12 Rekabentuk pembungkusan yang menipu pelanggan.. Produk #11 sering berlaku tanpa anda sedari….

Pembungkusan produk adalah penting dan menjadi salah satu strategi dalam pemasaran sesuatu produk. Oleh itu, syarikat akan mereka bentuk produk yang cantik bagi menarik perhatian pembeli dari pelbagai lapisan umur.

Kadangkala, syarikat pengeluar akan menggunakan helah tertentu untuk menipu pembeli dan meraih keuntungan dengan kadar segera.

Antara helah yang digunakan adalah seperti mengisi sedikit gula-gula di dalam botol yang direka khas bagi membuatkan ianya kelihatan banyak, membuatkan sandwic kelihatan menyelerakan sedangkan di dalamnya kosong dan bermacam-macam lagi.

Lihat contoh-contoh di bawah supaya anda tidak tertipu dengan produk-produk seperti ini.

#1 Nampak seperti udang yang besar tetapi sebenarnya kena tipu…

TheSoulOfTheRose

#2 Hanya separuh pepperoni di atas piza saya? Ini tidak adil!

ItsAlexBevan

#3 Promosi 30% lebih besar dan 40% lebih besar. Tetapi mengapa saiz tin ini sama sahaja?

hockeychick96

#4 Pembungkusan yang menipu pelanggan!

Ahmad_nagy

#5 Kotak sahaja panjang tetapi isi di dalamnya…

Bjables

#6 Penipu besar!

ethandrzb

#7 Sekotak coklat konon!

Judithsins

#8 Gambar buah zaitun tetapi kandungan sebenarnya adalah 90% minyak bunga matahari. Sudahlah harganya mahal!

AsterJ

#9 Kotak ini sepatutnya boleh memuatkan 10 batang pensil tetapi syarikat mahu untung segera

thektulu7

#10 Rasa sedap tetapi sayang, ditipu lagi!

Kimonas_K

#11  Tak rugi ke buat botol besar-besar tetapi isinya kurang daripada separuh?

cmbrookins

#12 Ubat tidur dan julap dalam reka bentuk yang sama. Berhati-hati sebelum memakannya

charleselliott33

Sumber& kredit : Bored Panda

via sultanmelaka.club

Inilah Kem Tentera Bawah Tanah Yang Terbesar Di Dunia (10 Gambar)

Terletak di Sweden, Muskö merupakan kemudahan ketenteraan bawah tanah terbesar di dunia. Ia digunakan sebagai Pangkalan Angkatan Tentera Laut Sweden.

1. Pangkalan tentera Musko dibina di bawah gunung batu granit, yang dikatakan mustahil untuk dihancurkan oleh meriam, bom penghancur bunker malahan bom berskala nuklear sekalipun.

2. Musko digunakan untuk pembuatan kapal Fregat, Kapal Perusak dan kapal selam mempunyai dermaga terpanjang mencapai 350 meter.

3. Terdapat juga tempat membaiki kapal, kedai makan, berek, mall, bilik mesyuarat dan pelbagai lagi, semuanya di bawah gunung.

4. Selain itu, ia juga mempunyai sebuah hospital khas untuk tentera dengan kapasiti 1000 buah katil.

 

 

sumber:himpunanceritalawak.com, wikipedia

Kesal Istri Tidak Hamil, Suami Tusuk Kemaluan Istrinya Dengan Gunting Saat Berhubungan Intim 

Seorang wanita tewas mengenaskan setelah suaminya menusuk kemaluan korban dengan gunting sepanjang 32 centimeter sebagai hukuman sang istri yang tak kunjung hamil karena dianggap mandul.

kekerasan dalam rumah tangga sudah banyak sekali terjadi di tanah air indonesia, dan kali ini menimpa astuti (25) warga Perum Trias Estate 1, RT 01 RW 08, Desa Tridaya, Tambun Selatan, Kabupaten Bekasi yang sudah 3 tahun menikah dengan suaminya amrol (27) kunjung tak mempunyai anak, menurut tersangka amrol saat di mintai keterangan oleh pihak polisi, mengatakan bahwa istrinya mandul dan tidak bisa memberikan keturunan.

