KAKI BERNANAH DIDERA PENAGIH DADAH

KUALA TERENGGANU – Apa dosaku? Itulah mungkin pertanyaan yang ingin diluahkan oleh kanak-kanak berusia 7 tahun, dipercayai didera dengan begitu kejam sekali oleh bapa tirinya dalam kejadian di Taman Perumahan Gong Badak, di sini, kelmarin.

Kanak-kanak malang itu bukan sahaja dikurung bersendirian dalam tempoh beberapa hari tanpa diberi makan dan minum, malah lebih menyayat hati, seluruh tubuh kecilnya itu turut cedera dengan kesan cucuhan puntung rokok dan melecur di kaki sehingga bernanah.

Bagaimanapun, penderitaan anak sulung daripada tiga beradik itu berakhir jua selepas dia berjaya diselamatkan polis dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyerbu rumah sewa keluarga kanak-kanak tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, seorang pegawai JKM berusia 41 tahun telah menghubungi Balai Polis Gong Badak, kira-kira jam 4.30 petang memaklumkan kejadian malang yang menimpa kanak-kanak terbabit bagi mendapatkan bantuan untuk ke lokasi kejadian.

 

Manoharan berkata, sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, kanak-kanak malang itu didapati berada dalam keadaan yang amat lemah dengan kesan kecederaan di seluruh badan, dipercayai didera sebelum pemeriksaan lanjut turut menemui kesan bengkak di kedua-dua belah kaki mangsa dan melecur pada bahagian kaki sehingga bernanah serta dijangkiti kuman.

“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan calar di seluruh tubuh mangsa, lebam di mata dan di mulut serta terdapat kesan cucuhan puntung rokok pada perut mangsa.

“Selain didera dan dikurung, mangsa yang boleh bertutur dengan baik mengadu kelaparan selepas tidak diberi makan dan minum sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Siasatan awal mendapati mangsa didera dan dikurung bapa tirinya yang dikahwini ibunya berusia 29 tahun sejak 10 bulan lalu selepas kematian bapa kandung kira-kira dua tahun lalu.

“Kami difahamkan semasa mangsa diselamatkan, ibunya berada di HSNZ untuk mendapatkan rawatan tangannya yang patah, dipercayai akibat didera suspek,” katanya. Manoharan berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh dipercayai membawa isteri bersama dua lagi anak tirinya itu, masing-masing berusia 5 dan 2 tahun, lari dari HSNZ sebaik menyedari perbuatannya terbongkar.

“Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini berjaya ditahan di sebuah rumah di Rumah Awam Kos Rendah, Gong Badak, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

“Turut berjaya diselamatkan, dua lagi adik mangsa dan hasil pemeriksaan awal mendapati kedua-duanya mempunyai kesan dera dan dihantar ke HSNZ bagi pemeriksaan lanjut, sementara ibu mangsa juga dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Semasa ditahan, suspek dan juga ibu mangsa didapati positif dadah methamphetamine,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Kerana ‘Bob’, Keseluruhan Hidup Si Penagih Dadah Berubah

Siapa sangka dengan kehadiran seekor kucing biasa mampu mengubah hidup seseorang. Walaupun ianya hanyalah sekadar binatang peliharaan biasa,namun tiada siapa yang tahu mungkin ianya bakal membawa keajaiban dalam kehidupan kita seterusnya.

Mengisahkan cerita mengenai seorang pemuzik jalanan yang berubah kehidupannya setelah bertemu dengan seekor kucing. Kehidupan James Bowen mula berubah sepenuhnya setelah dia menolong seekor kucing jalanan yang tercedera di bahagian kaki. Kucing yang diberi nama Bob itu dibawa ke doktor haiwan dan setelah sembuh, Bob sentiasa mengekori James walau kemana beliau pergi. James merupakan seorang muzik jalanan dan Bob akan sentiasa menemani beliau bermain muzik sebagai sumber pendapatannya. Kehadiran Bob menyebabkan ramai yang tertarik untuk datang mengelilingi dan mendekati Bob dan pendapatan James dikatakan semakin meningkat.

