Pelajar Tahfiz lemas di kolam ikan

Pelajar tahfiz lemas di kolam ikan

PELAJAR tahfiz lemas dalam kolam ikan di Sekolah Tahfiz Asmaa Al-Ikhlas, Pulau Raja, Tumpat, 1.20 tengah hari tadi.

Mayat Mohamad Bazli Seriumi, 16, ditemui ustaz dan pengawal keselamatan sekolah tahfiz berkenaan.

Sebelum itu, dia dikatakan terjun ke dalam kolam untuk bersama lima rakannya yang berada di dalam bot di tengah kolam.

Rakannya, Muhammad Anas Mohamed, 13, berkata, dia dan empat lagi rakannya sudah berada di tengah kolam iaitu kira-kira 50 meter dari tebing ketika Mohamad Bazli tiba dan memberitahu mahu menaiki bot sama.

“Kami naiki bot itu sekadar mahu menimba keluar air sebelum kembali semula ke tebing. Ketika itupun ada ustaz yang temani kami (berada di dalam kolam).

“Arwah sertai kami agak lewat dan apabila dia tiba di tebing, kami sudah di tengah kolam dan memintanya tunggu sebentar. Bagaimanapun, dia enggan dan terus terjun kolam.

“Saya ingatkan dia bergurau apabila tangannya terkapai-kapai, memandangkan dia pandai berenang. Malangnya dia betul-betul lemas,” katanya ketika ditemui di Unit Forensi Hospital Tumpat, hari ini.

Menurutnya, Ustaz Abdul Rahman Zaidi, 21, yang ada bersama segera berenang ke arah Mohamad Bazli apabila melihat remaja itu tenggelam.

Katanya, mereka segera mendayung bot ke tebing apabila ustaz itu dan seorang pengawal keselamatan mencari arwah di dasar kolam.

“Saya bersyukur arwah ditemui lima minit kemudian. Namun, sedihnya apabila dia sudah tidak bernyawa,” katanya.

Rakan baik arwah, Ahmad Fathie Muhamad, 14, berkata, Mohamad Bazli mendaftar masuk ke tahfiz itu pada September lalu.

Katanya, dia mengajak arwah ke rumahnya di Kampung Geting, pada Jumaat ini untuk berehat dan meluangkan masa bersama, namun hajat itu tidak kesampaian.

“Saya terkilan dia tak sempat ke rumah dan pemergiannya cukup dirasai,” katanya yang memberitahu arwah sudah menghafaz empat juzuk al-Quran.

Sementara itu, Mudir Zaidi Che Hassan berkata, ketika kejadian berlaku, dia tiada di sekolah berkenaan dan pelajarnya ditemani guru.

Katanya, waktu kejadian juga adalah masa tidur bagi pelajar berkenaan, namun enam orang termasuk arwah turun membantu Abdul Rahman menarik bot ke tebing dan menimba air keluar daripada bot itu.

“Kolam terletak kira-kira 200 meter dari asrama pelajar dan sekiranya cuaca elok, tempat itu menjadi lokasi riadah pelajar untuk memancing ikan.

“Sudah ditakdirkan kejadian ini, kami reda. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Bunut Payong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bunut Payong, Kota Bharu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 8:15 PM Mohamad Zulhairie Manzaidi
am@hmetro.com.my

10 Koleksi Kereta Unik dan Pelik Di Dunia. Bentuk Siput tu Paling Rare..

 

10 Koleksi Kereta Unik & Pelik Di Dunia

Jom kita tengok  10 kereta paling unik & pelik. Kreatif betul betul owner kereta ni!!

1. Cuba tengok bebetul… Sekali imbas nampak macam ada dua kereta parking sebelah menyebelah. Yg uniknya bukan kereta tu tp lukisan dekat kereta.

 

2. Ni pulak kereta transparent. Sexy sangat kereta ni..Ops!!

 

 

3. Yg ni pulak kereta untuk undercover dalam hutan..haha

 

 

4. Van ni memang nak membunuh orang agaknya ;p

 

 

5. Ni owner die minat kren takpun batang jengkaut tu.

 

 

6. Pelik sangat design camni. tak sanggup nak naik.

 

 

7. Ni lak gila kasut kot. Kalau buat heel comel sikit la kot.

 

 

8. Cam kereta kanak-kanak pun ada. Yg bulat ni cute la 🙂

 

9. Yg ni dah cam kereta pancaragam la pulak. Kereta besi, warna cam kereta       kebal tapi bentuk siput. Memang la kreatif tapi siput kan slow. isk! isk!

