juga dapat mendekatkan diri kepada Allah kerana Allah sangat menyayangi akan golongan hambaNya yang banyak memberi keranaNya, bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
#2- Mendapat Ganjaran Pahala
Setiap amalan baik yang dilakukan dengan ikhlas pasti akan diganjarkan dengan pahala oleh Allah SWT. Ini termasuklah dalam perbuatan memberi dan bersedekah kepada sesiapa yang memerlukan.

Firman Allah ;

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian diantara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”

Surah an-Nissa:114
#3- Bertambah Rezeki Dan Mendapat Keberkatan
Bukankah dengan memberi kepada orang lain, Allah akan memberi dan menggantinya dengan hal yang lebih baik? Tidak sesekali kita rugi sekiranya memberi dan membantu orang lain dengan hak dan barangan kita.

Pasti Allah akan menurunkan keberkatan rezeki dengan lebih baik atas kebaikan yang kita lakukan itu. Jika bukan menggantikan hal yang sama, pasti digantikan dengan kesihatan yang baik, kebahgaian dalam keluarga, kesenangan dalam bekerja dan sebagainya. Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas dan tidak terbatas.
#4- Menyembuhkan Penyakit
Banyak penemuan kajian membuktikan dengan melakukan sesuatu perkara yang positif untuk orang lain, seperti memberi atau bersedekah akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan seseorang.

Salah satunya, kajian yang dilakukan oleh James House memberi kesimpulan bahawa dengan membantu orang lain sepenuh hati dan ikhlas akan meningkatkan kesihatan tubuh badan dan menyembuhkan penyakit-penyakit ringan.
#5- Memberi Ketenangan Hati Dan Kebahagiaan
Sebagai umat islam kita sering disarankan untuk berbuat apa-apa saja kebaikan demi mendapatkan ketenangan fikiran dan emosi, termasuklah dengan bersedekah.

Melalui amalan bersedekah juga akan melahirkan perasaan tenang dan bahagia.

Bahkan, dengan membelanjakan harta ke arah kebaikan demi membantu orang lain pasti akan mendorong peningkatan hormon-hormon kebahagiaan dalam otak kita. Kajian sains sendiri telah membuktikan kebenaran ini.
#6- Melahirkan Rasa Syukur
Rasa syukur adalah apabila kita berterima kasih kepada Allah dengan apa-apa yang kita terima. Lalu, dengan bersedekah adalah salah satu cara untuk kita mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT atas semua kurniaan dan pemberiannya.

Bukankah dengan bersedekah itu mengingatkan kita bahawa apa yang dimiliki hari ini itu adalah nikmat dan atas keizinan dari Allah SWT?

Jadi, jika kita ini hamba yang bersyukur, maka memberilah tanpa berkira-kira.
#7- Terhindar Dari Sifat Kedekut
Bagaimana untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi sebahagian daripada golongan yang kedekut? Orang yang memberi sudah tentu tidak kedekut.

Sebenarnya dengan bersedekah (walaupun sedikit) mampu memupuk jiwa dan diri kita menjadi dermawan seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Sedekah juga diajarkan melalui perbuatan zakat serta qurban sebagai ibadah wajib dalam Islam.

Sesungguhnya jauhilah sifat kedekut kerana itulah antara sikap yang menyempitkan rezeki.
#8- Melatih Berfikiran Positif Dan Adil
Kerap kali kita melihat golongan yang gemar bersedekah adalah mereka yang memiliki sikap adil, dan tidak berani mengambil hak orang lain tanpa kebenaran (mencuri).

Itulah manfaat bersedekah, dengan melakukan amalan sedekah akan mengingatkan kepada kita mengenai kewajiban dalam aspek sosial iaitu dengan bersikap adil kepada mereka yang memerlukan bantuan dan golongan dalam kesusahan.

Ini akan meningkatkan sikap peka dan simpati terhadap keadaan masyarakat di sekeliling kita yang kadang kala sangat memerlukan perhatian kita.
#9- Terhindar Dari Sikap Keduniaan Dan Materialistik
Amalan bersedekah akan menjauhkan kita dari sifat gila harta dan pentingkan keduniaan.

Kita akan menjadi orang yang rela dan redha apabila harta atau kepunyaan diberikan kepada orang lain.