 

Bukan itu sahaja, James juga merupakan seorang penagih dadah dan akhirnya insaf setelah Bob muncul ke dalam hidup beliau. Persahabatannya dengan Bob benar-benar mengubah kehidupan James. Bob merupakan sumber inspirasi dan motivasi bagi kehidupan James. James menganggap kewujudan Bob kononnya seperti malaikat yang turun dari langit baginya. James Bowen bersama kucing jalanannya Bob kini semakin dikenali oleh orang ramai, bahkan di seluruh sosial media rancak bercerita mengenai kisah James dan kucingnya.

 

Bukan itu sahaja, penjualan buku yang mengisahkan perjalanan hidupnya bersama Bob yang ditulis sendiri oleh beliau dikatakan sangat laris di pasaran hingga menjadi sebagai buku terbitan “Best Seller” dan terjual lebih dari 1 juta di Inggeris. Pihak media juga berpusu-pusu ingin menerbitkan rancangan khas buat James dan Bob. Kini, James Bowen dan Bob menjadi semakin kaya dan kejayaan yang beliau peroleh tidak sesekali membuatkan dirinya lupa daratan.

 

 

Sumber : harianblogger

Suami tak guna direman

LELAKI yang mencederakan isteri serta dua anak lelakinya dengan menggunakan pisau, kelmarin, direman empat hari, bermula hari ini.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Suzanna Mokhtar selepas dia dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin, di sini.

 

Suspek yang memakai baju lokap tiba di perkarangan mahkamah dengan diiringi polis pada 9 pagi sebelum keluar dari kamar mahkamah kira-kira dua jam kemudian.

Suspek direman bermula hari ini sehingga 16 Disember ini, bagi membolehkan siasatan ke atasnya dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

 

 

Portal Harian Metro semalam melaporkan, seorang lelaki ditahan di hadapan sebuah hotel di Jalan Gajah Behrang semalam, kerana didakwa melibas isteri dan dua anaknya menggunakan sebilah pisau sayur.

 

Dia yang positif dadah dikatakan berang dengan tindakan isterinya berleter kerana tidak bekerja dan menagih dadah.

 

Kejadian kira-kira 3 pagi itu mengakibatkan anaknya berusia lima tahun cedera di perut dan anaknya berusia tiga tahun menerima 13 jahitan akibat cedera di tengkuk serta kepala.

Manakala, isterinya pula menerima 17 jahitan selepas cedera di kedua-dua belah lutut, jari dan kepala.

 

Sumber :metro

Jual ‘air liur’ RM900K

Jual ‘air liur’ RM900K

AHLI perniagaan kerugian RM900,000 selepas diperdaya dua ‘bomoh air liur’ yang menawarkan rawatan memulihkan pukau di Padawan, sejak penghujung November lalu.

Lelaki berusia 60 tahun itu didatangi dua lelaki yang mendakwa dia dipukau oleh beberapa individu termasuk isterinya, dan ‘bomoh’ itu mempunyai kebolehan untuk merawatnya.

Terkejut dengan dakwaan itu menyebabkan mangsa bimbang dan meminta lelaki terbabit untuk merawatnya segera serta bersedia menuruti permintaan ‘bomoh’ berkenaan.

 

‘Bomoh’ terbabit juga sengaja menakutkan dengan mendakwa mangsa bakal berdepan dengan pelbagai musibah sekiranya tidak dirawat segera, tanpa mangsa sedari sebenarnya dia dipukau suspek.

 

Melihat mangsa bersungguh-sungguh untuk dirawat menyebabkan suspek mengambil peluang dengan meminta sejumlah wang yang diberikan secara berperingkat sehingga mencecah RM900,000 secara tunai kepada mereka hasil penjualan aset seperti kenderaan, tanah dan rumah.