 

10. Yg ni pulak boleh dinner romantik dalam kereta.. Kat Restoran ni . Cute sangat..

 

Sumber : buatwanita.blogspot.my

10 Kucing Paling Comel..Lihat no 8 Paling cute

1 Thor, kucing bengal yang mempunyai bulu yang sungguh sempurna

2 Smoothie, kucing yang paling pandai bergaya

3 Coby, kucing yang mempunyai mata yang paling cantik

4 Kucing yang mempunyai telinga seperti tanduk rusa

5 Kucing caracal yang kecil ini

 

 

 

6 Iryss dan Abyss, kucing kembar yang paling cantik di dunia

 

7 Venus, kucing dua wajah

 

8 Mimi, kucing Ragdoll yang mempunyai bulu yang gebu seperti karpet

 

 

9 Kucing yang mempunyai mata yang unik

 

10 Kucing Maine Coon

 

Sumber : iyerker .com

 

Tinggal Di USA, Wanita Sabah Ini Senaraikan 10 Perkara Pelik Di Sana

 

Nota Editor: Perkara unik yang ada di Malaysia belum tentu ada di negara lain. Begitu juga sebaliknya. Kami bawakan 10 perkara unik berikut yang ada di USA tapi tiada di Malaysia. Ia adalah sumbangan daripada Hadhinah Fawwazah yang telah berkahwin dengan warga USA dan menetap di sana.

1. Kedai senjata

Di AS, setiap bandar besar akan ada berpuluh-puluh kedai senjata di mana semua yang tidak mempunyai rekod jenayah boleh memiliki senjata tanpa perlu ada lesen atau permit senjata.

2. “Drive-thru ATM”

Dengar khabarnya di Malaysia terdapat beberapa tempat yang mempunyai“drive-through” ATM ini. Tapi di AS, “drive through ATM” ini sudah menjadi kebiasaan dan boleh dilihat di mana-mana. Mudah dan selamat, terutamanya bagi wanita yang ingin mengeluarkan wang di waktu malam.

3. “Corn maze” di ladang jagung yang sangat luas


Setiap kali sebelum musim menuai jagung, peladang-peladang jagung di Timur AS akan menjadikan ladang jagung mereka yang luas sebagai “corn maze”. Saya sendiri pergi dan merasai pengalaman mencari jalan keluar dari “corn maze” di Manalapan, New Jersey pada musim luruh lalu.

Telah terjadi satu hari seorang pengunjung sesat di dalam “corn maze” dan panggilan SOS terpaksa dibuat kerana pengunjung terbabit terlalu letih untuk cari jalan keluar. Ladang yang saya pergi ini juga ialah Top 10 yang terbesar di AS. Letih juga mencari jalan keluar, saya ambil masa 2 jam!

4. Bandar kecil terbiar dan bandar kecil dengan nama yang pelik

Nothing, Arizona. Populasi: 4, tetapi sewaktu saya berada di sana, saya tidak bertemu dengan 4 orang ini, sebaliknya, saya “berkawan” dengan kaktus gergasi, Saguaro(sa-wa-ra), yang hanya terdapat di selatan Arizona dan sedikit di California di AS ini. Tiada nama lain kah selain Nothing? Unik, bukan?

Zzyzx, California

Pada asalnya ialah sebuah komuniti kecil bernama Soda Spring di California, dekat sempadan California-Nevada. Kawasan pra-sejarah ini telah lama menyaksikan kehidupan manusia yang berpusat di oasis yang terdapat di tengah-tengah kawasan gurun Mojave. Nama “Zzyzx” diberikan oleh Curtis Springer pada tahun 1944, sebagai sebahagian daripada usaha beliau untuk meletakkan pekan ini di barisan terakhir buku Yellow Pages! Dia berjaya, akan tetapi pekan ini mati begitu sahaja berikutan kekurangan pengunjung kerana lokasi yang agak jauh dari bandar lainnya.

5. Daerah Yolo


Satu-satunya daerah di dunia yang dinamakan Yolo, dinamakan sempena nama sebuah sungai yang mengalir di situ. Pekan ini kemudiannya menjadi popular gara-gara terma “YOLO” atau “You only live once“.

