Subhanallah….Lihat Wajah Anak Kucing Ini…

KUCING ini, Bettie Bee, baru berusia 11 hari namun sudah menjadi bintang internet kerana memiliki dua muka dengan tiga mata, dua hidung dan dua mulut.

Lebih menakjubkan anak kucing ini masih hidup dan sihat selepas dilahirkan di Afrika Selatan pada 12 Disember lalu, bersama dua saudara kembarnya yang normal kerana kucing bermuka dua yang digelar ‘Janus’, biasanya tidak hidup lama.

Menurut laporan Daily Mail, pada awal kelahirannya doktor haiwan mencadangkan Bettie Bee dimatikan kerana menjangka ia tidak akan hidup lama namun seorang wanita yang berkemahiran menjaga kucing kurang upaya, mengambilnya untuk dipelihara.

“Bettie Bee hebat dan unik dan bersemangat kuat untuk terus hidup.

“Kita tidak sepatutnya mematikan anak kucing seperti ini, tidak sakit dan saya mahu memberinya peluang untuk terus hidup,” kata wanita itu.

Kedua-dua mulutnya bersambung ke perut menyebabkan Bettie Bee diberi makan menggunakan tiub melalui kedua-dua mulut itu setiap dua jam 30 minit.

“Setakat ini ia sihat dan membesar seperti anak kucing normal,” katanya.

Mata tengah anak kucing itu sudah terbuka namun dua lagi matanya masih tertutup.

Wanita terbabit mewujudkan Facebook untuk Bettie Bee, menyiarkan gambar serta video perkembang anak kucing berkenaan dan sudah mempunyai lebih 40,00 pengikut.

Masih terlalu awal untuk meramalkan masa depan Bettie Bee sebagai kucing Janus namun penjaganya berharap ia akan hidup lama seperti kucing Janus terkenal, Frankenlouie, yang hidup selama 15 tahun.

Sumber : hmetro

10 Pulau Tercantik Wajib Dijelajah Bagi Anda Yang Suka Melancong

Ramai yang suka melancong ke pulau kerana bentuk geografinya yang indah dan cantik. Pengunjung yang datang ke pulau-pulau selalunya suka akan pasir dan air lautnya kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pulau-pulau ini. Pemandangan di pulau-pulau sangat cantik sehingga anda boleh melupakan semua masalah yang ada.

10. Kauai, Hawaii

pantai hawaii kauai

Hawaii sangat terkenal dengan pulaunya dan Kauai merupakan sebahagian daripada pulau Hawaii. Di Kauia, anda boleh ke Taman Pantai Na Pali untuk mendaki bukit dan berkhemah sambil menikmati permandangan tropika yang cantik. Selain itu, Na Pali juga mempunyai air terjun bagi mereka yang mahu bermandi-manda.

9. Dalmatia, Croatia

pulau dalmatia pantai cantik

Pulau Dalmatia merupakan sebuah pulau yang terletak di Laut Adriatic di Eropah. Tarikan menarik di pulau ini termasuk Punta Rata iaitu pantai yang indah dengan air laut biru kristal. Tidak lengkap pantai jika anda tidak boleh bermandi-manda tapi bukan itu sahaja yang ada kerana di Punta Rata anda boleh bersiar-siar menaiki bot. Dalmatia terkenal dengan sejarahnya jadi anda boleh menyaksikan budayanya yang unik di pulau ini.

8. Bali, Indonesia

pantai bali indah dan bersejarah

Bali sangat terkenal buat negara-negara Asia kerana ini merupakan tempat utama percutian bagi pelancong di benua Asia. Antara tarikan utama di Bali ialah Tanah Lot iaitu sebuah pulau yang mempunyai permandangan laut indah ditambah lagi dengan kuil. Selain itu, pelancong juga gemar ke Gunung Batur kerana ia siap dengan pakej gunung berapi, tasik dan tapak pendakian dan perkhemahan yang menarik.

7. Cook Islands, New Zealand

pantai cook islands

Cook Islands merupakan sebuah pulau persendirian tetapi banyak berkait dengan negara New Zealand. Tarikan utama di pulau ini akan berlainan dengan pulau lain kerana di Pulau Palmerston dalam Cook Islands, anda boleh cuba untuk belayar di laut. Buat mereka yang bercadang untuk berbulan madu, boleh datang ke Pantai Aroa untuk menikmati layanan istimewa resort di pantai ini.

6. Santorini, Greece

pulau santorini permandangan indah

Pulau Santorini mempunyai kelainan berbanding pantai-pantai lain kerana ia mempunyai kampung bersejarah Akrotiri yang boleh dilawati oleh mereka yang meminati sejarah. Resort dan hotel menarik yang terletak di Imerovigli patut menjadi satu kemestian buat mereka yang gemar untuk mendaki. Jika anda berkesempatan untuk melawat pulai ini, jangan lepaskan peluang untuk ke menikmati permandangan daripada atas bukit di Santorini Caldera.

5. Seychelles, Kenya

seychelles pulau cantik

Jika anda sukakan penyu dan terumbu karang, pulau ini sesuai untuk anda. Taman Negara Marin Sainte Anne dipenuhi dengan penyu-penyu dan terumbu karang yang cantik. Buat mereka yang sukakan keindahan alam, Pulau Moyenne di Seychelles mempunyai kepelbagaian biodiversiti flora dan fauna untuk anda lawati. Tidak lengkap pulau jika anda tidak boleh bermandi manda dan Pulau Curieuse di Seychelles menawarkan peluang untuk anda melakukan aktiviti ini.

4. Palawan, Filipina

palawan pantai air jernih

Palawan mempunyai pelbagai tarikan termasuk sungai bawah tanah Puerto Princesa dipenuhi dengan pelancong-pelancong yang suka bermandi-manda, kayak dan macam-macam lagi. Selain itu, di Puerto Princesa, anda boleh melawati gua gelap dan Taman Negara Filipina. Percutian anda tidak akan lengkap tanpa melawati Taman Safari Calauit kerana anda boleh melihat dan bermain bersama haiwan-haiwan liar seperti zirafah dan zebra.

3. Bora Bora, Polynesia Perancis

bora bora pantai air laut biru kristal

Mereka yang meminati scuba diving patut datang ke pulau gunung berapi ini untuk mencuba menyelam ke dalam laut sambil menikmati keindahan hidupan akuatik. Selain itu, Bora-Bora juga terkenal dengan lagunnya kerana lagun di pulau ini mempunyai spesis kura-kura yang dilindungi oleh terumbu karang. Pantainya juga tidak kurang hebat juga dengan air laut biru kristal jika anda ingin bermandi-manda.