 

Selepas mangsa menyerahkan wang berkenaan secara berperingkat, namun tiada sebarang perubahan, ahli perniagaan itu akhirnya sedar dirinya menjadi mangsa penipuan.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada ahli perniagaan itu, Jumaat lalu.

 

Menurutnya, mangsa mula sangsi dengan tujuan suspek untuk mengubatinya selepas menyedari wang yang diserahkan sudah mencecah RM900,000, namun tiada sebarang perubahan yang dialaminya.

“Mangsa juga yakin dia hanya digunakan untuk mendapatkan wang mudah dengan pelbagai alasan sehingga sanggup mengancam nyawanya dan isteri jika permintaan suspek tidak diendahkan,” katanya di Kuching, hari ini.

Mustafa Kamal berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan polis 8 Disember lalu untuk tindakan selanjutnya daripada pihak berkuasa bagi mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian ini.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diperoleh, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan sudah mengenal pasti suspek dan tindakan lanjut sedang dijalankan bagi menahan mereka dalam masa terdekat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu dan orang ramai diminta lebih berhati-hati dan tidak sewenangnya menyerahkan wang dalam jumlah yang banyak kepada individu yang tidak dikenali,” katanya.

 

Sumber : hmetro

InfoTerkini!!! Keadaan Pasaran Harga Minyak Hari Ini!!!

HARGA runcit bagi petrol RON95, RON97 masing-masing turun empat sen dan lima sen manakala diesel turun satu sen bermula 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 turun empat sen daripada RM2.29 kepada RM2.25 seliter manakala RON97 turun lima sen daripada RM2.57 kepada RM2.52 seliter.

Sementara itu, diesel turun satu sen daripada RM2.21 kepada RM2.20 seliter.

Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 14 Disember hingga 20 Disember 2017.

 

 

Sumber :  Metro

[FOTO& VIDEO] Lebih 1.5juta Tontonan Di Youtube, Siapakah Polis Cantik Yang Viral Ini?

Baru-baru ini viral di media sosial seorang polis cantik menyanyikan lagu ‘Menahan Rindu’ daripada Wany Hasrita. Video tersebut mendapat lebih kurang 1.5juta tontonan di Youtube! Selain daripada suaranya yang sedap, raut wajahnya yang comel itu juga berjaya buat ramai orang cair.

Jadi, siapa polis cun yang menjadi tumpuan netizen ini sebenarnya? Disini kami kongsikan beberapa keping foto cun cik polis ini.

Video yang viral di Youtube

Dimuatnaik pada September lalu, video nyanyian daripada Wany ini mendapat lebih 1.5juta tontonan. Memang ramai betul yang memuji suara Wany yang lunak merdu ini. Dahlah muka comel, pandai nyanyi pula tu kan?

Comelnya Cik Polis ni!

 

 

Buat pengetahuan korang, Wany merupakan seorang polis dalam cawangan pancaragam muzik. Mempunyai lebih kurang 65k pengikut di instagram, Wany diakui diminati ramai.

Lagi gambar Wany beruniform

 

 

 

Jika korang nak tengok banyak lagi gambar akak polis ni bolehlah ke akaun instagram beliau iaitu Soffwany Yusoff. Dekat situ juga Wany ada letak koleksi video nyanyian beliau tau. Selamat maju jaya diucapkan kepada Wany!

sumber : Soffwany Yusoff

Barangan Milik Jutawan Kosmetik Datuk Aliff Syukri diCuri Ketika di Sepanyol.. Bertabahlah Datuk!!

PETALING JAYA: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman kerugian ratusan ribu ringgit selepas begnya dicuri ketika di Sepanyol bagi menjalani penggambaran video muziknya.

Beliau memaklumkan perkara berkenaan di akaun Instagramnya pada Selasa dengan memuat naik gambar seorang lelaki yang dilakar dengan bulatan merah.