Namun yang demikian, masih ramai yang tidak tahu akan kewujudan pekan ini, dan sewaktu saya di sini, rakan-rakan menyangka saya bergurau. Yolo ini kecil sahaja, tetapi mereka ada balai bomba dan juga pejabat pos, juga bernama Yolo.

6. Nombor plat – sesuka hati boleh reka dan daftarkan


Salah satu cara untuk melihat warga AS berkreatif di atas jalan ialah dengan undang-undang “JPJ” mereka di mana setiap pemilik kereta boleh memilih apa sahaja nama yang mereka suka untuk didaftarkan sebagai nombor kereta mereka asalkan tidak melebihi 7 aksara.

 

Saya gemar mengambil gambar nama-nama yang menarik, contohnya kereta “CHICKEN” dari Negeri Alaska ini dan yang lainnya. Akan tetapi, jika negeri anda sudah terdapat satu nama CHICKEN, maka anda tidak boleh lagi menggunakan nama tersebut. Kalau di Malaysia dibenarkan berbuat yang begini, macam-macam namalah yang akan kita lihat! Yang menariknya juga mengenai keistimewaan ini ialah anda boleh “customized” secara percuma! Ya, tanpa perlu “bidding” atau bayaran yang mahal macam di Malaysia yang tidak membenarkan pemilik kereta menjadi terlebih kreatif.

8. Hotel berupa anjing


Pelik tapi wujud. Pada trip merentas 34 negeri di AS musim panas lepas, saya berkesempatan menetap selama satu malam di hotel yang mana antara paling pelik di dunia, hotel berbentuk anjing yang terletak di Cottonwood, Negeri Idaho.

Frances dan Denis, iaitu arkitek dan pereka serta pemilik hotel ini sangat gemarkan anjing. Mula-mula hanya hobi, Dog Bark Park Inn kini telah menarik jutaan pengunjung dari seluruh dunia. Hotel ini juga disenaraikan di Airbnb, tetapi anda memang harus berebut jikalau ingin bermalam di sini berikutan permintaan yang sangat tinggi.

9. Wormsloe Historic Plantation – di mana terletaknya jalan pokok oak hidup terpanjang dan satu-satunya di dunia Terletak di Savannah, Negeri Georgia, jaluran pokok oak tang ditanam pada tahun 1800an ini telah menarik perhatian ramai jurugambar terkenal berikutan kecantikan dan keunikannya yang tersendiri.

Jika anda Google nama tempat ini, nescaya jalan pokok oak hidup ini yang akan muncul dan hanya jalan ini yang akan muncul kerana tidak ada jaluran pokok oak yang terpanjang dan juga yang masih hidup terdapat di mana-mana di dunia ini melainkan di sini. Panjang jalan ini ialah 2.4 km dan percayalah, tempat ini tiada yang lainnya.

10. Makanan astronaut – boleh didapati di pasaraya

Bukan kebiasaan untuk kita lihat apatah lagi merasa makanan yang dikhaskan untuk misi angkasa. Di AS, anda boleh merasai beberapa makanan yang direka khas untuk dibawa dan seterusnya dinikmati di angkasa oleh para angkasawan.


Paling popular ialah aiskrim Neapolitan “freeze-dried” ini. Ya, ini ialah aiskrim yang telah dibeku-keringkan. Rasanya sama seperti aiskrim, cuma ianya tidak sejuk, sebaliknya akan terasa seperti memakan biskut.

Sumber: https://www.thevocket.com

Anak 11 Tahun Ini Jatuh ke Dalam Danau Piranha dan Keluar dengan Bentuk Seperti Ini!


Piranha memang menjadi salah satu ikan mengerikan dan berbahaya. Tidak seperti jenis ikan lain yang makan rumput laut dan ganggang, piranha memakan ikan kecil dan daging hewan lainnya.

Ikan yang khas dengan gigi tajamnya itu juga sangat mematikan bagi manusia. Seorang anak laki-laki berusia 11 tahun, bahkan telah menjadi korban makhluk mengerikan tersebut.

Dilansir Elitereaders, Kamis (25/8/2016), kisahnya bermula ketika sang budak tengah berlibur ke sebuah pantai di Peru, Amerika Selatan. Sang budak bersama beberapa keluarganya menumpangi sebuah perahu untuk sekadar berkeliling pantai.

