Alhamdulillah!!!Tahniah Hafiz Suip Kini Bergelar Bapa! Baby Boy or Girl?

Menutup tirai tahun 2017 dengan khabar gembira, penyanyi Hafiz Suip menyambut kelahiran bayi sulungnya pada awal pagi tadi (31 Disember 2017).

Hafiz, 27, menerusi akaun Instagramnya memberitahu, bayi sulungnya itu telah selamat dilahirkan pada pukul 8.06 pagi tadi.

“Bersyukur ke hadrat illahi di atas kurnia-Nya cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini.

“Jutaan terima kasih kepada isteri saya Nureffy Jesreel untuk momen indah dan tahun paling bahagia ini.

“Terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang sanggup datang memberikan sokongan moral buat kami berdua, tidak lupa juga kepada semua yang mendoakan kami berdua.

“Terima kasih juga diucapkan kepada doktor dan kakak-kakak jururawat yang memberikan khidmat yang terbaik yang menyambut kelahiran anak sulung saya,” tulisnya pada pukul 3 petang tadi.

Hafiz dan Nureffy telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.

Sumber : OhBulan
Foto: IG @hafizsuip

Alhamdulillah!!!Tahniah Hafiz Suip Kini Bergelar Bapa!

Menutup tirai tahun 2017 dengan khabar gembira, penyanyi Hafiz Suip menyambut kelahiran bayi sulungnya pada awal pagi tadi (31 Disember 2017).

Hafiz, 27, menerusi akaun Instagramnya memberitahu, bayi sulungnya itu telah selamat dilahirkan pada pukul 8.06 pagi tadi.

“Bersyukur ke hadrat illahi di atas kurnia-Nya cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini.

“Jutaan terima kasih kepada isteri saya Nureffy Jesreel untuk momen indah dan tahun paling bahagia ini.

“Terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang sanggup datang memberikan sokongan moral buat kami berdua, tidak lupa juga kepada semua yang mendoakan kami berdua.

“Terima kasih juga diucapkan kepada doktor dan kakak-kakak jururawat yang memberikan khidmat yang terbaik yang menyambut kelahiran anak sulung saya,” tulisnya pada pukul 3 petang tadi.

Hafiz dan Nureffy telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.

Sumber : OhBulan
Foto: IG @hafizsuip

Mengamuk Kerana Lambat Membayar Gaji…

31 Dis,2017

MENGAMUK GAJI LAMBAT

Berang gaji lambat dibayar, seorang lelaki berusia awal 30-an mengamuk dengan memukul anak majikan dan rakan sekerja.Buruh binaan terbabit
turut mengamuk dengan membakar kereta rakan sekerja yang cuba mententeramkan suspek.

Jurucakappolis berkata, kejadian amuk itu berlalu kira jam 3:50 petang tadi di hadapan sebuah restoran Jalan Aman, Sibu, Sarawak.Dalam kejadian itu, tiga pekerja binaan sedang menanti bayaran gaji oleh majikan.Bagaimanapun suspek dikatakan berang selepas dimaklumkan anak majikannya berusia 24 tahun mengenai kelawatan pihak syarikat membayar gaji kepada pekerja untuk bulan ini.Rakan suspek berusia 35 tahun cuba memujuk buruh binaan terbabit.Namun suspek terus mengamuk dengan memukul isteri rakan sekerja dan anak majikannya.Melihat keadaan suspek yang tidak dapat dikawal, rakan sekerjanya dan isteri beliau bertidak melarikan diri.Suspek kemudian bertindak memukul anak majikannya dengan besi dan sebelum melarikan diri, buruh binaan terbabit bertindak membakar kereta rakan sekerjanya.

Tujuh anggota balai bomba dan penyelamat Sibu diketuai pegawai bomba kanan dua Tahir Tuah bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kebakaran kereta jenis perodua kancil.Kenderaan terbabit terbakar hampir 85 peratus dan nilai kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan mencecah rm12,000.Siasatan kes amuk terbabit sedang dilakukan.Polis sudah mengenalpasti identiti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan.

 

Sumber: SarawakAritok

[GAMBAR] 16 Gambar Kemalangan Yang Aneh Dan Unik Buat Kita Berpikir 2 Kali…

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk dijalan raya dan juga di tempat kerja. Semasa sukan juga tidak di kecualikan juga. Ia berpunca dari kelalaian kita. Kita juga pernah melihat kemalangan. Namun pernah tak kita lihat kemalangan yang di anggap pelik. Walaupun ia dianggap pelik namun kita akan merasa ia sangat lucu walaupun ia membabitkan nyawa.