Selain wang tunai, usahawan itu turut kehilangan kad kredit, kad pengenalan dan jam tangan mewah jenama Cartier.

“Ada sesiapa kenal mamat dalam bulatan merah ni? Ini adalah salah satu benda tragis yang berlaku semasa saya di Sepanyol.

“Dia ‘rembat’ beg sandang Salvatore Ferragamo semasa saya tengah leka berlatih, jadi lesaplah wang tunai yang saya bawa berjumlah 4,000 euro (RM19,151), kad kredit, IC (kad pengenalan) jam cartier bernilai kira-kira RM100,000,” katanya.

Gambar individu dalam bulatan merah dipercayai mencuri beg sandang kepunyaan Aliff di Sepanyol.

Bagaimanapun Aliff tidak menyatakan secara terperinci mengenai waktu dan lokasi kecurian, tetapi difahamkan beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Tambah Aliff, beliau terpaksa meneruskan hari-hari terakhirnya demi menyiapkan penggambaran video muzik bertajuk ‘Abang Nak Tegur’.

Penggambaran video muzik di Sepanyol baru-baru ini turut disertai usahawan kosmetik, Nur Sajat yang turut menyanyi dalam lagu tersebut.

“Tapi saya gigihkan juga demi nak siapkan MTV. Hanya Allah sahaja yang tahu dugaan saya yang tak dikongsikan,” katanya yang telah pulang ke tanah air.

Sumber: mstar.com.my

“Ude mampu beli jiwa saya dan anak, saya ikhlas cintakan dia, demikian hebatnya kuasa cinta” – Izreen Azminda

BERDENTAM-dentum guruh kemarahan terpanah kepadanya. Dia tidak jauh atau barangkali lebih ‘bersalah’ jika dibandingkan dengan penagih dadah atau si tanggang yang derhaka sekalipun, jika kita melihat kepada komen-komen yang menghentam dirinya ketika ini. Orang lain boleh berkata apa sahaja, tetapi pada akhirnya yang perlu melalui semua ini adalah dia sendiri. Izreen Azminda ketika ini barangkali dilihat sebagai pesa­lah, atas cubaan berkongsi kasih dengan suami orang selepas ikhlas mengaku sudah berkahwin dengan suami orang yang punya dua anak kecil. Pun begitu sebagai manusia dia sendiri tidak mampu untuk melawan takdir yang sudah tersurat.

Tidak pernah terdetik untuk berkahwin dengan suami orang atau hidup bermadu, dramatis popular ini sendiri pada awalnya pelik. Bagaimana dia boleh menjadi seberani itu dalam mempertahankan cintanya kepada lelaki pemilik nama penuh Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude itu. Awalnya, dia sendiri tidak punya jawapan yang kukuh.

“Ude mampu beli jiwa saya dan anak, saya ikhlas cintakan dia, demikian hebatnya kuasa cinta” – Izreen Azminda

“Kenapa dia? Kenapa Ude, suami orang yang dipilih? Saya sendiri tidak punya jawapan,” beritahunya kepada Pancaindera dalam cubaan mengawal perasaan.

“Cuma, orang kata apabila kita cinta, kita akan sanggup buat apa sahaja. Dan saya fikir kerana kesanggupan itulah saya memilih untuk menjadi isteri ke-duanya dalam usia kami yang masih muda. Betul sekali apa yang diperkatakan oleh isteri pertamanya (Intan Liana Salleh), Ude memang seorang yang bertanggungjawab.

“Dengan anak-anak, dengan keluarga semua, dia sangat ikhlas. Mungkin sikap baik Ude membuatkan saya tidak mampu untuk menolak takdir ini dan akhirnya memilih untuk hidup dengan seorang lelaki yang sudah pun mempunyai isteri sebelum ini. Demikian hebatnya kuasa cinta,” katanya.