Tak diketahui jelas bagaimana ia dan seorang lainnya terjatuh dan tenggelam ke dalam air. Keberuntungan pun berpihak pada seorang keluarganya yang selamat dan berhasil kembali ke perahu. Namun, nahasnya sang budak malah menjadi sasaran sekelompok piranha.

Budak laki-laki itu langsung menjadi santapan para piranha yang tengah kelaparan. Tak lama kemudian, bocah malang yang sudah tak bernyawa itu langsung dibawa ke pesisir. Jelas tubuh dan organ anak itu sudah dilahap habis piranha dan hanya menyisakan tulangnya saja.

Keluarga yang melihat jasad korban pun histeris dan tak menyangka jika bocah kecil itu harus meninggal dengan tragis.

Sumber : citizen6.liputan6

Fakta Menarik Tentang Ikan Piranha

Ikan Piranha merupakan jenis ikan air tawar yang hidup di perairan tropis Amerika Selatan dan danau Kaptai, Bangladesh.

Ikan ini memeliki beberapa julukan yang berbeda di eberapa negara, misalnya saja di Venezuela ikan ini disebut dengan ikan caribes.

Selain itu, ikan piranha merupakan ikan yang memiliki jumlah spesies yang cukup banyak.

Hingga saat ini jumlah spesies ikan piranha yang tercatat mencapai 60-an spesies yang tersebar di segala penjuru dunia.

Hampir 80% dari spesies yang ada mendiami sungai tropis Amazon, Amerika Selatan.

Bagi teman-teman di rumah yang merasa bosan memelihara ikan hias yang itu-itu saja.

Temen-temen bisa mencoba ikan piranha sebagai ikan peliharaan di rumah dan rasakan sensasi gigitannya. Hehe

Untuk mengenal lebih lanjut tentang ikan piranha mari kita simak ulasan-ulasan singkat dari wikipedia berikut ini.

1. IKAN PIRANHA MENURUT WIKIPEDIA

Ikan piranha adalah ikan buas air tawar yang mendiami sungai-sungai tropis yang membentang dari Amerika Selatan hingga sungai-sungai di Venezuela.

Kata “Piranha” sendiri memiliki arti “gigi-gigi tajam”. Dalam aksen Venezuela ikan piranha disebut juga dnegan “Caribe” yang berati “kanibal” ada juga yang mengartikan sebagai pengebiri keledai.

Ciri khas dari ikan piranha adalah bentuk giginya yang berjajar rapi seperti manusia namun tajam.

Mungkin teman-teman di rumah pernah mendengar berita-berita miring tentang ikan piranha.

Apalagi dengan tayangan film-film produksi Hollywood yang menambah citra ikan ini semakin negatif.

Sebelum menjawab pertanyaan-pertanyaan tentang keberingasan tentang ikan piranha, kami akan mengungkapkan beberapa fakta-fakta unik tentang ikan piranha.

2. JENIS-JENIS SPESIES PIRANHA

Pygocentrus adalah genus dari ikan piranha yang masuk dalam famili Serrasalmidae. Saat ini ada empat spesies yang diakui dalam genus Pygocentrus, keempat spesies tersebut adalah :

A. PYGOCENTRUS CARIBA ( HUMBOLDT , 1821)

Pygocentrus Cariba atau piranha hitam ( Humboldt , 1821) merupakan ikan piranha yang mendiami sungai Orinoco DAS. Sungai Orinoco adalah sungai terbesar keempat didunia dan sungai terbesar kedua di Amerika Selatan dengan panjang mencapai 2010 km.

B. PYGOCENTRUS NATTERERI KNER ATAU PIRANHA MERAH, 1858

Piranha merah atau merah-bellied piranha adalah ikan yang hidup di sungai Amazon, sungai yang membentang dari Paraguay – Paraná – Uruguay, dan aliran sungai Essequibo, serta berbagai sungai yang berada di timur laut Brasil.

C. PYGOCENTRUS PALOMETA VALENCIENNES, 1850

Merupakan jenis ikan piranha yang mendiami sungai Orinoco, nama dulatin ikan tersebut masih dubium nomen atau nama yang masih diragukan.