 

Sumber : pentekan

Fizo Omar Mahu Anak Jadik Jutawan Pada Umur 20 Tahun..


Pasangan Fizo Omar dan isterinya Mawar Abdul Karim mahu anak perempuan yang dilahirkan semalam, bergelar jutawan pada usia 20 tahun.

Selaku bapa, pelakon itu akan membuka akaun simpanan wang, bukan Instagram, untuk zuriat sulungnya demi kepentingan masa depan, lapor Harian Metro.

“Hasrat ini bukanlah angan-angan kosong kerana setiap keluarga perlu merancang masa depan anak-anak,” kata pengacara itu, yang enggan mendedah wajah anaknya.

“Ia bukan kerana kami mampu tetapi kita kena konsisten menyimpan atau melabur untuk anak.” katanya memaklumkan anak yang dilahirkan melalui pembedahan.

Fizo, 32, dan isterinya, 28, akan mendedahkan wajah anak mereka selepas majlis cukur jambul dan menganggap bayi perempuan itu amat bermakna selepas empat tahun berkahwin.

“Keutamaan diberikan kepada keluarga terdekat untuk melihat wajah bayi kami dan saya harap peminat bersabar menunggu saatnya,” kata Fizo.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung seberat 2.78 kg di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur jam 4.01 petang.

Sumber : terengganutimes / Metro

Cara Elak Kecurian, Inilah 10 Idea Kunci Kereta yang Lucu, Kreatif dan Gila

ENTAHLAH sama ada mahu tepuk tangan, gelak atau menangis apabila melihat betapa kreatifnya pemandu-pemandu atas muka Bumi ini menjaga kereta mereka daripada dicuri. Masing-masing ada kreativiti, tetapi tidak kurang juga yang langsung tidak menggerunkan si perompak.

Apapun, sila tabik hormat atas semangat dan idea kreatif mereka. Ada berani tiru?

1. RANTAI DI TIANG

Beli saja kunci rantai di mana-mana kedai perkakasan atau hardware, dan terus saja kunci kereta anda seperti di bawah. Tapi pastikan tidak terlupa membuka kunci kalau tidak mahu bampar tertanggal.

kunci-kereta-1
KREDIT FOTO: Malayalisfunny.com

2. RANTAI RIM DAN PENYANGKUK TUNDA

Cara ini biasa digunakan untuk jentera dua roda seperti motosikal dan basikal, iaitu rantaikan rim dan casis dengan kunci rantai. Jadi tidak salah pun kalau gunakan cara sama untuk kereta.

kunci-kereta-2
KREDIT FOTO: e9fun.com

3. KUNCI STERENG BERKOD

Mungkin anda tahu di mana boleh beli kunci stereng seperti ini. Tapi mesti ingat kata laluan. Sekali terlupa, bersiap sedialah dengan gergaji besi.

kunci-kereta-3
KREDIT FOTO: Funnyordieonline.com

4. RANTAI DAN MANGGA PINTU

Tidak perlu guna kunci rantai yang panjang. Cukup saja rantai sepanjang dua jengkal berserta mangga. Tetapi anda perlu mengimpal penyangkuk khas di kedua-dua belah pintu.

kunci-kereta-4
KREDIT FOTO: careofcars.com

5. KUNCI PEDAL

Sila cari tukang besi dan tunjukkan gambar ini supaya mudah ditiru. Cara ini semestinya mampu membuatkan pencuri angkat tangan kerana menyerah.

kunci-kereta-5

KREDIT FOTO: Pinterest.com

6. RANTAI SELURUH BADAN

Anda perlukan sedikit bajet untuk beli kunci rantai panjang dalam 3 meter. Boleh dibelit sepanjang bumbung kereta dan dikunci dengan mangga. Anda mungkin memerlukan kapak untuk memotong rantai atau menebang pokok sekiranya kehilangan kunci.

kunci-kereta-6
KREDIT FOTO: Cartoq.com

7. TEBUK PINTU KERETA

Sama seperti cara nombor 4. Bezanya, cara ini tidak perlu mengimpal penyangkuk, tetapi lubangkan saja pintu kereta anda. Buruk sedikit tidak mengapa, asalkan selamat.

