Seorang Suami Menanam 6000 Pokok Selepas Isteri Beliau Meninggal, 17 Tahun Kemudian Rahsia Terbongkar Yang Mana……

Satu pasangan yang menakjubkan dalam era enam puluhan ini telah menjadikan cinta mereka begitu indah melalui tindakan yang mengagumkan ini. Suami mencintai isterinya yang telah mati dengan menjaga cinta agar tetap hidup dan terus berkembang.

Janet dan Winston Howe jatuh cinta dan berkahwin pada tahun 1962. Sebagai belia tahun enam puluhan, baik hati dan pasifis, dan dikenali sebagai pasangan penyayang dan gembira.

Perkahwinan mereka stabil dan kedua-duanya menjalani kehidupan harmoni dengan rakan-rakan dan jiran mereka.

Malangnya, Janet kemudian meninggal akibat serangan jantung. Kematian Janet pada tahun 1995 adalah ujian yang dahsyat untuk Winston. Selepas 33 tahun berkahwin, dia masih mencintai pasangan hidupnya dan isterinya yang cantik.

Sebagai tanda cintanya pada Janet, dan untuk menjaga agar cinta mereka selalu hidup dan berkembang. Winston menanam 6000 pohon ek yang mengagumkan di sebuah tanah pertanian yang terletak di Southwest England (Inggris Barat Daya).

Winston juga menyimpan rahsia tindakannya. Dia tidak memberitahu siapa pun semasa menanamnya.

Hari yang indah pada tahun 2012, 17 tahun kemudian, Andy Collett melancarkan balon udara panas. Semasa dia terbang di puncak pokok hutan di barat daya England, dia melihat ke bawah dan melihat sesuatu yang benar-benar luar biasa dan menakjubkan.

Dia melihat sebuah padang rumput berbentuk hati yang terletak di antara ribuan ek.

Anda boleh membayangkan kisah cinta itu. Saya memiliki balon udara ini sendiri dan sering terbang, tapi ini adalah pemandangan paling menakjubkan yang pernah saya lihat dari udara,” kata Andy dalam sebuah wawancara dengan Daily Mail.

Menurut Winston, bentuk jantung tersebut menunjukkan ke arah tanah pertanian tempat Janet tumbuh dewasa.

“Padang rumput ini adalah penghormatan yang indah dan abadi bagi arwah yang akan selalu berada di sini selama bertahun-tahun,” kata Winston kepada Daily Mail.

Dia menceritakan bahwa kadang-kadang ia masuk ke tengah-tengah padang rumput berbentuk hati itu untuk mengenang dan menghargai kenangan bersama Janet.

Sumber: ntd.tv
Kredit: erabaru.net

“Doakan saya kuat..” – Perut Macam Hamil 4 Bulan Jadi Tanda, Wanita Ini Kongsi Detik Pilu Dibuang Ovari & Rahim Akibat Cyst

Perkongsian daripada Hety Ezleen ini sewajarnya dibaca oleh wanita. Ini kerana masalah cyst yang dihidapi sebenarnya dialami oleh ramai wanita, malah mungkin juga dalam tidak sedar.

Namun bagi Hety, ketika dia mula menyedari keadaannya sudah serius, cyst sudah membesar dan menjadi kanser yang amat membahayakan nyawanya.

Demi keselamatan dia terpaksa dibedah untuk membuang cyst dan juga rahim yang sudah terjejas akibat cyst berkenaan.

Meski perit namun dia redha bahawa apa yang ada pada dirinya hanyalah pinjaman-Nya. Dia redha tak mampu lagi melahirkan, pelu memakan ubat seumur hidup dan beberapa lain kesan lain bila rahim sudah dibuang.

Hety juga menceritakan detik-detik pilu yang berlaku dalam hidupnya itu untuk pengetahuan wanita lain tentang bahayanya cyst sebelum terlambat.