D. PYGOCENTRUS PIRAYA ATAU SAN FRANCISCO PIRANHA ( G. CUVIER , 1819)

Ikan San Francisco piranha merupakan jenis ikan piranha yang mendiami Sungai São Francisco.

3. KARAKTER KULIT IKAN PIRANHA

Ikan piranha memiliki kulit yang bewarna perak sedikit berkilau dengan warna merah yang terletak pada bagian perut hingga mendekati sirip ekor.

Perpaduan kedua warna tersebut berfungsi sebagai alat kamuflase di habitat asli mereka.

4. IKAN PIRANHA RAKSASA TERBESAR MAMPU MENGALAHKAN BUAYA

Ikan makan buaya? Emang ada? Perkenalkan ikan Hydrocynus goliath atau goliath tigerfish. Ada juga yang menjulukinya sebagai ikan piranha raksasa.

Ikan memang bukan satu genus dengan ikan piranha namun masih memiliki kekerabatan dekat dengan ikan piranha.
Jika kita telusuri maka berdua ikan tersebut masih dalam satu ordo, yaitu Characiformes.

Di habitatnya, yaitu Sungai Kongo, Sungai Lualaba, Danau Upemba dan Danau Tanganyika, Afrika ikan ini biasa melumat buaya yang berukuran cukup besar.

Tidak heran jika ia mampu melumat buaya karena ikan goliath ini memiliki berat 154 pon dengan panjang mencapai 5 meter.

5. MAKANAN IKAN PIRANHA

Ikan piranha merupakan ikan air tawar yang rakus dan termasuk jenis ikan omnivora atau pemakan segalanya.

Jika persediaan makanan di alam menipis mereka akan memakan teman merka sendiri yang paling lemah atau kanibal.

Di habitatnya ia biasa memakan ikan-ikan kecil, katak, serta tumbuh-tumbuhan air.Selain memakan hewan dan tumbuhan air ia juga mampu memakan hewan yang lebih besar seperti burung, serta potongan daging.

 

Rahsia Kawal Darah Tinggi Gunakan Ulam Perkongsian Dato’ Dr. Hamid Arshat

 

 

 

Rahsia Kawal Darah Tinggi Gunakan Ulam Perkongsian Dato’ Dr. Hamid Arshat

Penyakit darah tinggi, atau hipertensi adalah sejenis penyakit kronik yang boleh membawa kepada pelbagai komplikasi, contohnya strok dan kematian. Pesakit selalunya perlu bergantung pada ubat yang dibekalkan oleh doktor bagi mengekalkan tekanan yang normal.

Sebenarnya, penyakit ini boleh dielakkan jika anda mengamalkan gaya hidup sihat. Namun jika ia masih berlaku, rahsia yang dikongsi oleh Pakar Sakit Puan terkenal, Dato’ Dr. Hamid Arshat ini mungkin sesuai diamalkan. Bukan susah pun, jom buat sekarang!

Kawal Darah Tinggi

Beberapa panduan yang baik untuk mengawal tekanan darah. Bila umur meningkat 50 tahun ke atas, ramai yang mula menghidap penyakit darah tinggi.

Saya pun bila kepenatan dan stres, tekanan darah saya naik 150/90 MmHg. Kadang-kadang saya makan ubat untuk kawal. Alhamdulillah biasanya pressure akan turun 130/80 mmHg.

Tekanan darah meningkat sebab saluran-saluran darah menjadi sempit akibat timbunan lemak pada dinding (atherosclerosis). Ia sering dikaitkan dengan kolesterol tinggi dan ini berlaku perlahan-lahan dengan chronic inflammation.

Bila saluran darah sempit, jantung perlu mengepam darah dengan kuat dan tekanan darah meningkat untuk menyampaikan bekalan oksigen dan makanan kepada tisu dalam organ-organ terpenting.

Jadi risikonya dalam jangka panjang ialah serangan jantung, strok serta macam-macam lagi gejala kesihatan. 7 rahsia kawal darah tinggi saya:

(1) Kawal berat badan. Kegemukan merupakan salah satu penyebab darah tinggi. Kurangkan makanan bergula dan tinggi karbohidrat. Kurangkan makanan bergoreng, bersantan, kuih-kuih manis, coklat dan jauhi air bergas. Satu lagi nasihat saya, kurangkanlah makan daging merah seperti lembu dan kambing.