Izreen pada Ahad lalu membuat pengakuan terbuka, dia sudah menjadi isteri kedua kepada pemuzik bebas itu se­men­jak 8 Ogos lalu dalam satu perkah­winan tertutup di Damansara.

Berwalikan bapanya sendiri, Mohammad Aznam Mohd Noor, hanya dengan sekali lafaz Izreen sah menjadi isteri Ude. Keputusan berkahwin ini dibuat setelah lebih tiga tahun bercerai dengan jurugambar Riza Baharuddin pada pertengahan 2014.

Dipecat sebagai duta?

Khabarnya, gara-gara kontroversi dirinya ketika ini, kontrak Izreen sebagai duta salah satu produk wangian, Meeracle Gemstone Beauty sedang berhadapan dengan masalah. Apakah benar, kontrak yang bakal tamat pada Januari 2018 itu tidak akan menyebelahi Izreen lagi selepas ini?

Bercakap soal itu, Izreen mengakui banyak hal membabitkan dirinya kini sedang dipertimbangkan semula. Malah, dia juga sedang mengatur langkah yang lebih baik untuk tahun 2018, sesuai dengan gelaran sebagai isteri yang digalas ketika ini.

“Saya sentiasa percaya, rezeki selepas berkahwin itu akan ada. Berkenaan produk Meeracle Gemstone itu, setakat ini kami tidak mempunyai sebarang masalah, malah masih berhubung dengan baik. Saya tetap menjalankan tugas saya sebagai duta produk itu dengan baik dan sepanjang yang saya tahu ia tidak menjejaskan pun. Hal peribadi saya tidak ada kena mengenal dengan tanggungjawab saya sebagai duta produk tersebut,” katanya.

Ude pandai ‘beli’ jiwa

Jika boleh diterjemahkan, dia memilih lelaki biasa-biasa seperti Ude kerana sifat bapa yang ada dalam diri lelaki yang muda tiga tahun berbanding dirinya itu.

“Benda pertama adalah, dia boleh beli jiwa saya dan anak saya. Saya dikenali sebagai artis yang bukan mengejar wang ringgit dan saya tak kisah akan soal itu. Pada saya, harta dan wang ringgit boleh sama-sama mencari, tetapi kasih sayang itu mahal harganya.

“Ude mampu membeli jiwa kami sehingga saya terbuka hati untuk kembali ada suami, setelah 3 tahun hidup bersendirian. Walaupun saya reda dengan takdir terpaksa berkongsi hidup dengan wanita lain, saya anggap ini akan pengorbanan untuk mempertahankan cinta kami juga.

“Saya sudah semakin reda dengan perkongsian ini dan walau muda, sifat kebapaan terserlah dalam diri dia. Itu buat kami sayang, suka sangat dengan dia dan setuju untuk berkahwin dengan dia walaupun tahu dia adalah suami orang dan sudah ada dua anak. Pada saya, ini adalah takdir saya dan kena hadap meskipun orang akan mengata macam-macam. Sampai masa, orang akan senyap dan kita akan teruskan hidup macam biasa sahaja mengikut cara kita,” katanya lagi.

Pilihan Izreen adalah untuk memberi peluang kepada anak tunggalnya, Umar Rayyan, 4 tahun dan anak-anak Ude dengan isteri pertama yang berumur 3 dan 1 tahun untuk saling mengenali.

“Anak Ude yang sulung pernah dibawa datang ke rumah saya. Dan apabila tengok mereka bermain bersama dengan Umar Rayyan, kami rasa mereka serasi , macam adik-beradik yang lain.

“Tidak ada masalah untuk saya menjaga anak Ude kerana walaupun nampak garang, saya adalah seorang yang cukup suka kepada budak-budak dan manja di rumah. Saya sangat bersikap ibu-ibu, mungkin sebab itu budak-budak cepat suka dan melekat,” beritahunya lagi.