2. Maldives

maldives pulau keindahan

Maldives terkenal dengan pantai pasir putihnya dan laut air biru kristal oleh pelancong-pelancong di seluruh dunia. Terumbu karang di Maldives mendapat perhatian ramai pelancong ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti seperti menyelam dan snorkeling. Resort mewah di Maldives menambahkan lagi keindahan pengalaman percutian anda.

1. Pulau Mabul, Sabah

pulau mabul cantik

Mungkin ramai yang mahu ke luar negara untuk menjelajah pantai dan pulau yang menarik tapi tak ramai yang tahu negara kita juga mempunyai pantai yang cantik. Pulau Mabul yang terletak hanya 15 km dari Sipadan kaya dengan pemandangan indah dan air laut biru kristal yang cantik.

Ia juda berdekatan dengan Sipadan di mana anda boleh menikmati keindahan haiwan akuatik seperti baracuda selain dapat melihat penyu. Tidak lupa juga buat mereka yang meminati aktiviti snorkeling dan scuba diving kerana anda juga boleh mencuba aktiviti-aktiviti air di pulau ini.

sumber: Beautiful Islands

10 Haiwan termahal di dunia

Haiwan merupakan teman rapat bagi manusia. Terdapat pelbagai jenis haiwan peliharaan yang menjadi penggemar para pencinta haiwan. Malah, mereka sanggup menghabiskan ratusan malah ribuan ringgit semata-maata untuk menjaga dan menyediakan keselesaan yang cukup untuk haiwan peliharaan mereka. Namun, tahukah anda bahawa terdapat haiwan-haiwan yang unik yang menjadi kegemaran para pencinta haiwan? sudah tentu harga haiwan yang unik ini sangat mahal dan jarang dijumpai.

10. Chinese Crested Dog (RM22,000)

chinese crested dog memiliki bulu yang unik berbanding anjing yang lain

Anjing ini merupakan spesis anjing yang unik kerana ia merupakan sejenis baka anjing yang tidak berbulu. Anjing ini merupakan spesis anjing yang kecil dan memiliki purata berat sebanyak 4.5 sehingga 5.9 kilogram. Anjing ini hanya memiliki bulu pada bahagian muka dan kaki mereka sahaja. Seekor anjing dari spesis ini yang bernama Sam merupakan anjing dari kumpulan ini yang paling terkenal di dunia kerana ia telah memenangi anugerah anjing paling hodoh di dunia pada tahun 2003 sehingga 2005.

9. Toucan (RM43,000)

burung toucan memiliki paruh yang besar dan cantik

Toucan merupakan burung yang meiliki paruh yang besar serta menarik. Mereka memiliki badan yang kecil kaki yang pendek dan kuat. Majoriti toucan tidak menunjukkan daya tarikan seksual dalam warna mereka. Bulu mereka biasanya hitam, dengan tompok putih, kuning, dan merah. Disebabkan rupa burung ini yang sangat unik berbanding haiwan-haiwan yang lain, mereka merupakan burung yang paling dikenali di seluruh dunia.

8. De Brazza’s Monkey (RM47,000)

de brazza s monkeymemiliki perwatakan yang mencuit hati

debrazza dengan corak yang sangat menarik

De Brazza’s Monkey merupakan nama yang diberikan oleh seorang pengembara berbang sa Perancis kepada haiwan tersebut. De Brazza’s Monkey merupakan monyet yang sangat tua dan ia merupakan monyet yang termahal di dunia. Monyet ini merupakan sejenis monyet rawa yang sangat sukar dijumpai kerana mereka memiliki kemahiran untuk bersembunyi yang sangat hebat dan unik.

7. Palm Cockatoo (RM68,000)

palm cockatoo memiliki warna hitam yang sangat menarik

The Palm Cockatoo juga dikenali sebagai Goliath Cockatoo merupakan burung nuri yang bewarna kelabu kehitaman. Apa yang menarik tentang burung ini adalah, burung ini mempunyai tompokan bewarna merah di bahagian pipi mereka, dan ia akan berubah warna apabila haiwan ini teruja atau terkejut. Haiwan ini jarang dijumpai kerana mereka mempunyai kadar kelahiran yang sangat rendah iaitu mereka hanya bertelur sekali dalam setahun.

6. Stag Beetle (RM380,000)

stag beetle yang agak jarang ditemui

Sangat mengejutkan apabila serangga yang kecil ini berada di dalam senarai haiwan termahal di dunia. Hal ini demikian kerana, serangga ini bukanlah kumbang yang biasa kita temui. Stag Beetle mempunyai “rahang” bewarna merah yang menjadikannya kumbang yang unik berbanding kumbang-kumbang yang lain. Purata saiz mereka adalah sebesar 5cm, namun ada sesetengah spesis ini mampu membesar sehingga 12cm.

5. White Lion Cubs (RM600,000)

white lion cubs yang sangat comel

Singa ini bukanlah seperti spesis singa yang lain. White Lion Cubs merupakan singa yang sangat istimewa kerana bulu dan mata mereka bewarna putih seakan akan mereka diselaputi dengan salji. Haiwan ini memiliki bilangan yang sangat sedikit, dan dipercayai hanya terdapat lebih kurang 300 ekor yang maish hidup pada masa kini.

4. Sir Lancelot Encore (RM660,000)

sir lancelot encore

Tahukah anda bahawa ini merupakan anjing klon pertama di dunia dan ia telah menjadi anjing yang termahal di dunia? Edgar dan Nina merupakan pasangan yang mempunyai anjing yang terkenal di dunia iaitu Lancelot. Namun, pada tahun 2008, anjing tersebut telah mati akibat kanser. Oleh ahl yang demikian, pasangan tersebut telah memutuskan untuk mengklon DNA haiwan tersebut dan telah berjaya melahirkan Sir Lancelot Encore.

3. Tibet Mastiff (RM2,500,000)

tibet mastiff yang masih kecil

tibet mastiff bewarna hitam

Tibet Mastiff merupakan anjing yang mernarik dan paling mahal yang pernah dijual. Anjing ini merupakan baka anjing yang terbesar di dunia. Anjing ini amat jarang ditemui dan ia mempunyai pelbagai jenis warna seperti hitam, kelabu, coklat dan putih. Apa yang menarik tentang anjing ini adalah haiawan ini tidak mempunyai bau yang busuk tetapi ia mempunyai bau yang agak menyenangkan dan ia sesuai dijadikan haiwan peliharaan dan penjaga kawasan rumah anda.