2) Bersenam 30 minit setiap hari. Senaman dapat meningkatkan aliran darah kepada tisu dan organ, disamping menurunkan kolesterol dan gula dalam darah. Ia juga dapat merembes hormon endorfin daripada otak agar menjadikan kita lebih tenang dan ceria.

(3) Kawal stres. Minda yang tenang dan emosi ceria dapat mengawal tekanan darah. Banyak bersabar, tahan marah, jadi orang pemaaf. Cukup rehat dan tidur. Banyak berzikir, berselawat, bertafakur dan lakukan deep breathing exercises, umpamanya yoga.

(4) Ambil makanan yang mengandungi vitamin C, beta karotena, flavonoid dan antioksidan yang membantu mengawal tekanan darah dengan menyekat chronic inflammation serta membaik pulih sel-sel dan tisu-tisu.

(5) Amalkan memakan sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi serta ulam-ulaman. Antaranya ulam raja, sambung nyawa dan pudina. Jus ulam raja, selain bertindak mengawal kolesterol dan gula dalam darah, ia juga bersifat anti-kanser. Banyakkan makan buah mangga, tembikai, keledek merah, lobak dan berries.

 

(6) Minum jus lemon, air limau nipis, limau kasturi dan grapefruit khususnya selepas makan daging. Air limau ni boleh mencairkan lemak-lemak dan bertindak sebagai anti-inflammatory. Juga amalkan minum teh halia dan green tea, kedua-duanya mengandungi bahan antioksidan dan anti-inflammatory.

(7) Ambil minyak ikan, minyak kelapa dara dan minyak zaitun. Khasiat ikan salmon dan makerel ni terbukti sangat baik dan ia mengandungi Omega-3 serta DHA. Juga berfungsi sebagai anti-inflammatory.

Perkongsian foto laman rumah Dato’ Dr. Hamid Arshat ini. Penuh dengan ulam raja, gemuk-gemuk pokoknya!

Seperti yang beliau katakan, ulam raja ni baik untuk mengawal kolesterol dan gula dalam darah. Kita pun boleh amalkan cara semula jadi ni tau, caranya kisar pucuk ulam raja dan campurkan sedikit madu asli. Boleh juga campurkan epal hijau atau lobak merah bagi menambah khasiat jus. Minum seminggu sekali pun ok, cubalah! Norzalina Mohd Alias

Sumber: Dato’ Dr. Hamid Arshat

Kerana Rokok..Anak Yang Tidak Berdosa Menderita

 

Berhati-hatilah bagi para ibu bapa meski dirumahmu tidak ada yang merokok bukan berarti anak anda tidak dapat mengalami penyakit mengerikan ini. Sungguh miris kejadian yang dialami anak ini sang ibu pun tidak menyangka karena anggota keluarganya tidak ada yang merokok tapi anaknya  menderita penyakit mengerikan ini…

 

Meski anggota keluarga anda tidak ada yang merokok namun jika anak-anak anda berbaur dengan seorang yang merokok tak sedikit kemungkinan jika anak anda akan mengalami kejadian yang sama yang menimpa anak dari ibu Nadzirah Salleh ini..

 

Seorang ibu menceritakan bernama Nadzirah Salleh (28) berbagi pengalaman pilu yang menimpa buah hatinya.

 

Hal itu dikarenakan terkena asap rokok di tempat umum.

 

Awalnya ia mendapati anak bungsungnya yang baru berusia satu tahun, Nazmeen Haqeel Shahrol Nizam demam tinggi, bahkan suhunya mencapai 40 derajat Celcius. Melihat balitanya mengalami hal demikian, dia memutuskan untuk membawanya ke rumah sakit.

 

Menurut dokter jika anak ini dibawa ke rumah sakit telat bisa saja mengalami kejang-kejang karena tubuh kecilnya sangat panas dan menggigil.

 

Namun Nadzirah membawa balitanya ke dokter tepat waktu, yang akhirnya dirujuk ke rumah sakit.

 

Hal itu karena saat dokter menyuruhnya mencoba menurunkan panasnya dengan handuk basah, cara itu tidak berhasil.

 

Balitanya pun akhirnya dirawat di rumah sakit selama enam hari. Ternyata ia memiliki banyak dahak yang harus disedot. Setiap tiga jam sekali ia diberi lima jenis obat.

