Siapa Masih Ingat Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995? Ini Kisah Sebenarnya Yang Ramai Tak Tahu !

KIRA-KIRA 22 tahun dahulu ketika zaman tidak wujud lagi media sosial seperti Facebook, negara pernah digemparkan dengan tragedi seorang lelaki ditelan seekor ular sawa di pekan Tenang Stesen, Segamat, Johor.Kejadian hitam pada 4 September itu bukan sahaja telah menggemparkan seluruh negara, bahkan dianggap peritiwa hitam paling tragis dan mencemaskan sepanjang 1995.

Mangsa, E Heng Chuan, 29, ditemui kira-kira pukul 10.30 malam di bangsal berhampiran rumahnya, di mana sebahagian badannya telah ditelan oleh ular sawa yang difahamkan seberat 140 kilogram.

Ular sawa itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu mangsa.

Dilaporkan sebelum kejadian, mangsa dikatakan berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya kira-kira jam 8 malam untuk menutup suis generator air kolam.

Bagaimanapun setibanya di sana, reptilia itu menyerang Heng Chuan dengan mengigit dan membelit lelaki itu sebelum bertindak menelannya.

Kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum mangsa mati, berdasarkan keadaan bangsal yang semak bertukar menjadi lapang.

Hakikat itu memang logik kerana kejadian hanya disedari abang mangsa, E Seng Guan, 32, yang keluar mencarinya adiknya apabila tidak pulang ke rumah, kira-kira 30 minit selepas keluar untuk menutup suis generator terbabit.

Seng Guan mencari adiknya di kawasan itu pada pukul 8.30 malam tetapi gagal menemuinya.

Ketika sampai ke situ pada kali kedua, Seng Guan menemui seekor ular sawa sedang membelit dan cuba menelan adiknya dari bahagian kepala tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut.

Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya, Lim See Mek, 51. Mereka kemudian melaporkan kejadian itu ke pondok polis pekan Tenang Stesen untuk meminta bantuan.

Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam, tetapi pada masa itu tidak mempunyai sebarang gambaran mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi.

Polis pada mulanya beranggapan ia hanya kejadian ular sawa membelit mangsa dan tidak begitu yakin sebahagian badannya ditelan walaupun sudah dimaklumkan abang mangsa.

Dalam kegelapan malam itu, sepasukan lima anggota polis bersama Seng Guan dan seorang penduduk kampung pergi ke tempat kejadian. Mereka menggunakan lampu picit dan bersenjatakan M16.

Seorang anggota polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular itu bagi menyelamatkan mangsa, bagaimanapun Heng Chuan didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat terlalu lama dijerut dengan kuat.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat manakala bangkai ular sawa besar itu dibawa ke pondok polis Tenang Stesen.

Seorang anggota polis yang menyertai operasi ketika itu, Lans Koperal Razib Ujang, 30, menggambarkan bunyi ular sawa itu ketika hendak menelan mangsa amat menggerunkan.

Ular itu berbunyi seperti menyedut, kemudian kedengaran bunyi seolah-olah ia menghembuskan nafasnya. Pada masa sama, ular itu menggeleng seperti mahu memastikan kepala dan badan mangsa masuk ke dalam mulutnya.

Kejadian itu turut menakutkan penduduk di sekitar Tenang Stesen dan Redong terutama penoreh getah, yang risaukan keselamatan mereka kerana beranggapan pasangan ular yang mati dibunuh itu akan keluar mencari temannya, terutama di dalam paya dan semak berhampiran kebun getah tempat mereka menoreh.

Timbalan Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Perhilitan dan Taman Negara (Perhilitan) Ibu Pejabat, Celescoriano Razond ketika mengulas tindakan agresif ular sawa menyerang manusia menegaskan, ada beberapa faktor ular sawa akan bertindak terhadap manusia, terutama kerana lapar atau diganggu.

“Mangsa yang ternampak ular yang terlalu besar akan terkejut dan mungkin boleh pengsan. Jika pengsan atau terjatuh, ia akan memudahkan ular menyerang.

“Ular sawa biasanya ambil masa untuk belit mangsanya, ini bermakna seseorang itu masih ada masa untuk melepaskan diri tetapi bergantung kepada kekuatan dan semangatnya,” katanya.

Beliau berkata, kejadian ular sawa membelit manusia amat jarang dilaporkan tetapi pernah berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 1985 apabila mangsa ditemui mati dengan keadaan tulangnya patah dicerut reptilia itu.

Bagaimanapun ular berkenaan melarikan diri. Pada 17 Februari lalu, seorang buruh warga Indonesia, Sapar, 55, turut maut dibelit ular sawa dan nyaris ditelan di Jabor, Terengganu.

Sumber : JomShare

Saya Sayang Suami Dan Akan Jaga Dia Sepanjang Hayat Yang Ada.

MELAKA – Penyakit yang dihidapi suami menyebabkan saya terus cekal meneruskan kehidupan dan menjaga keperluan harian suaminya yang tidak mampu menguruskan diri akibat penyakit yang dihidapi.

Menurut laporan Harian Metro yang menemu bual Nurr Hidayah Hassan, 29, isteri kepada Hamdan Hashim, 30, yang menderita penyakit Johnson Steven Syndrom sejak awal tahun ini.

“DOKTOR beritahu suami tidak boleh sihat seperti dulu, matanya sekarang sudah tidak nampak lagi. Dia hanya boleh mendengar,” kata

Menurut Nurr Hidayah, semuanya bermula ketika suaminya bekerja di stor kilang pakaian di Melaka.

“Pada asalnya selepas bekerja di stor kilang pakaian, suami saya sakit mata dan ke klinik untuk dapatkan rawatan. Doktor bagi ubat mata dan pil bagi meredakan sakit di mata suami saya.

“Bagaimanapun, kurang dari 24 jam mata dan mulut suami bengkak sebelum saya bawa dia ke Hospital Melaka bagi mendapat rawatan,” katanya yang kini hanya bekerja sambilan dalam talian bagi meraih pendapatan.

Nurr Hidayah berkata, penyakit suaminya semakin serius selepas doktor memberikan antibiotik kerana mendakwa suaminya sakitcacar air.

“Selepas makan antibiotik dia semakin teruk kerana kulit bertukar seperti melecur dan berdarah.

“Dia (suami) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sebulan. Sedih saya lihat keadaannya ketika itu namun sebagai isteri saya perlu kuat,”katanya yang ketika ini menumpang teduh di rumah neneknya di Kampung Morten, Melaka.

Menurutnya, suaminya kini tidak dapat bekerja berikutan doktor mengesahkan menghidap penyakit Johnson Steven Syndrom hingga mengakibatkan penglihatan suaminya tidak jelas.

“Mata kanan suami tidak dapat diselamatkan kerana sudah ada selaput yang menghalang dan dia tidak nampak.

“Namun doktor cuba untuk memulihkan mata kiri yang kabur. Kerana tidak dapat melihat, suami hanya akan mendengar radio sepanjang hari dan saya menemaninya serta membantu untuk menguruskan dirinya,” katanya.

Menurut Nurr Hidayah, ada komen negatif netizen yang diterimanya selepas gambar suaminya tular di Facebook (FB) sejak semalam.

“Ada yang suruh saya bercerai dan sebagainya. Saya sayang suami saya dan akan jaga dia sepanjang hayat saya.

“Susah senang saya mahu bersamanya dan akan sedaya upaya mencari jalan untuk dia pulih,” katanya yang berkahwin dengan Hamda sejak tiga tahun lalu.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun Maybank Hamdan Bin Hashim, 1040 6829 6200.

Sumber: http://kisahviralpress.com

Disangka Batu, Ternyata Bukan Malah Adalah Makhluk Hidup Berusia Milion Tahun!!

Banyak orang merasa penasaran untuk datang ke Hamelin Pool yang terdapat di Shark Bay, wilayah Gascoyne, Australia Barat. Pasalnya terlihat banyak batu-batu yang tenggelam ke dasar air.