Tanda- tanda yang saya alami

Ramai yg bertanya pd saya, mcm mana mula2 saya tau yg saya ada cyst.. apa tanda2 cyst, dan apa tindakan saya.. Saya rasa terpanggil utk berkongsi pengalaman saya utk rakan2 yg bertanya.. mana tahu dapat membantu awk2, rakan2 awk, atau saudara mara awk yg senasib spr saya sebelum terlambat..

  • Saya kerap mengalami sakit perut di bahagian bawah. Tidak la setiap hari tetapi agak kerap juga.. Kadang kala, perut terasa kejang dan rasa mencucuk. Sakit sangat. Kadang pula, rasa sakitnya seperti senggugut yang berpanjangan
  • Saya kerap membuang air 10-15 kali sehari walaupun sy tidak minum air. Stress ya amat kalau pergi holiday atau berjalan2. Kalau lepas minum air segelas, dalam masa 5 minit confirm akan pergi toilet.. then 5 minit kemudian akan ke toilet lagi.. Bayangkanlah penderitaan ini..  Ini krn cyst semakin membesar dan kedudukan ovari (cyst) berada di sebelah pundi kencing je.
  • Kadang2 sakit semasa hubungan kelamin. Sakit yg teramat sangat di tempat kedudukan cyst. Ini krn faktor pengembangan dan pengecutan otot dikawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin.
  • Perut semakin membuncit dari hari ke sehari seperti wanita mengandung.. (perut saya spr wanita mengandung 4bulan). Ia tak sakit krn dalam perut mengandungi air.. doc kata cyst tu yg keluarkan air tersebut.
  • Selepas makan, perut mengeras dan terasa penuh.
  • Kadang2 pening kepala.. tak selalu..
  • Semasa baring, bila tiba perut kejang, kadang2 ketulan cyst tu timbul pd perut.. saya boleh nampak kedudukan cyst tu dgn mata sendiri.. bila disentuh, tekan tempat ketulan cyst tu memang rasa keras.. seram pulak, tp tak bgtau dgn sesiapa sbb takut.

Itu tanda2 cyst yg saya alami, period saya regular. Utk org lain sy tak pasti, krn hormon badan kita berbeza.. Doc cakap dgn saya, setiap wanita mmg ada cyst, ia bergantung pd ‘dia’ aktif atau tidak je..

Apa tindakan saya? Sudah tentu takut dan risau lihat perut sendiri membuncit seperti wanita mengandung Okay, Saya tulis ikut turutan beserta kosnya sekali sebab ramai yg bertanya dan nak tahu harga (hospital swasta) ye.. jika hospital kerajaan pastinya murah.. tapi lambat (ikut pengalaman cerita org2).

Ini Ovarian Cyst yang dibuang.

Doc cakap dalam perut banyak air

1. 14.2.2018 

Saya pergi ke Klinik sakit puan.. Doc India tu buat ultrasound tengok apa yg ada dlm perut.. doc x nampak pun cyst tu. Dia cakap perut saya banyak air.. then terus dia cakap air dalam perut awk ni mungkin air kanser!!  Tergamam sebentar dgr kata2 doc tu.. (dpt gambar scan dlm perut..BAYARAN RM60)

2. 14.2.2018

Tak puas hati dgn result klinik pertama, call kakak ipar (doctor) then bgtau masalah saya, dia suruh saya pergi ke klinik dia. Jauh jugak la dgn rumah.. huhu.. Then buat ultrasound lagi, ok kali ni mmg nampak biji ketulan tu (mass) kat ovari kiri. Ukuran 6cm. Omak tanjat aihh! Blur kejap dan mata terkebil2.. Then kakak ipar buatkan surat ke Hosp Pantai utk buat ujian CT Scan.. (dpt gambar dlm perut.. BAYARAN FREE sbb kakak ipar)

3. 15.2.2018
Pergi Hosp Pantai (Private) buat CT Scan abdomen dan pelvic.. Result dia sangat tepat 100% dan terus dapat result masa tu juga.. (BAYARAN RM1110.45).