 

“Kami belum pernah mengalami hal ini sebelumnya karena tidak ada orang di rumah tangga kami yang merokok, ” ungkapnya.

 

Wanita dari daerah Batu Pahat itu pun menduga anaknya terkena asap rokok yang mematikan saat mereka makan malam di warung.

 

Ia masih ingat betul saat itu ada pelanggan lain yang sedang merokok di sekitarnya.

 

Hal itu yang mungkin menjadi penyebab infeksi pada paru-paru balitanya.

 

Bukan bermaksud menyalahkan orang lain yang merokok, Nadzirah berjanji akan lebih berhati-hati membawa anaknya ke tempat umum. Atau tempat-tempat yang memungkinkan dia terkena asap rokok.

 

Meski anaknya kini sudah sembuh sepenuhnya, ia berhadap kejadian ini bisa menjadi peringatan bagi keluarga lain di luar sana.

 

Untuk para orang tua dengan kejadian ini lebih baik anda berhati hati saar jalan keluar bersama buah hati anda. Hindari juga asap rokok saat bersama sang buah hati dengan berhati hati itu akan membuat keselamatan buah hati anda semakin terjaga.

 

Sumber : blogshah

Banduan Kes Bunuh , Terima Ijazah Sarjana Muda OUM.. Tahniah!

Banduan (membelakangi) yang menjalani hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan akibat kesalahan membunuh Abdul Halim Misbah akhirnya menerima ijazah sarjananya hari ini. – Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: : Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan kerana kesalahan membunuh pada 2001 meniti saat manis hari ini apabila akhirnya menerima ijazah sarjana yang diimpikannya.

Beliau yang berusia 30 tahun dan seorang lagi banduan dari Penjara Kajang menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan tersebut pada majlis Konvokesyen Open University Malaysia (OUM) kali ke-20 yang berlangsung di Dewan Canselor Universiti Malaya, di sini hari ini dengan diiringi oleh pegawai dari penjara dan Kementerian Dalam Negeri.

Katanya setelah menjalani pengajian dari penjara, inilah detik yang bersejarah buat beliau apatah lagi saat gembira itu dapat dikongsikan bersama oleh keluarganya yang datang dari Sabah.

“Saya amat berasa gembira dengan kejayaan hari ini menerima ijazah sarjana saya. Saya harap selepas ini saya akan mampu meneruskan pelajaran saya ke peringkat lebih tinggi iaitu ke peringkat Doktor Falsafah (PhD),” katanya.

Sementara itu Pengarah Penjara Kajang, Datuk Narander Singh berkata Jabatan Penjara akan terus memberikan sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh banduan terbabit untuk meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.

Malah jadual aktiviti banduan juga akan dikaji semula mengikut keperluan dan kesesuaian.

Diharapkan kejayaan pendidikan dalam kalangan banduan akan meminimumkan risiko untuk banduan kembali ke penjara satu hari nanti.

“Kalau mereka terus diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam penjara, kita percaya (risiko dapat dikurangkan) dan Penjara Kajang telah membuktikan memang tipis kebarangkalian mereka untuk masuk balik ke penjara selepas keluar,” kata Narander.

Sementara itu menurut Naib Presiden Akademik OUM, Profesor Dr Sha’ari Abd Hamid kos pengajian buat graduan terbabit bagi mengikuti pengajian di peringkat falsafah pula akan ditanggung oleh pihak universiti.

 

Sumber:Astro Awani

#fattzura a.k.a Fattah Amin dan Fazura sudah sah bernikah

KUALA LUMPUR: Pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara malam ini. Nur Fazura atau Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam.

Padamajlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat kedua-duanya, pelakon J Revolusi berkenan kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden sentuhan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini, serta solekan oleh Sheila Mohamed, manakala Fattah pula segak berbaju Melayu.

Baru-baru ini, teraju utama telefilem Wanita Terindah itu mengumumkan mereka sudah pun bertunang pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura sekali gus menangkis dakwaan sudah bernikah seperti yang hangat diperkatakan di laman sosial.

Berita itu juga secara tidak langsung mengesahkan laporan yang dibuat BH Online sebelum ini.

Dalam sidang media itu juga, mereka turut memaklumkan majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup itu akan berlangsung dalam masa terdekat manakala resepsi pula akan diadakan pada awal tahun depan.

Kronologi kisah cinta Fattah, 27, dan Fazura bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.