Banyak orang merasa penasaran untuk datang ke Hamelin Pool yang terdapat di Shark Bay, wilayah Gascoyne, Australia Barat. Pasalnya terlihat banyak batu-batu yang tenggelam ke dasar air.

Namun ternyata mereka adalah makhluk yang disebut Stromatolit yang berasal dari mikroba kecil bersel satu yang disebut Cyanobacteria. Sebuah ganggang biru-hijau yang ditengarai sebagai bentuk-bentuk awal kehidupan di bumi.

Stromatolit dibentuk oleh lapisan-lapisan pertumbuhan Cyanobacteria dan sendimen yang menangkap mikroba dengan lapisan lendir di bagian atasnya. Kemudian partikel-partikel halus ini disemen bersama-sama dengan kalsium karbonat yang dihasilkan oleh bakteri, sehingga membentuk struktur stromatolit.

Meskipun mereka terlihat seperti benda mati yang tidak bernyawa, tapi struktur kalsium karbonat yang dihasilkan oleh bakteri terus membangun struktur stromatolit dengan sangat lambat. Bahkan koloni mikroba itu hanya tumbuh 1 mm per tahun.

Pada awalnya cyanobacteria muncul di bumi pada 3,5 miliar tahun yang lalu. Ketika oksigen dan atmosfer masih berjumlah sangat sedikit.

Dan melalui proses fontosintesis organisme, atmosfer bumi mengalami perubahan secara bertahap mendapat campuran karbondioksida sehingga menjadi oksigen. Akhirnya membuat hewan-hewan memangsa Cyanobacteria dan ganggang yang menyebabkan jumlah mereka berkurang banyak.

Image result for Hamelin Pool yang terdapat di Shark Bay, wilayah Gascoyne, Australia Barat

Sebenarnya, penemuan fosil Stromatolit banyak ditemukan di berbagai belahan bumi, seperti yang dijumpai di Hamelin Pool ini. Kebanyakan hewan hanya memakan bakteri dan ganggang yang berada di dalam. Sehingga stromatolit yang tumbuh di alam terbuka tidak terganggu.

Sumber: Exooramaroon

Anak Lahir Waktu Pagi Atau Malam? Ketahui Peribadi Anak ikut Waktu Lahir

Waktu bayi lahir boleh menentukan apa peribadinya pada masa depan. Ia bukanlah sesuatu untuk dipercayai, namun ilmu astrologi menyatakan yang waktu lahir bayi memberikan pengaruh besar terhadap watak si anak.

Mari lihat penjelasan lengkap dari kami untuk mengetahui watak anak anda berdasarkan waktu lahirnya.

Waktu lahir bayi jam 5-7 pagi : waktu subuh
Anak yang lahir di waktu ini cenderung menjadi anak yang lembut, suka kebersihan dan juga suka berpakaian rapi. Anak yang lahir pada waktu subuh juga cenderung untuk peramah, dan bersikap rendah diri.

waktu bayi lahir subuh Kredit: Pinterest

Dia juga cenderung memiliki akhlak yang sopan. Anak yang lahir waktu subuh mungkin sesuai untuk menjadi seorang ahli psikologi kerana karakternya yang memahami orang lain, murah hati, dan selalu membantu orang lain.

Waktu bayi lahir jam 7-9 pagi
Karakter bayi yang lahir di waktu pagi memiliki cita-cita tinggi, dan sedikit kurang sabar juga keras hati.

Namun demikian, dia juga cenderung memiliki komitmen kuat, bersifat jujur dan harga diri tinggi.

Waktu lahir anak jam 9-11 pagi
Bayi yang lahir di waktu awal tengahari cenderung untuk mementingkan penampilan. Dia juga mungkin sifat tenang, ceria, pintar, pandai berbicara dan pandai menyimpan perasaan.

Dia mungkin menyukai persaingan dan gembira jika boleh memenangi sesuatu dan berada di puncak. Dia juga mungkin seorang yang suka merancang secara bijak.

Waktu bayi lahir jam 11 pagi
waktu bayi lahir tengah hari Kredit: Socreativethings.com

Jam sebelas pagi adalah masa kelahiran ramai para atlet yang memiliki banyak tenaga dan kekuatan. Dia mungkin seorang pengembara dan mudah bersikap murah hati.

Anak ini juga cenderung untuk memiliki ruang untuk cinta di dalam hatinya. Cinta kepada keluarga dan temannya mungkin menggalakannya menjadi seorang yang suka bekerja keras demi kebahagiaan orang lain.

Waktu lahir anak jam 12 – 1 petang
Anak yang lahir di waktu siang dan pada waktu tengahari khususnya mungkin seorang anak yang aktif dan energetik. Dia cenderung untuk ingin tahu dan suka bermain.

Selain itu, bayi yang lahir di waktu matahari sedang meninggi juga mungkin memiliki kemampuan mengajar yang bagus.

Dia bercita-cita tinggi namun penuh rasa tanggungjawab. Dia juga cenderung untuk bertemu jati dirinya kerana dia tahu apa yang diinginkan dalam hidup ini.

Bayi yang lahir pada pukul 2-5 petang
Anak yang lahir pada jam ini mungkin bersopan santun, ramah, tenang, dan lembut. Anak ini juga kelihatan sedih, padahal dia hanya sedang berfikir.

Jika diperlakukan secara buruk oleh orang lain, dia mungkin akan melawan dan membela diri. Kepercayaan dirinya tersembunyi di sebalik sikap yang tenang.

Dia cenderung untuk membenci kekerasan, namun juga bersifat keras kepala untuk meraih kejayaan sebanyak-banyaknya.

bayi lahir waktu senja

Waktu bayi lahir jam 5-7 malam
Anak yang lahir di waktu ini mungkin memiliki keperibadian terbuka, namun juga kurang sabar dan cenderung untuk melawan.

Meski demikian, dia cenderung untuk bersifat berani dalam melakukan hal yang benar dan juga tahu bagaimana caranya untuk bertahan dalam situasi sukar.

Anak ini juga suka beradaptasi dengan orang-orang di sekelilingnya. Dia mungkin mempunyai dedikasi tinggi pada pekerjaan dan juga boleh dipercayai.

Selain itu, dia mungkin gemar menarik perhatian orang di sekelilingnya dengan gayanya yang suka bergurau namun tetap tegas saat diperlukan.

Waktu anak lahir jam 7-8 malam
Bayi lahir waktu magrib sehingga isyak cenderung untuk menjadi seorang yang penuh rasa empati. Dia mungkin tulus membantu orang lain. Pembawaan dirinya ceria dan tabah menerima apa saja dalam hidupnya.

Waktu lahir anak jam 8-12 malam
Anak yang lahir di waktu malam cenderung memiliki kepercayaan diri dan semangat tinggi. Karakter ini mungkin boleh dilihat sejak usia muda.

8 – 10 malam: Anak ini mungkin suka membantu orang lain. Sayangnya, dia cenderung untuk menjadi seorang yang perfectionist dan bencikan kesalahan.

10 – 12 malam: Bayi yang lahir pada waktu ini cenderung bersifat periang. Dia mungkin menghargai kreativiti dan pantang menyerah untuk mencapai apa yang diingini.
waktu bayi lahir malam

Waktu bayi lahir 12 malam–4 pagi
Tengah malam hingga menjelang pagi adalah waktu kelahiran anak-anak yang penuh imaginasi. Ia mungkin disertai dengan keperibadian yang sedikit sensitif.

Jam 12 malam – jam 2 pagi: Bayi ini cenderung memiliki kepercayaan diri tinggi dan berasa senang berkawan. Mereka juga mungkin suka berkongsi pengetahuan dan mendorong orang lain untuk berfikiran positif dan menjalani hidup dengan baik.