Bahkan hal ini membuatkan kita lebih berharap dan meminta hanya kepada Allah kerana percaya setiap yang kita ada adalah pinjaman dari Allah SWT sahaja. Jadi, sedekah akan menghindarkan kita dari dari nilai-nilai materialisme dan cintakan dunia semata-mata.
#10- Menjauhkan Diri Dari Sikap Bongkak Dan Sombong
Sikap sombong dan bongkak mungkin akan terjadi jika kita mengabaikan sedekah. Jika seseorang itu bersedekah atau kerap memberi kepada orang lain, dia bukanlah tergolong dalam golongan orang yang sombong.

Orang yang sombong adalah mereka yang menganggap semua yang dimiliki adalah hak kekal mereka selamanya. Disebabkan itulah mereka berasa sayang untuk memberikan kepunyaan mereka itu kepada orang lain. Tanpa mereka sedar semua itu adalah hak Allah yang boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja.

Jadi, bersedekah untuk mengelakkan diri kita menjadi sebahagian daripada mereka yang sombong dan bongkak.

Kesimpulannya, contoh terbaik dalam bersedekah adalah Nabi Muhammad SAW. Baginda seringkali memberikan makanannya kepada golongan miskin sehinggakan Baginda sendiri kerap berlapar.

Rasulullah sangat takut jika di rumahnya terdapat hanya sedikit saja harta atau makanan yang belum dibahagikan. Bahkan pakaian Baginda sendiri dari bahan kasar dan berharga paling murah.

Abu Dzar pernah berkisah bahawa suatu hari sewaktu beliau berjalan bersama-sama Rasulullah SAW. Tiba di sebuah tanah lapang di Madinah yang terlihat Bukit Uhud, Rasulullah SAW bersabda

Sumber 1: Suami Isteri Bahagia,Rumah tangga Sempurna
Sumber 2: tazkirah.net

“Sesungguhnya, harta itu hijau dan manis. Barang siapa mengambilnya dengan kedermawanan hati, maka akan diberkahi; barang siapa mengambilnya dengan keserakahan, maka tidak akan diberkahi. (Jika tidak diberkahi, maka dia) seperti orang yang makan, tapi tidak pernah kenyang. Tangan di atas (memberi) lebih baik daripada tangan di bawah (diberi).”

Hadis Riwayat Muslim

‘Nak Berfesyen Boleh Tapi Jangan Lupa Tutup Bahagian Dada’ – Adam Corrie

Kita boleh lihat bermacam style pemakaian tudung yang digayakan kaum wanita sekarang. Tidak dapat dinafikan gaya pemakaian tudung kini memang cantik dan tampak lebih elegan. Nak berfesyen tidak salah tetapi perlu selaras dengan kehendak agama.

Ini respon deep Adam Corrie terhadap fesyen tudung wanita kini yang kelihatan tidak menutup bahagian dada mereka.

Nasihat Adam Corrie

Menerusi kapsyen di laman Instagram Adam adalah tidak ditujukan kepada sesiapa. Malah, teguran tersebut adalah lebih bersifat terbuka kepada semua wanita.

Jangan tag sesiapa , sebut nama sesesiapa dan brand sesesiapa dengan tujuan nak buat org lain terasa dan diaibkan. Itu bukan cara Rasulullah SAW berdakwah.

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (An-Nur : 31),
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzaab: 59)
Kita fahamkan ayat yg Allah turunkan ini, ayat ini ditujukan pada para suami dan bapa. Para suami dan bapa bertanggungjawab memastikan isteri dan anak-anak perempuannya berpakaian yang mengikut syariat.
.
Lelaki dan wanita kena saling membantu menjaga maruah diri dan keluarga. Tak perlu tag kawan-kawan kalau nak tegur mereka. Nak tegur kawan-kawan biarlah berhikmah.. jaga air muka kawan-kawan kita. Kita tutup aurat sempurna bkn hak utk mengaibkan kawan kita. Kita bukan nak mengumpat dan aibkan sesiapa. Doakan mereka itu lebih baik daripada mengaibkan mereka. Hidayah itu milik Allah. Senyum selalu dan selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang.

Sumber: Adam Corrie

Kredit; Ohbulan

‘Baru dapat tahu suami dah berkahwin lain, tapi aku tak menangis’ – Suami beri alasan isteri barunya itu lebih lemah lembut, manja

Awal perkahwinan, semuanya indah-indah belaka. Namun selepas beberapa tahun kemudian, rumah tangga pasangan ini mula goyah apabila si suami mengkhianati kepercayaan isterinya. Biarpun sudah beberapa kali perbuatannya itu terbongkar, namun isterinya masih tetap bertahan.