2. Missy (RM5,100,000)

missy lembu yang sangat terkenal satu ketika dahulu

Missy merupakan seekor lembu termahal di dunia. Lembu ini telah menjadi lembu termahal kerana keupayaannya menghasilkan susu 2 kali ganda lebih cepat berbanding lembu-lembu biasa yang lain. Missy telah memenangi kesemua pertandingan mengeluarkan susu yang disertainya. Pada 11 November 2009, Missy telah dijual dengan harga 1.2 juta USD (RM5,100,000).

1. Green monkey horse (RM68,000,000)

green monkey horse merupakan haiwan termahal di dunia

Green Monkey merupakan sejenis kuda lumba yang terkenal sekitar tahun 2006. Pada Januari tahun 2006, pemilik Green Monkey telah menjual kuda tersebut dengan harga 16 juta USD (RM68juta). Haiwan ini merupakan kuda kegemaran bagi kaki judi yang bertaruh di dalam perlumbaan kuda. Pada 12 Februari 2008, Green Monkey telah berhenti berlumba dan pemiliknya menjaga dan memelihara haiwan tersebut dengan baik.

Sumber rujukan :

jagranjosh.com

successstory.com

HUKUM SOLAT JENAZAH

HUKUM SOLAT JENAZAH

Hukum Solat Jenazah adalah Fardhu Kifayah, bermaksud ianya wajib ke atas umat Islam asalkan ada yang melakukannya. Ini bermaksud, apabila sebahagian umat Islam telah melakukannya, maka kewajiban terhadap umat Islam yang lain pun turut gugur. Sebaliknya kalau tiada sesiapa yang melakukannya, maka semuanya akan berdosa.

Sabda Rasulullah SAW

Ertinya: “Sembahyangkanlah oleh kamu akan orang-orang yang mati dari kalangan kamu.”(Riwayat Ibn Majah)

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Salamah bin Al-Akwa’, katanya:

Ertinya: “Pada satu ketika kami sedang duduk dekat Nabi SAW ketika dibawa seorang jenazah, Baginda bersabda: Sembahyangkanlah sahabat kamu itu.”(Riwayat Bukhari)

Foto Kredit: new-muslims.info

SYARAT-SYARAT SOLAT JENAZAH

  1. Syarat-syarat Solat Jenazah serupa juga dengan syarat-syarat solat yang lain seperti menutup aurat, bersih badan dan pakaian daripada najis dan menghadap kiblat.
  1. Jenazah itu telah dimandikan dan dikafankan.
  2. Jenazah itu hendaklah diletakkan di hadapan jemaah (di sebelah kiblat) kecuali Solat Jenazah ghaib.

id=”attachment_29894″ class=”wp-caption alignnone”>

Foto Kredit: missionislam.com

Foto Kredit: missionislam.com

CARA SOLAT JENAZAH YANG LENGKAP BESERTA DOA & MAKSUDNYA

Cara solat jenazah yang lengkap adalah mudah. Ia terdiri daripada langkah berikut.

1. NIAT

Setiap orang yang ikut bersama solat jenazah, wajib berniat di dalam hatinya di permulaan takbir, bahawa ia melakukan solat jenazah kerana Allah.

Lafaz niatnya adalah seperti berikut:

niat-solat-jenazah-0

2. TAKBIR PERTAMA DIIKUTI BACAAN AL-FATIHAH

Angkat takbir pertama seperti solat biasa dan teruskan dengan bacaan Al-Fatihah.

3. TAKBIR KE-2 DIIKUTI SELAWAT

Membaca selawat ke atas Nabi SAW selepas takbir yang kedua.

Selawat itu adalah yang pendek dan ada pula yang panjang.

Selawat yang pendek ialah:

image003

“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda”

Selawat yang panjang dan sempurna dan yang lebih afdal ialah Selawat Ibrahimiah seperti berikut:

image005

“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi dan atas Keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberi
rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan limpahilah berkat atas Nabi Muhammad dan
para keluarganya, sebagaimana Engkau pernah memberikan berkat kepada Nabi Ibrahim dan para
keluarganya, di seluruh alam ini, sesungguhnya Engkau Yang Terpuji lagi Yang Maha Mulia”

4. TAKBIR KE-3 DIIKUTI DOA

Mendoakan jenazah ini dilakukan selepas takbir yang ketiga.

Doa yang pendek jika jenazah itu lelaki ialah:

image007

Doa yang pendek jika jenazah itu perempuan ialah:

image017

Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan
kesalahannya”

Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah seperti berikut.

Bagi jenazah lelaki:

image008

Bagi jenazah perempuan:

image018

Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya,
hormatilah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya, bersihkanlah dia dengan air salji
dan embun. Bersihkanlah dia daripada segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih daripada
segala kotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumah yang dahulu, dan
gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu, dan
peliharalah (hindarkanlah) dia daripada seksa kubur, dan azab api neraka.”

 

Jika jenazah itu kanak-kanak yang belum baligh, hendaklah ditambah doa tersebut di atas dengan doa yang di bawah.

Sekurang-kurangnya ialah:

image010

“Ya Allah, jadikanlah kematiannya pahala yang didahulukan, simpanan, dan pahala bagi kami.”

Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah

image012

“Ya Allah, jadikanlah dia sebagai simpanan pendahuluan bagi ayah bondanya dan sebagai taruhan
(amanah), kebajikan yang didahulukan, dan menjadi pengajaran serta syafaat bagi orang tuanya.
Dan beratkanlah timbangan kedua ibu bapanya, serta berikanlah kesabaran dalam hati kedua ibu.”

5. TAKBIR KE-4 DIIKUTI DOA

Selepas membaca doa ditakbir yang ketiga, hendaklah diiringi dengan takbir yang keempat pula dan membaca doa.

Doa ringkas bagi jenazah lelaki ialah:

image020

Doa ringkas bagi jenazah perempuan ialah:

image023

Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami (jangan engkau meluputkan kami akan pahalanya) dan janganlah engkau memberi fitnah sepeninggalannya, dan ampunilah kami dan dia.”

Doa yang panjang dan sempurna serta afdal ialah seperti berikut.