kunci-kereta-7
KREDIT FOTO: Favim.com

8. KUNCI SENAPANG

Tidak tahulah sama ada senapang sebenar atau olok-olok saja. Apa yang pasti, pencuri akan berfikir seribu kali sebelum berani mencuri kereta anda. Masalahnya, polis pula yang akan mencuri anda ke lokap kerana membawa senjata berbahaya.

kunci-kereta-8
KREDIT FOTO: Heapsoffun.com

9. TUKAR STERENG

Tukar stereng, gunakan gari dan tambatkan dengan rantai yang dipautkan dengan tombol gear. Hmm, cara ini agak sofistikated. Tetapi, rasanya melihat stereng begini pun pencuri sudah tawar hati mahu mencuri.

kunci-kereta-9
KREDIT FOTO: Photoprikol.net

10. SELAK PINTU

Inilah cara yang digunakan Mr Bean untuk menjaga keretanya. Cara ini jelas lebih kemas dan cantik berbanding nombor 4 dan 7 walaupun ketiga-tiga cara berkenaan memerlukan pintu kereta anda diubah suai. Pastikan anda mengupah jurukimpal yang baik.

kunci-kereta-10

Sumber : pandulaju

[GAMBAR] 16 Gambar Kemalangan Yang Aneh Dan Lucu

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk dijalan raya dan juga di tempat kerja. Semasa sukan juga tidak di kecualikan juga. Ia berpunca dari kelalaian kita. Kita juga pernah melihat kemalangan. Namun pernah tak kita lihat kemalangan yang di anggap pelik. Walaupun ia dianggap pelik namun kita akan merasa ia sangat lucu walaupun ia membabitkan nyawa.

 

Sumber : pentekan

Fakta Tentang Gunung Everest Yang Berbahaya

1.Everest bukan gunung tertinggi di dunia.

Selama ini kita diberitahu bahawa Everest adalah yang tertinggi di dunia tetapi salah sebab ada lagi satu gunung yang tinggi sehingga mencecah 10,200 meter iaitu Gunung Mauna Kea di Hawaii manakala Everest hanya 8,848 meter sahaja.

Banyak percanggahan yang berlaku tentang mana satu gunung tertinggi sama ada Everest atau Mauna Kea.

2.Tinggi Everest Sama Level dengan ketinggian Penerbangan Komersial.

Ketinggian mana-mana penerbangan komersial yang mencapai 31, 000 sama level dengan ketinggian Gunung Everest. WOW!

3.Everest Bertambah tinggi

Sebuah pasukan khas telah menemui pada tahun 1994 bahawa gunung everest telah meningkat tumbuh sekitar 4 mm (0.16 inci) setiap tahun. Amazing!

4.Harga Permit Untuk Mendaki Gunung Everest adalah tertinggi

Harga Permit Untuk Mendaki Gunung Everesta adalah $70,000 dan ke atas. Permit tersebut memberi kebenaran untuk mendari Gunung Everest dan jika berlaku kecemasan pihak berkuasa dari Nepal akan segera membantu.

Kos permit juga termasuk membayar pegawai-pegawai perhubungan yang berjaga di setiap base camp di sepanjang pendakian. Pegawai-pegawai memantau penggunaan pendaki ‘alat-alat komunikasi,’ or walkie talkie dengan membantu mereka mendapatkan laporan cuaca dan memastikan mereka mengikuti jadual pendakian kerana pendakian tidak dibenarkan selepas pukul 6 pm.

Kos permit tidak termasuk Perbelanjaan pergi balik, malim Gunung, Tong Oksigen, Khemah dam alat komunikasi.

5.Wajib Bawa Sampah Dari Atas Ketika Turun Gunung

Peraturan ni pun sebenarnya diguna pakai oleh gunung-gunung lain cumanya di Everest mereka lebih tegas untuk menjaga kebersihan kat sana memandangkan semakin ramai yang membuat sampah kat sana ketika melakukan aktiviti pendakian ditambah pula pernah mendapat jolokan gunung terkotor di dunia. Mayat juga semakin banyak di kawasan gunung Everest sehingga disebut sebagai Kubur tertinggi di dunia.

Denda $4000 akan dikenakan sekiranya tidak membawa sampah ke bawah dengan minimum sampah seberat 8kg. perghh!

6.Semakin Tinggi semakin sikit Kadar oksigen

Kadar Oksigen dari setiap Base Camp akan turun kepada 85-87%. Semakin dekat puncak, pendaki harus bernafas dengan kadar 80-90x per/minit Sebab kadar oksigen semakin berkurangan bila di atas menjadi 35%. Oleh sebab itu, pendaki perlu membawa Tong oksigen sendiri.