Tetapi tidak untuk kali ini apabila si suami mengaku yang dia sudah berkahwin dengan wanita lain yang dikatakan mempunyai banyak ciri-ciri idamannya selama ini. Meskipun si isteri tidak ‘mengamuk’, namun jauh di sudut hatinya menangis. Dalam penulisannya jelas sekali menunjukkan dia kecewa dikhianati lelaki itu.

SALAM KRT, tolong hide profile. Baru dapat tahu suami aku dah berkahwin lain. Sebelum dia berkahwin lain pun, dia jenis melayan juga dan pernah bercinta dengan perempuan lain. Kali ini aku tak menangis, relaks saja tanpa gunung berapi pun yang meletus.

Aku tak tanya pun apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan aku. Aku hanya diam saja. Mungkin dia yang rasa serba salah. Dia pun beri penjelasan mengapa dia berkahwin lain.

Katanya, isteri baru dia ini sangat lemah lembut, tak pernah meninggikan suara, tak pernah melawan, jenis mendengar kata dan manja. Dia kata itulah ciri-ciri gadis idaman dia selama ini. Aku pula hanya senyum sini saja selepas mendengar semua penjelasannya itu.

Untuk suamiku, aku dah tiada air mata. Selama ini aku yang menanggung keluarga. Aku tidak dapat memberi kebahagiaan dan tidak dapat mengurangkan beban mak dan ayah aku pun sebab setiap bulan gaji aku habis untuk keluarga. Ibu bapa aku menanggung aku sampai berjaya memperolehi ijazah dan kerjaya yang bagus. Tetapi sekupang gaji aku pun tidak mampu diberikan kepada mereka.

Selama ini aku bersengkang mata menjaga anak-anak. Bila anak sakit, aku yang menunggu di wad sementara kau pula boleh pergi memancing, berseronok dengan kawan-kawan. Selama ini aku mengadu pada kau tentang mak kau dan kakak serta adik beradik kau yang suka mengutuk, memfitnah dan menyindir aku sehingga aku hampir sakit mental. Tetapi kau tak pernah mempertahankan aku.

Selama ini bila aku bercerita, aku bergurau senda, kau hanya membisu, mengangguk pun tidak, menggeleng pun tidak. Banyak lagi sikap kau yang membuatkan aku menjadi keras, aku memberontak, aku tengking, aku marah, aku biadab.

Hari ini kau menceritakan 1,001 kebaikan perempuan lain pada aku. Hahaha.

Abang, untuk awak saya dah tak ada air mata. Alhamdulillah abang dapat jodoh yang terbaik. Abang bahagia, saya pun bahagia. Sekarang aku dalam perjuangan menuntut untuk dilepaskan. Bukan mudah.

Masa ini kaki aku yang baru keluar dari jamban pun kau cium. Kau melutut meminta ampun maaf. Bukankah sudah ada isteri baru, kaki hapak aku pun sayang nak tinggal ke?

KRT, dahulu aku pun lemah lembut juga, aku sangat lembut. Cara pertuturan aku, suara aku, kawan-kawan zaman sekolah panggil aku ‘baby’ tau. Tetapi sejak kahwin, aku jadi babi. Apa nak buat, nasib. Hahahaha!

Abang, wife baru awak lembut ye? Okey, makanlah dia punya lembut itu. Hahaha.

 

Sumber: Kisah Rumah Tangga

‘5 kali Dariya bangun malam, ayah masih tidur…’ – Kapsyen anak sindir Jep Sepahtu di Instagram buat peminat terhibur

Baru-baru ini, dunia hiburan telah digembirakan dengan berita kelahiran cahaya mata pertama Jep Sepahtu pada 25 April yang lalu. Pelawak popular yang juga penyampai radio Sinar FM itu telah memberikan nama Dariya Inara kepada anak perempuannya itu.

Seperti pasangan-pasangan selebriti yang lain, Jep dan Sari Yanti pun tidak mahu ketinggalan untuk membuka sebuah akuan Instagram untuk puteri mereka itu yang kini telah pun memiliki jumlah pengikut seramai hampir 90,000 orang.

Terbaru, Jep telah berkongsi sekeping gambar anaknya itu di laman Instagram rasmi Dariya Inara yang kemudiannya telah mendapat perhatian netizen setelah kapsyen yang dimuatnaik bersama-sama dengan gambar itu telah berjaya membuat netizen terhibur.

Anak sindir abah ke tu?

Abah dariya tidurkan dariya harini, tapi dariya dah bangun 5 kali abah masih tidur..

Ingatkan ada pertandingan nasyid tadi

Selain daripada itu, kapsyen Jep turut memuatnaik sebuah video berserta sebuah kapsyen yang seseolah ‘menyindir’ kembali anaknya itu. Masuk airlah!