Bagi jenazah lelaki:

image021

Bagi jenazah perempuan:

image024

Maksudnya: “Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami, dan janganlah Engkau memberi fitnah sepanjang peninggalannya dan ampunilah kami dan dia, dan bagi saudara-saudara kami yang mendahului kami dengan iman, dan janganlah Engkau menjadi resah gelisah dalam hati kami dan bagi orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang”

6. MEMBERI SALAM

Memberi salam seperti dalam solat fardhu iaitu memalingkan muka ke kanan dan kiri, cuma dalam keadaan berdiri.

7. MEMBACA DOA SELEPAS SOLAT JENAZAH

Setelah selesai salam dan berakhirnya Solat Jenazah tadi, afdalnya diikuti dengan membaca doa pula.

Jika jenazah itu lelaki doanya ialah:

image026

 

Jika jenazah itu perempuan, doanya ialah:

image028

 

 

Jika jenazah itu kanak-kanak doanya ialah:

image029

 

Maksudnya:

“Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ, penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga.

Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan memohon syafaat kepada-Mu untuk si mati.

Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat!Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ. dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.”

 

Ringkasnya, cara solat jenazah boleh digambarkan dalam ilustrasi ini:

cara solat jenazah

PERKARA SUNAT DALAM SOLAT JENAZAH

Sunat menyembahyangkan jenazah sebagaimana yang berikut:

  1. Imam hendaklah berdiri bertentangan dengan kepala jenazah lelaki dan berdiri bertentangan dengan pinggang jenazah perempuan atau khunsa.
  1. Kepala jenazah lelaki hendaklah diletakkan di sebelah kiri imam. Kepala jenazah perempuan dan khunsa diletakkan di sebelah kanan imam. Menurut kebiasaannya kepala jenazah lelaki itu juga diletakkan di sebelah kanan imam.
  1. Hendaklah jenazah itu disembahyangkan di masjid.
  2. Makmum hendaklah berdiri berbaris tiga barisan (tiga saf).
  1. Mengangkat kedua belah tangan waktu mengucapkan takbir takbir yang empat dan meletakkan kedua tangan di atas pusat di bawah dada sebagaimana sembahyang-sembahyang yang lain.
  1. Membaca أَعُوْذُ بِاللَّهِ (A’uzubillah) sebelum membaca Al-Fatihah.
  2. Memperlahankan (tidak nyaring) semua bacaan walaupun di waktu malam.

cara solat jenazah

BANYAK HIKMAH SOLAT JENAZAH

Banyak kelebihan Solat Jenazah antaranya memberi penghormatan terakhir kepada jenazah, melahirkan rasa keinsafan, mengingatkan kita kepada kematian, dan memohon rahmat kepada jenazah.

Diharap dengan panduan dan cara solat jenazah ini, kita akan dapat menunaikan Solat Jenazah dengan sempurna.

Sumber :  siraplimau

 

Pejabat Islam Daerah Kuantan Jawab Isu Viral Video Sembelih Ayam Belakang Kedai

 

Baru-baru ini, viral di ruangan media sosial video penyembelihan ayam oleh orang bukan Islam. Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Cina melakukan penyembelihan di sebuah premis perniagaan di daerah Kuantan.

Mengambil maklum isu berkenaan, semalam pihak Pejabat Islam Daerah Kuantan tampil menegaskan beberapa fakta penting yang wajar diberikan perhatian.

Viral Cina sembelih ayam

Gusar ia akan mengeruhkan keadaan, pihak Pejabat Islam daerah terbabit tampil menjawab seruan orang ramai dengan memberikan penjelasan.

Premis bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia


Penandaan halal hanya setelah dperakui JAKIM/JAIN

Pengesahan hanya kepada syarikat pengeluar

Beli dengan merujuk kepada penandaan tertera

 

Rujuk pihak autoriti berikut jika ada kesulitan

Sumber: Facebook Speaker Lama, Facebook Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan

6 Petanda Bermula 100 Hari Sebelum Tibanya Sakaratul Maut. Mohon Sebarkan Untuk Kebaikan..

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

Related image

Tanda-Tanda Kematian Menurut Islam

Seratus Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka-mereka yg dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil.

Contohnya seperti daging sapi/kambing yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sadar dan berdetak di hatinya bahwa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Empat Puluh Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Asar. Bagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tujuh Hari Sebelum Hari Kematian

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

Tiga Hari Sebelum Hari Kematian

Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui/ dipahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian ujungnya akan berangsur-angsur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Satu Hari Sebelum Hari Kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Bersiap siaplah, hari itu pasti akan datang! Sudah siapkah bekal kita?

Wallahu a’lam

10 Tragedi Kapal Terbang Paling Dahsyat Dalam Sejarah Dunia

Pada tahun 2014, Malaysia dikejutkan dengan 2 insiden terburuk dalam sejarah penerbangan kita. Kehilangan pesawat MH370 dan insiden kapal terbang MH17 yang terhempas dalam perjalanan ke KLIA kerana ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia menjadi bualan seluruh dunia.

Tragedi pesawat terhempas adalah antara insiden yang paling mengerikan kerana peluang untuk anda terselamat adalah sangat tipis.

Statistik mencatatkan bahawa kadar untuk anda terselamat adalah 24% berdasarkan sumber yang penulis perolehi. Bencana terburuk ini disusun berdasarkan jumlah kematian penumpang pesawat.

10. American Airlines Flight 191

Tarikh: 25 Mei 1979

Jumlah Kematian: 273 orang

american airline flight 191

Kapal terbang jenis DC-10 ini meninggalkan lapangan terbang Chicago O’Hare pada petang Jumaat, namun selepas beberapa ketika enjin kiri tercabut daripada sayap dan menyebabkan pesawat udara ini terhempas ke darat hanya lebih kurang 2km daripada landasan pelepasan.

Kesemua 271 penumpang beserta krew terbunuh manakala dua orang di atas yang berada darat juga meninggal dunia akibat penghempasan pesawat tersebut. Bencana ini merupakan insiden penerbangan terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat.

9. Tentera Udara Iran Flight Ilyushun II-76

iranian air force ilyushun ii 76

Tarikh: 19 Februari 2003

Jumlah Kematian: 275 orang

Kemalangan ini berlaku disebabkan oleh cuaca buruk termasuk angin kencang dan kabus menurut laporan Tentera Udara Iran. Pesawat ini terhempas di Gunung Sirach berdekatan Kerman di Iran dan telah membunuh kesemua ahli “Revolutionary Guards” yang menaiki pesawat tersebut.