Buat CT Scan lihat ketulan besar

4. 15.2.2018
Pergi semula klinik kakak ipar bawa result CT Scan, haa.. kakak ipar explain la dr result tu.. dia kata ukuran cyst saya 11.6cm x 11.2cm x 6.7cm.. uargh!! Pucat terus muka yg tak berapa nk cerah ni .Then kakak ipar cakap, “Hety.. ini bukan main2 tau, Kak M*** akan buat surat ke Pakar KPJ Johor dan Hety kena bedah segera sebab ketulan (mass) tu besar!! Ia merbahaya!! Ia akan membesar dan terus membesar!!” Ok seram (BAYARAN free sbb kakak ipar)

 

Rahim yang sudah dikeluarkan.

5. 20.2.2018
Pergi jumpa doc Pakar Gynaecology di KPJ Johor Bahru, bawa surat yg kakak ipar tulis tu.. doc Lim terus buat ultrasound kat perut.. dan dia sangat terkejut dgn kandungan air yg ada dlm perut.. doc kata banyaknya air!! doc lim kata air dalam perut saya ni ‘cancer’ ok sekali lagi saya dgr perkataan ‘cancer’ tu. Doc buat pap smear dan buat ujian darah CA 125.. (BAYARAN RM1024.50)

6. 21.2.2018
Appoinment lagi dgn doc lim di KPJ Johor, amik result darah CA 125 yg buat semalam.. ok nak bagitau, kalau darah ada cancer, jumlah dia 125ml.. dan result yg sy dapat.. jumlah dia 721ml.. sangat tinggi okeh!!

Sekali lagi doc cakap “adik, jumlah darah awk ni tinggi, ini cancer.. otomatik air mata mengalir depan Doc Lim.. Then buat ujian air dalam perut pula.. doc cucuk hidup-hidup pada perut saya pakai jarum yg besar dan tebal!! uarghhh sakit.

Air dlm perut pun dikeluarkan sikit utk dibawa ke makmal utk ujian.. air dalam perut warna merah)

Cyst bahaya, kena buang

7. 26.2.2018

Appoinment lagi dgn Doc lim.. Perbincangan dgn Doc, katanya cyst saya ni merbahaya, kena buang kedua2 ovari kanan kiri dan rahim… uarghh menangis depan doc. Doc cakap lg, kesan2 selepas buang rahim.. saya tak boleh melahirkan anak lag, saya akan menopaus, tulang saya akan cepat reput, saya kena makan ubat hormon seumur hidup saya.

Saya menangis lagi depan doc.  Saya sain surat persetujuan bedah buang ovari dan rahim dalam keadaan lemah longlai. Saya akur dan redha demi keselamatan diri. Ya Allah.. berikanlah kekuatan pd dirikuKeluar dr bilik doc,

Call family dan kawan terdekat… menangis dan terus menangis. Malamnya tidur di Hosp KPJ Johor (minum air yg rasanya payau masin utk buang najis) doc nak perut kita kosong tiada sebarang najis masa bedah esok pagi (TIADA BAYARAN).

 

Gambar Hetty sebelum melalui pembedahan.

Kerap berlaku pada wanita & kebanyakan tak sedar

8. 27.2.2018-1.3.2018

Operation saya ni major operation…27.2.2018, pukul 8 pagi doc Enjet kat pergelangan tangan, then saya hirup asap apa ntah nama dia, terus tak sedarkan diri.. sedar2, dgr suara sayup2 jururawat sambil tepuk2 badan “adik, pembedahan dah siap ye”.. lepas sedar je terus rasa sakit ya amat!! Sakit!! malam pertama tu 4 kali juga jururawat enjet tahan sakit. 1.3.2018 discharge. (BAYARAN RM17,864)

Ini adalah pengalaman saya sendiri. Proses jumpa doc pd 14.2.2018 sehingga hari pembedahan 27.2.2018 adalah satu jangka masa yg sangat cepat.. Saya bersyukur dan yakin, Allah telah mempermudahkan urusan saya.. Pembedahan pun dah selamat dijalankan.