Alhamdulillah,, tidur jugak akhirnya anak abah. Jiran sampai dtg ingat ade pertandingan nasyid kat rumah nak. 

 

Yang Benar: Abah

Abah kelakar, anak pun kelakar

Kapsyen yang berbunyi seperti usik mengusik di antara dua beranak ini telah membuatkan ramai peminat yang geli hati. Tidak kurang pula yang merasakan anaknya itu bakal mewarisi sikap kelakar Jep pada suatu hari nanti.

Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari tahun lalu. Ini merupakan anak ketiga Sari Yanti yang telah pun memiliki dua orang anak hasil perkahwinan beliau sebelum ini.

Sumber : Jep Sepahtudariyainaraofficial

Kredit; Ohmymedia

‘Manisnya Bila Pakai Tudung, Nampak Molek’-Peminat Rindu & Mahu Uqasha Senrose Berhijab Kembali!

Aktres, Uqasha Senrose sentiasa tampil menawan dengan rupa paras dan kulitnya yang putih gebu. Terdahulu, Uqasha tampil dengan penampilan berhijab tetapi sayangnya ia tidak bertahan lama apabila pada tahun 2016, Uqasha mengambil keputusan untuk tidak memakai hijab.

Oleh itu, bermacam reaksi yang dikeluarkan oleh netizen. Ada yang merasa marah dan ada juga yang memahami perasaaannya yang berbolak-balik untuk memakai hijab. Setelah beberapa tahun, isu itu telah pun reda.

 

Terbaru, Uqasha sedang melakukan shooting untuk drama Rahsia Hati Perempuan yang bakal bersiaran di Astro Ria. Semalam Uqasha memuatnaik sekeping gambar dirinya mengenakan hijab. Setelah sekian lama, rasanya ini adalah kali pertama Uqasha memakai hijab sejak dari isu yang viral dulu kan?

 

Rata-rata netizen memuji betapa manis dan lawanya Uqasha mengenakan hijab.

Cantik sangat pakai tudung

Manis bertudung..

Ramai juga netizen mendoakan supaya Uqasha terbuka hati untuk memakai hijab kembali. Inshaallah semoga terbuka kembali hati Uqasha ye, sejuk mata kaum Adam memandang.

 

Semoga Allah buka hati sis

Dalam ramai yang memuji, tak kurang juga ada antara mereka yang seolah-olah memujuk Uqasha memakai hijab kembali. Rindu katanya..

 

Pakai tudung balik please..

Rindu mahu lihat Uqasha berhijab..

 

VIDEO :

 

Sumber : KisahDunia / 

Mungkin Ada Yang Tak Tahu Sebenarnya 5 Artis Ini Punyai Pasangan Kembar!

Kalau sebelum ini MH pernah berkongsi artis di negara kita yang mempunyai wajah yang mirip seperti ‘kembar’ namun mereka bukanlah kembar yang betul kerana mereka tiada sebarang pertalian darah.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa artis di negara kita yang mempunyai pasangan kembar.

Ok jom MH kongsikan lima selebriti yang ada pasangan kembar!

1. Thanuja Ananthan & Anuja Ananthan

 

2. Diana Johor & Lina Johor

3. Illya Senario & Yang Sharkawi

 

4. Fify Azmy & Khalie Azmi

 

5. Ekin & Aenn

 

 

Sumber: MH

(Video) ‘Letihlah ibu, nak balik rumah’ – Anak enggan pergi sekolah dibawa ibunya kutip botol untuk ajar erti hidup susah

Selepas anak lelakinya yang berusia lima tahun enggan pergi ke sekolah, si ibu dari Bangkok, Thailand ini mengambil keputusan untuk memberi pengajaran yang berguna kepada anaknya itu.

Nuttanitcha Chotsirimeteekul dan suaminya mengambil cuti sehari untuk membawa anak mereka jalanan dan disuruh mengutip botol kaca dan plastik dari tong sampah yang disediakan di sepanjang jalan sebelum menjualnya semula.

Chotsirimeteekul yang berkongsikan perkara itu di Facebooknya pada 18 Januari lalu berkata, mereka berjalan lebih kurang 2.2 kilometer dan berjaya mengutip lebih kurang 2 kilogram botol terpakai dan mendapat hasil jualan sebanyak 24 sen sahaja.

Selepas mereka selesai, si anak bertanya kepada ibunya, “Boleh kita naik bas?”