Rangkaian Keselamatan Penerbangan Iran mengklasifikasikan kemalangan ini sebagai Controlled Flight Into Terrain (CFIT) di mana juruterbang pesawat tersebut menghempaskan pesawat ke bumi secara tidak sengaja.

8. Iran Air Flight 655

iran air flight 1988

Tarikh: 3 Julai 1988

Jumlah kematian: 290 orang

Insiden ini tidak diklasifikasikan sebagai kemalangan kerana ia berlaku semasa Peperangan Iran-Iraq dan kemudiannya peperangan Gulf melibatkan tentera Amerika Syarikat, Iran, Iraq dan beberapa negara lain.

Kesilapan tentera USA menembak peluru berpandu udara tepat ke Pesawat Iran 655 telah membunuh kesemua penumpang yang tidak bersalah. Kerajaan USA menjelaskan bahawa tentera udara mereka menganggap pesawat tersebut merupakan pesawat pejuang F-14A Tomcat.

iran air flight 655

Pada tahun 1996, kerajaan USA dan Iran mencapai persetujuan di bawah Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk membayar wang pampasan sebanyak $213,103.45 bagi setiap seorang penumpang, bersamaan kira-kira £346,000 nilai hari ini.

Kerajaan USA hanya mengungkapan “rasa sedih kerana kehilangan nyawa” tetapi tidak mengeluarkan pernyataan mohon maaf secara formal.

7. Malaysia Airlines Flight MH17

mh17

Tarikh: 17 Julai 2014

Jumlah Kematian: 298 orang

Insiden yang sama berlaku seperti insiden No. 8 dalam senarai apabila pesawat Malaysia Airlines jenis Boeing 777-200 ditembak jatuh berdekatan sempadan Russia oleh peluru berpandu. Pesawat ini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam dan melalui kawasan penerbangan Ukrain.

Menurut maklumat yang dikeluarkan, kesemua 298 penumpang yang tidak bersalah ini terbunuh kerana sewaktu itu peperangan antara pemberontak pemisah dan kerajaan Ukrain sedang berlaku. Peperangan ini dikenali sebagai Peperangan Donbass

Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa pernah memberi amaran supaya mengelakkan laluan udara Ukrain kerana dikhuatiri perkara yang tidak diingini akan berlaku semasa melalui laluan tersebut.

6. Saudi Arabian Airlines Flight SV163

saudi arabian airlines flight 163

Tarikh: 19 Ogos 1980

Jumlah kematian: 301 orang

Kematian kesemua 301 penumpang yang menaiki pesawat jenis Lockheed L-1011 ini merupakan eksiden paling dashyat dalam sejarah penerbangan yang tidak melibatkan penghempasan atau perpecahan kapal terbang semasa penerbangan.

Pesawat ini berlepas daripada lapangan terbang Riyadh dalam perjalanan ke Jeddah kemudiannya berpatah balik beberapa minit kemudian dan mendarat secara kecemasan kerana berlakunya kebakaran dalam kapal terbang.

Namun, setelah pesawat ini mendarat, juruterbang tidak melakukan pemindahan kecemasan sebaliknya memandu kapal terbang tersebut ke lapangan terbang. Kemudian ia mengambil 23 minit untuk mengakses kapal terbang setelah enjin berhenti.

Ketika pintu pesawat dibuka, kesemua yang berada di atas kapal terbang telah terbunuh akibat daripada menyedut asap kebakaran. Paling menyedihkan, tiada sesiapa pun yang melakukan prosedur pemindahan keluar kecemasan.

10 tahun terburuk sejarah penerbangan:

statistik kemalangan kapal terbang

Sumber: Aviation Safe Network

Nota: casualties = mangsa

5. Air India Flight 182

air india flight 182

Tarikh: 23 Jun 1985

Jumlah Kematian: 329 orang

Insiden ini merupakan serangan keganasan terburuk melibatkan kapal terbang apabila pesawat jenis Boeing 747 terhempas di lembah pantai Ireland. Pesawat ini dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sahar di India dari Toronto, Kanada. Pengeboman berlaku di bahagian kargo oleh organisasi ekstremis Sikh iaitu Babbar Khalsa.

Dipercayai penumpang yang bertanggungjawab mengebomkan pesawat ini  ialah “M Singh” yang mengdaftar masuk penerbangan bersama satu bagasi mempunyai bom tetapi dia tidak menaiki pesawat tersebut.

Laporan siasatan menemui bahawa kegagalan proses sekuriti di Kanada menyebabkan serangan pengganas ini berjaya dilaksanakan. Beberapa hari memorial diwujudkan bagi memperingati kesemua yang terkorban di Kanada dan Ireland.

4. Turkish Airlines Flight 981

turkish airlines flight 981

Tarikh: 3 Mac 1974

Jumlah Kematian: 346 orang

Kelemahan dalam reka bentuk kapal terbang jenis Douglas DC-10 membawa padah apabila kesemua 355 penumpang dan 11 krew terkorban apabila pesawat ini terhempas di Hutan Ermenonville di utara Paris.

Kapal terbang ini berlepas dari Lapangan Terbang Orly di Paris dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Heathrow, London. Perjalanan sebenar ialah dari Istanbul dan Paris hanya perjalanan transit.

Selepas 10 minit berlepas, pintu kargo kiri kapal terbang tercabut akibat daripada masalah bagaimana ruang pintu selak ditutup.

Disebabkan masalah mekanisma kunci bagi pintu ini, kapal terbang menghala ke darat dengan kelajuan 800 km/h setelah juruterbang hilang kawalan. Penghempasan ini merupakan insiden terburuk di Perancis dan kedua di Eropah.

3. Saudi Arabian Airlines Flight 769 & Kazakhstan Airlines Flight 1907

pelanggaran kapal terbang dahsyat

Tarikh: 12 November 1996

Jumlah Kematian: 349

Pelanggaran udara terburuk yang pernah berlaku melibatkan Pesawat Saudi 769 dan Pesawat 1907 – Kazakhstan Airlines di bandar Charkhi Dadri utara India.

Kapal terbang Saudi jenis Boeing 747 dalam perjalanan ke Dhahran dari Delhi manakala pesawat Kazakhstan Airlines jenis Ilyushin II-76 dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Indira dari Shymkent. Pelanggaran ini membunuh 312 orang di atas pesawat dan kemudiannya 37 lain turut terbunuh.

Kemalangan ini berlaku apabila pesawat Ilyushin sepatutnya mendarat sehingga 15,000 kaki tetapi ia melebihi had ke 14,500 kaki manakala Boeing 747 dalam perjalanan ke arah atas di arah yang berlawanan. Ketika pengawal trafik udara memberi amaran kepada kedua-dua kapal terbang, ia sudah terlambat.