Sekarang ni saya dalam berpantang dan proses pemulihan seperti wanita yg lepas bersalin ceasor.. batuk dan bersin? Sakit!, menangis okeh!

Sesungguhnya saya memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku pada diri saya. Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku di kalangan wanita, tidak kira umur, dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya.

Kerana ia jarang memberikan simptom.. Saya harap, dengan perkongsian saya ini, dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita untuk segera berjumpa doktor jika ada simptom spt saya.. Apa-apa hal, pergi jumpa doktor dahulu, jgn pandai-pandai makan supplement tanpa nasihat doktor.

Bukan apa, dikhuatiri anda penghidap kanser.. tup2, kanser tahap 3-4.. haa kan seram tu. Jika tiada kanser, syukurlah. Ke Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta terpulang anda.. Yang penting jangan takut berjumpa doktor ok.

Doakan kesembuhan saya..
Doakan saya kuat..

Sumber: Hety Ezleen via Vanilla Kismis

(VIDEO) Berang makanan disaji secara kasar, pelanggan belasah pelayan

Viral di media sosial semalam video pergaduhan sekumpulan lelaki di sebuah premis makanan di Taman Sentosa, Johor Bahru semalam sehingga menyebabkan pekerja dan pelanggan yang sedang menikmati makanan mereka ketakutan dan melarikan diri.

Lapor Harian Metro, pergaduhan yang berlaku pada jam 4.42 pagi itu kerana pelanggan terbabit tidak berpuas hati dengan layanan pelayan restoran yang didakwa tidak memuaskan, dan dalam masa yang sama pelanggan berkenaan didakwa mabuk.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, hasil siasatan mendapati pergaduhan itu berlaku kerana pelayan restoran itu menyajikan makanan di atas meja kepada pelanggannya secara kasar.

“Timbul salah faham ketika itu apabila pelayan restoran dikatakan meletakkan makanan secara kasar. Kejadian juga berlaku ketika pelanggan restoran dalam keadaan mabuk,” katanya.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan lelaki berusia 30 tahun kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan itu dan direman selama tiga hari sehingga Rabu untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pihak polis juga sedang mengesan beberapa lagi individu lain yang terlibat dalam kejadian itu untuk membantu siasatan.

Dalam video viral tersebut, pergaduhan bermula dari dalam premis apabila kedua-dua pihak mula membaling barang seperti kerusi dan periuk ke arah masing-masing sebelum mencabar sesama diri untuk bertumbuk.

Salah seorang pelanggan yang memakai baju putih kemudian mengambil helmet dan cuba membalingnya ke dalam premis tersebut sebelum dihalang beberapa rakannya.

Keadaan bertambah buruk apabila salah seorang dari pekerja premis berkenaan cedera dan mengalami pendarahan di kepala ketika cuba meleraikan kejadian itu.

Bagaimanapun keadaan kembali tegang apabila pelayan dan pelanggan berkenaan enggan beralah lalu mengheret pergaduhan itu di belakang kedai dan sekali lagi kerusi dibaling dan kedua-dua pihak bertumbuk.

Sumber: The Reporter

Hati Suci ‘Brader Polis’ Dapat Pujian Netizen

KEPERIHATINAN anggota polis sedia menumpangkan seorang ibu dan kanak-kanak yang bonceng motosikal dalam keadaan hujan di Gelang Patah, Johor menerima pujian menggunung netizen.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang pada Rabu itu, pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Fadil pada mulanya menyaksikan kejadian itu ketika dia bersama dengan isterinya.