Faham akan segala kutukan tidak bertepi buat dirinya pada ketika ini yang pada awalnya merahsiakan pernikahan, Izreen menerimanya dengan cara yang tersendiri. Tidak membalas juga tanpa berbalah, dia memilih hanya mendiamkan diri.

Sedar keputusan berkahwin dengan suami orang bukanlah sesuatu yang dengan mudah untuk diterima masyarakat, pun begitu wanita ini tidak pernah meletakkan ‘cakap-cakap’ orang sebagai racun yang akan memusnahkan kebahagiaan dirinya.

Malah, dia mahu menikmati saat-saat awal kembali bergelar isteri ini dengan hanya hal yang manis-manis sahaja.

“Bahagia kita, kita sendiri yang cari dan memilihnya. Saya tidak pernah anggap kata-kata kutukan orang sebagai sesuatu yang besar untuk difikirkan. Selagi ia masih dalam rasa yang waras, saya tak ambil kisah.

“Tetapi kalau kutukan dan kejian sudah ke tahap yang keterlaluan, sesiapapun tidak mungkin mampu bersabar lagi dah. Jadi, setakat ini saya masih mampu menangani emosi apabila melihat kata-kata buruk mereka.

“Barangkali ada yang tidak faham dan tidak tahu apa yang kami sedang lalui ini,” katanya lagi.

Izreen terpaksa menutup ruang komen di laman sosialnya, untuk mengelakkan interaksi dengan ‘pembenci’ dirinya. Bukan tidak mahu bersemuka di ruangan terbuka, Cuma dia sedar apa sekalipun jawapan yang dia berikan, dirinya kekal dianggap sebagai pesalah.

Kongsi sikit

Kongsi sikit, macam mana boleh jumpa Ude?

Izreen: “Macam mana kami jumpa? Hmmmm, rasanya biarlah ia menjadi rahsia antara kami kedua. Kalau saya cerita lebih, orang akan kata semua nak cakap, lebih baik tak perlu cakaplah. Banyak pihak kami nak kena jaga, nanti jadi fitnah. Biarlah ia jadi rahsia kami berdua sahaja macam mana kami bertemu. Begitulah!

Masing-masing sudah ada anak hasil perkahwinan sebelum ini, Izreen sendiri merancang untuk ada anak lagi?

Izreen: “Soal anak, kami berserah pada Allah SWT. Kalau ada, adalah. Saya pun tak pernah rancang hendak berapa orang anak. Tidak juga merancang hendak anak perempuan atau anak lelaki. Kalau ada rezeki tu, cukuplah anak-anak ini boleh senangkan hati kami sebagai ibu bapa.

Membina keluarga baharu, biasanya pasangan suami isteri bincang bab penting macam ini, kenapa kalian sebaliknya?

Izreen: “Kalau rancang banyak-banyak tak jadi, kita sendiri yang kecewa. Frust! Buat masa sekarang, kami teruskan hidup macam biasa sahajalah. Hal-hal rezeki tu, ia akan datang kemudian. Kita jaga sahaja apa yang sudah ada ni. Kasihan juga kepada budak-budak kalau kita asyik bergaduh ke apa. Anak-anak kena ceria dan jangan serabutkan anak-anak dengan masalah ibu bapa. Jenis saya mudah, saya mahu tengok anak-anak kami gembira. Apabila anak-anak bahagia sama macam anak orang lain, kami juga akan bahagia.

 Sumber: Utusan

Putera Saudi Menawarkan ‘Abu Dis’ Sebagai Ibu Kota Palestin Dan Hak Baitulmaqdis Dikembalikan kepada Israel

Cadangan Saudi kepada konflik Israel – Palestin adalah dengan menawarkan perkampungan Abu Dis sebagai ibu kota Palestin pada masa depan dan bukannya Baitulmuqaddis telah menimbulkan kemarahan yang meluas.

Aktivis telah mengeluarkan hashtag baru di bawah nama “Baitulmuqaddis adalah modal kita” sebagai respons kepada cadangan Saudi.