Ekor kapal terbang Kazakhstan memotong sayap pesawat Saudi menyebabkan pesawat Saudi berpusing dengan sangat laju manakala Ilyushin bergerak sedikit perlahan berbanding Boeing 747 tetapi masih cukup laju untuk menyebabkan juruterbang hilang kawalan untuk mendarat.

2. Japan Airlines Flight 123

Tarikh: 12 Ogos 1985

Jumlah Kematian: 520 orang

japan airlines flight 123 36750

Pesawat Boeing 747 milik Japan Airlines terhempas ke Gunung Takamagahara di tengah-tengah Jepun. Apa yang lebih mengejutkan, 4 orang terselamat apabila pesawat ini berpusing tanpa kawalan menyebabkan sayap kapal terbang berlanggar rabung gunung (gambar A) sebelum terbalik dan mendarat pada belakang badan pesawat.

Juruterbang dapat mengawal kapal terbang dan terus memastikan pesawat berada di udara selama 32 minit selepas kegagalan mekanikal, masa yang tidak pernah menyamai simulator penerbangan.

japan airlines flight 123

Hari ini, terdapat kuil memorial di atas gunung tersebut bagi memperingati bencana yang berlaku selain terdapat muzium dibuka oleh syarikat penerbangan yang mempunyai nota atau surat terakhir yang ditulis oleh penumpang kepada orang tersayang.

Kesemua staf syarikat tersebut wajib pergi ke museum tersebut untuk melihat surat-surat ini. Kesemua yang terselamat adalah wanita dan berada di tengah-tengah barisan kapal terbang ketika kemalangan berlaku.

rabung gung

Gambar A : contoh rabung gunung

1. Bencana Lapangan Terbang Tenerife

Tarikh: 27 Mac 1977

Jumlah Kematian: 583 orang

tenerife airport crash

Berlainan dengan insiden no 3, pelanggaran ini berlaku di darat akibat kesilapan juruterbang. Kedua-dua pesawat merupakan pesawat Boeing 747,  satu milik Koninklijke Luchtvaart Maatschappij (KLM) atau lebih dikenali sebagai Royal Dutch Airlines manakala lagi satu milik Pan Am American Airways (Pan Am).

Tiada satu pun pesawat yang sepatutnya berada di Los Rodeos tetapi kedua-dua pesawat ini terpaksa bertukar haluan daripada Las Palmas setelah sebuah bom diletakkan di kedai bunga lapangan terbang tersebut.

tenerife airport

sumber gambar: telegraph.co.uk

Pelanggaran berlaku apabila Pan Am sepatutnya melalui jalan keluar ketiga, (C3) tetapi juruterbang menyangkakan C4 sebagai C3 manakala pesawat KLM pula berlepas tanpa kebenaran yang sah.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila kabus tebal menghalang penglihatan pesawat Pan Am setelah dilihat KLM 747 keluar dari kabus. Kesemua penumpang dan krew KLM terbunuh manakala 7 daripada 16 krew dan 54 daripada 380 penumpang Pan Am terselamat.

Al-Fatihah

mh370 36762

Sekalung peringatan buat mangsa MH370 yang hilang bersama-sama pesawatnya.

Tarikh: 8 Mac 2014

Jumlah Kehilangan: 239

Sumber: iluminasi.com

Sejarah 7-ELEVEN: Dari Pembekal Blok Ais Kepada Rangkaian Kedai Runcit Dunia

 

Di sebalik kejayaan rangkaian kedai runcit 7-Eleven, ramai tidak tahu bagaimana syarikat ini bermula, siapa pemilik sebenar syarikat berkenaan, serta cabaran-cabaran yang dihadapi.

Semoga perkongsian artikel kali ini memberi manfaat untuk anda semua.

Sejarah Awal Penubuhan

southland ice co di dallas amerika syarikat

Sumber Foto: parkcitiespeople.com

totem nama awal 7 eleven

Sumber Foto: tshaonline.org

Sekitar tahun 1927, beberapa syarikat yang menjual blok ais telah bergabung membentuk Southland Ice Company di Dallas, Pada waktu tersebut, peti ais masih belum tercipta, dan blok ais diperlukan bagi menjaga kualiti bahan mentah makanan seperti daging dan sebagainya.

Selepas bergabung, syarikat induk ini mula menjual barangan makanan, dan seterusnya mereka mula terlibat dalam bidang peruncitan.

Antara strategi awal perniagaan mereka adalah meletakkan tiang Totem di sebahagian daripada kedai mereka bagi mencuri tumpuan orang ramai untuk berbelanja di sana. Ketika itu, nama 7-Eleven masih belum wujud. Kedai mereka dinamakan sebagai Tote’m.

pengasas 7 eleven joe c thompson sr

Sumber Foto: successstory.com

Joe C. Thompson, Sr. menjadi presiden Southland Ice pada tahun 1931, menjadi orang penting dalam penubuhan 7-Eleven. Ketika krisis ekonomi Great Depression (1929-1941) di AS, syarikat berkenaan hampir-hampir menjadi bankrap.

Pada tahun 1933, Southland Iceland memberi lebih fokus kepada penjualan makanan dan minuman selepas pemansuhan larangan menjual minuman alkohol di negara tersebut.

Pada tahun 1946, barulah kedai runcit ini mendapat namanya iaitu 7-Eleven. Nama tersebut diberi bagi menarik perhatian orang ramai dan sebagai pengumuman waktu perniagaan yang lebih panjang iaitu daripada 7 pagi sehinggalah 11 malam, 7 hari seminggu.

7-Eleven Mula Berkembang

kedai 7 eleven di picnicville usa

Sumber Foto: successstory.com

Sekitar hujung lewat tahun 1950an, Southland Ice mula mengembangkan perniagaan peruncitan di luar Texas dengan membuka kedai 7-Eleven di  East Coast.

Anak Joe Thompon Sr. iaitu Joseph P. Thompson yang menjadi presiden Southland Ice pada tahun 1961 terus mengembangkan operasi perniagaan ke seluruh AS setelah pengambilalihan.

Bermula tahun 1963, sesetengah outlet dibuka 24 jam setiap hari, dan setahun berikutnya, syarikat tersebut mula membuka menggunakan konsep kedai secara francais.

Pada tahun 1973, Southland Ice memberi lesen kepada sekutu Jepun mereka, dan sehingga tahun 1974, terdapat lebih kurang 5000 outlet di seluruh dunia.