 

Kronologi kejadian minggu  sekitar jam 11:00 wib tadi, tersangka meminta istrinya untuk berhubungan intim, disaat berhubungan suami istri, korban astuti yang menyepelekan pelaku bahwa pelaku tidak memiliki hormon untuk memiliki anak, tetapi menurut pengakuan tersangka, korbanlah yang mandul.

Sempat bertengkar semasih berhubungan intim, Amrol yang geram langsung berdiri dan mengambil gunting yang berada tidak jauh dari tempat ia berhubungan suami istri, langsung menancapkan tepat ke dalam kemaluan korban hingga tewas.

Di hadapan polisi, Amrol mengaku kesal dan korban layak mendapatkan hukuman tersebut karena tidak bisa memberikan keturunan padanya. dan ia juga mengatakan bahwa kejadian tersebut juga di mula dari ke tidak sopanan istrinya saat berhubungan mengatakan ia tidak memiliki kekuatan untuk memiliki anak, merasa tersinggung Amrol pun langsung emosi dan menancapkan gunting tersebut.

Atas perbuatan nya kini Amrol di jerat Pasal 26 ayat [2] UU KDRT yang mengakibatkan kematian terancam hukuman seumur hidup, tutur kapolres saat di mintai keterangan oleh tim

sumber : tribunkota.com.

(VIDEO) 5 LAKONAN WATAK PELACUR YANG PALING TERKESAN OLEH RAKYAT MALAYSIA

Bagi menjadi seorang pelakon yang hebat untuk memberikan kesan terbaik, sebaik-baiknya artis tersebut haruslah variasi maksudnya boleh memainkan berbagai watak untuk bergelar seorang aktres yang berkebolehan dan versatile.

Seperti pelakon-pelakon wanita ini, mereka amat dikenali dengan watak-watak yang bukan tipikal. Contohnya watak pelacur sememangnya sangat berat dan agak memalu dan menakutkan, namun mereka semua ini mampu menjiwai watak tersebut sehingga terkesan di hati penonton.

Menerusi Hangat.com, kami kongsikan kepada anda semua 5 pelakon yang pernah memegang watak pelacur yang paling ‘menjadi’.

1. Fathia Latiff ( DARAH PANAS – 2015 )

Siapa tak kenal dengan pelakon muda ini yang semakin meningkat naik ini pernah memegang watak sebagai pelacur dalam filem berjudul Darah Panas arahan Arjin Uppal. Keberanian dan kebolehan Fathia melakonkan watak pelacur bernama Syahana itu menggemparkan industri perfileman Melayu suatu ketika dahulu, namun aksi ghairah itu hanyalah ‘camera trick’ sedangkan Fathia masih berpakaian rona ‘nude’ ketika di set.

2. Sharifah Armani ( REDEMPTION NIGHT – 2012 )

Lagi satu pelakon yang versatile iaitu Sharifah Armani atau lebih mesra dipanggil Nani membintangi dalam filem Redemption Night rentetan daripada sebuah projek filem terakhir arwah Yasmin Ahmad. Watak yang dipegang oleh anak kepada guru seni lakon, Fatimah Abu Bakar itu sangat mencabar sebab dia memegang watak sebagai pelacur di dalam filem tersebut.

3. Lana Nordin ( CHOW KIT -2012 )

Filem Chow Kit merupakan sebuah filem aksi Malaysia pada tahun 2012 yang diarahkan oleh Rosihan Zain dan Brandon Lee terbitan Grand Brilliance, ia turut dibintangi oleh Beto Kusyairy, Dira Abu Zahar, Airis Yasmin, Lana Nordin dan Nam Ron, filem yang ditayangkan pada 3 Mei 2012 ini berdasarkan daripada kisah benar tentang sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di lorong Chow Kit.