Jam 2 pagi – jam 4 pagi : Anak yang lahir di waktu awal pagi sehingga menjelang subuh cenderung untuk mahir berkomunikasi. Dia juga mungkin penuh rasa ingin tahu dan suka berusaha keras serta cenderung untuk menjaga harga diri.
Anak anda lahir pukul berapa? Kongsikanlah.

Semua ramalan di atas hanyalah berdasarkan ilmu astrologi. Ia bukanlah perkara yang benar dan tidak sesuai untuk dipercayai 100%.

Paling tidak, ia hanya boleh menjadi panduan karakter yang harus ada pada diri setiap anak itu. Yang pastinya, ia tidak bergantung kepada jam berapa pun anak anda lahir.

Anak anda akan membesar dan mempunyai peribadi yang luar biasa jika betul cara didikan kita. Kan, ibu ayah?

Sumber: theAsianparent Indonesia

SUBHANALLAH! INILAH SATU-SATUNYA KENCING HAIWAN BUKAN NAJIS MENJADI UBAT BAGI MANUSIA

Anas r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakit). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka sihat….” (Hadis dari Sahih Bukhari)

Sejak 3000 tahun sebelum Masihi lagi Manusia telahpun mengenali Unta. Mereka menggunakan unta sebagai alat transport manusia dan pengangkutan barang. Di samping itu, unta juga dijadikan sebagai sumber gizi dengan meminum susu dan memakan dagingnya.

Sebenarnya Yang bermanfaat dari unta ternyata bukan hanyadaging dan susunya saja tetapi juga air kencingnya. Ibnu Sina, penulis kitab Al-Qanun (panduan ilmu kedoktoran),“Ketahuilah bahawa susu unta adalah ubat yang bermanfaat. Kerana susu unta mengandung zat yang dapat melarutkan secara halus dan juga mengandung zat-zat khusus yang bermanfaat. Hal ini telah dicuba kepada orang yang ditempatkan di negeri Arab.”

“Ketika tertimpa bahaya mereka diminumkan susu unta lalu Mereka pun sembuh,” dalam pernyataan beliau, “air kencing yang paling bermanfaat adalah air kencing unta Arab.” Mungkin bagi sebagian orang air kencing itu adalah suatu hal yang menjijikan dan tidak bermanfaat , namun ternyata bahawa itu adalah suatu anggapan yang salah menegnainya, sesungguhnya air kencing Unta adalah penawar yang memiliki banyak manfaat yang luar biasa.

Telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. pada sebuah peristiwa yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa datang kepada rasulullah orang Urainah (di Madinah). mereka sakit kerana tidak sesuai dengan cuaca di Madinah. Dan rasulullah s.a.w. pun menyuruh mereka mencari unta, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu, Mereka pergi dan melakukan apa yang diperintahkan oleh Baginda s.a.w, dengan izin Allah Ta’ala Setelah meminumnya mereka sembuh dari penyakit tersebut.

Susu Dan Air Kencing Unta Mengubati Penyakit Kanser

Banyak orang yang putus harapan kerana penyakit yang sangat berbahaya ini. Apatah lagi yang telah dijangkakan tidak lama untuk hidup.

Kanser merupakan suatu penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan sel-sel jaringan tubuh yang tidak normal. Dalam keadaan normal, sel hanya akan membahagikan diri untuk mengantikan sel-sel yang telah mati dan rosak sahaja.

Sebaliknya, bagi sel-sel kanser, ia akan membahagi dengan cepat menyebabkan pertumbuhan tidak normal. Bukan itu sahaja, kanser menyebabkan kerosakan organ yang terlibat dalam proses pembahagian tersebut. Kanser adalah merupakan suatu penyakit yang amat berbahaya.

Setiap penyakit pasti ada ubatnya sekalipun penyakit itu amat berbahaya .namun kaedah perubatan untuk penyakit ini masih menjadi rahsia bagi manusia, melainkan apa yang telah diberitahu oleh Allah.

Rahsia tersebut telah terjawab apabila kajian telah dilakukan pada air susu dan air kencing unta.

Air kencing dan susu unta dapat mengubati kanser. Kajian telah dilakukan kepada penderita penyakit kanser. Kajian telah dilakukan dengan tidak membenarkan mereka makan selama 40 hari melainkan hanya dibenarkan minum susu unta dan sedikit air kencing unta yang masih muda. Alhamdulillah, selepas daripada itu, mereka sembuh sepenuhnya. Kesembuhan tersebut merupakan rahmat kurniaan Allah.

Air kencing unta memiliki kandungan zat-zat yang bermanfaat seperti kalium, albumin dan magnesiumyang tinggi. Kaedah perubatan air kencing unta ini pernah dijadikan karya tulisan ilmiah oleh Ir.Muhammad Auhaj Muhammad. Beliau menghuraikan kaedah perubatan ini telah lama ditemui sejak berabad-abad yang lalu. Dalam karya beliau, dapat disimpulkan di sini bahawa air kencing unta memiliki kepekatan yang tinggi berbanding air kencing lain dan sangat berkesan dalam membasmi virus dan bakteria.

Selain kanser, ia dapat merawat rambut gugur dengan cara memperkuatkan rambut. mereka yang mengalami masalah ini boleh mengunakan air kencing unta khususnya air kencing unta yang masih muda.

Susu unta juga mempunyai khasiat yang luar biasa. Pada zaman dahulu, orang-orang Arab akan minum susu untuk merawat perbagai penyakit seperti sakit perut, edema(bengkak), masalah hati, asma, sesak nafas dan kencing manis. Ia juga dapat menguatkan gigi dan menjaga gusikerana di dalam susu unta terdapat vitamin C.

Berdasarkan penyelidikan para pakar dan ilmuwan, didapati di dalam susu unta terdapat asid amino yang susunannya menyerupai susunan hormone insulin.

Susu unta juga mempunyai kadar lemak yang sedikit, antara 1,2-2,8%.selain itu, ia juga memiliki kandungan yang mampu melawan racun dan bakteria .Di sebalik khasiat susu unta yang luar biasa, ternyata di dalamnya terdapat kadar susu yang sangat tinggi mencapai peratus antara 84-91%. Tidak ada mana-mana susu pun dapat menyamai kadarnya. Susu unta juga mampu bertahan sehingga 12 hari. Subhanallah.

Dr. Fatin Abdurrahman Khursyid(gambar), ilmuwan Saudi yang juga staf King Abdul Aziz University (KAAU) dan Presiden Tissues Culture Unit di Pusat Penelitian Medik King Fahd itu, setelah melakukan penelitian selama lima tahun menemukan bahwa air kencing unta dapat melawan sel kanser dengan baik.

Beliau juga mengatakan bahwa air kencing unta mengandung zat alami yang boleh membasmi sel berbahaya, serta menjaga sel-sel sihat pada pengidap kanser. Penyakit kanser yang boleh disembuhkan dengan susu dan air kencing unta meliputi kanser paru-paru, kanser darah, kanser perut, kanser usus besar, tumor otak, dan kanser payudara.

Air Kencing Unta Cegah Kesan Radiasi Nuklear

Ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk, selepas letupan di loji Nuklear Fukushima 1, katanya: “Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.”

Dr Fatin berkata lagi, “dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.”

Kemukjizatan Hadis Nabi Mengenai Susu Dan Air Kencing Unta

Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi akhir zaman telah menunjukkan kepada kita melalui Hadis-hadisnya beberapa teladan yang berguna kepada umatnya termasuklah dalam bidang perubatan sejak 1400 tahun lagi. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah menyarankan supaya meminum susu dan air kencing unta sebagai penawar kepada penyakityang mereka alami, hal ini tercatit didalam Hadis Sahih Bukhari.

Didalam Hadis Sahih al-Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa suatu kaum dari Urainah menghadap Rasulullah s.a.w. Mereka berkata kepada Nabi; “ Kami mengalami masalah di Madinah. Perut kami kembung dan anggota badan kami terluka.” Lalu, Rasulullah s.a.w. memerintahkan mereka untuk mencari peternak unta. Lalu, mereka meminum susu dan air kencing unta sehingga perut kembungnya sembuh dan kulitnya membaik. (Hadis Sahih Bukhari)

Didalam hadis tersebut, Rasulullah s.a.w. mengarahkan supaya susu dan air kencing unta diminum sebagai rawatan kepada penyakit yang dialami oleh kaum tersebut. Air kencing adalah najis namun dibenarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk diminum sebagai perubatan penawar kepada penyakit.

