Cara-Cara Mengenal Pasti Restoran Mamak Muslim Atau Tidak

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.
Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan “tuhan” mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.

Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan “aqidah” mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Jom kita lihat bagaimana nak kenal pasti restoran mamak muslim atau tidak:

1. Hari Deepavali sebegini adalah waktu paling sesuai untuk membezakan antara restoran mamak ori atau tidak. Restoran mamak tiruan semestinya akan bercuti di waktu-waktu sebegini. Cuma cara ini hanya boleh dibuat setahun sekali.

2. Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak. Restoran mamak Muslim akan ada masakan daging lembu. Jika mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.

Saya pernah test satu restoran “mamak”.

“Mamak, daging ada?”

“Kambing ada. Lembu tak ada”

“Kenapa lembu tak ada?”

Jika dia jawab tergagap-gagap, berhati-hati.

3. Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz “Assalamualaikum”. Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka. Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim.

4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat. Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak ada.

5. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya. Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.

Sumber: Kepoh kuat via Roti Pisang

5 Gambar Sebelum Dan Selepas Sesuatu Barang Biasa Ditukar Menjadi SENI

Amerika artis Tom Bob, pusing kota New York dan menukar barang barang biasa menjadi 1 seni yang amat menakjubkan! Beliau cuma guna barang barang yang selalu kita nampak di atas jalan raya. Kalau MALAYSIA buat macam ni, rasanya Bandaraya saman tak? Hahaha!!

Tom Bob Art

Tom Bob Art

Tom Bob Art

Street-art-tom-bob-new-york

Tom Bob Art

Sumber: boredpanda
Edited: lubokviral

KISAH EMAK MASUK NERAKA!!!

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya. “Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya.

“Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.” Balas gadis tadi.

“Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.”

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

“Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.”

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. “Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir… Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.

Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama”

Lalu dijawab oleh ayahnya. “Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia”

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.”

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh seperti sediakala. Lantas Rasullullah pun berkata “Wahai anakku, pulanglah… .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun..INSYAALLLAH.

sumber : pucukpaku.net

MasyaAllah! Gambar Rumah Nabi Muhammad SAW Yang Mungkin Kita Tidak Pernah Lihat

Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata;

“Saya masuk ke rumah Nabi Muhammad SAW, waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar.

 

Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan baju, lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis.

Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?” Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).”

Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”. Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.

Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah. Diatas adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita.

Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, “Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi)

Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, dimana tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.

Sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.

Runtuhan pintu masuk ke kamar Rasulullah SAW di rumah Sayyidah Khadijah AS

Runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah SAW dilahirkan.

Sisa runtuhan kamar Rasulullah SAW dan Sayyidah Khadijah as

 

Runtuhan mihrab tempat Rasulullah SAW bersolat.

Mihrab Rasullah SAW. Lokasi asalnya terletak di sebelah selatan Qubbah tempat turunnya wahyu

Bak air yang di gunakan Rasullalah SAW untuk berwudhu yang terdapat di rumah baginda

Masjid Imam Ali Al Uraidhi di Madinah yang telah dibongkar

Tempat pemakaman keluarga Nabi SAW

 

Makam Sayyidah Khadijah as (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut

Jikalau nak dibandingkan dengan rumah umat-umatnya sekaran. jauh berbeza sangat, dan kadang-kala rumah yang dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah miliki rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah.

Moga kita hidup dalam kesederhana, miliki rumah besar itu tak salah, tapi biar berpada-pada, kerana masih ada insan yang duduk dibawah jambatan, apakah anda pernah terfikir untuk membantu mereka.

Sumber : Taikotai.tv via lubokviral

Hajat Untuk Mendapatkan Anak Perempuan Tertunai Setelah Sekian Lama Tetapi.. Inilah Hadiah Terakhir Seorang Isteri Kerana…

BATU PAHAT: Seorang isteri di Taman Soga, di sini, sempat melahirkan satu-satunya anak perempuan yang sekian lama ditunggu sebelum menghembuskan nafas terakhir, awal pagi tadi.

Roslina Ariffin, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas kira-kira jam 2 pagi tadi, selepas melahirkan anak kelimanya, Nur Aishy Amanda, 19 hari lalu.