Kehadiran Fattah pada acara pertunjukan fesyen House Of Dolls milik Fazura sambil memberi jambangan bunga di atas pentas serta menghadiahkan 500 kuntuman bunga mawar ketika sambutan ulang tahun penyanyi Sayangi Dirimu itu, September lalu, menguatkan lagi desas-desus mereka sememangnya bercinta.

Ketika mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, pelbagai spekulasi mengenai ikatan sebenar pasangan ini timbul, sekali gus ada yang mengatakan pasangan itu sudah bernikah ketika berada di Tanah Suci.

Sumber: Berita Harian

5 Jam bertarung nyawa bayi dibuang di kandang kambing

Sungguh memprihatinkan sekaligus membikin geram siapapun yang masih memiliki hati nurani.

Pasalnya, kembali kasus pembuangan bayi kembali terjadi di wilayah Kabupaten Malang. Kini, kasus ini terjadi di Desa Pojok, Kecamatan Dampit.

Bayi berusia satu hari berjenis kelamin laki-laki yang tanpa dosa ini harus berjuang selama 5 jam di kandang kambing milik warga. Telanjang tanpa alas apapun, bayi laki-laki berberat 2,3 kilogram dan normal ini, bertahan dalam kondisi udara dingin yang kini melanda wilayah Malang.

Tuhan tidak pernah tidur. Kondisi bayi yang belum diberi nama ini, akhirnya terselamatkan. Sekitar pukul 05.30 WIB, pemilik kambing bernama Yanto menemukannya.

“Saya awalnya hendak memberi makan ternak ayam. Saat itu saya dengar suara rintihan,” terang Yanto warga RT 1 RW 1 Desa Pojok, Kecamatan Dampit, Rabu (8/10).

Penasaran, Yanto mendekati suara rintihan tersebut yang berasal dari kandang kambing miliknya itu. Saat memasuki kandang, betapa terkejutnya Yanto yang menemukan sosok bayi telanjang bulat di atas tempat makan kambingnya.

Kondisinya sudah terlihat lemas. Suara tangisannya juga sudah tidak senyaring bayi pada umumnya. “Kaget banget, mas. Pasalnya pertama kali saya dengar rintihan saja bukan tangisan bayi. Mungkin karena lemas bayi itu hanya bisa merintih saja,” ujar Yanto yang langsung melaporkan hal tersebut ke Kepala Desa dan Polsek Dampit.

Penemuan bayi baru satu hari dengan tubuh telanjang dan kondisi yang sudah lemas tersebut, membuat warga menjadi geger. Berbagai doa dan umpatan warga kepada pelaku pembuang bayi tak berdosa ini berlahiran dari mulut warga.

Pihak kepolisian yang mendapat laporan atas ditemukannya bayi, segera mendatangi tempat kejadian. Bayi yang belum diberi nama ini segera dibawa ke puskesmas Dampit untuk mendapat perawatan.

“Kondisinya terlihat lemah sekali. Jadi kita segera bawa dulu ke puskesmas. Untuk di lokasi anggota langsung melakukan penyelidikan,” kata Kapolsek Dampit AKP Amung Sri Wulandari.

Amung juga mengatakan bahwa melihat kondisi bayi yang langsung ditangani Puskesmas diperkirakan orangtua bayi atau siapapun yang membuangnya melakukan perbuatan keji tersebut sekitar pukul 01.00 WIB.

“Untungnya bayi ini cepat ditemukan oleh warga sehingga segera mendapat perawatan,” ujar Amung yang juga menegaskan bahwa bayi laki-laki tersebut bukan berasal dari Desa Pojok.

Pasalnya, sejak ditemukannya anggota kepolisian segera melakukan penyelidikan. Salah satunya mencari data dan informasi dari bidan desa mengenai warga sekitar yang sedang hamil tua.

“Hasilnya tidak ada data warga yang sedang hamil tua,” tegas Kapolsek Dampit.

Tentunya, proses penyelidikan ini akan terus dikembangkan di beberapa bidan desa lain serta ke puskesmas sekitarnya. Selain petugas Polsek Dampit juga akan mencari sidik jari dan barang bukti di sekitar pembuangan bayi.

“Kita dalami terus. Untuk bayi yang kini masih dalam perawatan, kita akan berkoordinasi dengan Dinas Sosial,” pungkas Amung.