Lana Nordin memegang watak sebagai pelacur yang tinggal di lorong Chow Kit bersama seorang adiknya. Dalam filem tersebut, watak yang dibawa oleh Lana Nordin sememangnya nampak ‘real’ dan dia sangat baik dalam menjiwai watak tersebut.

4. Maya Karin ( OMBAK RINDU- 2011 )

Siapa yang tak kenal dan tak tengok dengan Filem lagend Ombak Rindu yang telah mencetuskan fenomena dalam dunia perfileman Malaysia. Pelakon utama iaitu Maya Karin yang memegang watak sebagai Izah dalam filem tersebut sangat memberi impak dalam keseluruhan filem ini. Sinopsisnya Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur.

Seorang pemuda, Hariz (Aaron Aziz) anak Datuk Sufiah (Azizah Mahzan), telah membeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Yang pastinya watak yang telah dimainkan oleh Maya Karin sangat berkesan sewaktu bergelar pelacur dalam filem itu. Manakan tidak, begitu banyak video parody meniru babak yang dilakonkan oleh Maya Karin.

5. Nasha Aziz ( 1998 ) Nasha Aziz

Bagi pelakon senior ini pula, dia memulakan kerjaya dalam bidang peragaan sejak 1989, dia bermula apabila diperkenalkan oleh Tiara Jacquelina masuk dalam industri filem Malaysia. Nasha terus mengembangkan lagi namanya sebagai peragawati yang terkenal tanah air hingga ditawarkan kontrak peragaan di New York, Amerika Syarikat. Namun, kerana keterbatasan agama dan budaya, Nasha memilih untuk menetap di Malaysia dan meneruskan bidang peragaan selain menceburi bidang lakonan.

Pada 1998 Nasha menerima tawaran daripada pengarah Yusof Haslam untuk memegang watak Effa dalam filem Bara setelah aktres Erra Fazira menolak tawaran tersebut atas sebab peribadi.

Filem tersebut nyata memberi tuah dan bantu loncatan kepada Nasha apabila telah dicalonkan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik serta menggondol anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-14 (FFM14) menerusi watak pelacur dalam filem tersebut yang sesuatu ketika memberi impak kepada penonton.

artikel seterusnya di bawah..

Rakaman Mengerikan Ribuan Semut Menggigit Hidup-hidup Lelaki Ini

gigitan semut mungkin tidak sebisa gigitan reptilia lain seperti ular tedung, namun masih terdapat kes di mana gigitan semut boleh mendatangkan kesan yang berbahaya kepada tubuh manusia.

Andrew Uncles yang berasal daripada Australia ini memang terkenal dengan aktiviti-aktiviti outdoor mencabar beliau. Kali ini beliau mencuba untuk melakukan sesuatu yang luar biasa dengan membiarkan tubuh badannya digigit oleh semut berbisa bagi menguji sejauh manakah tubuhnya mampu bertahan.

sumber; rilekslah.my

Gadis Melayu Berpurdah Mulai Nakal. Bertaubatlah wahai kaum hawa. Jangan Hina Islam.

Gadis Melayu Berpurdah Mulai Nakal|Purdah adalah satu pemakaian yang menutup aurat sebagai mana tujuannya adalah untuk menjaga aurat untuk tidak di lihat orang lain.

Lalu dari mana datangnya Bepurdah berseluar ketat?

Jawabnya adalah Fesyen yang mengikut zaman serta kemajuan tegnologi.Dimana fasyen tersebut meracuni kesucian purdah atau Niqap.

-Kesucian yang di anjingkan oleh mereka yang terlalu taksup dengan tren masa kini.

-Kesucian yang telah di jadikan sebagai topeng untuk menutupi perangai binatang mereka.

Ini adalah salah satu jarum-jarum halus yahudi yang sudah meraja lela di tanah melayu tanpa kita sedari.Purdah moden dengan gadis yang tidak menolak zaman.memang sangat padan.Atas longgar bawah ketat..Ingat sabda Nabi Muhammad tentang yang berlebihan itu tidak baik.