Empat lagi anak pasangan berkenaan adalah lelaki berusia antara 5-16 tahun.

Suami Allahyarham, Azrow Othman, 43, berkata dia tidak menyangka isterinya meninggalkan mereka selepas melahirkan anak bongsu.

Katanya, isterinya yang melahirkan anak bongsu menerusi pembedahan tiada penyakit atau sebarang masalah ketika mengandung.

“Namun kira-kira jam 11.45 malam tadi, isteri tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum pengsan. Saya membawa isteri ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), namun doktor mengesahkan isteri meninggal dunia jam 2 pagi.

“Saya tidak sangka isteri akan pergi selepas 19 hari melahirkan anak bongsu yang juga satu-satunya anak perempuan yang sudah kami nantikan sejak empat tahun lalu.

“Saya sendiri buntu dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan tanpa isteri di sisi,” katanya kepada BH ketika ditemui di rumahnya.

Azrow turut dilihat tidak mampu menahan kesedihannya apabila beberapa kali menangis ketika menceritakan kisah isterinya kepada wartawan BH.

Sementara itu, anak sulung arwah, Muhammad Aniq Azriel, 16, berkata mengikut perancangan ayah, arwah ibu serta adik beradiknya yang lain hendak menghantarnya pulang ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian hari ini.

“Namun tidak sangka ibu akan pergi meninggalkan kami adik-beradik termasuk Baby (Nur Aishy) dan tidak sempat menghantar saya ke MRSM seperti selalu, ” katanya.

Sumber: http://www.arenastar.net

HADIAHKAN KERETA SEMPENA HARI LAHIR, PENAMPILAN IBU SHUIB SEPAHTU JADI PERHATIAN RAMAI?

Beberapa hari yang lalu, pelawak terkenal, Shuib dalam laman Instagramnya ada memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dia, dan isterinya Siti Sarah bersama ibunya dengan sebuah kereta yang dihias indah belon.

Difahamkan Shuib menghadiahkan sebuah kereta berwarna putih itu kepada ibunya sempena hari jadi wanita berkenaan pada 8 Disember yang lalu.

Selain ucapan hari lahir buat wanita berkenaan, ternyata penampilan Sarah dan ibu Shuib menjadi perhatian netizen kenapa?

Rupanya rata-rata terkesima dengan penampilan ibu Shuib yang dikategorikan sebagai hipster, manakala Sarah pula menerima teguran berkaitan rupanya yang berbeza daripada imejnya di Instagram.

Gambar yang di muat naik dengan kapsyen “Happy belated birthday Mama…..Senyum lebor arini dia…” itu mendapat hampir 31K likes di Instagram.

Sumber – kisahdunia

Gadis Ini Tertidur Selama 13 Hari.Selepas Diperiksa Semua Orang Terkejut. Rupa-rupanya….

Menurut kajian sains waktu tidur yang diperlukan oleh seorang dewasa hanya antara 9-11 jam sehari.Manakala bagi remaja pula ia berkisar antara 11-13 jam sehari.Itu adalah jumlah waktu yang sihat dan ideal kepada manusia.

Namun apa yang berlaku kepada seorang gadis yang baru berusia 14 tahun ini adalah sesuatu yang luar biasa.Dia telah tertidur selama 13 hari 12 malam tanpa bangun-bangun.

Pada hari ke 13 dia tiba-tiba bangun namun hanya sebentar dan kemudian tertidur semula.Pada saaat dia bangun itu pun tiada apa reaksi daripada gadis yang dipanggil dengan nama Echa ini.Dia hanya hanya kaku tanpa sebarang reaksi atau pergerakan walaupun matanya terbuka seperti biasa.

Pelbagai cara telah diusahakan oleh bapanya untuk memulihkan keadaan Echa namun doktor sendiri masih belum dapat memastikan apakah jenis penyakit yang dihadapinya.

Doktor juga tidak pasti adakah itu sejenis sindrom yang dikenali sebagai Kleini-Levin yang mana indikasi penyakit itu hampir serupa.Itu semua masih dalam siasatan pihak hospital.

Secara fizikal tubuh Echa langsung tidak mempunyai sebarang masalah malah dia telah melalui CT Scan sebanyak dua kali dan hasilnya adalah normal.