7.Turun gunung lebih berbahaya daripada mendaki

Everest tidak mempunyai statistik berapa pendaki yang telah menjadi korban. Tapi statistik ini boleh dikira dari pendaki yang tidak kembali ke bawah. Sebab laluan dari puncak lebih bahaya ditambah pula dengan keadaan cuaca, lenguh, tergelincir, anggota badan membeku dan banyak lagi.

8.Tiada Kehidupan di atas Everest

Tiada haiwan atau tumbuhan yang mampu hidup dengan ketinggian Everest oleh kerana kadar oksigen yang sikit dan terlalu sejuk. That’s y pendaki memerlukan tong oksigen ketika berada di puncak dan perlu turun dengan kadar segera sebelum kehabisan oksigen.

KESIMPULAN

Pemandangan Everest memang cantik tapi penuh dengan liku-liku yang berbahaya. Sudah sampai ke Puncak Everest belum tentu selamat untuk turun dari puncak Everest.

Dah tengok Everest Movie?

Kalau belum kena pergi tengok sebab dari situ korang boleh bayangkan betapa susahnya dan cekalnya dorang mendaki gunung Everest.

Sumber : adarain

Bagaimana Angkasawan Menghilangkan Kegatalan Pada Kulit Ketika Memakai Sut Angkasa?

Pengembaraan ke angkasa memerlukan kajian yang sangat teliti dilakukan, bagi mengenalpasti segala jenis masalah yang mungkin timbul ketika angkasawan sudah pun berada di ruang angkasa. Pelbagai perkara yang senang kita lakukan ketika di bumi, akan menjadi sukar apabila seseorang itu berada di angkasa lepas. Contohnya, apabila gatal kita selalunya akan menggaru dengan tangan. Jadi bagaimana angkawasan menggaru, ketika berpakaian baju angkasa?

meme angkasawan gatal

Tanpa akses kepada tangan, angkasawan terpaksa bergantung kepada beberapa cara tidak konvensional untuk menggaru gatal yang timbul. Menurut kata seorang bekas angkasawan bernama Clayton Anderson, mereka terpaksa menggoyangkan badan dalam sut angkasa untuk menghilangkan kegatalan. Baju yang keras itu selalunya cukup untuk mengurangkan rasa gatal.

Bagaimanapun, rasa gatal di muka membawa cabaran berbeza.

Apa yang selalu angkasawan lakukan, mereka terpaksa menggunakan mikrofon atau pendengar telinga yang dipasang di bahagian wajah sebagai alat untuk menggaru. Itupun andainya rasa gatal itu muncul di bahagian yang betul. Selain itu, di dalam bahagian topi keledar mereka terdapat sejenis gentian berupa seperti span yang akan digunakan sebagai alat penutup hidung bagi membantu menyeimbangkan tekanan dalam telinga, yang dikenali sebagai valsalva device.

valsalva device

Bagi rasa gatal di bahagian muka, selalunya angkasawan akan menggunakan alat tersebut untuk menggaru.

Kaedah yang dibangunkan oleh NASA pula adalah dengan melekatkan beberapa keping pita velcro pada kedudukan tertentu dalam sut, yang bertujuan untuk memberikan permukaan kasar pada angkasawan menggaru muka. Itu adalah inovasi NASA paling efektif dalam membantu angkasawan menghilangkan kegatalan setakat ini.

Bagaimanapun, sekiranya gatal tersebut muncul pada tempat-tempat yang mustahil seorang angkasawan mampu hilang kegatalannya, apa yang mereka perlu lakukan adalah tahan sajalah sehingga kegatalan itu hilang.

Tempoh perlu bertahan itu pula adalah cukup menyeksakan kerana proses bekerja di angkasa memerlukan satu jarak tempoh yang agak panjang, dengan kebanyakan waktu untuk berjalan kaki di angkasa memerlukan angkasawan berada dalam sut selama 5 ke 8 jam.

eksperimen sut angkasa

Untuk melakukan sesuatu pula sangat sukar berikutan tekanan yang wujud dalam sut tersebut, yang membuatkan pergerakan yang mudah seperti menggenggam sesuatu pun menjadi sangat sukar. Tekanan yang terhasil daripada vakum angkasa itu perlu diatasi dan memerlukan fokus yang sangat tinggi daripada angkasawan.