Syarikat ini seterusnya mula menjual segala jenis barangan yang tidak terhad kepada makanan dan minuman sahaja.

Selain peruncitan, Southland Ice mula terlibat dalam perniagaan lain. Antara langkah awal ke arah itu termasuklah melalui pembelian Chief Auto Parts pada tahun 1978.

Kebanyakan outlet 7-Eleven beroperasi sebagai stesen minyak. Pada tahun 1983, Southland Ice telah membeli CITGO Petroleum bagi mendapatkan bekalan minyak sendiri. 3 tahun kemudian, syarikat berkenaan menjual 50% sahamnya.

Cabaran-Cabaran Yang Terpaksa Ditempuhi 7-Eleven

7 eleven sekitar tahun 1980an

Sumber Foto: storeholidayhours.com

Sekitar tahun 1980an, Samuel Belzberg seorang financier telah mengancam untuk mengambil alih ekonomi Southland. Sebagai respon, keluarga Thompson telah menswastakan syarikat mereka pada Disember 1987.

Kebanyakan anak syarikat termasuklah Chief Auto Parts terpaksa dijual bagi membayar hutang yang banyak disebabkan pembelian semula saham. Tindakan tersebut tidak mampu untuk menstabilkan Southland Ice.

Syarikat berkenaan hampir bankrap untuk kali kedua pada tahun 1990, tahun yang sama mereka bertindak untuk menjual baki 50% saham di CITGO.

Pemilikan 7-Eleven Oleh Syarikat Jepun

ito yokado co pemilik 7 eleven sekarang syarikat jepun

Sumber Foto: resources.matcha-jp.com

Tahun berikutnya, 70% daripada sahamnya telah dibeli oleh 2 buah syarikat peruncit Jepun iaitu Ito-Yokado Co. dan Seven-Eleven Japan, syarikat yang diberi lesen sebelum ini.

Pada tahun 1999, Southland menamakan semula syarikat mereka kepada 7-Eleven, Inc.. Terus berkembang, syarikat berkenaan telah membuka outlet ke 25,000 pada tahun 2003.

Pada November 2005, syarikat tersebut menjadi sebuah anak syarikat dimiliki penuh oleh Seven & i Holdings, sebuah syarikat peruncit yang ditubuhkan beberapa bulan sebelumnya oleh Ito-Yokado.

Fakta Menarik Tentang 7-Eleven

slurpee antara produk keluaran 7 eleven

Sumber Foto: delish.com

Syarikat ini memiliki lebih daripada 60,000 rangkaian kedai, kebanyakkanya di Amerika Utara dan Asia. Tipikal outlet 7-Eleven adalah kecil dari segi saiz, dan mempunyai stok makanan, minuman dan lain-lain produk yang terhad.

Pada tahun 1966, 7-Eleven telah memperkenalkan produk signature mereka iaitu minuman ais Slurpee. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah Slurpee, sila KLIK SINI.

Rujukan:

  1. successstory.com
  2. britannica.com

Tidak Dapat Curi duit tabung Masjid.. Dibakarnya Buku- Buku Agama…

Bakar buku agama berang tak dapat duit

JOHOR BAHRU 26 Dis. – Gara-gara berang tidak dapat mencuri duit tabung, suspek yang menceroboh masuk ke Surau Al-Hidayah, Jalan Pertanian, Taman Universiti bertindak membakar buku agama di luar surau tersebut, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi, suspek bertindak menyelongkar barangan yang terdapat dalam surau berkenaan sebelum melarikan sebuah kipas duduk yang didapati sudah hilang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Beh Eng Lai berkata, kejadian disedari oleh seorang lelaki berusia 45 tahun ketika melalui surau berkenaan pada pukul 2.10 pagi dan ternampak pintu pagar dan gril surau terbuka.

Katanya, pengadu kembali ke surau berkenaan dengan seorang rakan untuk membuat pemeriksaan lalu mendapati sebuah kipas duduk hilang selain terlihat barang-barang seperti al-Quran dan buku Yasin berselerak serta rak dan jam besar dialihkan dari tempat asal.

“Barang-barang dalam stor seperti lampu, penyedut hampagas, al-Quran, Yasin, sejadah dan kabel elektrik telah diselongkar manakala ada beberapa cebisan kertas dipercayai buku agama ditemukan dibakar berhampiran laluan ke bilik air surau.

“Pemeriksaan dijalankan dapati tiada sebarang kesan umpil pada bahagian pintu masuk dalam surau dan hanya terdapat kesan umpil pada tabung surau. Usaha mengesan cap jari suspek di surau yang tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) tidak menemukan sebarang kesan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Eng Lai berkata, suspek dipercayai membakar buku agama berkenaan kerana berang tidak dapat mencuri duit tabung yang disimpan di dalam peti besi.

“Setakat ini belum ada tangkapan dilakukan dan usaha mengesan dan menangkap penjenayah yang terlibat sedang dipergiatkan,” katanya.

Sumber :UTUSAN

Benarkah Nabi Muhammad Pernah Menyebut Orang Indonesia Termasuk Umat yang Paling Dicintainya? Inilah Kisahnya

Kabar gembira teruntuk umat Nabi Muhammad SAW di Indonesia. Pada Sabtu malam Ahad kemarin (15/3/2014) dalam acara rutin Majelis Riyadhul Jannah bertempat di Kampus UIN Maulana Malik Ibrahim Malang yang dihadiri puluhan ribu muslimin, KH Muhyiddin Abdul Qadir al-Manafi, Pengasuh Pondok Pesantren Asy-Syifaa wal Mahmuudiyah Sumedang melakukan klarifikasi atas beredarnya berita yang menyatakan “Umat Islam Indonesia adalah umat yang sangat dicintai Nabi Muhammad SAW”.

Di beberapa media Islam ahlussunnah telah ramai tersebar sebuah kisah perjumpaan seorang ulama dengan Rasulullah SAW di Madinah. Ulama tersebut mengatakan bahwa Rasulullah SAW sangat mencintai Bangsa Indonesia karena mereka adalah umatnya yang sangat mencintainya yakni mencintai Rasulullah SAW. KH Muhyiddin Abdul Qadir al-Manafi menegaskan akan kebenaran kisah tersebut, tetapi ulama yang berjumpa Nabi SAW tersebut bukanlah Prof. DR. al-Muhaddits as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki melainkan gurunya.