Kini bapanya mahu mencuba pula perubatan secara tradisional dengan ayat-ayat Ruqyah untuk mencari penyelesaian kepada masalah anaknya ini.

Semoga Echa akan pulih seperti sediakala..Aminn.

Sumber : duniaharian

 

Gadis Ni Miliki Nama Paling Pendek. Satu Huruf Je

Kalau zaman sekarang ibu bapa berlumba nak letak nama anak panjang-panjang, tapi berlainan pula dengan pasangan ibu bapa di Yogjakarta ni.

Pelajar berusia 16 tahun ni miliki nama paling pendek apabila ibu bapanya memberikannya nama ‘N’ sahaja. Hanya hurut N yang ada dalam dokumen kelahiran gadis berasal dari Bantul, Yogjakarta ni. Hanya dia diberikan nama seringkas itu sedangkan kakak dan abangnya masing-masing miliki nama Puji Lestari dan abangnya, Jarot.

“Saya tidak tahu mengapa bapa saya hanya menamakan saya N.

“Ketika kali pertama mendaftar di sekolah, ramai yang hairan dengan nama saya ini tetapi lama kelamaan semuanya jadi seperti biasa,” katanya.

Bapa N, Wahyu Sih Nugroho, 51, memberitahu dia menamakan anaknya N kerana anaknya lahir pada bulan November.

“Saya memberi nama anak saya ini secara spontan dan kebetulan dia lahir pada bulan November, jadi saya namakannya sebagai N” Jelasnya

Sumber: Harian Metro

Kerana Terlalu Percayakan ‘HOUSEMATE’, Saya Rugi RM20,000 SEBAB…..

Kerana terlalu percayakan rakan serumah, seorang wanita mengalami kerugian RM20,000, sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Menurut mangsa, Nadia McWillson, dia langsung tidak menyangka rakan serumahnya itu sanggup menipu dan menyalahgunakan dokumen-dokumen peribadinya untuk membuat pembelian kereta terpakai.

Lebih teruk lagi, suspek juga telah mencuri empat balang berisi wang kertas RM5 yang dikumpulnya sejak tahun 2007 hingga kini yang berjumlah hampir RM4,000, digunakan oleh suspek untuk membayar bayaran pendahuluan pembeli kereta Perodua Axia.

Semoga kejadian yang menimpa mangsa menjadi pengajaran buat anda semua agar berhati-hati di masa akan datang dan tidak terlalu percaya pada orang di sekeliling.

TAHUN 2017, di mana saya kehilangan RM20,000 oleh kerana kawan. Ceritanya begini.

Saya ada kawan, kami kenal pada tahun 2010. We used to work together di salah satu agensi kerajaan. We knew each other, I thought pretty well. But sadly, no. Truely, no.

Yeah, kitorang pernah satu rumah selama enam tahun. Enam tahun, jumpa hampir setiap hari. So, isu kepercayaan memang tidak wujud langsung because you thought there was no problem, like at all sepanjang enam tahun duduk satu rumah.

Yes, aku tertipu. How she did it? She used my documentation! Dia gunakan MyKad saya, lesen memandu saya untuk beli kereta Perodua Axia dan kereta itu pun bukan dia yang guna tetapi tunang dia!

Yes! Dia beli kereta menggunakan nama saya dan kereta itu pula digunakan oleh tunang dia. Seriously saya tak tahu. Kantoi bila semalam ada seorang mamat datang ke rumah dan kata,

“You tak bayar kereta dah tujuh bulan!”

And I was like, damn no! Kereta saya, arwah abah saya dah habis bayar kot. Then saya cuba relaks dan berfikir. Siapa penama kedua kereta itu? Kereta jenis apa dan apa nombor pendaftaran kereta itu?

Happened to be, that guy said “Kereta Axia, JP*12*2.”
Itulah kereta yang tunang housemate saya gunakan. Saya tak sangka, dokumen saya digunakan oleh dia tanpa pengetahuan saya dan saya juga baru tahu betapa senangnya proses beli kereta secondhand. Saya pelik sebab saya langsung tiada di situ untuk tandatangan segala-galanya. Macam mana boleh terlepas?