Pasangan tersebut secara kebetulan dalam perjalanan ke sebuah gerai berdekatan kediaman mereka di Taman Universiti, Skudai di Iskandar Puteri.

Setibanya di persimpangan lampu isyarat, dia berhasrat untuk menumpangkan keluarga berkenaan namun sebuah kereta peronda MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dilihat terlebih dahulu ‘menahan’ keluarga itu.

Anggota polis terbabit malah mempelawa mereka untuk menaiki kenderaan tersebut. Lantas Muhammad Fadil merakam momen berharga itu dan kemudiannya menceritakan kejadian itu kepada netizen menerusi media sosial.

Menurutnya, dia melahirkan rasa hormat dengan tindakan anggota polis terbabit membantu orang awam ketika menjalan tugas hakiki iaitu menjaga ketenteram awam.

“Di saat kita merungut bawa kereta yang kecil, ada lagi insan yang kurang bernasib baik, bawa motor meredah hujan dengan bawa baby lagi.

“Sebak rasa hati aku melihat gelagat mereka, walau macam mana pun respect pada PDRM yang tampil membantu menghantar isteri dan anaknya ke tempat yang ingin dituju,” tulisnya pada Rabu.

Berdasarkan dua keping gambar dimuat naik tersebut, unit MPV dari IPD Iskandar Puteri itu dilihat muncul sebelum menumpangkan wanita dan dua anaknya akibat hujan lebat.

Gambar pertama memperlihatkan wanita itu memangku anak kecil manakala gambar kedua menunjukkan wanita itu bersama dua anak kecil menaiki kenderaan polis dalam suasana hujan.

Posting yang dimuat naik Muhammad Fadil itu sehingga kini menerima lebih 2,600 perkongsian dan maklum balas positif daripada rakyat Malaysia yang memuji tindakan anggota polis terbabit di ruangan komen.

“Inilah anggota yang layak diberikan surat atau sijil penghargaan… walaupun di belakang orang atasan… tetap menjalankan tugas dengan baik, di samping punyai sifat insaniah yang amat tinggi,” tulis penggguna Facebook yang menggunakan akaun nama Fauzi Jamari.

“Masih ada lagi yang prihatin pada situasi macam ni, harap-harap bukan abam-abampolis jer… masyarakat pun bantu sama kalau nampak mereka yang memerlukan bantuan.. #salutePDRM,” kata Farah Menado.

Difahamkan, pasangan suami isteri bersama-sama dengan dua anak mereka itu hampir kehabisan minyak motosikal ketika kejadian.

Mereka kemudian ditumpangkan sehingga ke stesen minyak Petronas Taman Orkid dan diberikan RM20 untuk mengisi minyak.

Syabas diucapkan buat anggota polis berkenaan yang sanggup melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan yang menjangkui tugas hakiki. – MYNEWSHUB.CC

 

Sumber: myynewshub

“Dua Senduk Cuka” dan Air Panas Untuk Rendam Kaki, Siapa Sangka Hasilnya Sangat Menakjubkan

Siapa yang suka berendam kaki? Mesti nyaman dan boleh buatkan kaki jadi rilek. Selain itu, berendam kaki juga ternyata memang bagus buat kesihatan. Tapi mesti anda tidak tahu, kalau di dalam air rendaman kaki ditambah sedikit cuka (kurang lebih dua sendok makan), kegunaanya jadi lebih hebat lagi! Tak percaya? Baca sampai habis!

Cuka itu bahan yang tidak pernah lepas dari kehidupan kita. Tapi tahu tak ia juga banyak kegunaan lain  yang bermanfaat yang kita tidak sedar? Jom baca.

1.Membantu tidur nyenyak

Kalau kamu berendam selama setengah jam dengan air cuka, itu bisa membantu saraf-saraf kamu itu jadi lebih santau lho! Tentu aja kalau kamu melakukan hal ini dengan berkala, kamu punya tidur yang lebih berkualitas.