Sama halnya dengan memakai tudung,memakai tudung dan purdah bukanlah satu fesyen  untuk kelihatan wahhh di mata manusia  ianya adalah satu syarat yang wajib sebagai satu tanda kepatuhan kepada Allah SWT.sebagian orang sanggup mengabiskan masa yang cukup lama  di depan cermin untuk membuat belitan model tudung terkini.

Rasulullah bersabda,
“Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk surga dan tiada mencium semerbak harumnya.” (HR. Abu Daud)

Sumber: eberita

Pelakon Sofi Jikan Ditahan Positif Dadah

Bulan lalu, peminat industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita pengarah dan pelakon, Datuk Farid Kamil yang mengamuk dan berkelakuan ganas menampar anggota polis dan orang awam serta sah positif dadah jenis ganja.

Pelbagai spekulasi dan persoalan timbul mengapa Farid bertindak sebegitu sedangkan beliau  seorang pelakon yang jarang terlibat dengan mana-mana kontroversi.

Namun, segalanya bakal terjawab tidak lama lagi apabila Farid menerusi laporan polis yang dibuat baru-baru ini mendakwa apa yang berlaku adalah angkara perbuatan khianat 3 orang rakan artis yang sengaja memasukkan dadah dalam minumannya.

Farid akui beliau tidak mampu berfikir ataupun tidak begitu waras kerana telah meminum air yang mengandungi bahan  terlarang tersebut sehari sebelum insiden di balai polis itu berlaku.  Bukan itu sahaja, rakan artis berkenaan turut memberikan Farid rokok yang bersalut dengan sejenis  cecair yang tidak diketahui sehingga membuatkan dirinya berasa khayal.

Ketiga-tiga rakan artis termasuk seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.

Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan yang Farid telah membuat laporan rasmi berkenaan keadaannya sehingga menyebabkan perlakuannya bertukar ganas.

Farid membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan.

Pada masa yang sama, Farid juga ada menyatakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan oleh pihak polis dan turut menamakan pegawai polis yang terlibat sehingga menyebabkan dirinya mengalami kecederaan dan mempersoalkan bagaimana foto beliau ditahan boleh viral di media sosial serta kepada pihak media.
Sofi Jikan ditahan positif dadah

Suspek diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.

Dalam laporan tersebut, Farid didakwa mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik meletakkan dadah dalam minumannya.

Sofi Jikan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman. – K! ONLINE

8 SITUASI MENJENGKELKAN YANG TAK SENGAJA DIRAKAM KAMERA..NO.5 TU MEMANG TAK BOLEH TAHAN..

Setiap daripada kita pasti pernah mengalami hal yang tidak menyenangkan dalam hidup kerana tidak semua hal yang kita lakukan di dunia ini berjalan sempurna mengikut apa yang dirancangkan.
Terkadang ada saja masalah, atau memang tidak menjadi, dan hampir semua orang pernah mengalami situasi seperti ini.

Namun tidak selamanya perkara buruk akan menimpa kita, kadang-kadang nasib buruk tersebut boleh menjadi lucu jika dilihat dari sudut pandang yang berbeza.

Seperti 10 kejadian yang dipaparkan berikut:

1. Kereta didalam sungai seakan bot

2. Mungkin lori ini penat setelah seharian bekerja

3. Lumba lari atau senamrobik?

Image result for funny moment

4. Gajah pun nak ikut tumpang sekali

5. Larii!! selamatkan diri!

6. Sedih, Punyalah mengidam nak makan tetapi banyak pula halangan

7. Nak bawak pergi mana tu bang? saya pun nak isi minyak juga

8. Cat dalaman kereta dengan kos rendah, siapa berminat?

PANAS!!!Inilah Dia 5 Artis Terkenal Bollywood Yang Kantoi Curang Namun Dimaafkankan Oleh Isteri Mereka! No 3 Tu Datuk Di Malaysia…

Curang dalam perkahwinan

Isteri mana yang tak kecewa dan patah hati apabila mengetahui suami tercinta telah berlaku curang di belakangnya?

Lebih-lebih lagi jika suami itu sebenarnya adalah artis popular.