Hadis di atas jelas menerangkan bahawa susu dan kencing unta menjadi ubat untuk beberapa penyakit.

Perut kembung disebabkan oleh radang usus besarkerana terkumpulnya zat atau enzim padanya, atau bergabungnya ratusan protein di rongga perut yang dikenal dengan edema.

Penyakit tersebut boleh diubati dengan memanfaatkan susu dan air kencing unta, kerana tambahan zat antibodi yang terdapat pada susu dan kencing unta merupakan rahsia kesembuhan atau memperbaiki berbagai penyakit seperti penyakit radang hati atau heptitis B dan C, beberapa radang usus besar yang kronis, berbagai macam penyakit kanser yang masih baru, serta gangguan pencernaan.

Itulah pelbagai keterangan dan khasiat yang dikeluarkan oleh Allah Swt yang dapat menyembuhkan segala penyakit sudah tentulah dengan keizinan Allah Ta’ala.

Semua itu mengharuskan kita untuk merenungi firman Allah Ta’ala tentang bagaimana penciptaan unta dibandingkan dengan binatang lain. Terkaitlah hal ini sepertimana Firman Allah Swt yang bermaksud:

“(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?” (Surah Al-Ghaasyiyah 88:17)

Hukum Berubat Dengan Minum Air Kencing Unta

Para ulama’ membolehkan berubat dengan minum air kencing unta.

Antara dalil mereka adalah seperti berikut :

Pertama : Hadis ‘Urayinin

Anas r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakitan). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka sihat….” (Hadis Sahih Bukhari)

Hadis di atas bagi sebahagian yang mengatakan bahwa air kencing unta tidak najis, maka tidak ada masalah. Dandibolehkan berubat dengan sesuatu yang tidak najis.

Bagi yang mengatakan bahwa air kencing unta najis, maka peristiwa dalam hadis tersebut adalah kerana darurat. Sehingga dibolehkan berubat dengan air kencing unta. Air kencing unta tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan.

Berkata Khatib Syarbini didalam Mughni Muhtaj:

“Adapun perintah Rasulullah s.a.w. kepada al-‘Arayinin untuk meminum kencing unta, tujuannya adalah untuk pengubatan. Dan pengubatan dengan sesuatu yang najis dibolehkan, jika memang yang suci tidak boleh menggantikannya . “ (Mughni Muhtaj)

Kedua : Hadis Ibnu Abbas

Rasulullah bersabda ; “Sesungguhnya dalam air kencing unta dan susunya boleh untuk mengubati sakit perut mereka (rusak pencernaannya)“. (HR. Ahmad, Thabrani dan Thohawi)

Hadis di atas secara tegas menyatakan bahwa air kencing unta dan susunya adalah ubat untuk sakit pencernaan, dan ini menunjukkan kebolehan berubat dengan keduanya.

Ketiga: Secara Kajian Ilmiah

Terbukti secara ilmiah dan kajian saintifik bahawa air kencing unta yang dicampur dengan susu unta, boleh menyembuhkan belbagai macam penyakit, diantaranya penyakit kanser, leukemia (kanser darah), hepatitis, penyakit gula (diabetes), dan penyakit kulit.

Dengan berpandukan dalil-dalil diatas ini menunjukkan bahawa air kencing unta boleh digunakan bagi tujuan perubatan.

Susunan HasnulHadiAhmad.Com

Berikut adalah penjelasan daripada ustaz Azhar Idrus dan Dr Rozaime

Kredit: http://kuasaviral.net/2017/12/21/subhanallah-inilah-satu-satunya-kencing-haiwan-bukan-najis-menjadi-ubat-bagi-manusia/

Inilah Sahabat Nabi Yang Jenazahnya Dimandikan Oleh Malaikat

Gambar Hiasan

Hanzhalah bin Abu Amir adalah anak pemimpin suku Aus yang terbilang kaya di Yastrib (Madinah) pada masa menjelang hijrahnya Nabi Muhammad ke sana. Ayahnya, Abu Amir bin Shaify, orang yang sangat benci kepada Islam. Pada zaman jahiliyah, dia mendapat julukan Abu Amir Sang Pendeta, tetapi julukan itu berbalik menjadi Abu Amir lelaki Fasik ketika Yastrib sudah dikuasai oleh kaum muslim.

Pernah dengan angkuh Abu Amir berkata, “Jika aku menyeru kaumku yang sudah masuk Islam, mereka pasti akan mengikutiku dan bergabung dengan kaum Quraisy.”

Tapi baru saja mulutnya menyebutkan nama dirinya, “Wahai bani Aus, aku Abu Amir..”, orang-orang Aus yang muslim menimpali, “Wahai lelaki fasik, Allah tidak akan memberkatimu!” Mereka mengucapkan kalimat itu sambil melancarkan serangan yang menyebabkan Abu Amir melarikan diri. Nah, di antara penyerang itu, adalah anaknya sendiri, Hanzhalah.

Hanzhalah, yang telah masuk Islam, akhirnya menikah dengan Jamilah binti Abdullah bin Ubay bin Salul, anak sahabat bapaknya. Mertuanya itu dikenal sebagai tokoh munafik, menyembunyikan kekafiran dan menampakkan keimanan. Dia berpura-pura membela Nabi Muhammad dalam Perang Uhud; namun ketika rombongan pasukan muslim bergerak ke medan laga, ia menarik diri bersama orang-orangnya, kembali ke Madinah.

Pagi harinya, ketika mendengar seruan untuk berjihad, Hanzhalah mengambil pedang dan baju perangnya, langsung bergabung dengan induk pasukan muslim dan pergi berperang. Dalam peperangan itu, dia berhasil mendekati Abu Sufyan ketika teman-temannya justru melarikan diri ketakutan. Abu Sufyan, dalam duel satu lawan satu, terjatuh dari kudanya. Wajahnya pucat, ketakutan.

Pedang Hanzhalah yang berkilauan siap merobek lehernya. Dalam hitungan detik, nyawanya akan melayang. Tapi, dalam suasana genting itu, Abu Sufyan berteriak minta tolong, “Hai orang-orang Quraisy, tolong aku.”

Lantas orang-orang Quraisy di sekitarnya tanpa ampun mengayunkan pedangnya kepada Hanzhalah, dari kiri, kanan, dan belakang, sehingga Hanzhalah tersungkur. Dalam kondisi yang sudah parah, darah mengalir begitu deras dari tubuhnya, ia masih dihujani dengan lemparan tombak dari berbagai penjuru. Dan akhirnya…anak muda ini gugur sebagai syuhada.

Abu Sufyan, si pengecut itu, pun selamat dari tajamnya pedang Hanzhalah.

Seusai peperangan, Abu Amir dan Abu Sufyan mengitari medan laga dan mencari data sahabat-sahabat Nabi yang gugur. Biasanya mereka akan melampiaskan dendamnya dengan mencincang mayat-mayat musuhnya. Mereka menemukan jasad Kharijah bin Abu Suhair dari suku Khazraj, pemimpin Bani Kahzraj; Abbas bin Ubadah bin Fadhlah; Dzakwan bin Abu Qais, bangsawan Yastrib; dan tentu saja Hanzhalah.

“Anakku, kenapa kamu tidak mau mengikuti perintahku untuk tidak ikut berperang?” keluh Abu Amir dengan nada kesedihan. “Andaikan menaati perintahku, kamu akan hidup terhormat bersama kaum Aus.”

Kepada orang-orang Quraisy dia menyeru agar tidak mencincang jasad anaknya. Tapi dia sendiri mencincang bangkai orang lain.