2.Menghilangkan kelelahan

Cuka putih itu juga bisa memperlancar peredaran darah dan membatu tubuh yang lelah agar peredaran oksigen juga lebih lancar dan tubuh terasa lebih ringan. Jadi, energi dan semangat kamu bisa kembali lagi deh!

3.Membersihkan sampah di dalam tubuh

Dibahagian kaku ada banyak zona refleksi yang sangat hebat. Cuka itu bisa menembus kulit kaki dan meningkatkan sirkulasi darah, meningkatkan fungsi organ tubuh, membuang kotorn dan bisa membantu pengendalian berbagai penyakit kronis..

4.Melembabkan kulit

Kulit kaki yang kering dan pecah-pecah itu bisa disembuhkan dengan berendam air cuka selama 1 minggu. Gak cuman itu, tapi kulit kakumu juga jadi lebih mulus dan lembab!

5.Mencegah kelainan kuku

Banyak penyakit kuku yang bisa disebabkan oleh jamur, dengan rutin merendam kaki di air cuka selama 30 menit sehari juga bisa mencegah penyakit kuku.

6.Meredakan tekanan kaki yang suka pakai hak tinggi

Kalau kamu berendam air cuka secara rutin, itu bisa membuat otot kakimu lebih santai setelah mengenakan hak tinggi dan bisa mengurangi tekanan juga.

Selain air cuka, mimin kasih tahu lagi nih resep lainnya, kamu bisa menambahkan halia juga.

Halia punya khasiat menghangatkan tubuh, jadi kalau kamu berendam dengan air halia, itu bisa memperbaiki sirkulasi darah dan metabolisme. Tangan dan kakimu jadi nggak mudah dingin lagi.

Caranya, ambil 15-30 gram halia (sekitar setengah ukuran sedang), iris kecil-kecil kemudian masukkan ke dalam air dan masak air kurang lebih 10 menit.

Setelah masak, tuang semua air jahe ke dalam baskom dan tambahkan air dingin sampai air rendaman kurang lebih 40 derajat celcius yang masih bisa diterima kaki. Kamu juga bisa sambil menggosok kakimu saat merendam.

Sumber : happytfy

Cara Berkesan Dan Mudah Hilangkan Karang Gigi Dengan Menggunakan Garam

Karang gigi merupakan salah satu masalah kesihatan pada gigi yang tidak boleh diambil ringan. Karang gigi atau pun dikenali sebagai kalkulus merupakan plak yang menempel di bahagian dalam dan depan gigi. Jika dibiarkan ia akan mengeras dan akan mendatangkan masalah lain seperti bau mulut, gangguan pencernaan dan juga jangkitan pada gusi.

Untuk menghidari masalah tersebut, anda perlu membersihkan karang gigi yang sudah mengeras dan tebal. Dan ini cara mudah untuk lakukan sendiri di rumah dengan menggunakan bahan semulajadi iatu garam. Berikut adalah cara menghilangkan karang gigi menggunakan garam.

1. Campurkan 1 sudu garam dan 1 sudu baking soda.

2. Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi pes.

3. Basahkan berus gigi dan oleskan adunan pes tadi.

4. Gosok gigi anda dengan perlahan dan amalkan rutin ini hingga dapat kesan yang diinginkan.

Selamat mencuba ya!

Petua Masak Nasi Supaya Tak Cepat Basi Dan Tahan Lama Sehingga 2 Hari!

Hairan juga kalau nasi yang kita masak cepat betul basi. Sedangkan, nasi bungkus yang kita beli di warung dan restoran biasanya boleh tahan sampai ke petang walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk. Apa rahsia mereka agaknya?

Dengan 7 petua masak nasi ini, anda juga boleh mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.

7 PETUA MASAK NASI SUPAYA TAK CEPAT BASI, BOLEH TAHAN LAMA

Berikut adalah petua masak nasi yang boleh dipraktikkan agar ia tahan lebih lama.