Memang tak senang duduklah si isteri memikirkan entah berapa banyak lagi kes curang yang si suami tak “kantoikan”, kan?

Kehidupan rumah tangga seorang artis bukan sentiasa indah. Lebih-lebih lagi kalau si suami sering tergoda dan digoda oleh wanita lain.

Tapi perkongsian kami kali ini lain sedikit kisahnya. Ia mengenai kes artis terkenal Bollywood yang kantoi curang, namun dimaafkan oleh isteri tercinta.

Apapun, semua insan melakukan kesilapan, kan?

Jadi jom semak siapakah 5 artis Bollywood terkenal yang kantoi curang dan dimaafkan oleh isteri demi kebahagiaan rumah tangga mereka.

1. Akshay Kumar

Akshay Kumar memang terkenal dalam industri perfileman sebagai seorang playboy

Namun, selepas berkahwin dengan artis Twinkle Khanna, beliau berubah menjadi suami yang penyayang dan setia.

Akan tetapi, nampaknya pelakon filem Dhadkan ini tak mampu menahan godaan dari artis Priyanka Chopra.

Selepas berlaku curang dan terkantoi, Twinkle Khanna sanggup memaafkan Askhay, dengan syarat beliau berhenti menghubungi Priyanka Chopra.

2. Ajay Devgan

Kajol dan Ajay Devgan adalah pasangan secocok yang selalu diangkat sebagai “ikon” di kalangan masyarakat India.

Namun, Ajay juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Ketika penggambaran filem terbarunya, beliau telah tertawan dengan kecantikan artis Kangana Ranaut.

Selepas perbuatan itu terkantoi, Kajol berkeras mahu Ajay mengakhiri perhubungan rahsia itu.

Ajay yang amat menyayangi Kajol menurut kata isterinya dan nekad ingin kembali menjadi suami dan ayah yang terbaik buat anak-anak mereka.

3. Shah Rukh Khan

Walaupun sukar nak dipercayai, tapi hero dan raja Bollywood ini juga tidak terlepas daripada dosa berlaku curang.

Shah Rukh Khan dikatakan memiliki affairdengan pasangannya dalam filem Don, iaitu Priyanka Chopra.

Dalam sebuah tv show di Amerika, Priyanka Chopra telah dijemput sebagai tetamu undangan. Dia ditanya tentang benda milik kekasihnya yang dia simpan.

Priyanka kemudiannya menunjukkan sebuah jaket kulit berwarna coklat.

Jaket itu sebiji macam yang selalu dipakai oleh Shah Rukh Khan ketika muncul di publik!

4. Govinda

Buat penggemar filem Hindustan tahun 90-an, anda pasti tidak asing dengan pelakon aksi ini, Govinda.

Semasa beliau terkenal, Govinda sering dipasangkan dengan artis Rani Mukherjee. Mereka sungguh rapat dan dek chemistry antara mereka berdua, banyak filem mereka berjaya di pawagam.

Tapi rupa-rupanya, aksi rapat mereka itu dibawa ke luar layar. Namun selepas hubungan curangnya bersama Rani terkantoi, Govinda kembali ke pangkuan kekasihnya, Sunita.

Nasiblah Sunita menerima Govinda balik!

5. Amitabh Bachchan

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan sweet Amitabh dan Jaya Bachchan?

Mereka berdua selalu berlakon sebagai suami isteri dalam pelbagai filem, antaranya filem Kabhi Khushi Kabhi Gham.

Namun, kemanisan rumah tangga mereka juga pernah diuji.

Sebelum bernikah dengan Jaya, Amitabh mempunyai hubungan dengan artis cantik Rekha.

Malah selepas mereka berkahwin pun, Amitabh Bachchan masih menghubungi Rekha!

Kisah cinta tiga segi ini sempat dijadikan filem, yang bertajuk Silsila. Yang lebih ironik, mereka bertiga juga berlakon dalam filem itu!

Tapi akhirnya, kekuatan cinta Jaya mampu memenangi hati Amitabh Bachchan.

