Kerana Cinta, Jutawan Sanggup Tinggal Kekayaan Dan Kemewahan Hidupnya

ZHENJIANG – CHINA. Yao Nanshan, 57, jutawan China sebelum ini tinggal di Sepanyol, namun kerana cintanya, dia meninggalkan kekayaan dan tinggal bersama isterinya yang hanya seorang petani di sebuah perkampungan Zhenjiang.
Kisah cinta kedua pasangan ini bermula ketika Yao melakukan kajian pada tahun 2013 di Yunhe, wilayah Zhenjiang.

Leka dengan pemandangan yang menakjubkan di perkampungan tersebut, dia bersama beberapa rakannya ketinggalan bas dan terpaksa bermalam di kampung itu.

Mereka terpaksa meminta simpati seorang petani untuk bermalam di sebuah rumah penduduk di situ, lapor NetEase.

Di situlah bermulanya perkenalan antara Yao dan isterinya, Liu Lijuan.

Yao tertarik dengan ketabahan ditunjukkan wanita itu yang terpaksa menangung anak perempuannya yang menghidap penyakit darah serta kehilangan suami akibat kanser perut.
Malah wanita itu juga terpaksa menanggung hutang yang banyak selepas terpaksa membayar perbelanjaan perubatan ketika merawat suaminya.
Yao bagaimanapun kembali semula ke kampung itu untuk meluahkan perasaanya terhadap Liu sebulan kemudian.

Pada mulanya wanita itu enggan menerima lelaki itu kerana tidak mahu menyusahkan lelaki berkenaan, namun kemudian bersetuju dengan lamaran lelaki itu.
Liu bagaimanapun tetap mahu tinggal di kampung itu dan cuba untuk membayar hutangnya dengan sendiri.
Kerana cinta dan sayangnya terhadap wanita itu, Yao akhirnya mengambil keputusan untuk menentap di kampung itu dan menyerahkan kesemua perniagaan kepada anaknya.

Sementara itu, anak lelaki itu pada mulanya menganggap ayahnya gila namun apabila melihat kegembiraan yang dikecapi lelaki itu menyebabkan mereka merestui perkahwinan tersebut.
Pasangan itu berkahwin pada 25 Disember tahun lalu dan turut membuka sebuah hotel untuk menampung perbelanjaan bagi membayar hutang wanita itu.

Sumber :sinar

Gambar Viral Binatang Di Seksa dengan KEJAM Oleh 2 orang Gadis Yang Buat Netizen BERANG !!!

 

Inilah Gambar Viral Binatang Di Seksa dengan KEJAM Oleh 2 orang Gadis Yang Buat Netizen BERANG !!!| Dua orang pelajar yang berasal dari Rusia telah menjadi perbincangan hangat di media sosial kerana memiliki hobi pelik iaitu membunuh haiwan seperti anak anjing dan kucing dengan cara yang sangat kejam.

 

Dua orang gadis Alina Orlova dan Aliona Savchenko (juga dikenali sebagai Kristina Konoplya di media sosial). Nampaknya kedua-dua pelajar kolej dari Khabarovsk, Rusia ini telah mengundang kemarahan orang ramai.

 

Di petik dari federations, kekejaman yang dilakukan dua gadis remaja ini sangat tidak patut di lakukan setelah tersebarnya satu gambar yang di viralkan mengenai anak anjing hitam yang tidak berdaya dipotong kemaluannya menggunakan pisau, tangannya di paku ke dinding manakala mulutnya di sumbat dengan kain kemudian organ dalamannya dikeluarkan tanpa belas ihsan.

Manakala gambar kedua, anak anjing itu telah di belasah dengan menggunakan tukul serta matanya di cucuk menggunakan paku dan digantung sebelum di tembak.

 

 

Menurut sumber, kedua-duanya melakukan penyeksaan ini hanya kerana suka-suka dan menganggapnya kelakar serta pada masa yang sama kedua-duanya akan memuat naik gambar-gambar penyeksaan itu di laman media sosial.

Selain itu kedua-duanya akan meminta kepada pengikut facebook bagaimana cara pembunuhan dan penyeksaan binatang seterusnya akan di lakukan.

Bagaimanapun kedua gadis berkenaan berjaya di tahan oleh pihak polis bandar Rusia Vladivostok ketika menunggu penerbangan dari Khabarovsk ke St Petersburg.