Selalunya, apa yang berlaku kebiasaannya seorang angkasawan lebih banyak menghabiskan masa menumpukan perhatian pada kerja yang perlu dihasilkan, serta berkemungkinan besar masih berasa takjub melihat angkasa – sehingga membuatkan minda tidak fokus pada rasa gatal yang ada.

Namun sekurang-kurangnya jika dah tak tahan sangat nak menggaru, pita-pita velcro ada di sisi. Tidak banyak filem yang mahu memaparkan isu kecil seperti ini dalam filem kerana kelihatan tidak penting, tetapi bagi angkasawan – dapat menggaru dalam sut merupakan satu impian yang masih belum dapat dicapai.

Rujukan

How do astronaut scratch their nose in spacesuits?

 

Subhanallah!! Inilah 6 Manfaat Sunnah Nabi Tidur Mengiring Kekanan Untuk Kesihatan Manusia..

Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW :- Berbaringlah di atas rusuk  kananmu.(HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710).Satu diantara adab tidur yang dianjurkan  adalah  mengiring ke kanan, dan di sebalik sunnah Nabi ini ternyata mempunyai hikmah yang besar untuk kesihatan manusia .

Inilah penjelasan 6 manfaat tidur mengiring ke kanan daripada segi perubatan.

1.Merehatkan otak kiri.

Seperti kita tahu,otak manusia terbahagi kepada dua bahagian,iaitu bahagian kiri dan kanan. Otak sebelah kanan akan mengawal anggota badan sebelah kiri,manakala otak sebelah kiri akan mengawal anggota badan di sebelah kanan. Umumnya kita sering memakai organ sebelah kanan untuk makan,memegang atau mengangkat barang,maka otak kiri akan banyak berkerja. Apabila kita tidur mengiring sebelah kanan,otak sebelah kiri akan dapat berehat secukupnya sebelum meneruskan aktiviti seperti biasa untuk hari seterusnya.

2. Mengurangi tekanan jantung.

Jantung terletak disebelah kiri dada manusia. Tidur mengiring sebelah kanan akan dapat mengurangi tekanan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan,membantu pernafasan yang baik,merendahkan tekanan darah seterusnya dapat membantu seseorang mendapatkan tidur yang berkualiti.Sekiranya seseorang itu mengiring sebelah kiri,dada manusia akan terhimpit lalu mengakibatkan jantung menpunyai tekanan yang kuat untuk mengepam darah keseluruhan badan. Hal ini seterusnya akan mengakibatkan tekanan darah seseorang menjadi tinggi dan boleh menggangu kualiti tidur seseorang.Tapi awas,ini sangat bahaya kepada seseorang yang mempunyai masalah kesihatan jantung.

3. Merehatkan organ Esophagus.

Hati manusia terletak dibahagian sebelah kiri.Apabila seseorang tidur tidur mengiring kesebelah kiri akan mengakibatkan masalah berkaitan dengan organ esophagus. Apabila seseorang tidur,sistem pengeluaran chime ( makanan yang telah diproses oleh esophagus akan  bercampur dengan asid ) maka dengan ini akan menggangu  sistem pengosongan esophagus.

4. Tingkatkan pengosongan kandung empedu dan pankreas.

Ada aliran chime yang lancar bakal menyebabkan keluaran cairan empedu juga jadi tambah, hal semacam ini bakal mencegah pembentukan batu kandung empedu. Keluaran getah pancreas bakal jadi tambah dengan posisi mirin ke kanan.

5. Meningkatkan waktu penyerapan zat makanan

Saat tidur gerakan usus menigkat. Dengan posisi mengiring ke kanan, jadi perjalanan makan yang telah tercerna dan siap di serap bakal jadi lebih lama, hal semacam ini karena posisi usus kecil hingga usus besar ada dibawah.

6. Mempercepatkan sistem pencernaan buang air besar

Dengan tidur mengiring ke  kanan, usus besar hingga ke bahagian dubur manusia akan lebih cepat dan mudah penuh.Apabila sudah penuh,ini akan mudah memudahkan  seseorang untuk membuang air besar. Jika anda seseorang yang sering sembelit atau sukar membuang air besar,mungkin ini adalah salah satu jalan penyelesaian anda. Awas,sering sembelit dan tidak membuang air besar berhari-hari boleh mendatangkan banyak risiko penyakit.

Sumber: Islam Itu Indah