Bekerjaya sebagai seorang pelakon, si suami pasti akan dikelilingi oleh pelbagai wanita cantik.

Sebab itu kadang-kala mereka terlupa tentang status mereka sebagai seorang suami. Nasib baiklah si isteri sanggup memaafkan suami ini dan menerimanya kembali.

Apapun, tiada insan yang sempurna, kan? Termasuklah para artis.

Tapi saya yakin, bukan mudah untuk memaafkan suami yang telah berlaku curang. Jika isteri itu memaafkannya suaminya, hargailah dia.

Dia sanggup mengorbankan rasa hati sendiri demi memberi peluang pada rumah tangga kalian.

Jangan dilakukan lagi kesalahan yang sama.

kredit:bukubiru

6 Perkara Pelik Di Dunia Yang Berlaku Hanya Di Asia

Orang di Asia terkenal dengan sifat ramah dan kemesraan mereka, namun disebalik sifat-sifat baik mereka ini, terdapat sisi gelap yang memerlukan perhatian.

Secara keseluruhannya, terdapat 48 buah negara terletak diOrang di Asia terkenal dengan sifat ramah dan kemesraan mereka, namun disebalik sifat-sifat baik mereka ini, terdapat sisi gelap yang memerlukan perhatian.

Secara keseluruhannya, terdapat 48 buah negara terletak di Asia dengan jumlah penduduk mencecah 4.4 billion orang. Memandangkan terlampau padat dengan penduduk, maka, tidak hairanlah banyak perkara yang pelik-pelik yang hanya boleh dijumpai di Asia sahaja.

#1. Lebih baik anda tidak menjadi orang yang pertama berada di dalam lif ketika di Jepun.

Orang yang pertama memasuki lif akan secara automatik menjadi kapten lifi di mana anda bertanggungjawab untuk mengedalikan panel kawalan, menekan butang setiap kali orang masuk dan keluar lif.

#2. Jika anda tidak mempunyai kekasih anda boleh menyambut hari Anti-Valentine.

 

Setiap tanggal 14 April, hari Anti-Valentine akan disambut di Korea Selatan oleh orang-orang yang masih single dan tidak mempunyai kekasih. Mereka yang menyambut hari ini kebiasaanya akan memakan mee dengan sos hitam dan memakai baju hitam dan sering membuat lawak tentang kehidupan peribadi mereka.

#3. Di Vietnam, mereka membenci kucing.

Kebanyakkan orang tempatan di Vietnam takutkan kucing dan agak pelik jika seseorang itu membela kucing di rumahnya. Selain itu, kucing jugak sukar dilihat di jalanan.

#4. Pasangan di Jepun tidur di katil yang berasingan.

Selepas melahirkan anak, peranan wanita di Jepun berubah 360 darjah. Daripada katil pengantin, katil tersebut akan digantikan dengan katil kanak-kanak.

Ini merupakan sebuah perkara biasa bagi beberapa negara terutamanya jika mereka baru melahirkan bayi. Ibu di Jepun akan tidur bersama-sama dengan anak mereka sehingga anak mereka berusia 13 tahun.

#5. Tidak sopan untuk membelai kepala kanak-kanak di Thailand.

Orang Thailand percaya bahawa ada semangat yang hidup di atas kepala setiap orang. Maka, ianya tidak boleh diganggu oleh orang lain. Di Thailand juga kepala dianggap sebagai bahagian yang paling suci di dalam tubuh. Oleh itu, hanya ibu bapa sahaja yang dapat menyentuhnya.

#6. Kanak-kanak Jepun, Korea, dan Filipina bermain permainan yang luar biasa.

Jika ada sesiapa yang mengajak anda bermain Kancho ada perlu berfikir dua kali sebelum bersetuju. Berikut adalah peraturan ringkas permainan, seorang pemain meletakkan tangannya bersama-sama dengan jarinya dan cuba untuk mencucuk punggung sahabatnya.