Katanya kedua-dua gadis ini telah membunuh beratus ekor anjing dan kucing dengan cara menyeksa mereka terlebih dahulu, orang ramai menyarankan agar kedua gadis remaja gila ini dihukum tanpa ragu-ragu, mereka berdua harus bertanggung jawab atas sakit kematian yang sangat kejam, katanya.

Sumber : gempakviral16

5 Mafia Antarabangsa Terkejam Di Dunia.. No 5 tu paling dahsyatt!!!

 

5 Mafia Antarabangsa Terkejam Di Dunia

Mafia bererti sebuah kumpulan penjenayah tersembunyi yang terlibat dalam organisasi keganasan yang tersebar di setiap negara. Mereka biasanya melebarkan pengaruh kawasan mereka dengan negara yang mereka kuasai dan anggotanya tersebar di dalam negara tersebut. Mereka juga bertujuan untuk memonopoli semua kegiatan jenayah berat seperti penjualan dadah, jual beli senjata api secara haram,pelacuran dan sebagainya.Entri kami kali ini akan menceritakan mengenai kumpulan mafia antarabangsa dan aktiviti mereka. Kumpulan mafia ini di susun berdasarkan pengaruhnya di dunia

1. Mafia Rusia

Mafia Rusia berpangkalan di Soviet Union (kini Persekutuan Republik Russia) mempunyai pengaruh yang sangat kuat di dunia. Ahli-ahli geng mafia ini antara 100,000 hingga 500,000 orang. Mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah di negara-negara lain seperti Israel, Hungary, Sepanyol, Kanada, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat, Rusia dan lain-lain. Ahli-ahli geng mafia sering menyusup masuk ke dalam Israel dan Jerman dengan menggunakan identitiYahudi dan Jerman. Salah satu aktiviti geng jenayah yang terbesar, seperti penjualan dadah dan senjata api yang menyalahi undang-undang, pengeboman, penyeludupan, tindakan tidak bermoral, penipuan di internet dansebagainya. Salah satu kaedah-kaedah dalam kumpulan samseng ini tidak pernah bekerjasama (tetapilebih tepat tidak suka) dengan kerajaan. Jika seorang ahli ditangkap, mereka akan dibunuh selepas dibebaskan.Tindakan kumpulan ini adalah untuk membuatkan rakyat takut kepada mereka seperti bertindak ganas, penjualan organ dan caj pembunuhan.

 

2. Sicily dan Amerika Cosa Nostra

Sicily dan Amerika Cosa Nostra termasuk kumpulan-kumpulan mafia baru didunia. Geng baru ini diasaskan pada abad ke-19 di Itali. Walaupun termasuk geng mafia yang baru, tetapi geng ini mempunyai keupayaan untuk merancangjenayah seperti aktiviti-aktiviti peras ugut, pengedaran dadah, penjualan senjata api yang menyalahi undang-undang dan pelbagai perbuatan jenayah lain. Bilangan ahli mereka dianggarkan sekitar 3500 hingga 4000 orang tambahan yang bukan ahli anggota asal. Ahli-ahli kumpulan ini biasanya akan memulakan jenayah bermula dengan upacara membunuh

 

3. Dadah kartel Colombia


Geng Mafia ini lebih tertumpu kepada pemerolehan dan penjualan dadah yang bertaburan di hampir seluruh dunia. Geng Mafia ini mempunyai banyak organisasi dan hubungan dengan ahli politik, tentera dan syarikat-syarikat besar. Syarikat-syarikat besar yang telah membantu kumpulan itu datang dari Cartel Cali Columbia, Cartel Medellin, dan Valle del Norte Cartel. Syarikat ini juga mempunyai pertalian di Amerika dan Columbia. Pengerusi mafia ini tidak akan sekali- kali menonjolkan dirinya

 

4. Triads Cina

Triads Cina adalah koleksi pelbagai organisasi jenayah yang tersebar di China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan negara-negara lain. Mereka juga aktif di New York, Los Angeles, Seattle dan San Francisco.Aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh kumpulan ini adalah seperti rompakan, pembunuh upahan, jualan dadah, peras ugut, rampasan, dan lain. Geng Mafia ini telah bermula pada abad ke-18 tetapi kali ini mereka dipanggil Tian Di Hui. Walaupun aktiviti-aktiviti mereka di rantau ini agak besar tetapi ahli mereka dianggar kan dari 500 hingga 3000 anggota. Mereka juga bertanggungjawab untuk pemalsuan wang yang berlaku di China.