1. BASUH HINGGA BERSIH

Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.

Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.

Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.

2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH

Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.

Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.

3. PERAHKAN LIMAU NIPIS

Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.

Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.

4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK

Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.

Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.

Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.

5. MASUKKAN SECUBIT GARAM

Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.

Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.

6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR

Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.

Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.

Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.

7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI

Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.

Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.

Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.

Sumber: siraplimau.com

‘Bawang Putih di Campur Susu’ Rupa Rupanya Dapat Menyembuhkan 11 Penyakit

Bawang putih adalah salah satu rempah-rempah yang senantiasa ada di dapur kita. Banyak manfaat dari bawang putih ini, mulai dari penyedap untuk masakah hingga mengobati berbagai penyakit, dan itu tidak bisa diragukan lagi.

Apalagi bawang putih telah digunakan sejak ribuan tahun lalu, terutama untuk mengobati berbagai macam penyakit. Tapi ada cari optimal untuk memaksimalkan manfaat bawang putih ini, yang bisa Anda lakukan di rumah.

Salah satu caranya adalah dengan menambahkan susu. Lalu apa manfaat penting dari meambahkan bawang putih ke dalam susu? Berikut ulasan lengkapnya.

Dikutip dari Healthy Food Team, Anda bisa membuat ramuan kesehatan dari bawang putih dan susu dengan bahan-bahan berikut ini: 500 mililiter susu, 10 siung bawang putih dikupas dan cincang, 2-3 sendok teh gula, dan 250 mililiter air putih matang.

Caranya adalah, campurkan air dan susu dalam panci. Selanjutnya, tambahkan bawang putih dan letakkan di panci panas. Biarkan sampah mendidih dan aduk terus sampai campuran menguap setengahnya. Saring dan menambahkan gula. Lalu konsumsi saat masih panas dengan perlahan-lahan.

Manfaat kesehatan dari susu dan bawang putih ini adalah sebaggi berikut:

1. Asthma, memakan tiga siung bawang putih setiap malam akan membantu Anda meringankan gejala asma. Konsumsi secara teratur susu bawang putih tiga kali dalam seminggu juga akan membantu Anda mengobati pneumonia.

2. Masalah jantung, campuran ini memiliki kemampuan untuk menurunkan kadar kolesterol LDL, mencegah pembentukan gumpalan, dan meningkatkan sirkulasi darah. Untuk hasil terbaik, disarankan agar Anda menggunakan susu skim rendah lemak.

3. Menyembuhkan penyakit kuning, bawang putih sangat bermanfaat dalam menghilangkan racun dari dalam tubuh karena mengandung senyawa yang mengaktifkan enzim hati. Selain itu, bawang putih kaya akan allicin dan selenium yang merangsang sekresi empedu dan mengurangi lemak di hati.

4. Arthritis, konsumsi rutin susu bawang putih akan meringankan gejala peradangan dan nyeri.

5. Insomnia, susu bawang putih efektif dalam mengobati masalah tidur karena senyawanya menenangkan.

6. Batuk, bila dikombinasikan dengan susu, minuman ini dapat mengobati batuk. Bawang putih memiliki sifat antibakteri yang kuat yang akan mengobati batuk. Anda dapat menambahkan madu, sebagai ekspektoran yang sangat baik yang akan meredakan batuk.

7. Tuberkulosis, belerang ditemukan dalam bawang putih membuat campuran ini menjadi obat alami yang sempurna untuk mengobati penyakit paru-paru. Konsumsi ramuan ini tiga kali sehari hingga benar-benar sembuh.

8. Kolesterol, campuran susu dan bawang putih hangat setiap hari selama seminggu, akan menurunkan kadar LDL dan akan meningkatkan kadar HDL dalam tubuh.

9. Kesehatan pencernaan, bawang putih memiliki sifat antiseptik yang kuat yang secara signifikan dapat memperkuat sistem kekebalan tubuh Anda, dan meningkatkan kesehatan pencernaan. Selain itu, bawang putih merangsang pengeluaran racun dari tubuh.