New York Times melaporkan pada hari Ahad bahawa Putera Mahkota Saudi Mohammed Bin Salman membuat cadangan semasa lawatan Presiden Palestin Mahmoud Abbas ke Riyadh bulan lalu.

Menurut cadangan itu, rakyat Palestin akan mendapat negeri yang tidak bersebelahan di Tebing Barat dan Jalur Gaza yang mana mereka akan hanya mempunyai kedaulatan separa manakala majoriti penempatan Israel di Tebing Barat akan kekal. Cadangan itu tidak memberikan pelarian Palestin dan keturunan mereka hak untuk kembali ke Israel.

Menurut kertas itu, Arab Saudi memberikan Abbas dua bulan untuk memberi respond kepada tawaran itu.

Abu Dis adalah sebuah bandar Palestin yang terletak berhampiran Baitulmaqdis. Menurut Perjanjian Oslo ia diklasifikasikan sebagai Kawasan B yang ditadbir oleh kedua Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengakui Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan akan memulakan tindakan memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke Baitulmaqdis hari ini, keputusan yang memusnahkan berdekad usaha Amerika Syarikat kearah kedamaian Israel-Palestin dan risiko yang menimbulkan keganasan di Timur Tengah.

 

Sumber:New York Times via http://kingviralmillenium.com

Seorang Ayah Bungkus Anak Dalam Plastik dan Benamkan Dalam Sungai Demi Kerana.. LIHAT VIDEO NYA

Kasih ibu sepanjang masa, kasih anak sepanjang galah. Peribahasa lama tersebut memang ada benarnya, peran ibu yang lembut dan menyayangi kita seolah membuat ibu menjadi pahlawan nomor satu. Namun, bagaimana dengan ayah?

 

Figur seorang ayah tak ayal selalu dikaitkan dengan jiwa yang keras dan sifat yang tegas. Tak jarang seorang anak tidak akur dengan ayahnya hanya karena sifat seorang pria maskulin tak bisa disandingkan dengan kelembutan wanita.

 

Namun, bukan berarti dengan ketegasannya tak ada rasa sayang untukmu, kan? Melalui video ini, mungkin akan jadi bahan renungan untukmu tentang betapa besarnya kasih sayang seorang ayah.

Ayah mana yang tidak ingin melihat sang anak hidup bahagia dengan mengenyam pendidikan yang tinggi? Pastinya semua ayah akan mati-matian berkorban demi melihat anaknya bersekolah. Mungkin itulah yang dirasakan oleh seorang ayah asal Desa Lang Sam, Provinsi Dien Bien, Vietnam Utara ini.

Agar putri tercintanya tiba di sekolah dengan selamat, ia rela mengorbankan nyawanya sendiri. Bermodal sebungkus kantong plastik transparan berwarna putih, sang ayah ‘membungkus’ putrinya semata-mata agar ia tidak basah kuyup.

 

Meskipun saat itu arus sungai sangat deras, tak menyurutkan nyali sang ayah untuk menyeberang sungai.

 

Menurut informasi dari Viral4Real, sungai di desa Lang Sam tersebut memang seringkali dilanda banjir. Apabila hujan deras tiba, aliran sungai meluap dan mengakibatkan debit air yang bertambah.

 

Hal inilah yang menyebabkan anak-anak di desa tersebut tak bisa berangkat ke sekolah.

 

Beruntung, mereka berdua selamat sampai di seberang sungai. Selesai melepas ikatannya, sang anak pun merapikan sedikit rambut dan pakaiannya, kemudian berlalu untuk menuntut ilmu.

 

Entah, apa yang akan dilakukan sang ayah nantinya, akankah ia tetap menunggu anaknya agar kembali pulang bersamanya?

 

Yang pasti, pengorbanan sang ayah ini sedikit banyak pasti mengingatkan kalian akan kasih sayang sejati seorang ayah.

 

 

 

Sumber : Kapanlagi