 

5. Yakuza

Yakuza Jepun adalah satu jenayah kumpulan berasal sejak dari zaman feudal yang menggunakan ancaman dan pemerasan untuk mendapatkan pengaruh mereka. Asal-usulnya didapati dalam abad ke-17. Hilang jari kecil adalah tanda untuk memberitahu ahli-ahli kumpulan. Ia sering ditawarkan kepada pemimpin sebagai tindakan yang bertujuan untuk memujuk atau meminta maaf. Walaupun ada beberapa ahli ahli yang mempunyai tatu badan penuh. Iamempunyai 110,000 ahli aktif dalam kumpulan ini yang dari 2500 keluarga. Mereka yang terlibat dalam aktiviti perlindungan, mengimport pornografi dari Eropah dan Amerika, pelacuran dan pendatang tanpa izin.

 

Sumber : terbaikini  / Google

ADIK INI MENJADI VIRAL KERANA WAJAHNYA CANTIK DAN COMEL PERSIS ANAK PATUNG,WAH BIAR BETUL!!! (15 GAMBAR)

Lumrah dalam hidup, orang comel dan cantik ini memang ramai peminat. Seperti adik ini. Dia menjadi viral gara-gara mempunyai wajah yang sebiji macam anak patung.

 

Kulitnya putih dan licin, matanya bulat dan seluruh wajahnya nampak seperti bukan manusia biasa.

 

 

Rata-rata ramai yang terkejut dan ingat adik ini adalah anak patung yang biasa di jumpa mana-mana kedai pakaian.

 

Rata-rata ramai yang terkejut dan ingat adik ini adalah anak patung yang biasa di jumpa mana-mana kedai pakaian.

 

 

Namun begitu, dirinya yang comel itu di katakan oleh netizen cantik kerana make-up semata-mata.

 

 

Tidak di nafikan, kesan daripada make up yang dia lakukan pada wajah menampakkan dirinya seperti sebuah anak patung yang sangat indah.

 

Namun setelah dia menanggalkan kesemua make-upnya, wajahnya masih nampak bersih dan cantik dengan versi yang lebih berbeza.

 

Rata-rata ramai yang memuji adik ini ketika wajahnya tanpa solekan. Menurut anda?

 

Sumber:beritasteady

KEJAM!! Lelaki Ni Menyuruh Ibu Kandungnya Duduk Di Bonet Kereta Agar Anaknya Dapat Duduk Dengan Selesa Mencetuskan Kemarahan Ramai Netizen!!

Seorang lelaki dikecam netizen kerana mengarahkan ibunya yang berusia 60 tahun duduk di bahagian bonet kereta sepanjang perjalanan jauh.


Lelaki terbabit dilaporkan menyuruh ibu kandungnya duduk di bahagian belakang kereta agar anaknya boleh di kerusi tengah dengan selesa tanpa perlu mengerekotkan badannya.

Keluarga terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Wilayah Jiangxi ke Wilayah Hubei pada Rabu lalu. Mereka berhenti di check point pemeriksaan polis untuk pemeriksaan rutin.

Pemandunya, Encik Liu dan isterinya duduk di bahagian hadapan. Manakala anak lelaki mereka berbaring di tempat duduk belakang. Hasil pemeriksaan polis menemui seorang wanita warga emas duduk di bonet belakang.

Apabila ditanya, Liu memberitahu dia telah meminta ibunya duduk di bahagian bonet agar anaknya boleh berehat dengan betul dan selesa di tempat duduk belakang.

Atas dasar tidak selamat, polis mengarahkan ibu Liu keluar dari bonet kereta dan polis mengambil tindakan terhadap Liu.

Bagaimanapun, wanita itu cuba memujuk polis agar tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap anak lelakinya itu. Lagipun dia tiada masalah duduk di bahagian bonet belakang.

Apa yang menariknya, kereta yang dipandu oleh Liu itu juga sebenarnya dibeli oleh ibunya sendiri untuk Liu.

Gambar yang tersebar di laman sosial negara itu mencetuskan kemarahan netizen dan mengecam Liu sebagai anak derhaka.

“Anak yang kejam! Saya tidak pernah melayan ibu saya seperti itu,” kata Bing.

Sumber: Penmerah