10. Impotensi, ramuan susu dan bawang putih sangat bermanfaat untuk mengobati impotensi.

11. Sciatica, campuran ajaib ini secara efektif dapat mengobati sakit linu. Konsumsi secara teratur susu bawang putih selama periode waktu yang signifikan, akan mengurangi rasa sakit linu panggul.

Sumber: wajibbaca.com

Ini Luahan Hati Ziana Zain Selepas Suaminya DiDakwa Kerana mencederakan anak

“SAYA perlukan ruang seketika dan berserah kepada Allah SWT,” demikian kata Ziana Zain berhubung tuduhan ke atas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang didakwa pagi tadi, kerana mencederakan anak lelaki mereka, pada 25 Februari lalu.

Dalam nada sebak, Ziana berharap semua pihak terutama peminat faham dengan situasi yang sedang dihadapinya.

Terdahulu, ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi, Armin, 53, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, Armin yang tidak berkerja, didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan itu dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, pada jam 4 pagi, 25 Februari lalu.

Berikutan itu, Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.

Ziana yang mencipta populariti sejak 1991 dengan rangkaian lagu dan album hit, bagaimanapun tidak hadir pada prosiding itu.

Armin ketika membuat rayuan, memaklumkan perbuatan itu dilakukan dengan tujuan mengajar anaknya itu mengaji dan bersolat.

Raja Noor Adilla kemudian menurunkan jumlah jaminan daripada RM10,000 kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, bekas pramugara itu tidak mempunyai penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi dan kes disebut semula 4 April ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, laporan polis itu dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan pada Jumaat lalu.

Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Sumber :ohgebang

20 Pekerjaan Paling Mengejutkan, Aneh Dan Awesome Dalam Dunia. No 12 Tuh Paling Best…

Sesetengah orang beruntung dan mendapat peluang pekerjaan yang terbaik yang pernah dibuat!

Mereka mungkin pekerjaan paling pelik tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat membayar bil! Saya sering tertanya-tanya bagaimana orang-orang ini mendapat pekerjaan ini.

Di mana sekolah yang mengajarkan kita untuk meng’adjust’ buah dada Katy Perry? Ya, ia merupakan satu pekerjaan yang benar-benar ada.

Pasti juga terdapat individu-individu di luar sana yang tidak suka bekerja. Mungkin mereka sebenarnya ingin bekerja, tetapi mereka mahu pekerjaan yang lebih menarik, bukan pekerjaan biasa-biasa di pejabat sahaja.

Sekiranya anda tergolong di dalam kategori ini, senarai ini mungkin boleh menjadi inspirasi untuk anda mencari pekerjaan yang lain daripada yang lain. Gajinya juga amat tinggi, cubalah lihat.

Enjoy!

1. Penguji rasa beer.

2. Tukang adjust buah dada Katy Perry.

3. Pengawal keselamatan dalam perlawanan bola keranjang.

4. Head receiver… Best job ever!!!

5. Pakar Beer Coklat.

6. Tukang uji luncur air.

7. Siapa yang bertugas untuk pintu kecil?

8. Tukang boneka atau tukang peluk?

9. Penguji tilam.

10. Sejarahwan pornografi.

11. Pakar penculik pengantin perempuan.

12. Dibayar untuk bercuti.

13. Pakar penguin.

14. Pengupas plastik gergasi.

15. Memakai pakaian untuk kerja yang anda mahu, bukan pekerjaan yang anda miliki.

16. Peguam angkasa lepas.

17. Penguji perubatan marijuana.

18. Konsultan tingkah laku kucing.

19. Memandu trak berapi.

20. Profesional kotak kadbod.

Anda ada pekerjaan yang unik? Kongsikan dengan kami diruangan komen.

Jangan lupa untuk Like & Share.

Sumber: gontuni.com