“Awak ada duit tak? Nak naik bas, tambang RM1.24,” balas ibunya.
“Tiada,” katanya.
“Kalau begitu, kita perlu mencari lebih banyak botol untuk mendapatkan duit,” kata Chotsirimeteekul.
“Tak apa, saya boleh berjalan,” kata anaknya.
Tidak beberapa lama kemudian, si anak ada permintaan lain, “Saya nak aiskrim.”
“Aiskrim 62 sen, duit kita cukup tak?” soal Chotsirimeteekul.
“Tak, tak apalah, saya tak nak aiskrim lagi.” jawab anaknya.

Berdasarkan video yang dikongsikan, kanak-kanak itu memberitahu ibunya, “Saya letihlah ibu, cuaca panas sangat. Saya nak balik ke rumah.”    Gambar-gambar yang dikongsikan menunjukkan kanak-kanak itu kelihatan letih, tidak berdaya dan rambutnya dibasahi peluh dengan mukanya comot.    Menurut Chotsirimeteekul, pengajaran yang diberikan itu adalah baik untuk mereka anak beranak di mana dia sebagai ibu perlu menjadikan dirinya contoh yang baik untuk anak, juga agar anaknya mengenal erti bekerja keras.    

 

 

 

 

 

 

 

 

Perkongsian Chotsirimeteekul itu viral meluas di media sosial sehingga menerima lebih 73,000 likes dan lebih 60,297 shares.

Rata-rata netizen memuji cara pasangan itu memberikan pengajaran yang berguna kepada anak mereka.
Pada penghujung video, Chotsirimeteekul bertanya kepada anaknya, “Jadi, selepas ini awak nak pergi kerja atau nak pergi sekolah?”
“Saya nak pergi ke sekolah!” katanya.

Sumber: Asia OneNuttanitcha Chotsirimeteekul / Kredit; Thereporter
kredit : beritasteady

Aliff Syukri makan ikan berharga RM500, ramai netizen yang jadi ‘merah mata’ tiba-tiba

Amboi bukan main apabila setiap kali terbaca kapsyen Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di laman sosial Instagram miliknya. Bukan sekadar memiliki barangan berjenama mewah, malah makanan yang dibeli juga boleh tahan mahalnya.

Terbaru, Aliff telah memuat naik satu gambar beserta kapsyen yang mengatakan beliau ingin memasak ikan masak sambal hijau, tetapi apa yang menakutkan beliau adalah ikan yang akan dimakan itu berharga RM500.

Ruangan komen usahawan kosmetik yang baru muncul dengan filem Badang itu telah dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata sangat bersetuju ikan spesies berkenaan memang mahal di pasaran.

Ikan kelah mahal la

Berbaloi dan sedap

Namun seperti biasa, ada juga netizen yang mengecam tindakan beliau itu seolah-olah ingin menunjuk dan mempamerkan kekayaan di media sosial.

Tak payah menunjuk sangat

Perlu ke bagitahu harga?

Sumber: Aliff Syukri

“Disebabkan Ramai Kata Muka Kami Sama, Mak Restu Kami Tinggal Sekali” – Aiman Tino

Siapa sangka rupa-rupanya penyanyi Aiman Tino mempunyai ‘kembar’ yang pernah menjadi tular satu ketika dahulu. Nur Syafiqah Abdul Rahman atau lebih mesra dipanggil Pyka sering dilabel sebagai adik-beradik kepada Aiman!

Terbaru, penyanyi lagu Ku Hanya Sayang Padamu telah memuat naik gambar serta meluahkan perasaan gembiranya dapat berjumpa dengan gadis yang mempunyai wajah iras seperti dirinya.

Dalam nada bergurau, Aiman berkata disebabkan mereka memiliki wajah yang hampir sama, ibunya telah merestui hubungan mereka berdua untuk tinggal bersama.

“Disebabkan semua kata muka kami sama, mak dah restu kami tinggal sekali. Hahahahaha puas kita adjust muka nak bagi sama…” katanya menerusi kapsyen.

Gambar tersebut ternyata menerima pelbagai komen daripada peminatnya yang mengakui mereka memiliki wajah yang serupa dan seiras serta turut mendoakan mereka bagi ke fasa seterusnya!

Memang serupa!

Jodoh kuat ni..

Macam kembar!

Terdahulu, Pyka pernah menjadi tular di laman media sosial gara-gara memiliki wajah yang serupa dengan penyanyi tersebut sehingga dia dikecam teruk oleh netizen.

Sumber : Aiman Tino

Kredit; Ohmymedia