KH Muhyiddin Abdul Qadir al-Manafi pun menceritakan bahwa kejadian ini terjadi beberapa tahun yang lalu ketika beliau bertemu dengan ulama-ulama besar di pinggir makam Rasulullah SAW. Saat itu ada seorang ulama, salah satu Guru Mursyid Thariqah yang bernama Al ‘Allamah Al ‘Arifbillah Syaikh Utsman melihat KH Muhyiddin Abdul Qadir al-Manafi dan bertanya tentang nama dan asal usulnya. Setelah Syaikh Utsman tahu beliau berasal dari Indonesia, Syaikh Utsman ini lalu menceritakan sebuah rahasia yang belum pernah dibuka kepada siapapun dan ini adalah sebuah berita kabar gembira bagi umat Islam di Indonesia.

Syaikh Utsman mengatakan dulu beliau bersama gurunya pernah berziarah ke makam Nabi Muhammad SAW. Guru Syaikh Utsman yang dimaksud ini juga adalah guru yang sama dari gurunya Prof. DR. al-Muhaddits as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki. Ketika berziarah Guru Syaikh Utsman ini langsung masuk ke dalam makam Rasulullah SAW. Di sana, Guru Syaikh Utsman bertemu secara langsung dengan Rasulullah SAW secara nyata bukan mimpi dan beliau melihat lautan manusia di Hujrah Syarifah. Lautan manusia yang begitu sangat banyak terlihat sepanjang mata memandang. Lautan manusia yang tidak bisa terhitung jumlahnya dengan suku yang bermacam-macam dan bahasa yang bermacam-macam pula. Beliau lalu melirik ke suatu tempat ternyata terbentang luas tak terhitung di sana ada sekelompok orang yang wajahnya berbeda dengan wajah orang Timur Tengah atau Arab dan jumlahnya adalah terbanyak diantara sekian lautan manusia yang ada di Hujrah Syarifah.

Guru Syaikh Utsman pun kaget dan bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, siapakah mereka?”.
Rasulullah SAW menjawab, “Mereka adalah kekasih-kekasihku yang mencintaiku dari Indonesia”.
Subhanalloh, ini adalah kisah nyata yang diceritakan langsung oleh seorang ulama kepada KH Muhyiddin Abdul Qadir al-Manafi. Dan beliau mengklarifikasi atas kebenaran cerita ini saat menghadiri rutinan Majelis Riyadlul Jannah Malang. Dalam ceramah KH Muhyiddin Abdul Qadir al-Manafi yang lain di waktu yang berbeda disebutkan Guru Syaikh Utsman ini kemudian menangis terharu dan terkejut. Lalu beliau keluar dan bertanya kepada para jama’ah, “Mana orang Indonesia? Aku sangat cinta kepada Indonesia”.

Semoga ini menjadi kabar gembira bagi umat Islam di Indonesia dimanapun berada. Teruslah berjuang dan berdakwah agar umat Islam di Indonesia khususnya bisa terus dan terus mencintai Baginda Nabi Muhammad SAW.

VIDEO KH MUHYIDDIN ABDUL QADIR AL-MANAFI “RASULULLAH SAW MENCINTAI MUSLIM INDONESIA”

Dalam sebuah riwayat Hadist Qudsi dikisahkan.. Ketika itu Rasulullah SAW tengah duduk berkumpul bersama para sahabat. Di situ ada Abu Bakar, Umar, Utsman, Sayyidina Ali dan sahabat lainnya. Kemudian Rasulullah SAW bertanya : “Wahai sahabatku, tahukah kalian siapa hamba Allah yang paling mulia di sisi-Nya?”

Para sahabat terdiam. Lalu seorang sahabat berkata : “Para Malaikat, Rasulullah, merekalah yang mulia.” Lalu Rasulullah menjawab : “Ya, para Malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah dan mereka sentiasa bertasbih dan beribadah kepada Allah, tentulah mereka mulia tapi bukan itu yang aku maksudkan.”

Lalu para sahabat kembali terdiam, tiba-tiba seorang sahabat kembali berkata :”Ya Rasulullah, tentu para nabi, merekalah yang mulia itu.”
Rasulullah tersenyum. Beliau berkata :”Ya, para Nabi itu mulia, mereka adalah utusan Allah di muka bumi. Bagaimana mungkin mereka tidak mulia, mereka itu mulia. Tapi ada lagi yang lain.”

Para sahabat terdiam. Lalu salah seorang sahabat berkata :”Apakah kami sahabatmu, ya Rasulullah? Apakah kami yang mulia itu?”
Rasulullah memandang wajah mereka semua satu persatu. Beliau tersenyum melihat para sahabat.
Lalu Beliau berkata :”Tentulah kalian mulia. Kalian dekat denganku. Kalian membantu perjuanganku, mana mungkin kalian tidak mulia. Tentulah kalian mulia, tetapi ada yang lain yang mulia.”

Para sahabat terdiam, mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi. Tiba-tiba, Rasulullah menundukkan wajahnya. Beliau menangis di hadapan para sahabat. Lalu para sahabat bertanya :”Mengapa engkau menangis ya Rasulullah?”

Rasulullah mengangkat wajahnya, terlihat bagaimana air mata berlinang membasahi pipi dan janggutnya. Lalu beliau berkata : “Wahai sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu? Mereka adalah manusia-manusia. Mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti. Mereka begitu mencintai Allah. Dan tahukah kalian, mereka itu tak pernah memandangku. Mereka tidak pernah melihat wajahku. Mereka hidup tidak dekat dengan aku seperti kalian. Tapi mereka begitu rindu kepadaku. Dan saksikanlah wahai para sahabatku semuanya, akupun rindu kepada mereka. Mereka yang mulia itu, mereka itulah ummatku.”

Kembalai Rasulullah SAW meneteskan air matanya. Dan para sahabatpun ikut menangis penuh haru.
SubhanAllah. Allahumma Shalli Wasallim ‘Ala Sayyidina Muhammad. Wa’ala Ali Sayyidina Muhammad.

Tak bosan-bosan kami mengajak untuk memperbanyak Shalawat kepada Nabi. Semoga kita semua termasuk golongan orang-orang yang dicintai dan dirindukan Rasulullah SAW.

Allahumma sholli ‘ala sayyidina Muhammad.

Silahkan share sebanyak-banyaknya informasi ini, agar semakin banyak orang yang tau dan semakin banyak orang yang cinta Rasulullah Sallalu Alaihi Wasallama

sumber : elhooda.net/