Nabi Muhammad, yang diberi tahu hal itu, kemudian mendoakan, melihat ke langit, dan berkata kepada para sahabat, “Aku melihat, malaikat-malaikat sedang memandikan Hanzhalah bin Abu Amir di antara langit dan bumi dengan menggunakan air Muzn (mendung) yang diambil dari bejana perak.”

Kemudian beliau mengutus salah seorang sahabat untuk mengabarkan hal itu kepada istri Hanzhalah dan menanyakan apa yang dikerjakan suaminya sebelum pergi ke medan perang.

“Ketika mendengar panggilan perang, Hanzhalah dalam keadaan junub dan belum sempat mandi…,”kata Jamilah.

Beruntunglah Hanzhalah, syuhada yang telah dimandikan oleh para malaikat. Dia memperoleh kedudukan yang tinggi di haribaan Allah SWT. Itulah sebaik-baik tempat yang tidak semua orang mampu meraihnya.

Nabi Bersabda, “Allah Swt. berfirman: Tiada balasan bagi hamba-Ku yang berserah diri saat Aku mengambil sesuatu yang dikasihinya di dunia, melainkan surga.” (HR Bukhari).

sumber fiqhmenjawab.com

Kredit : suaramedia

“Hantar Aku Balik Bali !” – Rupanya, Semuanya Berpunca Dari Patung Yang Dia Beli Dari Bali. Benda Dalam Souvenir Ni Adalah Laki Bini

 

Gambar sekadar hiasan.

Kalau pergi melancong memang tak sah kalau tak beli cenderahati. Sekurang-kurangnya untuk kenangan diri sendiri ataupun keluarga dan teman rapat.

Tapi awas ya, tolong berhati-hati dalam memilih sebab takut-takut ada pula yang ‘benda’ yang ikut balik sekali.

Macam diceritakan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @LeAlterEgo ini, seorang isteri merana gara-gara cenderahati berupa patung yang dibelinya ketika berkunjung ke Bali, Indonesia.

‘Beli Souvenir Sebagai Kenangan’

Setiap kali pergi bercuti kita mesti nak beli sesuatu sebagai kenangankan? Orang kata sesuatu untuk diingati lepas kita melancong. Tapi, nasihat aku.. Nak beli souvenir dari luar negara tu berhati-hati. Bukan apa, takut terbeli sesuatu yang ada ‘isi’. Ini merupakan sebuah kisah yang dikongsikan oleh kawan tempat sekerja aku tentang pengalaman ahli keluarga dia diganggu.

Aku namakan watak yg terlibat sebagai Puan Ifa. Puan Ifa ni merupakan makcik kepada kwn aku. Jadi semua kisah ni diceritakan oleh kawan aku. Lima tahun lepas, Puan Ifa pergi melancong ke sebuah negara yang berdekatan. Negara mana? Apa lagi kalau bukan Indonesia. Walaupun Puan Ifa dah banyak kali ke Indonesia, tapi 1 destinasi ni dia belum pernah jejak. Bali.. satu-satunya yg dia belum pernah sampai.

Sebenarnya Puan Ifa ke Bali atas sebab urusan kerja. Lebih pada trip company. Jadi semuanya diuruskan oleh company. Waktu kat Bali, tak ada apa yang pelik jadi. Semuanya normal. Dan Puan Ifa ni ada beli souvenir utk dibawa balik ke Malaysia. Balik dari Bali, Puan Ifa agihkan semua souvenir yang dia beli. Cuma dua souvenir ni yang dia simpan utk dia sendiri.

Malam kedua balik dari Malaysia. Pintu dapur rumah Puan Ifa kena ketuk banyak kali. Bunyi macam orang mengamuk. Bila pergi ke dapur, tak ada pulak kelibat sesiapa. Nak kata pencuri, kawasan tu memang security kuat. Siapa yang ketuk? Jadi atas dasar malas nak fikir, Puan Ifa abaikan. Walaupun masa dia ke dapur tu, dia dapat rasa ada yang berdiri belakang dia.

‘Dengar Anak Ketawa Tapi Dalam Rumah Cuma Seorang Diri’

Macam mana tahu ada yang berdiri belakang kita? Korang akan rasa berdebar. Akan rasa waswas nak pandang belakang. Bulu roma akan meremang. Esoknya masa nak pergi kerja, Puan Ifa notice something pelik pada susunan souvenir yang dia letak kat ruangtamu. Macam ada yg alihkan. Sekali lagi dia amalkan sikap malas nak layan. Dan sekali lagi dia buat tak tahu. Malam tu, ada benda pelik yang jadi.

Pukul 2 pagi waktu tengah tidur, Puan Ifa rasa peha dia kena cubit dgn kuat. Apa lagi, menjeritlah dia sampai husband dia tersedar. Jadi dia ingat husband dia yang cubit. Tapi husband dia sumpah tak buat apa. Dan kesan cubitan tu sampai lebam. Lebam yg besar

Esok pagi tengok balik kesan lebam tu tak ada. Tapi yang peliknya, bila malam kesan lebam tu ada. Sampailah malam keempat. Malam keempat, waktu tengah masak kat dapur, Puan Ifa nampak kelibat melintas kat tingkap dapur. Laju. Sekali imbas. Lepas dia nampak kelibat melintas tu, terus dia rasa mual. Kepala pening. Dan bahu terasa berat.

At first memang kalau setakat kena macam ni. Tak ada apa yang akan kita notice. Kita anggap benda ni biasa. Padahal sebenarnya tak. Siang esoknya, Puan Ifa kemas bilik anak dia. Dan apa yang pelik, dia dengar suara anak dia ketawa. Ketawa pelik. Dia baru teringat yang anak dia pergi sekolah. Dan memang dia sorang je kat rumah sekarang. Lepas dia sedar dia sorang, suara ketawa hilang.

Masa tu memang dia dah syak yang ada benda mengusik dia. Bunyi pintu bilik anak dia terus berbunyi. Macam kena hentak kuat-kuat. Memandangkan dia kena kacau waktu siang. Jadi level keberanian tu masih lagi tinggi. Dia masih mampu pergi bilik anak dia utk tengok. Kosong. Tak ada apa. Dan sekali lagi meremang bulu roma dia. Sebabnya dia dengar bunyi ketawa tu jelas dari bilik ni.

Lepas insiden dengar suara ketawa tu, malamnya Puan Ifa mengadu kat husband dia tentang gangguan dia kena pagi tadi. Dan macam yang dijangka, husband dia kata dia terlampau penat. Mana ada hantu kacau siang-siang. Salah ya guys. Hantu waktu siang pun aktif.

‘Sekejap Jadi Lelaki, Sekejap Perempuan’

Macam kes dalam #SENAWANG , kelibat tak berkepala melintas depan mak & kakak ipar aku. Dan mostly gangguan waktu siang memang lagi bahaya. Sebab apa bahaya? Sebab benda ni tak peduli pun even waktu siang. Dia tahu kita berani waktu siang, tapi dia nak munculkan diri jugak. Dan Puan Ifa diganggu lagi pada waktu siang dua hari selepas dia mengadu dengan husband dia.

Yang lelaki kat Twitter ni, kalau dah kahwin nanti tolonglah percaya cakap bini kau kalau dia kata kena kacau. Nanti melarat korang yang susah. Memang mungkin kadang-kadang perempuan ni dia melebih-lebih. Takde hantu pun dia kata ada hantu, tapi at least percaya dulu. Kejadian pelik kedua bila dua pinggan kat dapur Puan Ifa pecah. Padahal pinggan berada kat tempat selamat.

Pinggan pecah satu hal, tapi yang jadi peliknya bila ada ayam mentah kat sinki. Bau hanyir yang kuat. Dah beberapa kali kena ganggu, Puan Ifa masih tak sedar punca sebenar. Sampailah malam tu anak dia menjerit sebab nampak bayang menari. Bayang menari tu memang real kat dalam bilik anak dia. Lepas nampak tu, automatik bilik bau kemenyan kuat. Masa tu baru husband dia percaya.