Jadi, saya terus menghubungi housemate saya itu dan tanya dia apa yang berlaku. Kemudian barulah dia cakap perkara yang sebenar. Selain daripada dia mencuri salinan MyKad dan lesen memandu saya yang dia ambil sendiri dari fail di dalam bilik saya, dia juga mengaku menggunakan duit tabung saya untuk downpayment.

Yes, dia tahu saya jenis yang menabung duit kertas RM5, RM10 dan RM20. Jadi, duit note RM5 yang saya simpan dari tahun 2007 hingga 2017 ada lebih 15 balang semuanya, dia guna empat balang penuh duit tabung RM5 saya. Dan saya langsung tak perasan sebab saya fikir saya dah simpan kemas dan semuanya akan selamat. Malangnya tidak.

Bila saya tanya berapa jumlah duit yang ada dalam empat balang itu, it was almost RM4,000! Ya, hampir RM4,000!

Saya sedih sebab kawan saya sendiri buat begini. My own housemate. Dia kata dia terpaksa buat sebab dia dah nak kahwin dan tunangnya perlukan kereta untuk pergi kerja. Kalau tak ada kereta, tunang dia tak nak kerja.

Saya sedih, sangat-sangat sedih sebab saya ingatkan saya cuma hilang RM4,000. Tetapi sebenarnya saya rugi RM16,000 sebab saya baru dapat tahu sewa rumah saya bayar double. Kerana percaya, saya selama ini fikir sewa rumah RM1,600, tetapi sebenarnya cuma RM800.

Ya, cuba bayangkan duit sewa rumah RM800. Tapi dia cakap pada saya sewa rumah RM1,600. So kami bayar RM800 seorang. Ya, saya tertipu. Sumpah saya menangis sekarang.

Jadi, selama saya duduk berdua dengan dia sejak 2015, cuma saya seorang saja yang bayar duit sewa rumah. Secara teknikalnya, dia tak bayar langsung.

Ya Allah, saya murung, sakit hati, marah dan sedih. Saya mula duduk dengan dia sejak 2011. Saya tak tahulah dia tipu saya ke tak tentang sewa rumah sebab kami empat orang, bayar sewa pun RM250 seorang. Tetapi sejak 2015, saya mula duduk berdua dengan dia.

Saya ditipu. Apa yang saya patut buat guys? Saya dah ugut dia untuk buat laporan polis. Tetapi jauh di sudut hati saya masih ada rasa kasihan pada dia. Tetapi saya rugi RM20,000. Ya Allah, sepanjang malam saya menangis.

Thank you guys for the advises and DM. Just consulted with seorang lawyer ini and right now we are on our way to balai polis.

Saya rasa sedih sebab saya rasa tertipu oleh kawan baik saya sendiri. But yeah, she can also make me trouble. Ada chances saya bleh diisytiharkan muflis kalau tak bayar.

You all janganlah cakap saya bodoh. I was at the stage where I am still shock, sebab itu saya tanya apa yang saya patut buat. Sorry gais.

Sumber : doremipress.com

 

Kereta Mewah Roll Royce Berharga 2 Juta Milik Dato Aliff Syukri Di Sita..

Seperti yang kita tahu Dato Alif Syukri mempunyai sebuah kereta mewah roll royce yang berharga 2 Juta. Beliau sebelum ini ada mengeluarkan video kereta tersebut dan menawarkan kepada sesiapa sahaja untuk menyewanya dengan harga yang tertentu

Di ambang tahun baru 2018, seorang warga Australia menyewa kereta roll royce tersebut untuk bersiar-siar tetapi malangnya kantoi apabila JPJ melakukan sekatan Jalan raya di bangsar mengunakan LKM (roadtax) yang jauh lebih murah daripada yang sepatutnya

Harga roadtax Roll Royce untuk kegunaan di semenanjung Malaysia adalah lebih kurang 20k setahun tetapi roadtax yang digunakan oleh kereta tersebut cuma 5k iaitu roadtax negeri Sarawak. Pihak Jpj juga mengeluarkan saman keatas pengunaan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi.

“LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung,” kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman kepada wartawan akhbar tempatan.

Pemeriksaan JPJ melalui sistem jabatan itu mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama Datuk Aliff Syukri. Pasti kes ini akan tular dan trending pada tahun baru 2018 ini.