Sumber : taikotai / penviral

“Siapa ek beliau ini lalu tol tak payah bayar?” – Padah muatnaik status kurang cerdik, wanita cantik ini teruk dikecam netizen

Nombor plat kenderaan Malaysia merupakan plat nombor yang perlu dipamerkan semua kenderaan bermotor yang didaftar di Malaysia. Pengeluaran plat lesen ini dikawal dan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Baru-baru ini, jadi tular di laman Facebook setelah status yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna telah teruk dikecam orang ramai, akibat kebodohan pengguna itu sendiri.

Status yang telah dimuatnaik oleh Mona Syamimi Mohd Samsuddin yang mempersoalkan mengapa sebuah kereta Proton Perdana bernombor pendaftaran Z8 dibenarkan melalui plaza tol tanpa perlu membuat sebarang bayaran.


Bodoh tu simpan sikit
Status Mona itu kemudian telah menjadi tular setelah mendapat perhatian ramai netizen. Rata-rata mereka terkejut dengan tahap pengetahuan am Mona yang rendah kerana tidak mengetahui siapakah pemilik kepada kenderaan bernombor pendaftaran Z8 itu.

Yang ni pulak apa?

Selain Mona, turut terdapat beberapa orang pengguna yang lain yang memang selama ini tidak mengetahui fungsi kenderaan bernombor pendaftaran Z ini.


Sila hadam ye kawan-kawan
Bagi mereka yang tidak mengetahui, nombor pendaftaraan kenderaan yang bermula daripada huruf Z adalah untuk kegunaan pihak tentera dan tidak boleh digunakan oleh orang awam, termasuklah anggota polis.

Untuk makluman semua, kenderaan rasmi ATM memang tak payah bayar tol.

Saya bagitahu supaya tak timbul fitnah. Bukan kereta rasmi untuk pangkat Jeneral saja yang tak perlu bayar tol, segala jenis kenderaan bermula Z. Kalau kalian kenal kereta perisai ACV 300 nama Adnan tu pun sekali la, memang tol dikecualikan.

Kang ada pula nampak saya naik kenderaan tentera bermula ZL, lepas tu viralkan sebab lalu tol tak bayar. Tak baik ya. Tanyalah elok-elok. Saya betulkan tanggapan tu.

ATM ni lah yang menjaga perairan, udara, sempadan negara. Kerana mereka inilah kita semua boleh tidur lena malam-malam. Hidup tenteram pun sebab ada mereka yang bertugas tak tentu masa. Kita tak nampak apa kerja mereka tapi tanpa mereka ni, huru hara kita.

Bersyukur lah Malaysia masih aman ya.

Awalan huruf plat

Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

A = Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan (Nota : D hanya diperuntukkan setelah Kelantan dan Terengganu berpisah daripada berkongsi plat T – Timur).
E = Sabah (sebelum tahun 1980-an)
EJ: Jesselton (sekarang Kota Kinabalu, sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = Putrajaya (mulai Jun 2016)[1]
G = Gagasan 1Malaysia
H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri)
HA : Perak
HB : Selangor
HC : Pahang
HD : Kelantan
HJ : Johor
HK : Kedah
HL : Labuan
HM : Melaka
HN : Negeri Sembilan
HP : Pulau Pinang
HQ : Sarawak
HS : Sabah
HT : Terengganu
HW : Kuala Lumpur
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman dan Betong
QC: Samarahan
QL: Limbang dan Lawas
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu dan Mukah
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah (ditukar daripada E)
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu (Nota: Sebelumnya berkongsi dengan Kelantan (daerah Timur))
V = Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)[1]
W = Kuala Lumpur (siri pertama)
Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Z: Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)
ZA – ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JZ & JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

Nombor Plat Khas

Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka
PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja
PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Kriss
Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Jaguh

BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, bermaksud Gagasan 1 Malaysia

1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ oleh kerajaan negeri Terengganu
GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
GP : Hanya dikeluarkan untuk kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Proton Group dan DRB-HICOM

SAS : Dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ke-40 dan hanya digunapakai oleh baginda sahaja
PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia
RIMAU : Hanya dikeluarkan sempena Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9

Sumber : Ohmymedia via Coretan Hati