Dan dah terlambat. Semangat Puan Ifa masa tu dah lemah. Sebab dah dekat seminggu dia kena kacau. Jadi semangat dia jadi lemah. Malam tu Puan Ifa kena rasuk. Karakter dia sekejap jadi lelaki, suara garau. Dan sekejap menangis, suara perempuan. Rupanya, semuanya berpunca dari souvenir ni yang dia beli dari Bali. Benda dalam souvenir ni laki bini. Mengamuk nak balik.

Dan yang paling teruk sekali bila benda tu kata dia nak bawa jasad ni balik ke Bali. Dia suka. Husband Puan Ifa panggil pak imam berdekatan untuk minta tolong. Dan sesi komunikasi tu memang lama gila. Sebab benda tu refuse nak keluar.

‘Hantar Aku Balik Bali’

Benda tu tak nak keluar sebab dia kata Puan Ifa dah bawa dia jauh dari tempat dia. Benda tu minta dihantar balik ke Bali. Tapi gila ke? Nak hantar balik Bali benda ni semata-mata? Permintaan mengarut. Husband Puan Ifa kata tak boleh. Terus benda tu mengamuk.

Atas bantuan pak imam, benda tu akhirnya keluar. Tapi, itu bukan penamat lagi. Selama 3 hari benda tu sepikan diri dalam rumah. Selepas 3 hari. Gangguan baru muncul. Gangguan tu sekali lagi Puan Ifa sendiri yg nampak depan cermin. Lembaga duduk atas bahu dia.

Puan Ifa tak ingat apa-apa lepas tu. Dan sekali lagi dia kena rasuk. Tapi kalini benda tu masuk sampai 5 jam! Tak nak keluar. Mula-mula benda tu keluar. Tapi rupanya tak keluar lagi. Benda tu berlakon. Bila panggil nama Puan Ifa, benda tu ketawa mengekeh.

Kemuncak bila benda tu bangun & nak bersilat lawan dengan orang yang datang rumah nak berubat. Dia ckp dia nak balik Bali. Bali rumah dia

“Memang Bali rumah kau, kau nak balik sangat kau baliklah. Keluar dari badan dia ni..”

“Aku nak bawak dia pergi sana..”

Of course loghat benda tu dalam bahasa Indonesia. Benda tu berkeras nak bawa Puan Ifa balik. Akhirnya ustaz yang mengubat Puan Ifa tu ugut benda tu. Kalau dia tak keluar, jasad dia pada souvenir tu akan dibakar. Biar hangus jadi abu.

Mula-mula benda tu mengamuk. Tp lepas ustaz tu betul-betul bakar sebahagian dari souvenir tu kemudian dipadam semula. Akhirnya dia mengalah. Benda tu keluar dari badan Puan Ifa dan ustaz terus ikat souvenir tu dan dibacakan dengan ayat suci Al-Quran. Lepas tu, baru Puan Ifa pulih

Kemudian souvenir tu disimpan kat rumah ustaz tu. Selepas seminggu, atas saranan ustaz, souvenir tu dihantar balik ke Bali. Jadi, pengajarannya.. Masa beli souvenir tu hati-hati. Macam aku cakap, benda-benda mcm ni suka menumpang dalam barang.

Ada benda yang suka tinggal kat katil. Ada yang suka tinggal dalam bantal. Dalam tilam. Jadi korang tidur, tidur sekali dengan benda tu. Apa pun beringat sebelum kena. Baca doa sebelum tidur. Hati-hati beli souvenir! Sekian untuk kisah ni.

Sumber: mummykepoh

SubhanAllah!!! Menjelang Kiamat, Al Quran akan diangkat! Naskhah Al Quran di Perak ini sudah KOSONG tanpa Surah!

Mohamad Khori menunjukkan perbandingan dua muka surat ayat al-Quran hilang di satu naskhah dengan naskhah al-Quran lain di Masjid Hijau Kampung Kedah, pagi tadi.

PARIT BUNTAR – Seorang naib kadi Pejabat Agama Islam Parit Buntar tidak menyangka dua muka surat ayat suci al-Quran milik Masjid Hijau, Kampung Kedah di sini, lenyap sewaktu hendak membacanya pagi tadi.

Mohamad Khori Junus berkata, lebih kurang jam 11.05 pagi, dia menunaikan solat sunat di masjid berkenaan dan berhajat membacakan Surah Al-Waqi’ah sementara menunggu kehadiran pasangan pengantin untuk dijalankan upacara akad nikah.

Menurutnya, dia segera mengambil salah satu naskhah al-Quran yang diletakkan di bahagian mimbar masjid dan terkejut mendapati sebahagian besar ayat Surah Ar-Rahman dan permulaan ayat Surah Al-Waqi’ah yang ingin dibaca ‘hilang’ ketika membukanya.

“Saya sangat terkejut dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kebetulan turut berada di situ bagi menjadi saksi nikah.

“Beliau (imam masjid) memaklumkan tidak pernah mengetahui terdapat sebarang naskhah al-Quran tidak sempurna disimpan pihak masjid dan meminta saya memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk),” katanya kepada media di sini hari ini.

Mohamad Khori berkata, hasil pemeriksaannya mendapati sebahagian ayat dari Surah Ar-Rahman yang hilang bermula ayat 41 hingga ayat 78, manakala ayat dari Surah Al-Waqi’ah pula bermula ayat pertama sehingga ayat 16.

Menurutnya, pada mulanya dia menganggap mungkin berlaku kesilapan pencetakan pada naskhah al-Quran Resam Uthmani yang merupakan cetakan keempat pada sembilan tahun lalu.

“Namun, apabila memikirkan proses pencetakan al-Quran perlu melalui prosedur amat ketat oleh panel pemeriksaan dilantik Jabatan Kemajuan islam Malaysia (Jakim), saya memutuskan penemuan ayat al-Quran hilang mungkin merupakan satu peringatan kepada umat Islam,” katanya.

Lebih mengejutkan, Mohamad Khori mendedahkan intipati sebahagian ayat al-Quran hilang terutama ayat permulaan Surah Al-Waqi’ah menceritakan tentang kejadian-kejadian besar pada hari kiamat.

“Dewasa kini, amalan membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam di negara ini dilihat semakin berkurangan terutama dalam kalangan golongan muda.

“Saya berharap penemuan ini tidak disalah tafsir, sebaliknya dijadikan iktibar dan pedoman buat diri saya dan seluruh umat Islam untuk kembali taat kepada perintah Allah SWT dan Rasulnya,” katanya.

Mohamad Khori turut mendedahkan pengalaman ini pertama kali dialaminya dan berharap perkongsian pengalaman itu dapat mengingatkan umat Islam supaya kembali mengimarahkan bacaan al-Quran setiap masa.

اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم … يا الله

اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

Perasankah kita bila nanti terdengar bunyi lebah..mencarikah kita di mana bunyi itu..memandangkah kita ke langit melihat bunyi itu di mana..hairankah kita waktu itu kenapa banyak bunyi lebah..lalu timbulkah rasa penyesalan..

حدثنا ‏ ‏علي بن محمد ‏ ‏حدثنا ‏ ‏أبو معاوية ‏ ‏عن ‏ ‏أبي مالك الأشجعي ‏ ‏عن ‏ ‏ربعي بن حراش ‏ ‏عن ‏ ‏حذيفة بن اليمان ‏ ‏قال ‏
قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ يدرس ‏ ‏ الإسلام كما ‏ ‏ يدرس ‏ ‏وشي الثوب حتى لا يدرى ما صيام ولا صلاة ولا ‏ ‏نسك ‏ ‏ولا صدقة وليسرى على كتاب الله عز وجل في ليلة فلا يبقى في الأرض منه آية وتبقى طوائف من الناس الشيخ الكبير والعجوز يقولون أدركنا آباءنا على هذه الكلمة لا إله إلا الله فنحن نقولها ‏
فقال ‏ ‏له ‏ ‏صلة ‏ ‏ما تغني عنهم لا إله إلا الله وهم لا يدرون ما صلاة ولا صيام ولا ‏ ‏نسك ‏ ‏ولا صدقة فأعرض عنه ‏ ‏حذيفة ‏ ‏ثم ردها عليه ثلاثا كل ذلك يعرض عنه ‏ ‏حذيفة ‏ ‏ثم أقبل عليه في الثالثة فقال يا ‏ ‏صلة ‏ ‏تنجيهم من النار ثلاثا ‏
(HR Ibn Majah:4039; )

Hudzaifah bin Al-Yamani RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Islam akan luntur sebagaimana lunturnya corak pada pakaian sehingga tidak dikenali lagi apa itu puasa. apa itu solat, apa itu haji, apa itu sedekah (zakat). Dan (pada ketika itulah) diangkat Kitabullah (Al-Qur’an) pada satu malam sehingga tidak tinggal di bumi ini walau satu ayat pun. Yang tinggal hanyalah segolongan manusia yang tua bangka, mereka berkata: Kami dapati daripada nenek moyang kami kalimah “Laailaahaillallah” maka kami pun menyebutkannya.

Bermaksud:

Manusia sudah tidak lagi mengenal ﺍﷲ . Manusia tidak lagi tahu untuk menyebut dan memahami erti kalimah tauhid . Keimanan telah luput dari hati mereka.

Kemudian berkata Shilah kepada Hudzaifah: Adakah cukup bagi mereka kalimah “Laailaahaillallah” sedangakan mereka tidak menegtahui apa itu solat, puasa, haji dan sedekah (zakat)?. Hudzaifah berpaling. Kemudian diulang soalan itu sebanyak tiga kali. Akhirnya barulah Hudzaifah menjawab: Wahai Shilah (Kalimah itu) akan menyelamatkan mereka daripada api neraka (jawapan ini diulang sebanyak tiga kali).

الراوي: حذيفة بن اليمان المحدث: الألباني – المصدر: السلسلة الصحيحة – الصفحة أو الرقم: 87
خلاصة الدرجة: صحيح على شرط مسلم

Shaikh al-Albani menyatakan hadith ini sahih di atas syarat Muslim di dalam Silsilah Ahadith as-Sahihah no:87

Quran akan diangkat secara sekaligus ke langit di waktu malam dan bunyinya sewaktu peristiwa itu berlaku seperti bunyi deruan lebah. (Bunyi ayat-ayat diangkat itu seperti bunyi lebah) Pada masa itu mereka ini akan terasa seperti ‘ada benda’ yang pernah mereka baca tapi mereka tidak mampu membacanya lagi kerana semuanya sudah hilang dari ingatan. Lalu mereka bersyair sepertimana kebiasaan Arab Jahiliyyah dahulu. Jika semua ini berlaku, ini bermakna kiamat sudah tersangat dekat.”

Diangkat Huruf al-Quran :

Erti huruf al-Quran diangkat ialah huruf-huruf di dalam kitab suci al-Quran akan hilang. Terdapat 2 pendapat mengenai hilangnya huruf al-Quran ini.

-Huruf-huruf al-Quran memang benar-benar hilang dari mushafnya. Al-Quran

akan menjadi kosong dari segala huruf.

-Al-Quran itu hilang dari amalan manusia. Sebelum hilangnya al-Quran dari hidup manusia, akan ada tanda-tandanya terlebih dahulu.
* ramai penghafal al-Quran akan meninggal dunia tanpa ada penggantinya. *Manusia akan jauh dari al-Quran kerana tidak lagi fasih membacanya dan tiada yang boleh mengajarnya.
*Tiada seorang manusia pun yang boleh membaca al-Quran.

Selagi Quran masih ada selagi itu diampunkan dosa kita. Pintu taubat masih terbuka selagi ayat-ayat quran yang dihafal belum dihilangkan dari dada orang Islam. Abdulllah bin Mas’ud berkata, “Sungguh, kelak Al-Quran akan dicabut dari dada kamu, dalam satu malam, dihilangkan dari hafalan semua orang, sehingga di bumi ini tidak tersisa lagi sedikitpun.” (Thabrani)

Quran akan diangkat secara sekaligus ke langit di waktu malam dan bunyinya sewaktu peristiwa itu berlaku seperti bunyi deruan lebah. (Bunyi ayat-ayat diangkat itu seperti bunyi lebah) Pada masa itu mereka ini akan terasa seperti ‘ada benda’ yang pernah mereka baca tapi mereka tidak mampu membacanya lagi kerana semuanya sudah hilang dari ingatan. Lalu mereka bersyair sepertimana kebiasaan Arab Jahiliyyah dahulu. Jika semua ini berlaku, ini bermakna kiamat sudah tersangat dekat.

Bagi athar yg diriwayatkan oleh Imam al-Thabrani daripada Abdullah bin Mas’ud:

عَنْ شَدَّادِ بْنِ مَعْقِلٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ ابْنَ مَسْعُودٍ ، يَقُولُ : ” إِنَّ أَوَّلَ مَا تَفْقِدُونَ مِنْ دِينِكُمُ الأَمَانَةَ ، وَإِنَّ آخِرَ مَا يَبْقَى مِنْ دِينِكُمُ الصَّلاةُ ، وَلَيُصَلِّيَنَّ الْقَوْمُ الَّذِينَ لا دِينَ لَهُمْ ، وَلَيُنْتَزَعَنَّ الْقُرْآنُ مِنْ بَيْنَ أَظْهُرِكُمْ ” ، قَالُوا : يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، أَلَسْنَا نَقْرَأُ الْقُرْآنَ ، وَقَدْ أَثْبَتْنَاهُ فِي مَصَاحِفِنَا ؟ قَالَ : ” يُسْرَى عَلَيْهِ لَيْلا ، فَيُذْهَبُ بِهِ مِنْ أَجْوَافِ الرِّجَالِ ، فَلا يَبْقَى مِنْهُ شَيءٌ

Daripada Syaddad bin Ma’qil: Aku telah mendengar Ibn Mas’ud berkata:

“Sesungguhnya awal-awal yang akan lenyap daripada agama kalian ialah amanah dan sesungguhnya perkara terakhir yang tinggal daripada agama kalian ialah solat. Dan (kelak) pastilah akan bersolat suatu kaum yang tiada agama lagi bagi mereka. Dan (kelak) pastilah dicabut al-Qur’an di sisi kalian.” Mereka berkata: “Wahai Abu Abd al-Rahman! Bukankah kami membaca al-Qur’an dan kami telah menetapkannya (menuliskannya) dalam mashaf-mashaf

kami?” Beliau berkata:”Dibawa pergi atasnya (al-Qur’an) pada satu malam, lalu dihilangkan dengannya daripada dada-dada orang. Maka tidak tertinggal (al-Qur’an) itu walau sedikitpun!”

[ Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (5981) dan melaluinya al-Thabrani dalam Mu’jam al-Kabir(8700) ]

Telah berkata Dr. Yusuf bin Abdullah bin Yusuf al-Wabil dalam kitabnya Asyrath al-Saa’ah (m/s: 135): “Riwayat al-Thabrani, perawinya perawi sahih melainkan Syaddad bin Ma’qal, dan dia thiqah.” [Majma’ al-Zawaaid(329-330/7)] dan telah berkata Ibn Hajar: “Sanadnya sahih akan tetapi mauquf.” [Fath al-Bari (16/13)].

Syaddad bin Ma’qil ini saya lihat tiada yang menilainya thiqah melainkan Ibn Hibban. Imam Abu Hatim (Jarh wa al-Ta’dil) dan Imam al-Bukhari (Tarikh al-Kabir) ada menyebut tentangnya dalam kitab masing-masing tetapi mereka tidak men’jarh’nya ataupun men’ta’dil’kannya. Imam al-Bukhari juga meriwayatkan hadith yang sama juga melalui Syaddad ini dalam kitabnya yang lain iaitu Khalq Afaal al-Ibaad yang kelak nanti saya akan menyebutkannya, Insya’ Allah…

Abdullah bin Mas’ud menyebutkan athar ini dalam mentafsirkan ayat 86 daripada Surah al-Israa’:

وَلَئِنْ شِئْنَا لَنَذْهَبَنَّ بِالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ بِهِ عَلَيْنَا وَكِيلً
“Dan jika kami kehendaki pastilah kami akan hilangkan apa yang telah kami wahyukan kepadamu (Muhammad), kemudian tidak kamu dapati bagi kamu dengannya atas kami penolong.”

Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam Khalq Af’aal al-‘Ibaad (381) Abdullah bin Mas’ud telah berkata::

إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ الَّذِي بَيْنَ ظَهْرَيْكُمْ يُوشِكُ أَنْ يُنْزَعَ مِنْكُمْ ” ، قُلْتُ : يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ كَيْفَ يُنْزَعُ مِنَّا وَقَدْ أَثْبَتَهُ اللَّهُ فِي قُلُوبِنَا ، وَأَثْبَتْنَاهُ فِي مَصَاحِفِنَا ؟ قَالَ : ” يَسْرِي فِي لَيْلَةٍ ، فَيَنْتَزِعُ مَا فِي الْقُلُوبِ ، وَيَذْهَبُ بِمَا فِي الْمَصَاحِفِ ” ثُمَّ تَلا : وَلَئِنْ شِئْنَا لَنَذْهَبَنَّ بِالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ سورة الإسراء آية 86″

“Sesungguhnya al-Qur’an ini yang berada di sisi kalian kelak akan dicabut daripada kalian.” Aku (Syaddad) berkata: Wahai Abdullah bin Mas’ud,

bagaimana akan tercabut daripda kami sedangkan ALLAH telah menetapkannya dalam hati-hati kami dan kami telah menetapkannya dalam mashaf-mashaf kami.” Beliau berkata: “(Al-Qur’an) akan dibawa pergi dalam satu malam. maka pasti akan dicabut apa-apa (ayat al-Qur’an yang ada) dalam hati dan dihilangkan apa-apa yang ada dari mashaf.” Kemudian beliau membaca [Ayat 86 Surah Israa’].

Imam Abu Ja’far al-Thabari juga meriwayatkan athar yang sama dalam Kitab Jami’ al-Bayan ketika mentafsirkan ayat tersebut.

Athar ini diriwayatkan melalui beberapa jalan yang bertemu dengan Syaddad bin ma’qil daripada Abdullah bin Mas’ud.
Namun begitu athar ini juga diriwayatkan melalui jalan yang lain kepada Abdullah, hanyasanya saya tidak menyebutkannya sahaja kerana terlalu panjang.

Dalam riwayat yang dilaporkan oleh Imam Abu Muhammad (Imam al-Darimi) terdapat sebahagian lafaz seperti dalam petikan yang ditanya:

Quran akan diangkat secara sekaligus ke langit di waktu malam dan bunyinya sewaktu peristiwa itu berlaku seperti bunyi deruan lebah. (Bunyi ayat-ayat diangkat itu seperti bunyi lebah) Pada masa itu mereka ini akan terasa seperti ‘ada benda’ yang pernah mereka baca tapi mereka tidak mampu membacanya lagi kerana semuanya sudah hilang dari ingatan. Lalu mereka bersyair sepertimana kebiasaan Arab Jahiliyyah dahulu. Jika semua ini berlaku, ini bermakna kiamat sudah tersangat dekat.

عَنْ نَاجِيَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ أَكْثِرُوا تِلَاوَةَ الْقُرْآنِ قَبْلَ أَنْ يُرْفَعَ قَالُوا هَذِهِ الْمَصَاحِفُ تُرْفَعُ فَكَيْفَ بِمَا فِي صُدُورِ الرِّجَالِ قَالَ يُسْرَى عَلَيْهِ لَيْلًا فَيُصْبِحُونَ مِنْهُ فُقَرَاءَ وَيَنْسَوْنَ قَوْلَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَيَقَعُونَ فِي قَوْلِ الْجَاهِلِيَّةِ وَأَشْعَارِهِمْ وَذَلِكَ حِينَ يَقَعُ عَلَيْهِمْ الْقَوْلُ

Daripada Nahiyah bin Abdullah bin ‘Utbah daripada bapanya daripada Abdullah (bin Mas’ud). Beliau telah berkata:

“Perbanyakkanlah membaca al-Qur’an sebelum ia di angkat.” Mereka berkata: “Mashaf-mashaf ini akan diangkat, (tetapi) bagaimana pula dengan yang ada di dalam dada-dada orang.” Beliau berkata: “Dibawa pergi atasnya (dalam) satu malam lalu pada paginya mereka telah menjadi faqir (yaitu berasa kekurangan). Dan mereka lupa akan kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ lalu mereka terkesan (terpangaruh) dengan kata-kata Jahiliyyah dan sya’ir-sya’ir mereka. Dan ketika yang itulah terjadi atas mereka al-Qaul*.”

[Al-Darimi dalam Musnad (3384). Berkata pentahqiq, Syaikh Hussain Salim Asad: “Isnadnya dha’if lantaran kedha’ifan Musa bin ‘Ubaidah”]

*Al-Qaul ialah ayat-ayat yang sering disebut dalan al-Qur’an iaitu Hari Kiamat atau bala bencana pembalasan daripada الله

Telah menceritakan kepada kami Amr bin ‘Ashim telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari ‘Ashim dari Zirr dari Ibnu Mas’ud ia berkata; Sungguh akan berlalu suatu malam atas Al Qur’an, sehingga tidak ada satu ayat pun dalam lembaran serta dalam hati (hafalan) seseorang, kecuali telah diangkat.

Sebenarnya hadith atau lebih tepat lagi athar mengenai “bunyi lebah” itu telah saya ketahui pada hari pertama soalan ditanyakan. Cuma saya perlu masa utk mengkaji dan bertanya. Saya agak teragak-agak utk menyampaikannya di sini kerana setakat ini saya hanya menemukan athar ini dalam satu sumber sahaja. Yang dimaksudkan “satu sumber” ialah sumber secara bersanad:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا , قَالَ : ” لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَرْجِعَ الْقُرْآنُ مِنْ حَيْثُ نَزَلَ ، لَهُ دَوِيُّ كَدَوِيِّ النَّحْلِ ، يَقُولُ : يَا رَبِّ , مِنْكَ خَرَجْتُ وَإِلَيْكَ أَعُودُ ، أُتْلَى وَلا يُعْمَلُ بِي ، أُتْلَى وَلا يُعْمَلُ بِي

Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘Aas, beliau berkata:

“Tidak akan berlaku Kiamat sehingga kembali al-Qur’an daripada tempat ia diturunkan (yaitu daripada al-‘Arsy : Arash ikut lidah Melayu). baginya dengungan seperti dengungan lebah. Katanya (Al-Qur’an berkata-kata): Wahai Tuhan! Daripada-Mu aku keluar dan kepada-Mu aku kembali. Aku dibaca tetapi tidak diamalkan. Aku dibaca tetapi tidak diamalkan.”

[Uthman bin Sa’id al-Darimi dalam Radd ‘Alaa al-Jahmiyyah (343) dengan sanad:

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ الْمِصْرِيُّ ، ثنا ابْنُ لَهِيعَةَ ، عَنْ خَالِدِ بْنِ يَزِيدَ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِلالٍ ، عَنْ ثَابِتِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
Kata pentahqiq Syaikh Badr al-Badr: Isnadnya dha’if lantaran dha’ifnya Ibn Lahi’ah manakala Thabit bin Abdullah seperti kata-kata Ibn Hajar dalam al-Lisan (2:77): “Aku tidak tahu siapakah dia ini!”

Sumber : tambahcheesy